Wednesday, June 16, 2010

Genre Tie-In: Pengenalan

Pernah korang baca novel tie-in? Genre ni jarang ada dalam industri novel malaysia, tapi seingat aku ada beberapa novel yang bergenre tie-in dalam koleksi novel Malaysia. Antaranya adalah Hingga Hujung Nyawa, Janji Diana, Duyung dan Cicakman. Ada dapat gambaran tak pekebende novel tie-in nih? Meh aku cite sket ttg novel tie-in nih.

Selalunya, novel tie-in akan bersangkut paut dengan produk lain yang dilesenkan daripada kompani yang mengeluarkannya. Contohnya, pengeluar produk game akan melebarkan sayap dengan menulis novel tentang karakter dalam game. Slain 2, pengeluar filem jugak akan jana income sampingan dengan mengadaptasi lakonlayar filem (sebelum dijadikan filem ataupun selepasnya) ke dalam bentuk novel untuk menarik peminat novel membaca cerita mereka.

Proses novelisasi filem selalunya lebih menarik dimana material yang tak akan dijumpai dalam filem boleh ditulis dan dikembangkan di sini. Ianya umpana satu lagi vantage point untuk peminat filem melengkapkan fakta jalan cerita yang tidak boleh diadaptasi dalam filem. Speselnya lagi, disebabkan novelisasi adalah berdasarkan lakonlayar, pembaca boleh baca original story dengan panjang lebar sebelum dipotong edit dalam versi filem.

Selalunyer, novel tie-in dari filem nih akan diletakkan poster main movie sebagai kulit cover hadapan. Selalunyer jugak, akan ada tulis "THE OFFICIAL NOVEL OF THE BLOCKBUSTER FILM". Cover juga akan memuatkan penulis lakonlayar dan siapa yang menerjemahkan lakonlayar kepada novel. Ada sesetengah novelisasi akan muatkan gambar aktor dan aktres yang terlibat. Di kulit belakang, selalunya ditulis sinopsis dan kredit untuk orang2 filem yang terlibat dalam pembikinan filem yang dinovelkan 2.

Hari ni, aku nak cite ttg satu g novel genre tie-in yang aku pernah baca. Dulu, aku pernah review ttg Transformers: Revenge Of The Fallen yang diadaptasi ke novel by Alan Dean Foster, skarang aku sempat baca sebuah lagi novel novelisasi tulisan Max Allan Collins. Tajuknyer, G.I Joe: Rise Of The Cobra.
Hah, tengok. Sama tak cover novel dengan poster filem? Semestinya sama kerana cerita dalam pun sama saja. Tetap kisah G.I Joe yang dipimpin General Hawk melawan geng Baroness yang akhirnya menjadi geng Cobra. Semua sama saja. Ada orang cakap, watpe nak baca novel kalau dah ada versi movie? buat habis duit dan habis masa. Itu bukan satu masalah bagi aku. Membaca novel dan movie cukup lain. Ianya satu perkara yang berbeza. Hanya yang tahu saja yang dapat merasakan apa impaknya dua medium berbeza ini pada pembaca dan penonton.
Apa yang spesel kalau baca novel novelisasi. Walaupun plotnya sama, korang akan dapat menyelami karakter dengan lebih dalam. Semestinya, karakter dalam filem perlu tafsiran penonton. Namun, dalam novel, tafsiran tidak perlu dibuat. Novelis sudah menyediakan tafsiran dan memudahkan proses pemahaman. Slain 2, akan ada babak yang dibuang yang boleh didapati. Maka, membaca versi novelisasi memberikan pemahaman mendalam kepada struktur cerita.

Papepon, novelisasi filem ke novel dan adaptasi novel ke film adalah satu perkara berbeza. Masa akan datang, aku akan tulis tentang itu kerana aku sedang membaca karya asal filem Steven Spielberg, War Of The World lakonan Tom Cruise yang mana karya asalnya ditulis oleh H.G Wells dengan tajuk yang sama pada tahun 1898.

1 comment:

YamMy said...

hurmmm.. novel ngan movie mmg lain.
kadang2 jln cerita diubah sedikit..
nice blog. =)