Thursday, June 10, 2010

Patrick Boivin's Stop-motion Films

Patrick Boivin, satu nama yang makin dikenali selepas terkeluarnya video parodi Iron Man yang dilakonkan oleh anaknya sendiri, Iron Baby. Iron Baby ditonton lebih 4 juta penonton di YouTube. Wow, satu perkara yang menarik. Apa ada pada Iron Baby hanyalah satu minit trailer parodi Iron Baby melawan sang jahat yang berpakaian bunny. Jumlah 4 juta adalah satu jumlah besar. Mana-mana saja blog sudah mula meng-embed-kan video ini, dan aku tidak boleh lari daripada meng-embed-kannya.

Iron Baby

Siapa mamat ni? dia adalah seorang pengarah berdarah French Kanadian yang aktif menghasilkan filem pendek animasi sop-motion. Sape x tau stop motion itu ape? Bahasa melayunya, 'stop motion' didefinisi sebagai 'gerak pegun'. Animasi gerak pegun ni adalah satu teknik untuk buat pemanipulasian secara fizikal kepada objek supaya nampak bergerak dengan sendirinya. Ianya boleh dilakukan dengan apa saja objek samaada 2D ataupun 3D. Selalunya, animasi sebegini dirakam hanya dengan kamera digital. Hasilnya, sejumlah gambar yang punyai pautan antara pergerakan terhasil. Lastly, bila semua gambar disusun secara teratur, ianya akan membentuk satu pergerakan dan terjadilah 'stop motion'.

Upin dan ipin itu adalah filem stop motion? Oh tidak. Ia bukan filem stop motion. Kat malaysia ni jarang ada. Tetapi, kat Hollywood, antara filem stop motion yang korang sedar kewujudannya adalah Chicken Run, Tim Burton's Corpse Bride, Wallace And Gromit, dan mcm2 g. Filem stop motion sebenarnya memerlukan kesabaran untuk buatnya kerana setiap movement harus diambil supaya setiap gambar akan menghasilkan rangkaian yang apabila dicantum menghasilkan satu imej bergerak. Apa yang korang tgk dalam filem komersil adalah cukup sukar untuk dilakukan. Tetapi, bagi yang ingin mula buat filem animasi, filem stop motion adalah starting point yang sesuai.

Sebelum aku blah dengan bebelan, layan beberapa koleksi stop motion dari Patrick Boivin. Iron Man versus Bruce Lee dan juga Michael Jackson vs Mr Bean adalah antara top rating stop motion film by Patrick Boivin di YouTube!

Ninja's Unboxing

Iron Man vs Bruce Lee

Michael Jackson vs. Mr Bean


No comments: