Tuesday, June 1, 2010

Penjelasan Dari Meja Penulis!

Beberapa jam tadi, penulis menyedari tentang dua komen yang cukup pedas melekat di bahagian komen dua pos panas yang cukup panas!

Penjelasan ini diharap dapat memuaskan hati semua pihak. Ada ketidakpuasan hati lagi, sila luahkan, dan saya akan jawab lagi.

Penulis bukan mahu membuat blog yang gebu, suci dan juga penuh dengan cahaya dan tidak pernah berdebu ini dicemari dengan pelbagai gambar separuh bogel dan seangkatan dengannya. Apa yang mahu penulis sampaikan adalah mengikut pemikiran penulis yang ingin menyatakan prinsip penulis dalam melakukan proses pengeluaran pos, dan juga kaedah blogwalking menurut penulis.
Sejujurnya di sini, tidak ada niat untuk penulis menarik orang gila seks di luar sana untuk melihat blog yang hanya kecil dan tidak ada apa-apa ini. Tetapi, kalau diorang nak masuk, takkan penulis mahu halang. Blog ini umum dan tidak dikhususkan kepada siapa2!

Saya ingin menjawab komen yang diberikan di entry ini, yang menyatakan bahawa...

"salam, saudara ni nama cikgu tulis merapu meraban, letak gambar tak senonoh nak tarik trafik cara kotor ke, insaflah sikit cikgu, bagi contoh yang baik sikit dekat umum."

Kepada encik/ puan/ datin/ datuk/ dan pangkat seangkatan, penulis bukan seorang guru. Lain kali, periksa terlebih dahulu latar belakang. Entry itu hanya sekadar seronok-seronok. Tidak perlu untuk mendajalkan penulis. Selama hampir sebulan entry itu berada di dalam blog ini, penulis rasa semua pelawat memahami apa yang penulis mahu sampaikan. Jadi, kenapa disebabkan sekeping gambar, anda mahu memberikan satu perspektif tidak baik kepada bidang perguruan.

Fikirkan sendiri, adakah anda guru?
Fikirkan sendiri, adakah anda tahu apa yang perlu ada pada guru?
Fikirkan sendiri, guru itu manusia biasa ataupun alien yang boleh buat macam2?

Penulis berjalan2 di blog bekok dan menjumpai entry ini, anda tentukan sendiri, adakah ia sama dengan kaedah entry kamasutra yang telah penulis buat?

Anda tentukan. Namun, kepada bekok, yang merasakan gambar kamasutra itu adalah tidak senonoh bagi seseorang yang bakal bergelar guru, fikirkan bagaimana seorang guru sains nanti akan mengajar perihal organ pembiakan wanita dan lelaki (seingat penulis, zaman penulis diajar pada tingkatan 3). Namun, terima kasih kepada rakan blog aku... atas nasihat dia, aku buangkan gambar itu buat selamanya. Haruskah kita belajar dimana skrotum, ovari bla bla bla dengan hanya tulisan?

Namun, atas dasar saling hormat menghormati, penulis mohon maaf jika ada yang merasa tidak selesa semasa melayari blog ini disebabkan gambar itu.

Perihal kasut Croc yang pada saat ini mendapt pelbagai respon, saudara bekok, menyatakan,

"saudara, kamu ni taukey kedai crocs ke. Isu ni sensitif jangan nak pandai pandai cakap kalau tak tahu."

oh, plez... tidak bolehkah penulis menyampaikan satu pandangan mengenai isu sensitif. Sensitifkah sangat isu ini? Atau isu ini sengaja disensitifkan? Namun, pandangan orang tidak sama. Perlu diingatkan bahawa penulis hanya menegaskan pendapat penulis berkenaan isu ini. Isu ini tidak ada apa-apa pun. Hanya ilusi pemikiran sahaja. Contoh, anda berjalan pulang dari surau melalui satu lorong gelap. Perasaan anda pada masa itu amat takut sekali. Minda mula berfikir tentang hantu. Dan, tatkala bulan memancar ke pokok pisang, pokok itu anda akan nampak seperti hantu. Kaitkan dengan isu ini dengan mata hati anda sendiri.

Apapun, pihak penulis memohon maaf jika ada keterlanjuran dari segi entry pos. Penulis pun masih belajar. Nasihat dan ilmu dari blogger lain amat bermakna.

Terima kasih!

5 comments:

farisazmi said...

man... you got something to tell... terpulang la kt org lain nk baca ke x... itu hak penulis blog kan... kekadang isu yg cuba diketengahkan adlah dicedok dan dimodified ikut cita rasa sendiri.. Kalau hal kasut crocs 2, dh byk kt blog n web page lain, kenapa la si pengomen 2 xnak berhujah plak kan... pelik betul org skarang...

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

mmg pelik... aku trima saja apa kutukan.. nasihat... :-)

+akufobia+ said...

alaa.telankan je.diorang maybe tak faham apa yang kau faham.kurang sampai apa yang kau nak sampaikan.

fauzuskamaruddin said...

mmm saya dah bce semua entry yg awak referkan..okeyh je....xde yg sensitip pon...orang org kt luar ni kdg kdg tk sedar kita sekdar nk membuka minda je bagi berfikir skit...ape maslah diorng....???tu pon susah...apelah diorgn ni!!!

Mrdaha said...

Biar je la man. Aku baru je taw pasal kasut croc tu. cuba kalo ko x tulis entry pasal tu. mesti ramai lagi yg xtaw.

lantak la pe org nk kata, jgn lemah smangat k. nk tarik trafic gne cara kotor ke ape ke, skati empunya blog la. yg dia nk sebok2 pasal pe? biar je. =D