Tuesday, July 20, 2010

Konsert Gema Simfoni (1)

Universiti Pendidikan Sultan Idris, memang nampak macam cipuuut jer kat Tanjung Malim. Apela sangat kitorang kalau nak dibandingkan dengan Universiti Malaya, mahupun Universiti Putra dan juga u lain yang punya kampus di atas bukit, dan juga bangunan fakulti yang cukup enak dipandang, sedap dijelajah, dan indah panorama. 16 dan 17 Julai ritu, orkestra dari Southwest University datang. Dengan gabungan Symphonic Band of Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Symphonic Orchestra of Shouthwest University, malam Konsert Gema Simfoni satu usaha universiti (dengan kerjasama RTM) yang memang terbaeeeeekkkk!!!

Ok, untuk pos ni, aku persembahkan lagu-lagu dari Symphonnic Band of UPSI. Tapi, among semua lagu, aku suke sangat lagu Hakikat Sebuah Cinta (O.A: Iklim). Adunan menarik dan memang sedap. Syahdu giler je mendengar lagu tu. Sekali lagi.. terbaeeeekkkk!!!. Jom, layan jer vid di bawah.


Alvamar


Gunung Kinabalu


Hakikat Sebuah Cinta


Sedona

Malam tu jugak (juga persembahan petang Jumaat), persembahan ini juga dirancakkan dengan kehadiran Dia Fadila. Menyanyikan lagu You Raise Me Up, persembahan Dia Fadila adalah penamat persembahan kumpulan orkestra UPSI sebelum Intermission.


You Raise Me Up (feat. Dia Fadila)

P/S: Akan datang, persembahan Symphonic Orchestra of Southwest University.

3 comments:

aku seorang Temah said...

wey, nape tinge aku dengar tak sedap yg hikayat sebuah cinta nih?
cam brass band je bunyik nye
cam kat padang skola..time sukan tahunan..hoho

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

dah diorang byk pakai alat muzik tiup.. maka jadilah apa yg ko dgr.. namun, stil ok per

+akufobia+ said...

da lama tak layan groban.