Tuesday, June 29, 2010

The Only Way To Stop Them Is To Face Them!

aku sedang mengajar tajuk Preposition... ehe
sambil diperhatikan Teacher Mas, my mentor a.k.a guru pembimbing (bukan yang senyum tu k.. 2 nun jauh di belakang.. yang ada laptop tu!)


THE ONLY WAY TO STOP THEM IS TO FACE THEM!


Itu adalah kata2 semangat untuk pelajar-pelajar yang aku ajar beberapa hari lepas. Ayat ini aku guna untuk akhiri sesi PnP dengan sesi refleksi dan sedikit motivasi. Nasib baik aku tak tulis 'I WILL TEACH YOU'.. ataupun, "TAKE OFF YOUR JACKET", "STRIKE" dan lain-lain. Masih ingat apa yang aku cerita beberapa hari lepas tentang sesi PnP yang aku lakukan namun tak habis disebabkan masa yang tidak mencukupi? Kalau x ingat, sini kliknya.

Ok, hari Isnin lepas aku perlu ambil semangat lagi untuk ajar kelas yang lagi besar. Jika hari itu aku diberikan kelas Tingkatan 4, mentor aku memberikan kepercayaan (walaupun pada awal pertemuan hari pertama, dia cakap tingkatan 5 tidak dapat diberikan kepada aku untuk sesi ROS ini) untuk mengajar Tingkatan 5 Ali. Degup wo jantung sebabnya mereka sudah besar. Mungkinkah aku akan dipandang kecil dimata diorang?

Alhamdulillah, semua berjalan lancar.Everything goes smoothly. Cume, aku pulak yang tersasul2 sampai beberapa perkataan (yang menunjukkan ketidak-proan aku) dieja salah. Sudahlah masa tu aku kena tuliskan perkataan tu untuk student. Sampai dalam hati aku berkata 'OMG, bodohnya aku". Nasib baik student takde yang menegur. Even mentor aku pun diam aje dan biarkan sesi PnP berjalan seperti biasa. Cepat2 aku move on to the next question. Kalau aku terpinga2.. alahai.. mahu malu dibuatnyer..

Dengan sedikit improvement dan teknik, aku rasa ada semangat dalam diri. Aku ingat dalam sesi lepas, beberapa perkara tentang suara aku ditekankan oleh mentor aku. Aku juga diarah supaya tidak terlalu guna kaedah translation terlalu kerap. Kalau dah habis belajar xpe, ini x elok kalau nak prepare untuk observation final sem praktikal nanti. So, semua tu dibetulkan dari awal hingga akhir. So, entah macam mana hari itu, berjaya blend in dengan environment. Tambah pulak dengan sound system yang gempak, trailer LEGEND OF THE GUARDIANS (sebuah filem animasi yang akan ditayang september ini), buat murid2 terpukau.

Ahah, satu g. Babak Transformers 2: Revenge Of The Fallen yang aku cut dan edit untuk pengajaran grammar ini digunapakai. Respon baik walaupun vid itu adalah vid yang aku guna untuk presentation phonetic and phonology beberapa sem lepas.

Berjaya melantangkan suara walaupun kadangkala turun mendadak, aku berjaya buatkan kelas jadi aktif walaupun mentor aku mengatakan bahawa mereka ini lagi aktif dari apa yang aku lihat. Namun, keseluruhannya alhamdulillah, berjaya dan selesai menamatkan dengan tenang.

Sesi menyelia mentor aku pula... rabu ni, 30 Jun.... moga ada inspirasi untuk aku juga.

THE ONLY WAY TO STOP THEM, IS TO FACE THEM - siapa pandai teka ayat ni dari filem mana??? ehee

2 comments:

zaza said...

selamat pagi cekgu!! hhehe

~~dieylah~~ said...

salam..cikgu la ni x lm lg..
bestnyer..mst dak upsi ni kn..sbb da member pun ngah wat ROS..
ROS tu pe ek..hihi..