Saturday, June 12, 2010

Transformers 3: Akan Datang 2011

Menjenguk ke dalam Yahoo, sebelum mengelintar dari papan aksara, aku perhatikan di tetingkap Yahoo itu tentang satu perkara. Yeha! Yeah! Yohoo.... Transformers 3 akan keluar pada July 2011. Maka, disamping bersorak girang, meh sume kita buat bunyi Optimus Prime bertukar ramai2. Tak percaya dan tidak tahu menahu? Meh aku bawak sedikit info yang aku berjaya selongkar melalui laman YouTube dan juga Yahoo!

Dalam satu temubual, Michael Bay selaku director telah memohon maaf kepada penonton atas apa yang dilakukan dalam filem kedua Transformers mendapat impak negatif dari pengkritik. Namun, walaupun filem tu mendapat kritikan negatif, tetap juga diterima penonton sebagai hebat!. Dia sudah akui itu dan akan berusaha memastikan 'plot hole' yang ada di dalam Transformer 2 dikemaskan dan dijelaskan dalam Transformers 3. Dalam web slashfilm.com, Anthony Breznican menjelaskan kecacatan dalam Transformers 2 adalah disebabkan kekangan masa dan masalah penulis skrip dan lakonlayar.

Beberapa bulan lalu juga, Michael Bay menyatakan bahawa filem ini tidak akan keluar pada tahun 2011, tetapi sebaliknya pada 2012. Namun, entah apa kejadahnya tetiba tarikh itu diawalkn kepada Julai tahun 2011. Selain itu, dahulu juga Michael Bay menyatakan bahwa dia takkan buat Transformers 3 ini dalam format 3D yang memang tengah digilai penerbit filem sekarang. Tetapi, dalam sidang akbar USA Today, dia menyatakan sebaliknya. Oh, peningkah Michael Bay? Patutkah dia dimasukkan ke Alcatraz dimana filem pertamanya bersama Sean Connery itu hits? Bab hal 3D itu, Paramount terpengaruh dengan kejayaan Avatar. So, diorang pun nak juga wat versi 3D utk Transformers, maka jadilah nanti Transformers 3 in 3D.
Dalam temubual USA Today, Michael Bay menyatakan bahawa akan ada si jahat baru. Bersoraklah wahai peminat Shockwave!! Inilah sebuah robot jahat yang akan melawan geng Autobot nanti. Tapi, jangan dok caye sangat ngan Michael Bay. Dia ni memang suke panaskan keadaan. Al maklumlah, dia saja satu2nya pengarah yang berani buat adegan letup meletup yang banyak dalam filemnya. Orang duit banyak ni kekadang senang je dipercayai.


Oh, seperkara lagi, say bye bye to Megan Fox yer. Dia dah xde. Mampus! Hahaha.. aku fikir adakah akan ada orang akan tengok Transformers without Megan Fox? Michael Bay sudah ambil minah seksi baru, Rosie Huntington-Whiteley. Siapa dia ni? Dia adalah orang baru dalam dunia filem. Tetapi, dia adalah model hot untuk iklan Victoria Secret. Papepon, bagi karakter lain, rasanya sama jer kot. Michael Bay kenal si Rosie Huntington-Whiteley ni bila Michael Bay mengarah satu dari iklan Victoris Secret.
Malang juga bagi peminat The Twins, robot yang pernah membawa kontroversi kerana dikatakan racism terhadap kulit hitam. Macam2 hal. Sebenarnya, watak ni dikatakan ilham Michael Bay sendiri. Penulis lakonlayarnya, Alex Kurtzman and Roberto Orci menyatakan boleh jadi juga mereka akan ada. Tetapi, pengarah sudah tidak mahu watak ini ada dalam filem ketiga. So, ada main tarik tali di sini. Makanya, tunggulah filemnye yer.

Pelbagai spekulasi telah dibuat. Persoalannya di sini, adakah Transformers 3 akan jadi filem terakhir siri ini? Itu mungkin. Mungkin ya atau tidak. Biasalah. Selagi ada permintaan, diorang cakap je last itu last ini. Sebelum aku tutup bebelan panjang nih, meh kita tengok beberapa klip yang berjaya dirakam sewaktu diorang filming di Chicago.


Itu saja. Mungkin ada info aku yang tersalah, tolong betulkan di comment. Memang aku menantikan filem ini tahun depan. Tak kiralah xde Megan Fox atau ape saje yang betukar, yang penting, robot2 tu ada. Harapan juga supaya Transformers 3 tidak mengulangi apa yang telah dilakukan Transformers 2.

2 comments:

sakthi said...

Hi seperti blog anda sehingga, saya menambah blog anda dalam blogroll saya dan anda boleh menambah saya di blogroll http://technotexter.co.cc/ ur ....

justipz.blogspot.com said...

i just put your link to my blog....
Don't forget to backlick and visit my blog ya..... :D