Akan Datang!

Saturday, July 31, 2010

4 Madu: Plot Mendatar, Konsep Menarik

Menyelami dunia poligami dalam Auditorium UPSI, 30 Julai 2010 memberikan satu pengalaman yang tuuut... x tau nak cakap. Namun, ianya bukan pengalaman menarik, tetapi taklah juga tidak menarik. Berpeluang menonton tayangan filem terbaru pengarah Prof A. Razak Mohaideen, '4 Madu' pada jam 8.30 mlm, dan di akhir filem, aku hanya mampu berkata 'thanks god filem ni ditayangkan di auditorium dengan separuh harga tiket wayang'.

Review

Siapa yang tak kenal dengan pengarah berpangkat Prof Madya A. Razak Mohaideen, pengarah yang selalu tampil dengan pelbagai idea yang sederhana dan cerita yang santai. Filem bertema Anak Mami aku boleh kategorikan antara filem terbaiknya. Lawak menjadi, plot santai dan tak mendatar, cukup menghiburkan, juga penuh dengan moral yang sesuai. Menonton Nana Tanjung, Anak Mami, mahupun Mami Jarum adalah satu kepuasan buat penonton. Filem sebegini adalah jiwa pengarah ini, dan penonton mampu untuk menyerap aura filem-filem berkonsep ini.

Gandingan 'basi', Apek dan Fasha Sandha

Beberapa tahun dahulu, pengarah cuba keluar dari kepompong dengan mencuba satu tema berbeza. Pada masa itu, tema poligami masih dianggap tabu kerana ianya satu yang sensitif terutama kepada Muslim. Namun, 'Otai', filem yang bertema sebegini diterima dan mungkin juga daripada kejayaan ini, Prof Razak sekali lagi mencuba tema yang sama dalam filem terbarunya yang akan ditayangkan di pawagam pada hari raya ini, '4 Madu'.

'4 Madu' mengisahkan dua adik beradik, Azrul dan Azlan, adik beradik tiri berlainan ibu yang mempunyai karier berbeza. Tangan pencerita menentukan bahawa dua adik beradik ini akan menerima sejumlah wang wasiat daripada harta peninggalan ayah mereka jika syarat-syarat dipenuhi. Syaratnya, mereka perlu menikahi seorang isteri pada 4 tahap cabaran. Setiap isteri yang dicari mempunyai kriteria tertentu yang perlu dipenuhi. Dalam masa 3 minggu, mereka perlu mencari 4 orang isteri sebelum mereka mendapat wang wasiat bernilai jutaan ringgit itu.

Secara keseluruhannya, cerita nampak santai. Ianya senang difahami dan memang ringan untuk penggemar filem yang mahu merelaks otak. Namun, teknik olahan penceritaan agak mendatar sehinggakan hilang mood dan point yang ingin diceritakan. Tersedar di sini bahawa filem ini mempunyai banyak babak yang panjang dan berjela-jela sehinggakan isi yang ingin disampaikan tenggelam dan membuatkan penonton bertanya rasional babak yang direka.

Tarikan filem ini, Apek dalam dua karakter berbeza

Dari aspek positif, teknik ala realiti tv menarik, namun masih banyak usaha perlu dipertingkatkan. Keseluruhannya, filem ini mendatar sangat-sangat dan tak ada babak yang intense. Persoalannya di sini, apa yang ingin disampaikan oleh pengarah dalam filem ini? Isu poligami dan juga wasiat yang perlu dipenuhi? Ianya menarik dan cukup sesuai untuk filem komedi yang berlandaskan topik berat. Tetapi, garapan nampak lewah dan menenggelamkan point yang ingin diutarakan. Penjelasan di akhir filem tidak kukuh. Ianya nampak seperti satu ending yang mahu dicepatkan sehingga mengabaikan kepentingan plot.

Selain itu, teknik pemotongan frame (betulkan kalau salah istilah), dimana dua frame ditunjukkan dalam satu frame nampak seperti kaedah tipikal. Dalam beberapa babak, untuk mewujudkan adegan dua karakter Apek dalam satu bingkai, frame itu dibahagi dua dan dilakonkan dalam dua syot berlainan. Secara senangnya, pengarah nampak mengambil babak mudah dan senang tanpa menggunakan teknik CGI atau 'blue screen' yang sekarang sudah banyak digunakan. Namun, semua nampak ok. Namun, di babak akhir, penulis perasan pemotongan frame di kiri dan kanan (untuk nampakkan Azrul dan Azlan dalam satu frame) nampak tidak sempurna. Warna kerusi nampak berbeza kerana kecuaian dalam pencahayaan. Malah, payung di atas meja juga mempunyai kontra warna yang berbeza. Nasib baik tak ada objek hilang dalam babak-babak itu.

Penampilan Dato' Rahim Razali, membosankan

Jujurnya menyukai babak kredit di awal filem, rasanya itu saja babak yang boleh membuatkan penonton terperangkap seketika sebelum kembali terlopong dan menutup mata, mahupun tersembam ke dalam bekas popcorn. Watak Fasha Sandha, Ros tidak dijelaskan dengan baik. Talian cinta antara Azlan dan Ros nampak tak kukuh. Watak Ros hanya dihiasi dialog manja yang kadangkala nampak 'gedik'. Namun, penulis masih beranggapan positif kerana ianya mungkin karakter yang mahu dilakar pengarah.

Penulis tidak merasakan bahawa filem ini bertindak memerli mana mana kaum special mahupun apa saja identiti manusia. '4 Madu' menarik dari satu sudut yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sedar atau tidak, filem ini menggandingkan pelbagai dialek dari seluruh pelusuk Malaysia. Apa yang anda fikirkan? Ya, '4 Madu' menekankan konsep satu Malaysia. Idea kreatif dan menarik dan sesuai dengan peredaran zaman. Namun, sekali lagi, diulang bahawa plot yang mendatar tidak mampu membantu filem ini dalam hal ini.

Sekali lagi, pengarah nampak terpengaruh dengan gaya yang telah dicuba dalam filem 'Otai'. Sekali lagi juga, pengarah masih nampak mamat kurus ini saja untuk ditampilakan dalam filem yang sama. Malah, penulis menyimpulkan, kalau ianya bukan bertajuk '4 Madu' ianya patut dinamakan 'Otai 2: 4 Madu'. Manakan tidak, Saiful Apek memegang dua karakter, tema poligami, syarat-syarat yang mesti dipenuhi dan beberapa aspek minor yang nampak hampir sama membuatkan ianya nampak seperti olahan semula 'Otai'.

Lakonan Bienda, antara karakter yang menyerlah

Apapun, lakonan Saiful Apek biasa. Masih berada pada tahap yang sama. Memegang dua karakter dalam satu filem bukan kerja senang. Dan, Apek hanya boleh dianggap sederhana saja dalam dua karakter yang dilakonkan dalam filem ini. Watak Azrul dan Azlan yang berlainan ibu pada mulanya nampak berbeza, namun apabila semakin lama masuk ke dalam filem, kita hanya mampu membezakan Azrul dan Azlan hanya pada rambut mereka, bukan lagi pada karakter mereka.

Dalam banyak-banyak isteri yang ditayangkan dalam filem ini, watak Rosnah Mat Aris paling menonjol. Lakonan Bienda juga tidak mengecewakan. Namun, Shazzy Falak nampak tidak terlalu menonjol. Isteri-isteri yang lain biasa saja. Secara keseluruhannya, dengan konsep realiti yang cuba ditampilkan, lakonan nampak sesuai saja dengan keadaan cerita yang ingin digambarkan. Lakonan Rozita Che Wan juga tenggelam. Tiada babak menarik dan lakonannya hambar. Babak akhirnya, sewaktu dia bersama dengan Azrul pun nampak tidak terlalu emosional dan tidak beremosi.

Ending filem nampak seperti terlalu tergesa-gesa. Hasilnya, filem ini mempunyai ending yang tidak memberikan impak. Tidak juga pada emosi, tiada impak langsung pada jiwa dan juga lawak, malah tiada impak langsung pada apa apa keadaan. Nampak seperti filem ini mahu cepat habis. Tiada babak yang memerangkap penonton di akhir filem membuatkan penonton tergamam. Persoalannya, di akhir filem, perlukah ada satu babak lecture yang berjela untuk menerangkan kenapa arwah bapa mereka memberikan tugasan sedemikian? Bukankah itu lebih baik kalau objektif tugasan ini diletakkan sebagai set induksi (dengan penggunaan flash back) pada awal filem?

3 isteri Azrul dalam satu babak '4 Madu'

Secara implisit, '4 Madu' penuh mesej. Tetapi, penulis tidak yakin bahawa mesej itu akan sampai jika sekali lagi disebutkan, filem ini mempunyai plot mendatar. Apa yang cuba disampaikan cukup menarik. Ya, ianya sinikal buat manusia yang menilai cinta dari paras rupa. Ya juga, ia sinikal buat para suami yang mempunyai isteri lebih dari satu. Ya dan semestinya, ia juga sinikal buat para isteri yang mata duitan. Secara implisit, pengarah cuba mengiaskan isu poligami dalam satu penceritaan yang santai. Itu saja yang membezakan filem '4 Madu' dari 'Otai'.

Apapun, '4 Madu' akan ditayangkan di pawagam Hari Raya Aidilfitri nanti. Mungkin ini boleh dijadikan sebab untuk menonton filem ini, satu, filem ini ada isu poligami dalam versi yang belum pernah dicuba. Dua, filem ini mempunyai 8 isteri dalam karakter berbeza. Dan ketiga, filem ini memberi peluang kepada penonton untuk melihat karakter satu Malaysia dalam satu filem. Owh, satu lagi, filem ini memberip perspektif baru dalam isu poligami.

Ramalan penulis, filem ini mungkin menerima kutipan sederhana dan tidak membanggakan. Pertarungan sengit antara gergasi besar, KRU Pictures dengan filem skala besarnya, Magika (yang sudah melebarkan auranya, walaupun ditayangkan dua minggu selepas '4 Madu') membuatkan filem '4 Madu' mungkin tenggelam dalam dunia fantasi Magika. Selamat tinggal madu-madu, Syawal ini mungkinkah alam magika atau alam madu pilihan anda? Nilai dan pilih sendiri. Da.. - CikguMan

Friday, July 30, 2010

4 Madu: Sesi Bersama Artis

Pulang dari menonton 4 Madu, kepala terus terbayang apa yang nak ditulis. Beberapa perkataan sudah terbayang, namun untuk memikirkan secara rasional dan 'profesional', mungkin aku perlukan sedikit masa untuk menilai filem ini dari aspek yang cukup adil. Namun, terima kasih la kepada member2 UKLK aku yang dulunya geng Kelab Sahabat Perpustakaan, Sha dan Izati...dah naik pangkat bebudak ni yang melayan kerenah aku yang asyik meminta tiket untuk disimpan. Wahaha..

Nanti la aku komen ttg filem ni. Next post, insyallah. Seperti biasa la, aku ni kalau x tambah koleksi WallOfFame aku, memang x sah la. Dulu, Lisa Surihani sudah memeriahkan wall aku. Malah, Diana Danielle (yang pernah mencatatkan sejarah dalam blog aku sebagai orang popular pertama yang menaikkan trafik blog aku), juga barisan artis lain seperti Norman KRU, Ramli Sarip juga Faizal Tahir pernah menyerikan blog aku.

Itu satu dari identiti blog ni. Dan, sempena tayangan 4 Madu, aku tampilkan dua selebriti ini, Saiful Apek dan Prof Madya A. Razak Mohaideen yang turut hadir ke tayangan 4 Madu pada 31 Julai 2010 di Auditorium UPSI.

Saiful Apek. Dua girlz tu x terlibat dalam gambar ni. Entah macamne leh enter frame lak. Tak perasan dalam kalut snap gambar. Uhu. Menurut Saiful Apek, ini kali pertama dia tonton filem dalam versi 3D. Kenapa? Sbb Auditorium kitorang ni ada 3 skrin berbeza. Maka, dah duduk tu, pilihlah nak tengok skrin mana.

Pengarah filem ini, Prof Madya A. Razak Mohaideen, selaku pengarah filem ini. Rasanya, ini kali kedua kot pengarah turun menjayakan tayangan perdana ni. Dahulu, Aminah Rhapor turun padang sekali untuk Lu Pikirlah Sendiri.

4 Madu ni.. ish, cmne aku nak cite ek.. Banyak pro and cont jugak filem ni. Nak tau pandangan aku, tunggu la nanti. Tunggu... Tunggu reviewnya yer.. daa

Thursday, July 29, 2010

Demi Matahari


Pernah dengar lagu bertajuk Demi Matahari nyanyian kumpulan Snada? Oh, bagi yang tak tahu ttg kumpulan ini, ianya bukanlah penyanyi tahap pop, namun masih boleh didengar la muziknya. Enak didengar. Snada adalah kumpulan nasyid Indonesia. Aku mula mendengar muzik ni bila adik aku (entah bagaimana dia tahu ttg ni) mendownloadnya. Tak ada spesial pun ttg lagu ini pada awalnya. Tapi, suddenly terbaca nota bahawa lagu ini adalah inspirasi dari sebuah surah dalam Al-Quran. Makanya, sesuatu yang menarik untuk diceritakan selain kisah movie, dan juga perjalanan hidup aku sebagai mahasiswa.

Dah lama aku tak uploadkan something berbentuk islami. Maka, ini adalah video Demi Matahari dari kumpulan Snada.



ini adalah tafsiran dari surah (Asy-Syams [91 : 1-7), :

Demi matahari
dan cahayanya yang terang-benderang; (1)
Dan bulan apabila ia mengiringinya; (2) Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata; (3) Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita), (4) Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh yang melambangkan kekuasaanNya); (5) Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya); (6) Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); (7)

Untuk mendownload lagu ini, anda boleh klik sini.

Karipap Karipap Cinta: The Making Of... (2)

Siri dua di sebalik tabir Karipap-karipap Cinta. Sebelum ini, aku sudah bawakan beberapa pic dari koleksi penulis sendiri. Kali ini, aku bawakan beberapa video menarik untuk ditonton. Tentu korang nak tahu siapakah bakal membawa watak hero, Ali dan Sarah, heroinnya dalam filem ini. Siapa dia?? Tonton video di bawah. Yang pasti, Karipap-karipap Cinta bakal mengandingkan pelakon baru dan lama dalam sebuah filem yang memang menarik.



Ketahui serba sedikit inspirasi penulis dan pengarah filem tentang Karipap-karipap Cinta.


Insyallah aku akan bawakan update dari masa ke semasa. Kiranya aku ini macam promoter x rasmi lah untuk filem ini. Papepon, all the best untuk Karipap-karipap Cinta

Wednesday, July 28, 2010

Sybil: Itu Namanya ^_^

Teringat aku tentang satu kisah yang aku pernah tonton di Astro Prima, sebuah dokumentari Suatu Ketika, yang memang menarik. Malangnya, untuk menonton dokumentari itu dalam bentuk drama tv, aku tak berpeluanglah sebab tak langgan Citra. Tapi, dokumentari tu pun dah cukup untuk aku. Al kisah pada suatu hari, seorang lecturer aku ni terbawak keluar satu cerita, kisah tentang seorang wirawati, yang aku lupa nama pada kala dia membahaskan tentang ini. Namun, aku masih ingat, wirawati ini pernah dijadikan dokumentari dan mini series. Dokumentari berkisar tentang wirawati yang sanggup mengorbankan nyawa demi negara, Sybil Kathigasu pernah aku tonton.
Mungkin ramai yang tidak mengenali Sybil. Siapa saja yang kita kenal? Mungkin juga, jika disebut Rosli Dhobi, melayang jugak kita ke satu zaman penjajahan suatu ketika dulu. Tapi, Sybil... siapa mengenalinya? Hanya sedikit yang tahu mengingati dan menilai ketaatannya sebagai seorang rakyat Tanah Melayu. Al kisah ini sudah tamat siarannya di Astro Citra, namun aku bawakkan kisah dirinya, siapa dia, dan juga kisahnya. Kalau rajin, google dan carilah mini sirinya yang bertajuk Apa Dosaku, sebuah mini siri arahan Bernard Chauly (pengarah Gol & Gincu, Pisau Cukur)
Sybil Kathigasu (1899-1928) seorang nurse yang menyokong orang yang melawan geng Jepun. Dilahirkan oleh bapak keturunan Irish dan mak berbangsa India, dia membuka klinik bersama Dr. Abdon Clement Kathigasu di Ipoh dari tahun 1926 hingga Jepun datang.. Sybil dan suaminya menyimpan radio (benda haram zaman Jepun) dan membantu menentang Jepun. melalui medical suply.
Dia ditahan pada tahun 1943 dan didera untuk mengorek maklumat sulit. Namun, memang Sybil tutup mulut walaupun puas didera. Even anak laki dan adik beradik pun , even didera xkan bukak mulut. Selepas gagal mendapat maklumat dari Sybil, dia ditahan di Jail Batu Gajah. Pada 1945, dia dibawa ke Britain untuk rawatan dan mula menulis memoirs (alkisah dirinya) sebagai kenangan. Kisah kepahlawanannya disanjungi hingga dia mendapat George Medal untuk keberaniannya.
Meninggal pada 4 June 1948 kerana kecederaan serius, mayatnya dikebumikan di Lanark, Scotland. Kemudian, makam dipindahkan ke Ipoh. Dalam Apa Dosaku, watak Sybil dimainkan oleh Elaine Daly. Ianya satu kenangan.. yang kadangkala kita lupakan.. daa..

P/S: Ogos dah sampai.. patriotisme.. c'mon.. (sumber: Wiki / gambar: Fanpage FB Suatu Ketika)

Monday, July 26, 2010

Kang Abik: Novel Ke Filem Lagi ^_^

Buku lagi?! Aiyak... sejak beberapa bulan ni, aku sudah jadi ulat buku daa.. no more to movies (aik... ulang semula)... xdela, aku suke baca novel. Semenjak dua ni, library Universiti Pendidikan Sultan Idris tengah adakan bulan ICT dan Membaca, maka banyaklah buku dilonggokkan untuk bebudak membeli. Aku adalah salah seorang yang rabun gelab rabun cerah apabila nampak buku, terutamanya novel dan apa saja yang berkait dengan topik yang aku minat.

25hb hingga 30hb Julai (sekarang ni..), library adakan Pesta Buku 2010. Di sini, semua penerbit dari segenap ceruk universiti di Malaysia berkumpul. Nak dijadikan cerita, maka hati ini tertariklah hendak membeli buku ini...
Yang satu tu, tajuknyer SINEMA & PENONTONAN DI MALAYSIA, terbitan Penerbit USM (Universiti Sains Malaysia). Cetakan tahun 2002. Aku tertarik sebab buku ini bukan fokus kepada teknik membuat filem. Ianya lebih menfokus kepada bagaimana hendak meneroka dan menganalisis filem dari aspek yang cukup berbeza. Bila aku selak buku ni, baik juga untuk aku (walaupun aku bukannya pelajar universiti yang belajar dalam bidang ni). Sekurangnya, aku leh improve film word yang telah dikritik dalam satu post.

Alih-alih mencari Karipap-karipap Cinta untuk member aku, mata aku terscan segerombolan buku di satu sudut. Maka, dengan berfikir dua kali, aku pun membawa pulang BUMI CINTA karya adikarya kegemaran, Habiburrahman El-Shirazy. Sebelum ni, aku sudah membaca Ayat-ayat Cinta, Dalam Mihrab Cinta, Pudarnya Pesona Zulaika dan ini adalah terbaru, Bumi Cinta. Semua filemnya laris.. dan aku mengharapkan sesuatu yang menarik dari Bumi Cinta.
Saat terbaca review dalam internet, Bumi Cinta dikatakan biasa saja seperti garapan Kang Abik (nama mesra penulis Bumi Cinta) yang terdahulu. Dengan karakter lelaki yang sungguh perfect seperti karakter Fahri, Bumi Cinta meneroka dunia lain yang berbeza. Kali ini, latar belakangnya menggunakan dunia yang paling menyanjungi seks bebas dan pornografi, Russia. Kisah hampir sama, masalah seorang karakter lelaki alim yang berhadapan dengan karenah masyarakat di sana.

Owh ya, buku ni dalam paperback version. Imported. Ianya bukan dari pengedar Malaysia. Aku sempat chek MPH Online, al nasib baek lah sebab cover versi Malaysia kurang menyentap sikit dari versi Indonesia. Namun, memang harga versi Indo mahal sedikit dari versi Malaysia. Namun tak kisah lah. Balik saja ke rumah, terus koyakkan pembalutnya, maka dibukanya ke page pertama...
Ini yang aku jumpa.. Yippie, finally Dalam Mihrab Cinta juga bakal muncul di pawagam. Akan datang insyallah penghujung tahun ini. Laman webnya sudah wujud, dan sekarang mungkin dalam status post production. Mungkin juga sudah siap. Menampilkan kaedah yang sama dalam filem terdahulu, Dalam Mihrab Cinta juga mencari pelakon melalui kasting. Ya, tiada hero atau heroin terkenal. Muka baru juga akan ditonjolkan. Siapa dia, nantikan.

Dalam Mihrab Cinta (versi novel) terbahagi kepada 3 kisah berbeza. Awal permulaan, "Takbir Cinta Zahrana" membuka kisahnya. Ianya menceritakan seorang wanita, Zahrana yang mementingkan akademik (pelajaran dan kerjaya) sehinggakan menjadi andartu. Dia cantik, solehah dan penuh tarikan, namun lamaran lelaki ditolak kerana komitmen kepada kerjaya dan alasan tidak sesuai dengan dirinya. Kisah berkisar tentang takdir cinta dua insan berlainan kasta yang cukup menarik.

"Dalam Mihrab Cinta" menyusul pada bahagian kedua. Ianya sebenarnya ringkasan dari karyanya. Kisah tentang fitnah antara rakan di satu pesantren. Syamsul, hero kita difitnah hingga membuatkan dirinya dikeluarkan dari pesantren. Kisah berkisar bagaimana Syamsul menghadapi fitnah ini sehinggakan dirinya sedikit demi sedikit menjadi apa yang difitnahkan. Cerita ini cuba membawa pembaca menilai bahawa apa yang dituturkan (caci-maki, nasihat mahupun perli-memerli) mampu mengubah seseorang sama ada baik atau jahat.

Pada bahagian akhir, "Mahkota Cinta" menyusul. Settingnya di Kuala Lumpur. Kisahnya berlegar sekitar mahasiswa Indonesia, Zul yang datang ke Malaysia bermodalkan beberapa ringgit dan nombor telefon orang yang belum dikenalinya. Ditakdirkan cinta datang lagi, Mari menjadi sang heroin buat si Zul. Sebuah kisah menarik untuk kisah cinta islamik berlatar belakang negara Malaysia dari mata penulis Indonesia. Menarik.

Apa harapan filem bioskop Dalam Mihrab Cinta? Harapannya moga ianya menjadi sesuatu yang menarik dan cukup mesej sepertimana dalam novelnya. Apa pun, tunggu saja kedatangannya bila dah diumumkan. Sekarang ini, Bumi Cinta menanti giliran untuk dibaca. Apapun, maklumat lanjut Dalam Mihrab Cinta ada di situs rasminya. Owh ya, filem ini bakal diarahkan oleh Habiburrahman El Shirazy sendiri. Daa..

Sunday, July 25, 2010

Karipap Karipap Cinta: The Making Of...

Disebabkan kelarisan yang ya amat sangat, so berpeluanglah para penggemar Karipap-karipap Cinta menyaksikan filemnya nnt. Wah, memang tak sangka novel yang simple dan santai ini mendapat tempat di hati pengarah filem tempatan. Namun, aku memang tabik, Karipap-karipap Cinta adalah satu karya yang sinikal namun santai dan mendapat tempat di hati peminat novel. Owh ya, meh aku bawakan adegan di sebalik tabir pembikinan babak Ali yang ditrap oleh Asha dalam apartment dia.

Ali dan Asha dalam satu babak.

lokasi rumah Ali

ni la Asha

sang pegawai JAIS

bersama pengarah, Othman Hafsham

Mungkin taun depan filem ni akan ditayangkan. Itu pasti, namun tarikhnya bila entahlah. Apepun, korang leh ke blog penulis novel ini, dunia vovin utk ketahui dunianya yang penuh dengan kisah story mory. Apapun, harapan meninggi untuk filem ini menjadi seperti novelnya. Terus menunggu...

P/S: gambar dikredit kpd Nazri M. Anuar, diattach dari FBnya.

Saturday, July 24, 2010

4 Madu: Preview

Bakal menonton sesi tayangan perdana filem ini minggu depan. Entahlah apa yang akan aku komen, tunggu jer la yer. Secara first impression, filem ini cliche jer, namun aku tetap support even filem sebegini bukan genre kegemaran. Filem berskala cincai dengan story yang hanya sekadar hendak mengaut tiket memang tak seswai dgn taste aku. Bagi aku, filem tu biarla dibikin dengan niat untuk memenuhi kehendak penonton, bukannya filem syok sendiri. Apapon, tgu jerlah review selepas selesai menonton nanti.

Kisah bermula apabila Azlan, Seorang pekerja biasa di sebuah chalet, menerima sepucuk surat memintanya untuk hadir ke pejabat guaman di Kuala Lumpur. Walaupun musykil, Azlan nekad pergi ke pejabat guaman itu bersama temanya, Firdaus.

Setibanya disana, Azlan diperkenalkan dengan adik tirinya, Azrul, buat pertama kalinya. Mereka berdua memang terlalu berbeza kerana Azrul seorang ahli perniagaan yang berjaya. Di pejabat guaman tersebut, En. Zahrin Ishak, membacakan wasiat yang telah ditinggalkan oleh arwah ayah mereka. Harta-harta wasiat tersebut yang bernilai RM 50 Juta itu akan menjadi hak milik mereka sekiranya mereka dapat memenuhi syarat-syarat wasiat tersebut.

Setelah kedua-duanya setuju, peguam tersebut telah membacakan wasiat pertama iaitu, mereka harus mecari isteri dalam tempoh 3 minggu serta calon isteri itu mestilah anak yatim piatu. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, mereka pun menandatangani kontrak yang terlibat serta diberikan wang sebanyak RM 10 Ribu. Setelah memenuhi syarat-syarat pertama, mereka pun terbayang RM 50 Juta yang akan mereka perolehi. Keesokan harinya, Azlan dan Azrul bersama isteri masing-masing sudah pun terpacak di pejabat peguam untuk menuntut harta mereka.

Ternyata, angan-angan mereka untuk menjadi OKB meleset. Kini tiba masanya untuk syarat yang kedua, iaitu, mereka perlu memperisterikan wanita yang buta. Dapatkah mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan ? Apakah syarat-syarat yang seterusnya ? Dan apakah kesudahan Azlan, Azrul dan isteri-isteri mereka..?- sinemaonline

P/S: dah cube cari trailer.. tapi x jumpe...

T.E.A.T.E.R

Masih lagi menjadi prioriti sebab blogging is my world. Huh, sebenarnya, artikel ini hanyalah sebagai satu coretan tempelan untuk hiasan dinding blog ini. Selesai sudah kelas teater untuk week ini. Belum lagi confirm sama student lain, setiausaha pun belum lantik lagi, malah perancangan pun belum ada lagi. Aduh, banyak tul keja bila dah dilantik sebagai ketua ni.

Ketua, itu bukan satu perkara yang sebati dengan aku. Selalunya, bila orang lain dilantik menjadi ketua, aku adalah orang yang paling gumbira. Dalam hati aku, akan terkeluar bunyi bait lagu Oh Fatimah yang dinyanyikan oleh penyanyi era 60an. Bukanlah tidak mahu untuk menjadi ketua, namun jiwa aku lebih banyak ke arah membuat kerja yang diarahkan, bukannya menyuruh orang membuat kerja. Aku lemah untuk mengarah orang membuat kerja sebaliknya aku lebih suka membuat kerja sendiri daripada mengarh orang.

Ini adalah kisah selepas selesai kelas teater minggu ke dua.. apabila one of my classmate mengatakan..

"i know man, itu bukan dirinya yang sebenar"

Aku rasa seperti mahu bersorak. Waahaha.. sudah aku berjaya buka kotak yang tersembunyi dalam hati. Adakah itu treasure yang lama tersimpan dalam diri? Dilantik menjadi ketua untuk Ko Teater dan Drama adalah satu tugas yang berat. Bayangkan nak kena fikirkan bagaimana mahu infokan semua pelajar untuk pembatalan kelas dengan pelbagai fakulti dalam satu kelas, mak ai... top up nya lagik. Namun, semua itu ada jalan penyelesaian. Yeah.. Best jugak bila aku diberi peluang untuk bercakap apa yang aku mahu di atas pentas. Aku rasa semuanya dapat dilepaskan.

Sem ni, tugas kumpulan dan individu untuk Ko Teater amat menarik (mungkin pada pandangan pertama). Diharap ianya seperti yang dirancangkan. Owh, before aku lebih membebel, our lecturer namanya En Zolkpli dan instruktornya adalah Kak Mariati (aku x pernah g tengok Teater Mahkamah Keadilan sem lepas, so x dapat la tengok performance instructor aku nih). Makanya, kami akan membantu produksi teater semester ini. Dikhabarkan kepada sekelas yang hadir bahawa teater ini adalah teater kanak-kanak. Maka, tunggu dan lihat sajalah apa yang akan berlaku... ehe...

Owh, sebelum ini, antara teater yang aku pernah tonton adalah Bangsawan Puteri Sakdung, Perempuan Itu Bernama Barabah, dan Mariah. Bye

Tuesday, July 20, 2010

Konsert Gema Simfoni (1)

Universiti Pendidikan Sultan Idris, memang nampak macam cipuuut jer kat Tanjung Malim. Apela sangat kitorang kalau nak dibandingkan dengan Universiti Malaya, mahupun Universiti Putra dan juga u lain yang punya kampus di atas bukit, dan juga bangunan fakulti yang cukup enak dipandang, sedap dijelajah, dan indah panorama. 16 dan 17 Julai ritu, orkestra dari Southwest University datang. Dengan gabungan Symphonic Band of Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Symphonic Orchestra of Shouthwest University, malam Konsert Gema Simfoni satu usaha universiti (dengan kerjasama RTM) yang memang terbaeeeeekkkk!!!

Ok, untuk pos ni, aku persembahkan lagu-lagu dari Symphonnic Band of UPSI. Tapi, among semua lagu, aku suke sangat lagu Hakikat Sebuah Cinta (O.A: Iklim). Adunan menarik dan memang sedap. Syahdu giler je mendengar lagu tu. Sekali lagi.. terbaeeeekkkk!!!. Jom, layan jer vid di bawah.


Alvamar


Gunung Kinabalu


Hakikat Sebuah Cinta


Sedona

Malam tu jugak (juga persembahan petang Jumaat), persembahan ini juga dirancakkan dengan kehadiran Dia Fadila. Menyanyikan lagu You Raise Me Up, persembahan Dia Fadila adalah penamat persembahan kumpulan orkestra UPSI sebelum Intermission.


You Raise Me Up (feat. Dia Fadila)

P/S: Akan datang, persembahan Symphonic Orchestra of Southwest University.

Sunday, July 18, 2010

Ong Bak 3: Pertarungan Mengecewakan

Akhirnya Ong Bak 3 memburu mencari penyembahnya di Malaysia. Setelah berbulan lamanya ditayangkan di negeri asalnya, jengahannya kali ini disambut oleh aku, sebagai salah satu peminat filem ini. Berpeluang menonton filem ini di TGV Sunway Pyramid pada jam 3.30ptg 18 Julai 2010, pengalaman itu berakhir dengan satu persoalan, "what the f..."

Review
Ong Bak 3 nampak gah daripada promosi. Apa yang dinantikan peminat sudah tentulah satu aksi pertarungan menarik daripada aktor aksi Tony Jaa. Aksinya dalam Ong Bak, dan juga sekuelnya beberapa tahun lepas menjadi satu tarikan menarik untuk para penggemar filem beralih menonton satu sudut filem Asia yang diketepikan. Kehadiran aktor ini tidak dapat dipisahkan dengan Ong Bak. Walaupun ada filem lain yang menyusul, Tony Jaa dikatakan serasi dengan lakonannya dalam Ong Bak. Kehebatannya terus dipuji, malah filemnya juga mengaut keuntungan. Pada masa yang sama, para penonton yang menonton filem ini mendapat kepuasan berganda apabila kita melihat aksi martial art live dan sebuah pertarungan tanpa kesan khas. Tetapi itu dulu.Itu adalah semasa siri Ong Bak menempa nama. Semasa Ong Bak menjadi satu filem bualan mana-mana.

Pengalaman menjenguk sequel terakhir filem ini memberi kekecewaan mendalam. Huh, patah hati tidak terkata apabila ianya diadun sehinggakan lidah aku sendiri tidak tahu untuk memberikan komen yang setimpal. Semua pelangi angan aku yang diharap menjadi kenyataan saat duduk di kerusi panggung berakhir dengan kekecewaan. Hujan pulak turun di luar Sunway Pyramid seperti beria-ia menyambut kekecewaan yang telah aku alami semasa menonton filem itu.

Ong Bak 3, juga dikenali sebagai The Final Battle merupakan sekuel terakhir filem ini (mungkin). Masih mengekalkan setting yang sama seperti Ong Bak 2, filem kali ini boleh diumpamakan sebagai pelengkap kepada Ong Bak 2 sahaja, tidak lebih dari itu. Tiada kaitan langsung dengan Ong Bak pertama. Itu adalah satu persoalan yang wujud, mungkinkah penerbit melakukan satu kesilapan besar dengan menamakan Ong Bak 2 sebagai satu prekuel yang cukup jauh konsepnya berbanding Ong Bak pertama? Ong Bak pertama diketepikan sahaja seolah-olah ianya tiada kaitan langsung dengan dua sequel ini.

Kisah kali ini bermula dengan flashback dari ending Ong Bak 2. Tien dihukum mati dengan seksaan namun diselamatkan atas arahan raja Ayuthaya. Pada masa yang sama, raja yang zalim berhadapan dengan satu dilema, satu sumpahan dari Gagak Hitam (pernah muncul beberapa ketika dalam Ong Bak 2). Tien masih mempunyai dendam yang cukup dalam dan membara. Kini, setelah semua masalah bermula kembali, Tien terpaksa berhadapan dengan Gagak Hitam yang menginginkan takhta kerajaan.

Oh tidak! Pening aku memikirkannya. Walaupun Ong Bak 3 satu filem yang mempunyai kontinuti dari Ong Bak 2, ianya berserabut. Ya, aku rasakan plot Ong Bak 3 terlalu berselirat sehinggakan ianya menjadi cukup berserabut. Persoalannya di sini, kenapa pula Gagak Hitam lakonan Dan Chupong nampak menguasai filem? Apa motif balas dendam Tien? Dan apa kaitannya dengan Ong Bak? Di mana kesempurnaan filem terdahulu? Kenapa persoalannya dijawab dengan tidak beretika? Semuanya memberikan satu teka teki yang cukup tidak selesa.

Memang tidak selesa apabila melihat satu filem yang pada first impression aku, akan memberikan satu persembahan menarik dan menghiburkan. Debaran sepertimana pengalaman menonton Ong Bak 2 tidak ada malah membuatkan aku hanya mampu untuk menonton filem ini sekadar memenuhkan tontonan trilogy filem ini.

Dari aspek positifnya, Ong Bak 3 memang menarik. Apa yang bakal anda saksikan adalah satu seni filem yang cukup menarik. Memang filem ini bukan dibina menggunakan teknologi biasa. Ianya satu seni yang menarik dan cukup cantik. Aku suka sinematografinya yang cukup kemas dan cantik. Gabung jalin babak cukup menarik. Permainan flashback cukup cantik dan hebat. Sudah tentu dengan semua teknologi dan tenaga kreatif mereka, Ong Bak bertaraf 5 bintang dari aspek visual.

Babak aksi digarap kemas. Koreografi Tony Jaa cukup cantik, kreatif, menarik dan ganas. Namun, ada beberapa babak aksi yang disusun dengan komedi yang menarik. Membandingkan aksi antara Tony Jaa dan Dan Chupong, Tony Jaa nampak tenggelam dalam babaknya yang selalu menggunakan ekpresi muka. Dan Chupong menarik perhatian penonton dengan gaya badan dan liuk bahasa juga aksi lawan yang lebih mantap, dan menarik. Namun, jika dua wira aksi dalam satu filem, ianya adalah satu premis menarik untuk menonton filem ini.

Dengan adunan muzik score yang memang mendayu, filem ini mampu memberi emosi kepada penonton. Garapan skor yang cukup mantap pada awal filem tidak mengecewakan. Emosi turun bermain bersama penonton dalam setiap babak. Muzik latar keseluruhannya tidak mendukacitakan. Semuanya sesuai bagi sebuah filem epik sebegini.

Lakonan Tony Jaa rasanya memberikan lakonan yang mantap dari ekpresi muka. Namun, jangan harap hendak mendengar dialog dari Tony Jaa. Tien bukanlah karakter bisu, namun entah kenapa karakter ini tidak diberikan dialog. Dari awal hingga akhir, boleh dikira dengan jari babak dialog yang direka untuk watak ini. Tien hanya banyak melakukan ekpresi muka dan aksi gasak bergasak. Dan Chupong tidak mendukacitakan sebagai Gagak Hitam. Gayanya dan persembahannya tidak mendukacitakan. Keseluruhannya, semua persembahan bertenaga. Walaupun Tien tidak diberikan dialog, mimik mukanya cukup menyakinkan.

Keseluruhannya, Ong Bak 3 mendukacitakan. Mungkin bagi peminat setia Ong Bak, ini filem wajib tonton. Namun, bagi yang baru nak mula menonton, balik dan tonton filem terdahulu. Anda mahu ianya menjadi sebuah filem aksi yang penuh dengan kejutan dan juga plot menarik, ianya tidak wujud di sini. Ong Bak 3 hanya sesuai ditonton buat sesiapa yang mahu meleraikan persoalan filem terdahulu. Bagi yang belum menonton filem terdahulu, ianya adalah satu kerugian untuk sekeping tiket. Apa pun, Ong Bak 3 masih menarik walaupun plotnya longgar dan mengecewakan. - Cikgu Man

Friday, July 16, 2010

Skandal Seks Gua Kelam!

Helo helo helo... ye haaa... kembali ke sini meh meh, jangan lari meh meh.. mau cerita sama korang smua.. sebuah kontinuiti entry lalu.. bukan mahu menghangatkan, cuma mahu menasiihat, buat sesiapa yang merasakan perkara ini baik, jauh2kanlah.. taknak mula bicara berjela, mau mula secepat rasa... sebelum itu..

Peringatan: Gambar2 yang diambil dalam entry kali ini tidak mendapat kebenaran mana-mana pihak dan tidak juga mendapat apa-apa kelulusan dari Ariel Peter Porn.

Amaran: Adalah tidak salah bagi pembaca bawah umur membaca post ini kerana ianya tidak mengandungi adegan lucah dan tidak juga dilabel sebagai PG-13 (parental guide under 13) ataupun NC-17 (no children below 17). Oleh itu, ibu bapa digalakkan menasihati anak-anak supaya tidak melakukan dosa yang mereka lakukan ini.

Penting: Gambar ini tidak disusun mengikut jalan cerita sebenar untuk memberi kesan dramatik kepada pembaca. Pembaca diharap menilai sendiri entry ini. Tiada super-impose digunakan.

Baik, kita sambung semula entry Peter Porn malaysia ini dengan kisah seterusnya. Aku janjikan perkara yang lebih hangat hari itu kan? Maka, entry ini tidaklah sehangat mana. Jom kita masuk ke dalam entry ni.

Sepertimana yang aku cerita dahulu, pertemuan kami dengan dua pasang merpati ini menarik perhatian kami. Bayangkan bagaimana mereka boleh berdua-duaan dalam kawasan hutan yang penuh dengan nyamuk yang sudah benci sama darah rusa dan juga binatang seangkatan. Tidak mereka tahu bahawa hutan itu ada makhluk halus? Dah kena rasuk, histeria sana histeria sini, baru nak terjerit2 panggil bomo...
Maka, ini couple untuk hari ini. Masih pada hari yang sama. Couple ini menarik perhatian kerana gelagatnya yang cukup berani dan memanaskan apa saja yang berada di badan. Mungkin rusa-rusa dalam kandang juga berkata, 'alangkah indahnya jikalau aku sepak saja minah dan laki ni!' Sudahlah berpakaian putih. Nak ibaratkan macam bidadari la tuh. Huh! ... Ape, gambar tak jelas???


Ha tu dia.. enaknya si girlfriend berada di bahu sang jejaka. Apa agaknya yang diorang tengah bualkan? Aku pun tak tahu. Tetapi, selesai saja kami mengambil gambar ini, sewaktu kami melintas pergi dari situ, sempat aku melihat wanita ini mencium tangan teman lelakinya sebelum sesuatu yang lebih besar terjadi....


Tanpa disedari kami sedang merakam gerak geri mereka, ini adalah gambar aksi ciuman yang paling femes. Bayangkan bagaimana mereka boleh lakukan aksi ciuman ini dengan tak tau malu. (jangan sampai aku jadi karam singh wall iya lah!) Nasib baik tak sampai adegan londeh melondeh dan juga me... (sambung sendiri). Selepas selesai mengintip. Kami makan-makan. Memang sedap woooo.. Itu cerita lain. Namun...


Gerak geri dua orang wanita ini menarik perhatian aku (bukan lagi kami). Sedang orang lain tidak mempedulikan kisah itu lagi, aku berniat untuk mengetahui final ending kisah ini. Aku ekori dua wanita ini dari jauh. Agakan aku tepat. Dua wanita ini adalah rakan kepada wanita yang sedang berkapel tu. Selepas berbual-bual sekejap dengan rakan diorang yg tengah enak bermadu kasih, mereka pun blah (macam ni ker kawan.. tolong wat maksiat.. hak tui!!!)

Selepas itu, tiada adegan lain. Selepas dua orang rakannya pergi, kami mengacau pasangan ini dengan minta teman lelaki ambik gambar kitorang kat atas titi bersebelahan. Haha.. memang jahat dowh. Kacau orang tengah syok berdua-duaan adalah sesuatu yang cukup baik, bukannya halal dok dalam hutan tu. Tolong ambil gambar kami lagi baik. Nasihat pun tak ada guna, maka kami biarkan saja mereka di situ...


Tidak berapa lama lepas tu, pasangan ni dilihat melintasi kawasan kami berkelah. Dengan muka selambanya dia lalu dan pergi jauh dari situ. Mungkin sudah puas agaknya. Kesimpulannya di sini, anda simpulkan sendiri. Kerana simpulan yang saya ikat kadang kadang salah. Semua ada simpulan yang tersendiri, jadi ikat ikut kehendak anda..

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adl suatu perbuatan yg keji dan suatu jalan yg buruk.” (Al-Israa': 32)

Penjelasan Dari Meja Penulis (Edisi 2)!

Semenjak dua menjak ni macam-macam hal terjadi dengan blog2 aku. Al maklumlah, blog ni yang asalnya hanya sebuah medan untuk conteng diari telah bertukar menjadi sesuatu yang informatif dan juga kadangkala memaparkan pemikiran aku. Bagi yang melawat, semua sudah tahu blog aku lebih banyak berkongsi tentang dunia hiburan melalui review filem dan juga pelbagai perkara yang aku rasa perlu aku kongsi. Dari minat yang mendalam, aku keluarkan satu daripada isi blog ini menjadi satu blog lain yang dikenali sebagai GoofSPot.

GoofSpot adalah blog yang tidak terlalu update kerana ianya adalah info kesilapan filem yang aku cari sendiri setelah selesai menonton filem. Baru-baru ni, aku telah mengesan beberapa kesilapan (jujurnya, 11 kesilapan) dalam filem Lu Pikirlah Sendiri. Tidak aku mahu merendahkan martabat puan pengarah kerana dia lebih tahu apa yang dia buat. Aku hanyalah seorang penonton yang membayar hanya untuk sekeping tiket dan filem.

Pagi ini, aku mendapat satu komen dari anonymous (rasanya aku tahu siapa gerangan diri). Aku akui apa yang dia tegur itu adalah benar.
'Angle Atas POV Nabil' ini pun salah.
bila disebut POV - kena tunjuk apa yg Nabil nampak.(POV-Point Of View'
Kalau nak kata 'shot' jgn sebut 'shoot' blogger ni pun banyak yg salah. Kena belajar Bahasa Filem lebih mendalam ! Baru boleh cari silap orang !!
- anonymous

Aku akui bahawa aku hanya mengenal beberapa bahasa filem yang tidak tahu dalam mana. Aku tidak pernah belajar tentang ilmu filem. Namun begitu, rasanya selama ini tidak ada masalah untuk para pembaca paham apa yang aku ingin sampaikan dalam entry walaupun bahasa filem yang digunakan tidak terlalu tepat. Tentang 'shot' atau 'shoot', terima kasih atas teguran kerana aku dah lama konfius dengan dua istilah ini. Terima kasih kerana mengajar istilah 'POV' yang selama ini disalah tafsirkan.

TQ.. blog GoofSpot akan lebih bersinar...

Thursday, July 15, 2010

Kesilapan Dalam Filem: Sekadar Perkongsian

Ini beberpa tips.. rasanya kalau ada yang mahu jadi pandai dan mempunyai profession seperti aku. Namun, apa yang penting, mistake ini dikesan dengan objektif positif, bukanya dengan niat untuk merendahkan martabat industri filem kita okayh...

Sebenarnye, dalam nak kaji mistake filem ni, bukan susah pun. Cuma kadang-kadang kita sendiri yang malu dan tidak mahu menilai. Apabila orang tanya, kenapa filem ni teruk, jawapannya tentu ada pada mutu lakonan dan juga bagi yang tahu menilai, mutu visual juga satu daripada aspek dinilai. Jangan terlalu mengganggap cerita yang punya naratif gempak sempurna. Anda tengok lakonannya ok, terus dilabel filem itu ok. Aspek lain yang minor tidak diambil kira.

1) Kesabaran

Kesabaran. Itu yang korang perlu ada. Dalam proses mengesan mistake ni, memang korang takkan alami pengalaman menonton filem yang sempurna. Kekadang, korang perlu stop, rewind, pause, replay dan juga menulis minit-minit babak. Oleh itu, kesabaran harus ada kalau korang nak. Jika dah jumpa benda salah, jangan melatah kerana korang juga akan hadapi pelbagai spekulasi dari member2 yang selalu mempertahankan babak2 tu tak ada masalah.

2) Tumpukan perhatian anda kepada objek-objek kecil dan mudah bergerak

Mata korang perlu fokus. Korang tidak harus memandang pelakon jelita mahupun menawan. Tetapi, kalau korang mahu jadi orang yang mengesan mistake-mistake dalam filem, objek-objek dalam frame filem itu yang patut difokuskan. Perhatikan rambut pelakon, ataupun apa saja barang yang diambil dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Selalunya, kesilapan selalu berlaku terjadi apabila adanya objek yang mudah bergerak.

3) Gunakan logik anda, tetapi fikirkan logik pengarah

Korang tidak boleh mengatakan babak itu salah jika anda rasa ianya salah. Penilaian korang sebenarnya adalah penilaian amatur. Selepas korang mengesan sesuatu kesilapan, analisis ia beberapa kali. Jangan terus memandai mengatakan ianya salah tanpa ada sebarang sebab. Selalunya, ada beberapa babak janggal kerana several cut yang dilakukan untuk memendekkan masa. Jika ada penjelasan yang baik dan juga storylinenya tidak terganggu, pada aku, ianya bukan satu mistake.

4) Tonton filemnya, bukan ceritanya

Itu satu perkara yang penting. Dalam mengesan mistake, abaikan penceritaan. Mungkin kalau korang teringin nak tengok filem itu ada sad ending ker, happy ending ker, tonton saja dahulu. Surely, korang takkan perasan mistake yang ada dalam filem tu.

5) Banyak wide-shoot, banyaklah mistakenya

Filem kita terutamanya, memang selalu menggunakan close-up shot. Bukan ape, antara satu sebabnye adalah mengurangkan bajet (teori saja) dan juga malas nak beli props. Maka, selalunya, filem yang mempunyai close-up shot yang banyak tidak ada mistake. Maka, nak cari mistake, cari filem yang ada banyak wide-shot kerana wide-shot akan menggunakan props yang pelbagai. Maka, kecuaian mengatur props akan menyebabkan mistake terjadi.

6) Jangan Malas

Dalam internet, belambak info ttg mistake yang dikesan dalam filem omputeh. Aha, ya. Memang belambak. Namun, kalau filem melayu, nak cari mana? Maka, nak tak nak kena perah otak sendiri mengkaji filem ni. So, jangan malas!

7) Gunakan mata, bukan telinga

Audio dan video, digabungkan akan bertindak mengaburi kelemahan masing-masing. Kadang kadang, ada kesilapan audio akan dikaburi dengan visual yang menarik. Begitu juga sebaliknya, visual yang cacat akan dikaburi dengan dialog-dialog dan bunyi menarik. Kalau anda guna telinga, tak nampaklah cacatnya. Okeyh. X paham?.. fikirkan.

-----------<>------------
Jom tengok beberapa filem Malaysia yang ada mistake. Sesetengahnya boleh diterima akal dan diexplain (terpulang pada korang), dan sesetengahnya masih lagi menjadi misteri (cewah, macam entry horror lak). P/S: ada banyak lagi filem terdahulu yang belum didedahkan, namun ini sebahagian dari filem terkini yang aku telah bongkar..

-----------<>------------
Kenapa semua ni terjadi ek? Ini pendapat aku.

1) Filem untuk duit poket, bukan untuk peminat

Filem dihasilkan sebab diorang nak duit. Dengan bajet yang rendah, masa yang singkat dan juga perangai yang macam-macam, pengarah naik stress. Mungkin juga sampai dah jadi malas. So, kerja pun jadi cincai dan inilah akibatnya.

2) Artis nyanyok

Ni pun satu perangai. Malas dan tidak pernah berfikir. Maka, jadilah mistake apabila dia sendiri dah x ingat macam mana kedudukan asalnya, pakaiannya macam mana, rambutnya di mana dan lain lain.

3) Bila rasa filem diorang makin gah

Ni satu lagi, bila dah rasa filem diorang leh pergi jauh, maka mula la buat kerja cincai. Huh!

4) Filem untuk peminat, tetapi bukan dari hati penerbit

Penerbit keluarkan filem atas permintaan penonton. Maka, dia cari pengarah. Pengarah dibayar dengan harga tertentu, dan dia sendiri hanya buat filem untuk memenuhi kehendak penerbit.

5) Aku yang terlalu ingin kesempurnaan..ehe

Hah, ni satu lagi. Mistake ni smua kuar selepas aku tengok dan kaji. Maka, kalau aku tak kaji, semua takkan didedahkan kan? wahahaha...

6) Keadaan persekitaran

Kita tak boleh salahkan produser mahupun pengarah dan jug pelakon. Kadang2, persekitaran tidak dapat dikawal dan sukar untuk diramal.

7) Cuai

Kecuaian sebegini ok lagi. Tidak membunuh. Jangan cuai di jalan raya. Elakkan keluarga anda berada dalam tangisan.

Kesimpulannya, kesempurnaan itu penting yer. Filem bukannya belacan, ianya seni. Seni ni perlu dihasilkan dengan kreativiti. So, teruskan usaha (macam aku ni lecturer plak.. aha). Papepon, semua di atas hanya pandangan, korang berhak bersuara. Daaa...


P/S: pandangan dialu-alukan

Monday, July 12, 2010

Siapa Belum Tonton Kites?

Kites memang power. Itu saja yang mampu aku katakan apabila menonton filem Hrithik Roshan terbaru ni. Permainan emosi yang mantap. Fuh.. hampir2 sempurna.
Klik untuk ke review

Sape yang lom tonton, anda boleh jenguk trailer ni...

dan download movienya di sini

Sunday, July 11, 2010

Skandal Peter Porn Malaysia! (Bahagian Pertama)

Peringatan: Gambar2 yang diambil dalam entry kali ini tidak mendapat kebenaran mana-mana pihak dan tidak juga mendapat apa-apa kelulusan dari Ariel Peter Porn.

Amaran: Adalah tidak salah bagi pembaca bawah umur membaca post ini kerana ianya tidak mengandungi adegan lucah dan tidak juga dilabel sebagai PG-13 (parental guide under 13) ataupun NC-17 (no children below 17). Oleh itu, ibu bapa digalakkan menasihati anak-anak supaya tidak melakukan dosa yang mereka lakukan ini.

Penting: Gambar ini tidak disusun mengikut jalan cerita sebenar untuk memberi kesan dramatik kepada pembaca. Pembaca diharap menilai sendiri entry ini. Tiada super-impose digunakan.

Gua Kelam, itu adalah destinasi kami. Kami bukan kumpulan Skodeng amatur yang cukup cekap mencari port2 beristirehat pasangan yang gian, tetapi kami datang ke Gua Kelam ini atas satu sebab, ingin mengadakan reunion selepas 5 tahun x berjumpa. Adegan yang dirakam ini tidak ada dalam kalendar aktiviti hari itu, namun atas permintaan ramai peminat dan juga rakan aku yang mengetahui xtvt ini, maka post ini diwujudkan atas untuk memberi kesedaran bahwa kapel itu kadang2 mengundang... (sambung sendiri)...

Sebenarnya semuanya bermula dengan satu kebetulan. Sorang dari member aku, berjalan2 di sekitar kawasan dan menyedari adanya kandang rusa. Maka, aku dan rakan aku pun bergerak menuju ke kawasan yang disebutkan. Dan.. oh, ada special features rupanya di kandang ini. Sedang boring memerhatikan rusa yang nyenyak beristirehat, mata kami menjadikan special features ini sebagai main features.


Anak panah itu tidak menunjukkan bahawa suatu hari nanti, pokok ini akan reput dan dimakan anai-anai. Malah, anak panah itu juga tidak menunjukkan bahawa pokok itu akan tumbang ke kandang rusa yang berada bersebelahan. Malah, apa yang aku nak tunjukkan adalah apa yang ada disebalik pokok itu. Perhatikan motor itu. Jangan risau, ianya tidak akan meletup. Apa yang ada dengan motor. Mestilah ianya tidak berjalan sendiri. Ada orang yang memboncengnya. Persoalannya siapa yang memboncengnya????


Kami (aku dan seorang member aku) melintasi kawasan motosikal itu. Dan, ini yang kami nampak. Sepasang merpati sejoli sedang enak membuai kasih (ceewah!). Tiada adegan terlampau mahupun apa saja yang membuatkan aurat mereka terdedah, namun nampaknya mereka tidak kisah kami lalu di belakang mereka kerana mereka asyik memandang ke satu kawasan hutan di hadapan sana. Ini bukan point utama cerita ini. Pasangan ini tiada adegan yang best. Sekadar melihat lelaki itu meletakkan lengannya di bahu pasangannya, oh.. macam tengok cite hindustan. Baik tgok SRK, Hrithik pun lagi baik.


Hairan sungguh. Kenapa la nak jugak duduk kat hutan macam ni. Kang kena sampuk dengan jin gua ker, jin rusa ker, jin tanah ke, hah naya tuh! Ini baru pasangan pertama. Perjalanan merantau melihat kandang rusa yang tidak berapa jauh dari situ menemukan kami dengan satu lagi pasangan. Diamati, pasangan itu nampaknya berumur belasan tahun. Memang apa yang kami rakam ini di luar jangkaan. Dan, ianya sememangnya satu kebetulan dan tidak dirancang. Ini adalah point cerita ini yang lebih hangat... akan datang...

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adl suatu perbuatan yg keji dan suatu jalan yg buruk.” (Al-Israa': 32)

Thursday, July 8, 2010

Selepas Diana Danielle, Giliran Ning Baizura :-)


Entry last sebelum aku ke Tanjung Malim. Maka, sudah masuk tahun ke 3 aku berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tak nak cakap banyak cuma....

perlu kah aku cakap!

perlu kah!

kah!??

perlu r.. kalau x, watpe aku wat pos ni kan3..


Entry review filem Magika dilekat oleh creator Ning Baizura Fan Page di fan pagenya. Aaargh, selepas Diana Danielle, Ning Baizura... mungkinkah ada lagi akan melekatkan link ni?Memang terharu apabila tulisan aku diappreciate.. wehee..

Baru hari ni (Khamis) aku perasan. Link ni sudah membantu trafik selepas sehari Diana Danielle lekat link ini di fan pagenya. Ning Baizura linkkan blog aku ni pada hari Selasa.
Trafik pada hari selasa (6hb Juy 2010) rendah sedikit berbanding hari Diana Danielle melekatkan link di fan pagenya. Maknanya, visitors di Diana Danielle fan page lagi banyak dari visitor di Ning Baizura fan page.

Alhamdulillah.. x rugi mengarang pepanjang..

Terima kasih kepada membaca. Aku tidak ada kaitan dengan KRU Pictures, ianya sekadar diri aku yang membantu industri filem tempatan k.

Daaa

P/S: Ain Fathihah, ni la penyembuh rindu aku.. wahaha.. sekali lg, jgn jeles... ehe