Saturday, June 26, 2010

Reunion Ex-Students SMK Abi (2001-2010)

Dah lama rasanya aku kuar sekolah. Dah habis 5 tahun dah kot. Even sekarang aku sudah masuk sekolah balik, aku bukan lagi student. Memang best kan zaman sekolah. Macam nak patah balik ke zaman tu. Zaman kita bangun awal, curi2 kuar kelas, ponteng, didenda dan macam2. Dulu semua tu seksa, tapi sekarang semua tu jenaka.

26 June, tarikh kami buat majlis makan2 di Gua Kelam. Memang perancangan reunion lambat lagi. Tetapi disebabkan rindu ya'amat, maka reunion dipercepatkan. Walaupun semua tak hadir, namun reunion ni adalah satu cara terbaik nak jumpa semua rakan2. Nak cite pun panjang. Biarlah semua cerita tersimpan dalam kenangan aku dan rakan2....

Buat rakan2 aku, dan siapa saja bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Abi tahun 2001-2005, ini montaj khas untuk korang semua...


Memang rindu xkan habis dengan berjumpa sekali sekala. Dulu, tiap2 hari jumpa, sekarang semua dewasa dan jarang berjumpa. Tapi, life must go on. Kenangan biarkan dalam ingatan. Pandang ke hadapan.
Teringat gambar ni... waa... macam nak nangis!!!....

2 comments:

ain fathihah said...

aku suka quote ni! hehe

"Dulu semua tu seksa, tapi sekarang semua tu jenaka."

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

wa.. realiti kan.. dulu memang seksa.. la ni, gelak balik ingat masa2 seksa dulu.. ehe