Tuesday, June 8, 2010

Love In The Time Of Cholera - Gabriel Garcia Marquez

Hari ni aku nak cite ttg sebuah novel klasik yang aku pernah baca. Novel ini memang tersangatlah klasik sehinggakan aku terpaksa membelinya dengan harga RM60 (sebenarnye, ade je versi Pengguin Classic, tapi cover tak cun.. ehehe). Disebabkan addicted dengan storylinenya, aku tak kira apa ribut taufan ataupun serangan tentera Israel, aku beli jugak novel ni. Tetapi, perkenalan aku dengan title novel ni pun bermula disebabkan aku terpaksa buat asignmnt ulasan novel yang aku harus pilih sendiri.

Tajuk cite ni adalah Love In The Time Of Cholera. Dalam bahasa melayunye adalah Cinta Zaman Kolera. Ditulis oleh seorang penulis yang telah memenangi anugerah Nobel Literature, Gabriel Garcia Marquez. Kalau sape yang blaja literature mungkin mengenali siapakah orang Mexico yang banyak mengeluarkan karya berperenggan panjang nih! Citenye aku boleh bandingkan (dalam kisah2 cinta melayu) macam Antara Dua Darjat. Huh. Cite kasta yang berbeza, cite halangan mak bapak dengan kisah cinta dan apa saja yang berkaitan.

Love In The Time Of Cholera ni mengisahkan mamat jiwang bernama Florentino Ariza yang bekerja sebagai penghantar telegram yang jatuh cinta ngan minah cun yang berbeza darjat, Fermina Daza. Malangnya, bapak Fermina ni dah suke seorang doktor yang merawat Fermina sewaktu dia kena kolera. Dek sebab cinta, Florentino Ariza nih sanggup tunggu kekasihnya dan stay tidak berkahwin selama 51 tahun 9 bulan dan 4 hari. Kesanggupan menanti suami Fermina Daza, Dr. Juvenil Urbino menjadikan kisah ini sbuha epik cinta yang bleh kira macam u jump i jump b4 cite Titanic lah!

Aku tak nak ulas banyak2. Memang kalau aku ulas, kang menguap je membacenye. Cite ni ada versi filem. Diarahkan oleh Mike Newell, filem ini dibintangi Javier Bardem, Giovanna Mezzogiorno dan Benjamin Bratt.



Papepon, bagi yang suke cite epik cinta macam Titanic, dan A Walk To Remember, ini adalah satu g cite yang patut korang baca. Tapi, kalau dah malas baca, g cari filem je. Bagi yang tidak berapa tahan dengan adegan intim yang dilakar dalam novel, pun disaran membaca atau pun tgk filem.

Sebenarnya, cite ni wat kita sedar yang kekadang manusia sanggup buat apa saja untuk cinta. Sanggup mati, dan sanggup juga menunggu. Kekadang cinta wat seseorang buta dan tidak keruan. Tetapi, sebenarnya kalau ditanya pada seseorang yang sedang gila bercinta 'kenapa kamu macam orang gila?', pasti mereka menjawab 'sebab hanya cinta mampu buat orang normal gila dan tidak gila semula', Kan2?

"fifty-one years, nine months and four days... that is how long that i loved you"
- Florentino Ariza

1 comment:

+akufobia+ said...

woaa.lamanya.aa.kerana cinta.