Monday, June 28, 2010

Tayangan Amal Filem: Magika

Kerajaan Negeri Perlis dan UNIMAP (Universiti Malaysia Perlis) dengan kerjasama KRU Pictures akan mengadakan tayangan amal filem MAGIKA. Filem yang bakal ditayangkan kemungkinan pada september ini akan buat pertama kalinya ditayangkan khas di Perlis sempena 10 tahun pemerintahan raja perlis. Tayangan akan diadakan pada jam 2 petang 4 Julai di Dewan Kapitol (sebelah Bangunan Tabung Haji). Tak ada dress code. So, boleh redah saja. Jangan pakai bikini sudah!

Pas-pas boleh didapati di:
1) ruang legar bangunan KWSP
2) The Store, Kangar
3) Pasaraya C-Mart, Arau
4) pasar malam Kangar
5) Dewan Kapitol

Mawi, Ziana Zain, Ning Baizura dan lain-lain akan mengadakan sesi bertemu peminat pada 3hb Julai pada jam 4 ptg di Dewan Kapitol. Jom rakyat Perlis dan sekitarnya, mari kita meriahkan tayangan amal ini!

4 comments:

farysa said...

rasa cm nk pg plak
jom!
spe nk tmnkn farysa

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

jom2..

I*K*T*I*R*A*F said...

macam best jee. :)

Faizal Fredley said...

agrhhh..nape dia x buat masa plajar unimap daftar...buat la 14 hb ker..rugi la aku...