Friday, June 4, 2010

Karipap Karipap Cinta: 5 Bintang!


Hari ni aku nk cite ttg novel plak. Sebelum tu, trima kasihlah kepada semua yang menyokong entry croc yang telah mendapat respon yang banyak walaupun aku rasa isu itu tidak layak pun dijadikan isu. Ada 3 novel lagi perlu aku habiskan baca, namun novel ni adlah novel terakhir yang berbahasa Malaysia yang masih belum dibaca. Dua lagi novel adalah novel inggeris. Maybe kalau aku rajin aku wat revie ttg 2.

Siapa Nazri M. Annuar? Ish, jujurnya aku pun tak berapa kenal. Maklumlah, berapa banyak sangat novel yang aku baca. Tak sampai puluhan pun lagi, hobi ini masih baru lagi untuk aku. Tapi, kalau korang pernah baca Aliya Elyana terbitan Gala Unggul (2004), dialah penulisnya. Novel ni aku habiskan dalam masa seminggu je. Aku kalau seminggu tu, kira cepatlah!.. ehe3. Memang tak tahan gelak jugaklah bacaa novel yang pada awalnya aku ingat parodi Ayat-ayat Cinta nih. Cukup menghiburkan dengan storyline yang cukup simple namun digubah dengan ayat-ayat yang boleh buatkan kita ketawa.

Ali, seorang wartawan jatuh cinta dengan Sarah, pelukis komik yang merupakan seorang pelajar lulusan Al-Azhar. Ali, yang masih segan silu sebab statusnya yang tidak sama taraf menghadapi pelbagai dugaan untuk mencari cinta Sarah. Dari sini, rakan2nya banyak membantu. Dari situ juga, bermula insiden2 yang melucukan. Jadi, di mana karipap cintanya?

Karipap sebenarnya adalah perkara yang membuatkan kisah ini tamat dengan cantik dan sukar dijangka. Aku tidak menyangka sebuah idea sebegini mampu diterapkan menjadi sebuah komedi hebat dengan hanya karipap. Sarah, yang menyukai karipap meletakkan syarat kepada Ali supaya membuat karipap terbaik untuknya menjadikan usaha Ali untuk mendapatkan Sarah semakin sukar dan penuh kelucuan.

Babak best yang aku suka:
1) babak Ali nak tangkap peragut beg Sarah
2) babak Asha trap Ali dalam rumah dan panggil pegawai agama
3) babak Ali nak g bagi karipap
4) ending tu aku suke (touching giler.. wat aku tersenyum)
5) penjelasan bagaimana Datuk Razali Bunari insaf pun tak bleh blah... ahaha..
6) babak Ali cover cite ttg Sarah kat Rambai

Tema cinta biasa saja pada aku. Dua entiti berlainan karakter dan perwatakan membentuk adegan lucu dalam kisah cinta ini. Memang biasa. Tapi, cukup cantik garapannya sehingga aku sndri tak dapat berhenti membacanya. (Tapi terpaksa berhenti jugak, sbb byk lagi keje lain). Namun, karakter Sarah yang berkelulusan Al-Azhar membuatkan KKC mempunyai ciri-ciri yang cuba menjadi parodi kepada Ayat-ayat Cinta

Oh, satu lagi. Kisah KKC ini juga penuh dengan sindiran. Memang cukup banyak sindiran di sana sini. Tetapi mungkin bagi yang tidak memahaminya, ianya mungkin hanya sekadar ayat-ayat saja. Pelbagai sindiran yang aku perasan lebih terarah kepada kegilaan novel2 cinta bumbukan agama pada zaman sekarang. Korang patut baca page 67-68, memang korang akan tau penceritaan di paragraf muka surat itu seperti terarah kepada apa. Tersenyum saja aku membacanya kerana aku juga membaca buku Habiburrahman El-Shirazy. :-)

Aku tidak dapat membandingkan karya KKC ini dengan mana-mana karya Nazri M. Annuar yang lain seperti Opera Angkasa. Namun, aku rasa, KKC adalah komedi yang cukup selamba, simple dan punyai mesej.

Ura-ura (entah2 benar atau tak) mengatakan bahawa KKC akan difilemkan. Menurut sumber dari laman Web PTS sendiri, Othman Hafsham yang pernah memenangi anugerah Pengarah Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia kali ke-4, 1983 dan kali ke-7, 1987 sudah datang ke PTS untuk berbincang. Wah, best kalau difilemkan. Tak dapat bayangkan siapa akan jadi Sarah, siapa pula akan menjadi Ali, siapa Rambai, dan siapa akan jadiBart Rasta. Ish, tak dapat bayangkan lagi siapa akan jadi silent lover Ali, Asha.

Apapon, bagi yg lom baca, g cari. Memang harga murah dan berpatutan. Cerita pun best. Jangan pinjam! Ianya sesuai untuk jadi bahan koleksi. Kiranya ini macam modern hit la. Kalau dulu, fenomena Lagenda Budak Setan, kini Karipap Karipap Cinta is the next phenomenon.
P/S: memang berbaloi. Masih teringat bagaimana aku sangka ianya adalah sebuah filem yang diubah menjadi novel apabila tertenung DOLAH DIGITAL... dan BUKAN DVD.. ahaha..

7 comments:

ShazlinaSaad said...

wah..cam bes je..nak cari novle ni lah..

cicakgirl said...

kena dapatkan satu ni..best baca ulasan kat sini!

si[jari] telunjuk said...

macam best..kat popular ade jual tak??

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

jari telunjuk: rasanya ada kot

kakngah said...

harus msk dlm senarai ni..
mmg sebelum ni ada baca review psl KKC ni best..

yeapa2 said...

saya nk itu buku..kedekut!!!!

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

yeapa2: rasanya macam kenal kamu ni