Sunday, June 20, 2010

Ros, Kau Bukan Bunga!

Susah jugak jadi novel addict nih. Memang kalau g mana2 kedai buku, bahagian novel aku serbu dulu. Orang cakap lelaki pelik baca novel, tapi ada aku kesah?! Baru2 ni aku beli 3 novel serentak (gambr kat atas tu!) . Padahal, xde masa pun nak baca. Nak habis satu novel pun dekat setengah bulan. Biasalah, aku ada banyak buku lagi nak dibaca bila dah masuk semester depan. Dalam waktu cuti sem ni memanglah enak habiskan baca novel. Seingat aku, sepanjang dua bulan cuti sem nih, aku dah habiskan 3 novel iaitu Bukan Yang Pertama (Salina Ibrahim), Setenang Cahaya Hati (Salina Ibrahim jugak!) dan satu novel Inggeris, G.I Joe: Rise Of Cobra (Max Allan Collin). Ni pun otw baca H.G Wells's War Of The World.

Disebabkan esok aku dah nak mula buat ROS, maka H.G Wells punya karya ni pun rasanya belum tentu akan habis. Owh, ROS. Mesti korang garu kepala. Ape yng aku nak cakap adalah Rancangan Orientasi Sekolah (ROS). Dalam praktikal pertama ni, aku dikehendaki mengkaji latar belakang sekolah dan perlu hadir ke sekolah selama dua minggu. Ahah, mungkin akan ada peluang untuk aku mengajar dan mendapat anak murid.

Moga2 proses pertamakali di sekolah sebagai guru mengajar aku segalanya. Moga segalanya dapat dilalui dengan tenang. Ahah, dan satu g, akan tamat gak la aktiviti blogwalking yang aku lakukan 24/7. Namun, harap selalu hampiri blog ini walaupun aku tahu page aku ni berat sket untuk load.

Tapi, kalau dalam sekolah ada wi-fi, makanya naik tanduklah aku. Namun, blogging stil dihati. Ahah fuuuuh.. ahah fuuuhhh.. gementar..

P/S: suke PTS, novel2nya cukup menarik!

3 comments:

ShazlinaSaad said...

tak pelik la lelaki baca novel,sbb adik bongsu saya dan tunang saya pon suke sgt2 baca novel..
tp selalunye pinjam dari saya lah..huhuh

Nina Nurziana said...

cool pe laki bace novel :)

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

wah, cool n biasa ek.. ok2.. ahaha