Friday, June 18, 2010

Cameronian Fever!



Few days ago, aku berkesempatan g jejalan kat Cameron Higland. Huh, second time tuh since my first visit sewaktu aku Darjah 6. Lama dah tu. Sungguh lama. Bukan nak story mory bebanyak ape yang aku buat kat sana. Memang perkara biasa bagi orang yang berjalan2 di cameron highland, tentunya akan g ke tea plantation samada Bharat Tea ataupun BOH. Aku juga berkesempatan ke sana untuk melihat view yang indah 2.

Info:
Tanah Tinggi Cameron a.k.a bukanlah Cameroon yang terletak di Afrika. Ianya hanya terletak lebih kurang 121km timur Ipoh dan 214km utara KL. Cube teka dimanakah ia? Ahah, pandai cik akak/adik/abang... Di Pahang!!!!! G beli ais krim untuk diri anda. Di ketinggian 5 ribu atas paras laut, Cameron Higland adalah tanah tinggi tertinggi di Malaysia. Ada dua jalan nak ke sana. Cuba teka????? Ahah.. pandai cik kak kita! Simpang Pulai pun boleh masuk, Tapah pun boleh masuk.

Sikit sejarah buat pengkaji sejarah yang tidak berapa profesional. Tanah ni dinamakan sempena nama William Cameron. Siapakah dia? Pemain bola? Betul2. William Cameron adalah pemain bola jika anda namakan anak anda William Cameron dan ajar anak anda main bola. Hah! William Cameron nih adalah jurubanci kerajaan British. Dia jumpa tempat ni semasa ekspidisi buat peta pada tahun 1885. Waktu tu, geng British ni sedar potensi tmpat ni untuk tanam teh. Maka, jadilah apa yang korang lihat sekarang.

Tapi, ape yg aku nk tunjuk adalah koleksi bunga2 kaktus yang aku ambil. Slain kaktus, ada jugak pokok2 yang aku sndri tak tau nak namakan ape. Jadi, untuk blogger2, layan saja pic2 ini.











Itu saja untuk anda. Pic2 holiday malas nk upload. Hahaha... Dah terlanjur berbicara. Mehlah aku cite sket bandar2 di Cameron Highland. Dengan pengetahuan aku yang x seberapa, aku bawakan info bandar2 di Cameron Highland.

1) Brinchang
Hah, ini bukan diambil daripada nama Branch Chang (cawangan Chang). Chang itu siapa? Aku pun tak tahu. Walau pepon namanya, pekan ini adalah pekan terbesar di Cameron Highland. Banyak tauke hotel mengutip kekayaan di sini. Aku n famili menginap di Jalan Pecah Batu. Nama hotel tu Hotel Wira Awan (bersebelahan Iris Hotel). Di sini juga ada pasar malam yang diadakan tiap2 hari kecuali jumaat dan sabtu. Makanya, akan sibuklah kawasan Brinchang.

2) Tringkap
Mungkinkah nama tempat ini diambil akibat insiden anak William Cameron yang jatuh tingkap dan rakannya ditangkap kerana menolak mangsa? (insiden ini tidak pernah berlaku, abaikan). Pekan ini popular kerana industri perkebunan dan bunga bungaan. Kalau ada aweks nak bli bunga fresh, sini tempat yang sesuai.

3) Ringlet
Ring + Let (Cincin + Sewa). Disini bukan tempat Frodo buang cincin setan 2 k. Pekan ni adalah pekan pertama yang korang jumpa kalau naik ikut Tapah. Ringlet menyediakan hub penyediaan ladang sayur terbesar tempatan di Malaysia. Ada juga kebun bunga internasional. So, kalau nak beli cincin dan biarkan di sini, mungkin akan bertemu jodoh dengan mat saleh.

4) Tanah Rata
Di sini adalah tempat yang korang leh stay kalau xnk tinggal di Brinchang. Apa yang ada di sini adalah Pusat Penanaman MARDI. Sape nak makan dan minum ala2 London pun ada di sini. Starbucks Coffee juga ada di sini. Jalannya tidaklah lurus walaupun tanahnya rata.

5) Lembah Bertam
Ni pon satu lagi tempat buat sayur. Bukan tempat buat anak tau. Nama Bertam bukanlah diambil sempena aktiviti mengetam kayu. Ianya tiada kaitan langsung.

6) Kuala Terla
Pekan kecil yang terletak lebih kurang 5km dari kampung raja. Sape nak cari anak petani, sini tempat yang sesuai.

7) Kampung Raja
Tidak ada Rajagopal tinggal di sini. Malah, nama kampung ini bukan diambil dari pelakon Rajnikhant (Raja + Khan), atau apa2 saja yang berkaitan. Ianya adalah pekan kecil yang menempatkan penempatan penduduk.

8) Blue Valley
Omputenye, lembah ini dikenali sebagai Valley Of Death. Di sini teletaknya kubur-kubur lama pelakon veteran yang pernah membuat persembahan teater pada party William Cameron (abaikan ayat ini, selepas ni baru betul). Blue Valley terkenal kerana tanaman tehnya. Teh di sini dikatakan terbaik di Malaysia. BOH Tea Plantation dan Blue Valley Tea Plantation adalah antara tauke teh yang buat projek di sini.
Nak tau ttg strawberry lak? Uhuh... xpela. Nanti2 yer...Ni aku di EQ Strawberry Farm. Malangnya, musim pick your own strawberry sudah habis. So, tengok jerla! Sedap tak? Terliur tak? G beli sndri yer...
Makanya, selepas semua penat membaca artikel panjang lebar ini, eloklah aku berundur dulu. Sayonara, sayonara, sampai berjumpa lagi. Ahah. Buat apa susah, semua fakta ada di sini. Kalau nak mudah, cari di wiki. Eheh. Bye

P/S: nak tulis tentang info Stawberry lak, tapi tangan cakap "cukup"

5 comments:

mimi said...

singgh t/hari kt sini

mamaharith said...

wow memang cantik rr comeroon..nk p sesangat tp blum berkesempatan..tgu bby besaq skit la no..

ain fathihah said...

hak3.. lawak la cara yg review pasal tempat2 kat CH.

1st time aku tersengih2 baca entri hg

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

ain: haha.. mekasiiih

hidayah said...

pic2 yg menarik la... hak2.. nak g jgak la nanti....