Akan Datang!

Tuesday, June 29, 2010

The Only Way To Stop Them Is To Face Them!

aku sedang mengajar tajuk Preposition... ehe
sambil diperhatikan Teacher Mas, my mentor a.k.a guru pembimbing (bukan yang senyum tu k.. 2 nun jauh di belakang.. yang ada laptop tu!)


THE ONLY WAY TO STOP THEM IS TO FACE THEM!


Itu adalah kata2 semangat untuk pelajar-pelajar yang aku ajar beberapa hari lepas. Ayat ini aku guna untuk akhiri sesi PnP dengan sesi refleksi dan sedikit motivasi. Nasib baik aku tak tulis 'I WILL TEACH YOU'.. ataupun, "TAKE OFF YOUR JACKET", "STRIKE" dan lain-lain. Masih ingat apa yang aku cerita beberapa hari lepas tentang sesi PnP yang aku lakukan namun tak habis disebabkan masa yang tidak mencukupi? Kalau x ingat, sini kliknya.

Ok, hari Isnin lepas aku perlu ambil semangat lagi untuk ajar kelas yang lagi besar. Jika hari itu aku diberikan kelas Tingkatan 4, mentor aku memberikan kepercayaan (walaupun pada awal pertemuan hari pertama, dia cakap tingkatan 5 tidak dapat diberikan kepada aku untuk sesi ROS ini) untuk mengajar Tingkatan 5 Ali. Degup wo jantung sebabnya mereka sudah besar. Mungkinkah aku akan dipandang kecil dimata diorang?

Alhamdulillah, semua berjalan lancar.Everything goes smoothly. Cume, aku pulak yang tersasul2 sampai beberapa perkataan (yang menunjukkan ketidak-proan aku) dieja salah. Sudahlah masa tu aku kena tuliskan perkataan tu untuk student. Sampai dalam hati aku berkata 'OMG, bodohnya aku". Nasib baik student takde yang menegur. Even mentor aku pun diam aje dan biarkan sesi PnP berjalan seperti biasa. Cepat2 aku move on to the next question. Kalau aku terpinga2.. alahai.. mahu malu dibuatnyer..

Dengan sedikit improvement dan teknik, aku rasa ada semangat dalam diri. Aku ingat dalam sesi lepas, beberapa perkara tentang suara aku ditekankan oleh mentor aku. Aku juga diarah supaya tidak terlalu guna kaedah translation terlalu kerap. Kalau dah habis belajar xpe, ini x elok kalau nak prepare untuk observation final sem praktikal nanti. So, semua tu dibetulkan dari awal hingga akhir. So, entah macam mana hari itu, berjaya blend in dengan environment. Tambah pulak dengan sound system yang gempak, trailer LEGEND OF THE GUARDIANS (sebuah filem animasi yang akan ditayang september ini), buat murid2 terpukau.

Ahah, satu g. Babak Transformers 2: Revenge Of The Fallen yang aku cut dan edit untuk pengajaran grammar ini digunapakai. Respon baik walaupun vid itu adalah vid yang aku guna untuk presentation phonetic and phonology beberapa sem lepas.

Berjaya melantangkan suara walaupun kadangkala turun mendadak, aku berjaya buatkan kelas jadi aktif walaupun mentor aku mengatakan bahawa mereka ini lagi aktif dari apa yang aku lihat. Namun, keseluruhannya alhamdulillah, berjaya dan selesai menamatkan dengan tenang.

Sesi menyelia mentor aku pula... rabu ni, 30 Jun.... moga ada inspirasi untuk aku juga.

THE ONLY WAY TO STOP THEM, IS TO FACE THEM - siapa pandai teka ayat ni dari filem mana??? ehee

Monday, June 28, 2010

Tayangan Amal Filem: Magika

Kerajaan Negeri Perlis dan UNIMAP (Universiti Malaysia Perlis) dengan kerjasama KRU Pictures akan mengadakan tayangan amal filem MAGIKA. Filem yang bakal ditayangkan kemungkinan pada september ini akan buat pertama kalinya ditayangkan khas di Perlis sempena 10 tahun pemerintahan raja perlis. Tayangan akan diadakan pada jam 2 petang 4 Julai di Dewan Kapitol (sebelah Bangunan Tabung Haji). Tak ada dress code. So, boleh redah saja. Jangan pakai bikini sudah!

Pas-pas boleh didapati di:
1) ruang legar bangunan KWSP
2) The Store, Kangar
3) Pasaraya C-Mart, Arau
4) pasar malam Kangar
5) Dewan Kapitol

Mawi, Ziana Zain, Ning Baizura dan lain-lain akan mengadakan sesi bertemu peminat pada 3hb Julai pada jam 4 ptg di Dewan Kapitol. Jom rakyat Perlis dan sekitarnya, mari kita meriahkan tayangan amal ini!

Saturday, June 26, 2010

Reunion Ex-Students SMK Abi (2001-2010)

Dah lama rasanya aku kuar sekolah. Dah habis 5 tahun dah kot. Even sekarang aku sudah masuk sekolah balik, aku bukan lagi student. Memang best kan zaman sekolah. Macam nak patah balik ke zaman tu. Zaman kita bangun awal, curi2 kuar kelas, ponteng, didenda dan macam2. Dulu semua tu seksa, tapi sekarang semua tu jenaka.

26 June, tarikh kami buat majlis makan2 di Gua Kelam. Memang perancangan reunion lambat lagi. Tetapi disebabkan rindu ya'amat, maka reunion dipercepatkan. Walaupun semua tak hadir, namun reunion ni adalah satu cara terbaik nak jumpa semua rakan2. Nak cite pun panjang. Biarlah semua cerita tersimpan dalam kenangan aku dan rakan2....

Buat rakan2 aku, dan siapa saja bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Abi tahun 2001-2005, ini montaj khas untuk korang semua...


Memang rindu xkan habis dengan berjumpa sekali sekala. Dulu, tiap2 hari jumpa, sekarang semua dewasa dan jarang berjumpa. Tapi, life must go on. Kenangan biarkan dalam ingatan. Pandang ke hadapan.
Teringat gambar ni... waa... macam nak nangis!!!....

Memasak Karipap Bersama Penulis KKC!

Eksklusif bersama Nazri M Annuar, penulis novel hit Karipap-karipap Cinta. Saksikan penulis karya best yang akan dijadikan filem ini tidak lama lagi memasak karipap bersama model Che Husna (covergirl untuk Karipap2 Cinta)




Friday, June 25, 2010

Good Morning, Sir!

Beberapa hari lepas...
Teacher: Ikut suka you, kalau kamu xnak mengajar pon xpa.
Aku: (dalam hati) Ada option nih. Nak atau x??

Memang nampaknya aku ada option. Tetapi, aku pilih...

Teacher: Ok, Khamis ni, kamu ambik satu masa saya

... untuk mengajar. Sebabnya...

Teacher 2 (cikgu BI yang ajar aku dulu, sewaktu berjumpa dia on 2nd day of ROS, said...): It is advisable if you teach one or two class... gain some experience...

Dibawah bimbingan Teacher Maszulaifa, guru ketua panitia Bahasa Inggeris, rasa ok saja dan selesa dibawah tunjuk ajarnya.

Selepas itu...
Apa aku nak ajar ni? Nak ajar literature, memang cukup susah. Aku sendiri pun tak tau novel apa yang diorang guna untuk study pun xtau. Perlukah aku mengajar sesuatu berkenaan pronounciation? Pikir balik sewaktu ambik kelas Phonetic & Phonology bersama Dr. Che Ton kat UPSI. Aku ingat g, aku bawak video klip filem Transformers: Revenge Of The Fallen untuk dijadikan bahan mengajar.

Ok, aku ada idea..

Teacher: Nak guna slide atau whiteboard?
Aku: (dengan pantas) Whiteboard la Teacher, nak rasa jugak guna whiteboard saja.


Confident saja waktu tu.. last2

Aku: Teacher, i prepare some slide for P&P. I've got some audio material too.
Teacher: Owh, ok2..


Nak dijadikan cerita, aku tak dapat mengajar hari Khamis. Maka, proses PnP aku dibawa ke hari Jumaat...

Hari ni...
Tajuk yang aku pilih, Preposition. Bidangnya, Grammar. When i told my friend bout P&P ni, ini responnya.

"Ko nk ajar grammr ke? Fulamak... tabik la ha3"

Tabik apekah? Ini cubaan berani. Kalau silap sikit, malu depan teacher aku tu. Even dia tak mengajar aku dulu, mesti dia akan cite kat teacher yang pernah ajar aku suatu hari nanti. Maka, aku anggap ini sebagai satu cabaran. Segala pelusuk internet diterokai, segala buku aku nodai sampai tak larat melayan aku, Aku pun mulakan sesi PnP..
Semua berjalan lancar sehingga..

Teacher: Excuse me, rasanya depa dah habis masa. Maybe you can continue on the next class. Aku: But, i'm out of practice sheet
Teacher: Xpa, saya fotostatkan


Malangnya..
Aku datang pukul 11, untuk habiskan semua mikroteaching yang paling real nih. Masih Tingkatan 4, aku tunggu sekejap, tetapi...

Teacher: Rasanya depa p dewan makan, ada ceramah...
Aku: (dalam hati) Lega..

Teacher: Maybe you can teach next week, Monday. I want to see what activities you'll do.
Aku: (dalam hati) Ok, no problem.
(kat luar) Hmmm....
Teaher: Induction set enjoyable, depa suka. Try ajaq Form 5 na.

AKu: (dalam hati) Ah sudah! Kena pulun and master lagi nih! (kat luar) Ok


Maka, next week, aku akan mengajar Form 5 dengan tajuk yang sama. Kena betul2 bersedia. Komen untuk kelas hari ini...
- induction set enjoyable
- voice sometime slow.. kena kuat sket (ni paling commonlah pada aku)
- the rest, ok

Keseluruhannya, perlu improvement, ari isnin ni, kena sedia... uhuhu! Aku boleh!

P/S: Tak sabar nak bawak sekali g klip Transformers 2.. ahaha..

Thursday, June 24, 2010

Mantera: Tomok Jadi Superhero!


Meh aku bawak korang smua melawat filem terbaru lakonan Tomok. Hah, Tomok blakon filem? Tak caya sudah. Tajuknya Mantera. Bukan Mantra yang arahan pengarah Jin Notti tu, yang ni lain. Apa yang lainnya??? Mari kita lihat ke dalam filem ini. Oh, satu lagi. Mantera adalah filem pertama yang menjalani pengambaran di luar negara dengan pelakon luar. Genre sci-fi sebegini pernah dibuat oleh Aziz M Osman dengan XX Ray. Namun, Mantera bakal membawa filem Malaysia ke mata dunia apabila akan ditayangkan di Rusia!
Tomok bersama artis2 Rusia yang menjayakan Mantera
Pengarah Mantera, Ml Aliyar
Sinopsis

Moscow, Russia

Sam Weston, pemilik Weston Technologies berang di atas pencerobohan di makmal penyelidikannya. Prototaip system senjata terbarunya ‘Mantera’ atau MAN-Transformable Exo- Robotic Armour telah disabotaj dan dimusnahkan.Ketua Saintis, yang mengetuai pasukan penyelidik telah hilang. Pembeli teknologi terbarunya berkeras supaya Sam segera menghantar prototaip tersebut atau uruniaga mereka akan dibatalkan. Lebih memburukkan keadaan apabila komponen serta bahagian-bahagian ‘Mantera’ yang telah dimusnahkan telah secara tidak sengaja dihantar ke bahagian lain dunia..kepada seorang remaja bernama Azman, di Malaysia.

Kuala Lumpur, Malaysia

Azman, atau lebih dikenali dan digeruni di alam siber sebagai Dark Robe, adalah seorang pelajar kolej yang mengambil jurusan IT dengan pengkhususan dalam bidang Interaksi Komputer-Insan.Dia, yang merupakan seorang genius dalam bidangnya mendapati dirinya agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan realiti. Azman seorang yang pendiam dan hanya mempunyai segelintir rakan di kolejnya. Teman baiknya, Kelvin,adalah seorang yang suka berjenaka, dan mempunyai personaliti yang sangat berbeza berbanding sikap Azman. Mereka berasal dari daerah yang sama dan pernah bersekolah di sekolah menengah yang sama. Dalam semester akhirnya, sesuatu yang indah akan berlaku dan bakal merubah kehidupan Azman buat selama-lamanya. Sesuatu yang istimewa tersebut adalah seorang gadis, bernama Deena. Buat pertama kalinya di dalam hidup Azman, dia merasakan dirinya tercabar oleh seorang perempuan.Deena adalah pelajar tahun akhir dalam bidang Robotics, dan menghadiri kelas Interaksi Komputer-Insan yang sama dengan Azman bagi melengkapkan jadual kursusnya.

2 minggu yang lalu, Azman memesan satu set model kit ‘Gundam V’ melalui internet dan dia tidak sabar untuk memasang model kit tersebut untuk menambahkan koleksi Gundamnya. Azman terperanjat apabila menerima sebuah bungkusan kayu yang besar dan berat melalui pesanannya. Di dalam kotak tersebut terdapat logam dan besi yang tidak diketahuinya. Hatinya terdorong untuk memasang komponen-komponen logam tersebut yang kelihatan hampir menyamai boomerang. Komponen logam tersebut secara tiba-tiba berubah bentuk menjadi sebuah topi keledar. Dengan bantuan topi keledar tersebut,Azman berjaya melihat imbasan penuh skima pemasangan komponen-komponen logam tersebut yang pada akhirnya membentuk sebuah motorsikal. Azman meminta bantuan rakan baiknya,Kelvin untuk membantunya memasang semula komponen motorsikal tersebut. Motorsikal tersebut sebenarnya adalah merupakan satu sistem senjata teknologi maju yang diberi nama ‘Mantera’. Sistem senjata tersebut, sebagai sebuah motorsikal, akan memberikan pergerakan tambahan kepada penunggangnya, namun pada mode pejuang, motorsikal tersebut akan bertukar dan bergabung dengan penunggangnya untuk membentuk pelindung badan ‘exo-robotic’ dan memberikan penunggangnya perlindungan maksimum dan juga kuasa luar biasa.

Azman secara tidak sengaja telah mengaktifkan system Perlindungan ‘Mantera’ dan secara tidak langsung menyebabkan pegawai-pegawai di Weston Technologies menerima amaran pengaktifan system tersebut. Tanpa pengetahuan Azman, tindakannya menghidupkan Mantera telah mencetuskan rentetan peristiwa pada 3 benua yang berbeza dan mencetuskan pertelingkahan antara 2 pertubuhan rahsia: Alliance of Light dan Dark Legion of the Apocalypse untuk memiliki teknologi terbaru ini. Alliance of Light telah berjaya mendapatkan Mantera dan telah menghantar pulang Mantera ke pangkalan rahsia mereka di Dubai bagi tujuan keselamatan. Setelah mengetahui bahawa mereka telah dikalahkan musuh mereka,Dark Legion melepaskan 2 robot pemusnah iaitu Robot Vega ke Bandar Dubai.Maka di sana, bermulalah pertempuran bagi meraih kuasa tertinggi untuk menentukan masa depan umat manusia. (sinemaonline)

Teaser Trailer



Memang kaw punye r. Skali aku tengok macam filem internasional woh. X pernah ada trailer filem lain di Malaysia yang macam ni. Teringat cerita Future X Cop dengan Transformers. Apapun, tunggu saja tanyangannya nanti.

P/s: Kalau x caye muke tomok ada dalam poster, tenunglah sampai percaya k!

Wednesday, June 23, 2010

Haq

Sebuah lagi improvement dalam filem Malaysia, HAQ merupakan satu genre baru. Science fiction diadaptasi dengan gahnya dalam karya terbaru yang tak tahu nak ditayangkan bila nih.

Teaser trailer - HAQ (45 saat)



Sinopsis

Kisah ini memaparkan kehidupan tradisional keluarga Melayu di sebuah kampung yang berunsurkan kegelapan kuasa ghaib, kharomah, rahsia and pertentangan antara dua saudara dalam memperjuangankan kebenaran yang hakiki. Kisah ini berkisarkan tentang Haq, seorang pemuda penyayang dan jujur yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T dengan kelebihan kuasa ghaib (Kharomah) dan Badrul (Bad) yang merupakan seorang yang bijak yang juga merupakan adik angkatnya. Haq berupaya untuk mengalihkan objek dengan mengunakan kuasa mindanya.

Satu kemalangan telah berlaku berpunca daripada kedegilan Bad yang menyebabkan kematian ibu kandung Haq di depan mata mereka semasa mereka kecil. Dengan ini, jaringan rahsia, rasa bersalah dan cemburu mula berkembang. Beberapa tahun kemudian, sekembalinya Haq dari belajar diluar negara, beliau disambut dengan penuh kegembiraan kecuali daripada Bad, yang tidak berpelajaran tinggi, lebih suka menghabiskan masanya bercampur dengan samseng kampung daripada mengusahakan perusahaan ladang dan pertanian milik keluarga.

Ini merunsingkan Haq and bapanya, Haji Ibrahim yang bukan sahaja mendidik Bad seperti anaknya malah mengambil kedua orang tua Bad untuk bekerja dengannya. Bad kesal, dia hanya menyalahkan takdir dan keadaan dan mempersoalkan kenapa Haq mempunyai kuasa sedangkan dia hanya seorang anak kepada pembantu rumah. Bapa kandung Bad telah lama menderita sakit meninggal dunia walaupun berkali–kali cuba dirawati oleh Haji Ibrahim.

Haji Ibrahim juga terkenal dalam masyarakat, dianugerahkan Allah untuk merawat penyakit. Bad menjadi lebih marah kerana kegagalan bapa angkatnya itu menyembuhkan penyakit ayahnya dan juga kepada takdir kerana dia tidak mempunyai kuasa untuk mengubah keadaan sekelilingnya. Dengan kemarahan ini jugalah beliau menyalahkan semua orang dan Tuhan, malah telah bersekongkol dengan ilmu hitam dan syirik kepada Allah.

Bad lalu menghilangkan diri. Masa berlalu, Haq telah menceritakan segala–galanya tentang kematian ibunya kepada ayahnya semasa Haji Ibrahim sakit tenat. Kepulangan Bad ke kampung semasa hari pengkebumian Haji Ibrahim mengejutkan semua pihak. Bad, kemudian telah membawa Haq dan pembantunya Aina ke kota lalu mengambil Haq sebagai rakan kongsinya.

Di kota, barulah Haq tahu bahawa Bad mempunyai empayar perniagaan yang besar lagi kukuh. Di situ juga Haq telah berkenalan dengan Zahra yang merupakan pembantu Bad yang mengoda dan materialistik. Bad telah memperkenalkan Haq tentang dunianya yang penuh kekayaan, kekuatan dan kehausan kuasa. Pada masa yang sama, Haq telah tertarik kepada kejelitaan Zahra walaupun dia tahu tentang perhubungan antara Zahra dan Bad.

Haq mula dapat menghidu kehadiran kejahatan yang bersembunyi di dalam diri Bad dan kebenaran tentang kematian Haji Ibrahim juga terserlah. Bad juga telah menunjukkan belangnya. Haq terpaksa mencari kekuatan dan keberanian untuk berhadapan dengan kebenaran dan keputusan itu akan merubah hidup mereka selama- lamanya.

(sinema online)

Dibintangi Zulhuzaimy sbg Haq, Adiputra sebagai Bad, filem ini akan menyaksikan special effect dalam filem aksi serius. Diarahkan oleh CL Hor (pengarah Kinta 1881, sebuah filem aksi wushu pertama malaysia dan juga The Third Generation) dan Jumaatun Azmi, mampukah HAQ menjadi seperti filem luar, atau akan hanya jadi satu lagi filem yang memalukan? Tunggu tayangannya nanti.

Sebelum tutup, saksikan trailer 2 minit HAQ...



untuk maklumat lanjut anda boleh layari

Haqthemovie.com

akan datang di pawagam!!

Sunday, June 20, 2010

It Is A Matter Of Money!

Kisah benar: bukan kisah perdana menteri Korea mahupun Afrika. Ianya tentang diri aku dan pandangan aku terhadap dunia baru, dunia pekerjaan.

Ceritanya bermula begini...

Beberapa tahun lalu,
B4 i was dumped into a valley of Tanjung Malim, i worked in a supermarket. Ya, that was the first time aku rasa feeling bekerja. Since aku keluar dari tingkatan 5, keje aku melepak di rumah dan menghabiskan masa menonton tv. Waktu tu, there is no need for money sebab aku still got a chance to continue my study ke Form 6. Kemalasan bekerja (pada masa itu, belum kenal blog dan apa-apa yang aku tahu sekarang) membuatkan dunia aku tak lebih dari sekadar pendidikan, buku, makan, rehat dan tidoo.. (ceh, macam confession lak!)

Then, habis Form 6, i need to search for my pocket money. Nak tak nak (masa tu aku gila beli DVD, belum kenal torrent g), i need money to buy sume jenis movie (say no to pornography). So, aku pun bekerja kat The Store sbg promoter. Eventhough i got a title as a promoter, my part of work is not more than sitting at the counter and give then coin. What coin? Alah, coin yang nak dimasukkan dalam mesin yang main tekken tuh!

Ingat lagi, Rock Fever 3, mesin paling best kat situ. Memang aku dah bleh hafal lagu yang pelanggan aku mainkan. Nak rasa main Rock Fever, tapi tak reti. But, kalau nasib baik, sebelum balik ke, aku akan main mana2 game if ada extra coin atau coin tercicir. Masa tu, my partner, Mak Cik Siti, memang best friend aku. My supervisor, boleh2 jer lah!

Kat supermarket 2 gak, aku kenal sorang kakak. Namanyer Mila. Mila ada dua. Satu Kak Mila yang keje kat bahagian Electric dan satu g kat bahagian VCD. Si Kak Mila VCD ni rajin mai tukar duit pecah kat kaunter aku. Yang satu lagi Kak Mila nih, orang yang akan aku jumpa bila aku nak keluar rehat sebab department dia berada next to pejabat. So, time aku rehat, mesti kena tegur dengan dia.

Beberapa tahun lalu, tetapi selepas tahun di atas,
So, bila dah dicampak ke Tanjung Malim, The Store memang selalu aku kunjungi sebab nk jumpe kakak2 ni. Mak Cik Siti, pernah aku jumpa sekali. Then, i heard from Kak Mila yang dia dah betukar ke Court Mammoth. Memang dah lama dia berhajat nak berpindah tmpat keje. Bukan ape, katanya tempat kerja tu bising.

Lama-kelamaan, semua rakan2 aku mula hilang satu persatu. Yang muda-muda belajar. Lost contact. Sorang saja ditakdirkan berjumpa balik. Still got her number, her name is Tasha. Skarang wat nurse. Ada sorang tu, lupa nama dan lost contact sampai sekarang. Kat supermarket tu i start 2 realise betapa bestnyer friendship.

Beberapa bulan lalu, selepas tahun di atas,
Mak Cik Siti dah pindah, takkan aku nak g lepak kat Court Mammoth sebab dia. So, aku still g The Store jumpa Kak Mila yang keje kat Eletric Department. Pulang saja aku ke Perlis, memang tak sah kalau aku tak g jumpa dia. Kak Mila ni dah kahwin, ada seorang anak. Dulu, masa keje dia free hair, but now hidayah sudah ada. Sempat call dia sembang tentang hal kenapa dia pakai tudung. Azam baru katanya. Azam 2010. Best sembang2 ngan dia, riuh jer kalau nak keluar kerja.

Untuk pengetahuan, kalau keje promoter nih, terutama shift malam ataupun full shift, semua kena tunggu di hadapan pejabat untuk tunggu loceng penutupan. Tu pun selepas semua pelanggan dah xde. Selalunya, department aku tutup awal, so memang tempat Kak Mila tu jadi tempat lepak.

Few days ago, juga beberapa bulan lepas
Selalu gak aku ke The Store. Alasanya biasa, nak jumpa Kak Mila. But, tak berjumpa2. Aku ingat, masa tidak sesuai. Mungkin dia rehat ataupun tak kerja. Maka, asyik jumpa Kak Mun yang juga merangkap kakak kepada kawan aku yang sekarang tgh blajar di politeknik.

20 June 2010
Aku berpeluang g C-Mart. Pasaraya baru di Taman Tok Arau, Arau. Besar pasaraya tu. Tidak ada lagi pasaraya macam tu kat Perlis. Seperti biasa, aku pun melilau mencuci mata tengok barang-barang. Tiba tiba..

"Man! Man! Man!" (suspen sket!!!)

Ada dengar suara memanggil aku. Aku toleh. Semua jadi gelap. Lampu terpadam. Tiada suara lagi kedengaran. Aku lihat sepasang biji mata memerhatiku. Ianya merah menyala. Aku disergah! (abaikan.. selepas ni baru betul) Rupanya Kak Mila yang keje kat Electic Department. Aiseyh, sejak bila dia dtg sini. Patutlah dua tiga menjak ni x nampak mukanya kat The Store. Rupanya dah 4 bulan dia betukar ke sini. Biasa saja perbualan. Tak sempat nak tanya banyak sebab tak nak mengganggu dia kerja.

Aku: Bila kak mai keja sini?
Kak Mila: Lama dah aih, 4 bulan dah!
Aku: Lah, x tau pon. Kot la kak nak mesej saya. Saya dok p cari kak kat The Store
Kak Mila: Awat tak tanya depa (merujuk kepada Kak Mun dan kuncunya). Depa tau lama dah.

Aku terdiam. Padan muka. Malu bertanya sesat jalan. Ahahaha. Tak pe, dah berjumpa balik, nanti xdelah mata aku asyik meliar mencari Kak Mila nih.

Aku: Anggun kak! (puji sket!)
Kak Mila: Besalah! (blushing)
Aku: Nombor lama eh, kak!
Kak Mila: Bla bla bla bla bla (nombor telefonnya)

Itu saja perbualan b4 aku pergi. Tak nak ggu kerja dia. Hairan juga, Kak Mila memang terbaik di department dia. Namun, mungkin disebabkan oleh masalah kewangan dan gaji yang lebih tinggi, dia tukar ke C-Mart. Kak Mun tak pula beritahu aku tentang perpindahan dia. Namun, xpe. Jumpe balik Kak Mila.

Kesimpulannya, dulu aku rasa tempat aku kerja adalah yang terbaik sebab aku ada banyak kawan dan kenal banyak sifat manusia. Rasa macam xnk tukar kerja dan berhenti walaupun tempat lain punyai tawaran yang lebih bagus gajinya. Namun, bila semua rakan2 dewasa aku (yang berpangkat kakak) mula berpindah ke tempat lain...,

i realized that it is not a matter of friendship, it is a matter of money.

Peluang ada di mana2 dan aku sedar, kalau aku tak tahu mencari peluang, maka aku takkan jadi seorang yang berjaya. Kalau bekerja kerana hendakkan persabahatan, itu bukan perkara yang baik. Anggap saja persabatan sebagai extra income. So, aku kena ubah persepsi aku sekarang sebab aku sudah ramai kawan di mana saja. Malah, aku juga ada kawan di serata ceruk Perlis, juga Malaysia!

End!

Ros, Kau Bukan Bunga!

Susah jugak jadi novel addict nih. Memang kalau g mana2 kedai buku, bahagian novel aku serbu dulu. Orang cakap lelaki pelik baca novel, tapi ada aku kesah?! Baru2 ni aku beli 3 novel serentak (gambr kat atas tu!) . Padahal, xde masa pun nak baca. Nak habis satu novel pun dekat setengah bulan. Biasalah, aku ada banyak buku lagi nak dibaca bila dah masuk semester depan. Dalam waktu cuti sem ni memanglah enak habiskan baca novel. Seingat aku, sepanjang dua bulan cuti sem nih, aku dah habiskan 3 novel iaitu Bukan Yang Pertama (Salina Ibrahim), Setenang Cahaya Hati (Salina Ibrahim jugak!) dan satu novel Inggeris, G.I Joe: Rise Of Cobra (Max Allan Collin). Ni pun otw baca H.G Wells's War Of The World.

Disebabkan esok aku dah nak mula buat ROS, maka H.G Wells punya karya ni pun rasanya belum tentu akan habis. Owh, ROS. Mesti korang garu kepala. Ape yng aku nak cakap adalah Rancangan Orientasi Sekolah (ROS). Dalam praktikal pertama ni, aku dikehendaki mengkaji latar belakang sekolah dan perlu hadir ke sekolah selama dua minggu. Ahah, mungkin akan ada peluang untuk aku mengajar dan mendapat anak murid.

Moga2 proses pertamakali di sekolah sebagai guru mengajar aku segalanya. Moga segalanya dapat dilalui dengan tenang. Ahah, dan satu g, akan tamat gak la aktiviti blogwalking yang aku lakukan 24/7. Namun, harap selalu hampiri blog ini walaupun aku tahu page aku ni berat sket untuk load.

Tapi, kalau dalam sekolah ada wi-fi, makanya naik tanduklah aku. Namun, blogging stil dihati. Ahah fuuuuh.. ahah fuuuhhh.. gementar..

P/S: suke PTS, novel2nya cukup menarik!

Friday, June 18, 2010

Cameronian Fever!



Few days ago, aku berkesempatan g jejalan kat Cameron Higland. Huh, second time tuh since my first visit sewaktu aku Darjah 6. Lama dah tu. Sungguh lama. Bukan nak story mory bebanyak ape yang aku buat kat sana. Memang perkara biasa bagi orang yang berjalan2 di cameron highland, tentunya akan g ke tea plantation samada Bharat Tea ataupun BOH. Aku juga berkesempatan ke sana untuk melihat view yang indah 2.

Info:
Tanah Tinggi Cameron a.k.a bukanlah Cameroon yang terletak di Afrika. Ianya hanya terletak lebih kurang 121km timur Ipoh dan 214km utara KL. Cube teka dimanakah ia? Ahah, pandai cik akak/adik/abang... Di Pahang!!!!! G beli ais krim untuk diri anda. Di ketinggian 5 ribu atas paras laut, Cameron Higland adalah tanah tinggi tertinggi di Malaysia. Ada dua jalan nak ke sana. Cuba teka????? Ahah.. pandai cik kak kita! Simpang Pulai pun boleh masuk, Tapah pun boleh masuk.

Sikit sejarah buat pengkaji sejarah yang tidak berapa profesional. Tanah ni dinamakan sempena nama William Cameron. Siapakah dia? Pemain bola? Betul2. William Cameron adalah pemain bola jika anda namakan anak anda William Cameron dan ajar anak anda main bola. Hah! William Cameron nih adalah jurubanci kerajaan British. Dia jumpa tempat ni semasa ekspidisi buat peta pada tahun 1885. Waktu tu, geng British ni sedar potensi tmpat ni untuk tanam teh. Maka, jadilah apa yang korang lihat sekarang.

Tapi, ape yg aku nk tunjuk adalah koleksi bunga2 kaktus yang aku ambil. Slain kaktus, ada jugak pokok2 yang aku sndri tak tau nak namakan ape. Jadi, untuk blogger2, layan saja pic2 ini.











Itu saja untuk anda. Pic2 holiday malas nk upload. Hahaha... Dah terlanjur berbicara. Mehlah aku cite sket bandar2 di Cameron Highland. Dengan pengetahuan aku yang x seberapa, aku bawakan info bandar2 di Cameron Highland.

1) Brinchang
Hah, ini bukan diambil daripada nama Branch Chang (cawangan Chang). Chang itu siapa? Aku pun tak tahu. Walau pepon namanya, pekan ini adalah pekan terbesar di Cameron Highland. Banyak tauke hotel mengutip kekayaan di sini. Aku n famili menginap di Jalan Pecah Batu. Nama hotel tu Hotel Wira Awan (bersebelahan Iris Hotel). Di sini juga ada pasar malam yang diadakan tiap2 hari kecuali jumaat dan sabtu. Makanya, akan sibuklah kawasan Brinchang.

2) Tringkap
Mungkinkah nama tempat ini diambil akibat insiden anak William Cameron yang jatuh tingkap dan rakannya ditangkap kerana menolak mangsa? (insiden ini tidak pernah berlaku, abaikan). Pekan ini popular kerana industri perkebunan dan bunga bungaan. Kalau ada aweks nak bli bunga fresh, sini tempat yang sesuai.

3) Ringlet
Ring + Let (Cincin + Sewa). Disini bukan tempat Frodo buang cincin setan 2 k. Pekan ni adalah pekan pertama yang korang jumpa kalau naik ikut Tapah. Ringlet menyediakan hub penyediaan ladang sayur terbesar tempatan di Malaysia. Ada juga kebun bunga internasional. So, kalau nak beli cincin dan biarkan di sini, mungkin akan bertemu jodoh dengan mat saleh.

4) Tanah Rata
Di sini adalah tempat yang korang leh stay kalau xnk tinggal di Brinchang. Apa yang ada di sini adalah Pusat Penanaman MARDI. Sape nak makan dan minum ala2 London pun ada di sini. Starbucks Coffee juga ada di sini. Jalannya tidaklah lurus walaupun tanahnya rata.

5) Lembah Bertam
Ni pon satu lagi tempat buat sayur. Bukan tempat buat anak tau. Nama Bertam bukanlah diambil sempena aktiviti mengetam kayu. Ianya tiada kaitan langsung.

6) Kuala Terla
Pekan kecil yang terletak lebih kurang 5km dari kampung raja. Sape nak cari anak petani, sini tempat yang sesuai.

7) Kampung Raja
Tidak ada Rajagopal tinggal di sini. Malah, nama kampung ini bukan diambil dari pelakon Rajnikhant (Raja + Khan), atau apa2 saja yang berkaitan. Ianya adalah pekan kecil yang menempatkan penempatan penduduk.

8) Blue Valley
Omputenye, lembah ini dikenali sebagai Valley Of Death. Di sini teletaknya kubur-kubur lama pelakon veteran yang pernah membuat persembahan teater pada party William Cameron (abaikan ayat ini, selepas ni baru betul). Blue Valley terkenal kerana tanaman tehnya. Teh di sini dikatakan terbaik di Malaysia. BOH Tea Plantation dan Blue Valley Tea Plantation adalah antara tauke teh yang buat projek di sini.
Nak tau ttg strawberry lak? Uhuh... xpela. Nanti2 yer...Ni aku di EQ Strawberry Farm. Malangnya, musim pick your own strawberry sudah habis. So, tengok jerla! Sedap tak? Terliur tak? G beli sndri yer...
Makanya, selepas semua penat membaca artikel panjang lebar ini, eloklah aku berundur dulu. Sayonara, sayonara, sampai berjumpa lagi. Ahah. Buat apa susah, semua fakta ada di sini. Kalau nak mudah, cari di wiki. Eheh. Bye

P/S: nak tulis tentang info Stawberry lak, tapi tangan cakap "cukup"

Thursday, June 17, 2010

Jaclyn Victor @ Konvo UPSI Ke-11

Post ini juga adalah susulan post Pesta Konvo Upsi 11. Walaupun, dah setahun post 2 ditampal dalam blog nih, ni baru berkesempatan mengupload vid persembahan jaclyn victor pada malam tersebut.

Jaclyn Victor - Wajah

Jaclyn Victor - Gemilang

Itu saja, sekian!

Ramli Sarip @ Malam Riong UPSI (Edisi Video)

Disebabkan aku sekarang sedang addicted dengan akaun YouTube, aku mula mengorek beberapa rakaman amatur untuk diupload. Mungkin ini akan menambah kehebatan blog ini. Post ini sebenarnya adalah kesinambungan dari post Malam Puisi Riong UPSI, yang telah aku cover beberapa bulan lepas.

Hayati persembahan Ramli Sarip dengan lagu Kamelia versi akustik. Walaupun hanya satu minit jer, memang best.

Sila perlahankan volume speaker, kerana audio kurang memuaskan!



Sekian.

Wednesday, June 16, 2010

Genre Tie-In: Pengenalan

Pernah korang baca novel tie-in? Genre ni jarang ada dalam industri novel malaysia, tapi seingat aku ada beberapa novel yang bergenre tie-in dalam koleksi novel Malaysia. Antaranya adalah Hingga Hujung Nyawa, Janji Diana, Duyung dan Cicakman. Ada dapat gambaran tak pekebende novel tie-in nih? Meh aku cite sket ttg novel tie-in nih.

Selalunya, novel tie-in akan bersangkut paut dengan produk lain yang dilesenkan daripada kompani yang mengeluarkannya. Contohnya, pengeluar produk game akan melebarkan sayap dengan menulis novel tentang karakter dalam game. Slain 2, pengeluar filem jugak akan jana income sampingan dengan mengadaptasi lakonlayar filem (sebelum dijadikan filem ataupun selepasnya) ke dalam bentuk novel untuk menarik peminat novel membaca cerita mereka.

Proses novelisasi filem selalunya lebih menarik dimana material yang tak akan dijumpai dalam filem boleh ditulis dan dikembangkan di sini. Ianya umpana satu lagi vantage point untuk peminat filem melengkapkan fakta jalan cerita yang tidak boleh diadaptasi dalam filem. Speselnya lagi, disebabkan novelisasi adalah berdasarkan lakonlayar, pembaca boleh baca original story dengan panjang lebar sebelum dipotong edit dalam versi filem.

Selalunyer, novel tie-in dari filem nih akan diletakkan poster main movie sebagai kulit cover hadapan. Selalunyer jugak, akan ada tulis "THE OFFICIAL NOVEL OF THE BLOCKBUSTER FILM". Cover juga akan memuatkan penulis lakonlayar dan siapa yang menerjemahkan lakonlayar kepada novel. Ada sesetengah novelisasi akan muatkan gambar aktor dan aktres yang terlibat. Di kulit belakang, selalunya ditulis sinopsis dan kredit untuk orang2 filem yang terlibat dalam pembikinan filem yang dinovelkan 2.

Hari ni, aku nak cite ttg satu g novel genre tie-in yang aku pernah baca. Dulu, aku pernah review ttg Transformers: Revenge Of The Fallen yang diadaptasi ke novel by Alan Dean Foster, skarang aku sempat baca sebuah lagi novel novelisasi tulisan Max Allan Collins. Tajuknyer, G.I Joe: Rise Of The Cobra.
Hah, tengok. Sama tak cover novel dengan poster filem? Semestinya sama kerana cerita dalam pun sama saja. Tetap kisah G.I Joe yang dipimpin General Hawk melawan geng Baroness yang akhirnya menjadi geng Cobra. Semua sama saja. Ada orang cakap, watpe nak baca novel kalau dah ada versi movie? buat habis duit dan habis masa. Itu bukan satu masalah bagi aku. Membaca novel dan movie cukup lain. Ianya satu perkara yang berbeza. Hanya yang tahu saja yang dapat merasakan apa impaknya dua medium berbeza ini pada pembaca dan penonton.
Apa yang spesel kalau baca novel novelisasi. Walaupun plotnya sama, korang akan dapat menyelami karakter dengan lebih dalam. Semestinya, karakter dalam filem perlu tafsiran penonton. Namun, dalam novel, tafsiran tidak perlu dibuat. Novelis sudah menyediakan tafsiran dan memudahkan proses pemahaman. Slain 2, akan ada babak yang dibuang yang boleh didapati. Maka, membaca versi novelisasi memberikan pemahaman mendalam kepada struktur cerita.

Papepon, novelisasi filem ke novel dan adaptasi novel ke film adalah satu perkara berbeza. Masa akan datang, aku akan tulis tentang itu kerana aku sedang membaca karya asal filem Steven Spielberg, War Of The World lakonan Tom Cruise yang mana karya asalnya ditulis oleh H.G Wells dengan tajuk yang sama pada tahun 1898.

Saturday, June 12, 2010

Transformers 3: Akan Datang 2011

Menjenguk ke dalam Yahoo, sebelum mengelintar dari papan aksara, aku perhatikan di tetingkap Yahoo itu tentang satu perkara. Yeha! Yeah! Yohoo.... Transformers 3 akan keluar pada July 2011. Maka, disamping bersorak girang, meh sume kita buat bunyi Optimus Prime bertukar ramai2. Tak percaya dan tidak tahu menahu? Meh aku bawak sedikit info yang aku berjaya selongkar melalui laman YouTube dan juga Yahoo!

Dalam satu temubual, Michael Bay selaku director telah memohon maaf kepada penonton atas apa yang dilakukan dalam filem kedua Transformers mendapat impak negatif dari pengkritik. Namun, walaupun filem tu mendapat kritikan negatif, tetap juga diterima penonton sebagai hebat!. Dia sudah akui itu dan akan berusaha memastikan 'plot hole' yang ada di dalam Transformer 2 dikemaskan dan dijelaskan dalam Transformers 3. Dalam web slashfilm.com, Anthony Breznican menjelaskan kecacatan dalam Transformers 2 adalah disebabkan kekangan masa dan masalah penulis skrip dan lakonlayar.

Beberapa bulan lalu juga, Michael Bay menyatakan bahawa filem ini tidak akan keluar pada tahun 2011, tetapi sebaliknya pada 2012. Namun, entah apa kejadahnya tetiba tarikh itu diawalkn kepada Julai tahun 2011. Selain itu, dahulu juga Michael Bay menyatakan bahwa dia takkan buat Transformers 3 ini dalam format 3D yang memang tengah digilai penerbit filem sekarang. Tetapi, dalam sidang akbar USA Today, dia menyatakan sebaliknya. Oh, peningkah Michael Bay? Patutkah dia dimasukkan ke Alcatraz dimana filem pertamanya bersama Sean Connery itu hits? Bab hal 3D itu, Paramount terpengaruh dengan kejayaan Avatar. So, diorang pun nak juga wat versi 3D utk Transformers, maka jadilah nanti Transformers 3 in 3D.
Dalam temubual USA Today, Michael Bay menyatakan bahawa akan ada si jahat baru. Bersoraklah wahai peminat Shockwave!! Inilah sebuah robot jahat yang akan melawan geng Autobot nanti. Tapi, jangan dok caye sangat ngan Michael Bay. Dia ni memang suke panaskan keadaan. Al maklumlah, dia saja satu2nya pengarah yang berani buat adegan letup meletup yang banyak dalam filemnya. Orang duit banyak ni kekadang senang je dipercayai.


Oh, seperkara lagi, say bye bye to Megan Fox yer. Dia dah xde. Mampus! Hahaha.. aku fikir adakah akan ada orang akan tengok Transformers without Megan Fox? Michael Bay sudah ambil minah seksi baru, Rosie Huntington-Whiteley. Siapa dia ni? Dia adalah orang baru dalam dunia filem. Tetapi, dia adalah model hot untuk iklan Victoria Secret. Papepon, bagi karakter lain, rasanya sama jer kot. Michael Bay kenal si Rosie Huntington-Whiteley ni bila Michael Bay mengarah satu dari iklan Victoris Secret.
Malang juga bagi peminat The Twins, robot yang pernah membawa kontroversi kerana dikatakan racism terhadap kulit hitam. Macam2 hal. Sebenarnya, watak ni dikatakan ilham Michael Bay sendiri. Penulis lakonlayarnya, Alex Kurtzman and Roberto Orci menyatakan boleh jadi juga mereka akan ada. Tetapi, pengarah sudah tidak mahu watak ini ada dalam filem ketiga. So, ada main tarik tali di sini. Makanya, tunggulah filemnye yer.

Pelbagai spekulasi telah dibuat. Persoalannya di sini, adakah Transformers 3 akan jadi filem terakhir siri ini? Itu mungkin. Mungkin ya atau tidak. Biasalah. Selagi ada permintaan, diorang cakap je last itu last ini. Sebelum aku tutup bebelan panjang nih, meh kita tengok beberapa klip yang berjaya dirakam sewaktu diorang filming di Chicago.


Itu saja. Mungkin ada info aku yang tersalah, tolong betulkan di comment. Memang aku menantikan filem ini tahun depan. Tak kiralah xde Megan Fox atau ape saje yang betukar, yang penting, robot2 tu ada. Harapan juga supaya Transformers 3 tidak mengulangi apa yang telah dilakukan Transformers 2.

Thursday, June 10, 2010

Patrick Boivin's Stop-motion Films

Patrick Boivin, satu nama yang makin dikenali selepas terkeluarnya video parodi Iron Man yang dilakonkan oleh anaknya sendiri, Iron Baby. Iron Baby ditonton lebih 4 juta penonton di YouTube. Wow, satu perkara yang menarik. Apa ada pada Iron Baby hanyalah satu minit trailer parodi Iron Baby melawan sang jahat yang berpakaian bunny. Jumlah 4 juta adalah satu jumlah besar. Mana-mana saja blog sudah mula meng-embed-kan video ini, dan aku tidak boleh lari daripada meng-embed-kannya.

Iron Baby

Siapa mamat ni? dia adalah seorang pengarah berdarah French Kanadian yang aktif menghasilkan filem pendek animasi sop-motion. Sape x tau stop motion itu ape? Bahasa melayunya, 'stop motion' didefinisi sebagai 'gerak pegun'. Animasi gerak pegun ni adalah satu teknik untuk buat pemanipulasian secara fizikal kepada objek supaya nampak bergerak dengan sendirinya. Ianya boleh dilakukan dengan apa saja objek samaada 2D ataupun 3D. Selalunya, animasi sebegini dirakam hanya dengan kamera digital. Hasilnya, sejumlah gambar yang punyai pautan antara pergerakan terhasil. Lastly, bila semua gambar disusun secara teratur, ianya akan membentuk satu pergerakan dan terjadilah 'stop motion'.

Upin dan ipin itu adalah filem stop motion? Oh tidak. Ia bukan filem stop motion. Kat malaysia ni jarang ada. Tetapi, kat Hollywood, antara filem stop motion yang korang sedar kewujudannya adalah Chicken Run, Tim Burton's Corpse Bride, Wallace And Gromit, dan mcm2 g. Filem stop motion sebenarnya memerlukan kesabaran untuk buatnya kerana setiap movement harus diambil supaya setiap gambar akan menghasilkan rangkaian yang apabila dicantum menghasilkan satu imej bergerak. Apa yang korang tgk dalam filem komersil adalah cukup sukar untuk dilakukan. Tetapi, bagi yang ingin mula buat filem animasi, filem stop motion adalah starting point yang sesuai.

Sebelum aku blah dengan bebelan, layan beberapa koleksi stop motion dari Patrick Boivin. Iron Man versus Bruce Lee dan juga Michael Jackson vs Mr Bean adalah antara top rating stop motion film by Patrick Boivin di YouTube!

Ninja's Unboxing

Iron Man vs Bruce Lee

Michael Jackson vs. Mr Bean


Estet


Dari pengarah Mamat Khalid, sebuah filem perpaduan yang cukup menarik, akan datang di pawagam 2010. Sebuah filem Kollywood versi Malaysia yang menyentuh aspek perpaduan di sebuah estet.

OST ESTET, Ayuh Kawan menyaksikan Awie menyanyi dalam Tamil bersama Siva, penyanyi Tamil yang menyanyi dalam Bahasa Malaysia.

Sebuah filem yang mengabungkan kisah penuh aksi, lucu dan tauladan kepada masyarakat Tamil dan Melayu di tanah air!

Kisah bermula apabila Estet Cinta Manis digemparkan dengan berita mengenai perlawanan bolasepak yang akan di adakan bersama Estet Red Cobra yang telah 20 tahun tidak dipertandingkan.

Farid dan Shashi adalah dua orang pekerja estet yang berkenalan sejak lahir. Mereka berdua sering menjadi harapan pekerja estet yang lain untuk menyelamatkan penindasan yang berlaku pada setiap hari oleh kerani estet iaitu Encik Pooniah. Tidak hairanlah seorang gadis cantik, Geetha begitu tertawan dengan heroism dan kebenaran hati Farid dan Shashi itu.

Setiap penghuni estet ingin mewakili estet untuk menjuarai pertandingan itu. Sessi latihan dan pemilihan pemain pun diadakan oleh Subramaniam iaitu bapa Geetha yang dilantik sebagai jurulatih. Pelbagai kerenah dan lebihan gaya yang terpaksa Subramaniam atasi untuk mendidik anak buahnya itu.

Ayah kepada Shashi, Apaa, rupa-rupanya dahulu adalah pemain bola negeri yang sangat mahir tetapi telah berlaku insiden semasa perlawanan bolasepak estet itu dahulu dimana kaki beliau telah di patah tiga oleh Sofi Jikan iaitu samseng estet sebelah yang sengaja ingin menamatkan karier Apaa atas upahan Pooniah 20 tahun yang lalu! Hidupnya kini penuh kekecewaan dan perlawanan bola kali ini disambut dingin oleh beliau.

Tujuan diadakan kembali pertandingan bola itu adalah hasil dari cubaan Pooniah untuk memiliki Geetha sebagai tebusan bagi Subramaniam supaya melangsaikan hutangnya kepada Pooniah. Jika mereka menang di dalam perlawanan itu segala hutang pokok dan bunga Subramaniam akan langsai tetapi jika sebaliknya mereka gagal, Geetha akan menjadi milik Pooniah!

Masalah itu membuat Subramaniam putus asa lalu ingin membunuh diri. Beliau sempat diselamatkan oleh Geetha dan merayu supaya ayahnya itu mencari peluang untuk menyelesaikan masalah itu dengan semangat bukan putus asa.

Permasalahan itu sebaliknya menguatkan lagi semangat setiakawan di antara pekerja estet mereka dan mereka berjanji akan gigih berlatih supaya mereka akan memperolehi kemenangan. Sudah tentu Pooniah dan koncu-koncunya cuba sedaya upaya pula untuk menghalang pasukan Subramaniam dari menang.

Apakah kesudahannya? Untuk mengetahui samada pasukan Estet Cinta Manis dapat menjuari perlawanan bolasepak serta menyelamatkan Geetha daripada Ponniah, sama-samalah kita menantikan kemunculan filem “Estet” di layar perak nanti....(info lanjut di sini)

Tuesday, June 8, 2010

Love In The Time Of Cholera - Gabriel Garcia Marquez

Hari ni aku nak cite ttg sebuah novel klasik yang aku pernah baca. Novel ini memang tersangatlah klasik sehinggakan aku terpaksa membelinya dengan harga RM60 (sebenarnye, ade je versi Pengguin Classic, tapi cover tak cun.. ehehe). Disebabkan addicted dengan storylinenya, aku tak kira apa ribut taufan ataupun serangan tentera Israel, aku beli jugak novel ni. Tetapi, perkenalan aku dengan title novel ni pun bermula disebabkan aku terpaksa buat asignmnt ulasan novel yang aku harus pilih sendiri.

Tajuk cite ni adalah Love In The Time Of Cholera. Dalam bahasa melayunye adalah Cinta Zaman Kolera. Ditulis oleh seorang penulis yang telah memenangi anugerah Nobel Literature, Gabriel Garcia Marquez. Kalau sape yang blaja literature mungkin mengenali siapakah orang Mexico yang banyak mengeluarkan karya berperenggan panjang nih! Citenye aku boleh bandingkan (dalam kisah2 cinta melayu) macam Antara Dua Darjat. Huh. Cite kasta yang berbeza, cite halangan mak bapak dengan kisah cinta dan apa saja yang berkaitan.

Love In The Time Of Cholera ni mengisahkan mamat jiwang bernama Florentino Ariza yang bekerja sebagai penghantar telegram yang jatuh cinta ngan minah cun yang berbeza darjat, Fermina Daza. Malangnya, bapak Fermina ni dah suke seorang doktor yang merawat Fermina sewaktu dia kena kolera. Dek sebab cinta, Florentino Ariza nih sanggup tunggu kekasihnya dan stay tidak berkahwin selama 51 tahun 9 bulan dan 4 hari. Kesanggupan menanti suami Fermina Daza, Dr. Juvenil Urbino menjadikan kisah ini sbuha epik cinta yang bleh kira macam u jump i jump b4 cite Titanic lah!

Aku tak nak ulas banyak2. Memang kalau aku ulas, kang menguap je membacenye. Cite ni ada versi filem. Diarahkan oleh Mike Newell, filem ini dibintangi Javier Bardem, Giovanna Mezzogiorno dan Benjamin Bratt.



Papepon, bagi yang suke cite epik cinta macam Titanic, dan A Walk To Remember, ini adalah satu g cite yang patut korang baca. Tapi, kalau dah malas baca, g cari filem je. Bagi yang tidak berapa tahan dengan adegan intim yang dilakar dalam novel, pun disaran membaca atau pun tgk filem.

Sebenarnya, cite ni wat kita sedar yang kekadang manusia sanggup buat apa saja untuk cinta. Sanggup mati, dan sanggup juga menunggu. Kekadang cinta wat seseorang buta dan tidak keruan. Tetapi, sebenarnya kalau ditanya pada seseorang yang sedang gila bercinta 'kenapa kamu macam orang gila?', pasti mereka menjawab 'sebab hanya cinta mampu buat orang normal gila dan tidak gila semula', Kan2?

"fifty-one years, nine months and four days... that is how long that i loved you"
- Florentino Ariza

Saturday, June 5, 2010

Bagaimana Menceriakan Suami Yang Minat Bola!

Bola sepak bukan menjadi kegemaran aku. Walaupun aku ini seorang lelaki yang suka tengok filem sepak terajang (Ong Bak, Raging Phoenix dan len2), aku bukan born to be a footballer. Makanya, tidak ada satu naluri untuk aku berjaga malam setiap kali ada apa saja perlawanan bola sepak yang berlangsung pada tengah malam. Malam-malam aku akan seperti biasa, tiada sorak2 bola masuk gol. Hanya ada sorakan mimpi-mimpi indah menanti hari baru.

Mungkin bila ada Astro (even xde HD), boleh la layan2 yang repeat. Alah, x penting pun bende alah ni. Namun, sebab ini demam dunia punya pasal, aku update jugak lah siket2. Pedulikan sape nak menang, sape nak kalah. Ade aku kesah!

Papepon, aku suke juga World Cup bila tiba Anthem dia dipromote. So, wat sesape yang tertinggal atau tak pernah ikut serta dan tahu apa anthem2 yang telah dibuat each World Cup, aku tunjukkan 3 anthem yang ada sepanjang penganjuran World Cup!


Official 2002 World Cup Anthem: Korea
Anthem 2002 - Vangelis


Official 2006 World Cup Anthem: Germany
Celebrate The Day - Herbert Gronemeyer feat. Mariam & Amadou

dan...

Yang terbaru untuk musim ini. Mungkin ada yang dah tengok di YouTube, tapi mehlah aku bawakkan jugak buat kakak-kakak blogger yang tak minat bola tetapi ada suami yang kaki bola tu. Kot2 nanti suami tanya lagu anthem tahun ni ape tajuknyer, lehlah jugak jawab sikit-sikit. Entry ini juga buat abang-abang blogger yang tak minat bola tetapi ada isteri yang kaki bola. Juga, siapa saja yang tidak minat bola tapi ada kawan/sedara/atau siapa saja yang minat bola.Tapi, yang ni x bleh jawab soalan kubur tau!


Official 2010 World Cup Anthem: Africa
Wavin' Flag - K'naan & David Bisbal
(untuk download versi mp3 - klik sini)

Sekali dengan liriklah. Buat isteri2 yang nak support suami bejaga malam, leh nyanyi anthem ni pada waktu petang. Moga diorang tetido petang, dan senang jaga malam. Baru hati suami sejuk sket tengok isteri nyanyi lagu anthem tahun ni punye World Cup.


Official 2010 World Cup Anthem: Africa
Wavin' Flag - K'naan feat. Will.I.Am & David Guetta
(untuk download versi mp3 - klik sini)

Baiklah. Buat isteri2 ataupun siapa saja yang ada kawan yang minat bola, bersedia dengan demam ini! Ianya tiada ubat melainkan bola sebiji untuk dipegang, dan sebuah tv untuk menonton. Itu saje!

P/S: memandai je aku nasihat bini2 orang.. padahal aku ni kahwin pon lom.. ahaaha

Friday, June 4, 2010

Karipap Karipap Cinta: 5 Bintang!


Hari ni aku nk cite ttg novel plak. Sebelum tu, trima kasihlah kepada semua yang menyokong entry croc yang telah mendapat respon yang banyak walaupun aku rasa isu itu tidak layak pun dijadikan isu. Ada 3 novel lagi perlu aku habiskan baca, namun novel ni adlah novel terakhir yang berbahasa Malaysia yang masih belum dibaca. Dua lagi novel adalah novel inggeris. Maybe kalau aku rajin aku wat revie ttg 2.

Siapa Nazri M. Annuar? Ish, jujurnya aku pun tak berapa kenal. Maklumlah, berapa banyak sangat novel yang aku baca. Tak sampai puluhan pun lagi, hobi ini masih baru lagi untuk aku. Tapi, kalau korang pernah baca Aliya Elyana terbitan Gala Unggul (2004), dialah penulisnya. Novel ni aku habiskan dalam masa seminggu je. Aku kalau seminggu tu, kira cepatlah!.. ehe3. Memang tak tahan gelak jugaklah bacaa novel yang pada awalnya aku ingat parodi Ayat-ayat Cinta nih. Cukup menghiburkan dengan storyline yang cukup simple namun digubah dengan ayat-ayat yang boleh buatkan kita ketawa.

Ali, seorang wartawan jatuh cinta dengan Sarah, pelukis komik yang merupakan seorang pelajar lulusan Al-Azhar. Ali, yang masih segan silu sebab statusnya yang tidak sama taraf menghadapi pelbagai dugaan untuk mencari cinta Sarah. Dari sini, rakan2nya banyak membantu. Dari situ juga, bermula insiden2 yang melucukan. Jadi, di mana karipap cintanya?

Karipap sebenarnya adalah perkara yang membuatkan kisah ini tamat dengan cantik dan sukar dijangka. Aku tidak menyangka sebuah idea sebegini mampu diterapkan menjadi sebuah komedi hebat dengan hanya karipap. Sarah, yang menyukai karipap meletakkan syarat kepada Ali supaya membuat karipap terbaik untuknya menjadikan usaha Ali untuk mendapatkan Sarah semakin sukar dan penuh kelucuan.

Babak best yang aku suka:
1) babak Ali nak tangkap peragut beg Sarah
2) babak Asha trap Ali dalam rumah dan panggil pegawai agama
3) babak Ali nak g bagi karipap
4) ending tu aku suke (touching giler.. wat aku tersenyum)
5) penjelasan bagaimana Datuk Razali Bunari insaf pun tak bleh blah... ahaha..
6) babak Ali cover cite ttg Sarah kat Rambai

Tema cinta biasa saja pada aku. Dua entiti berlainan karakter dan perwatakan membentuk adegan lucu dalam kisah cinta ini. Memang biasa. Tapi, cukup cantik garapannya sehingga aku sndri tak dapat berhenti membacanya. (Tapi terpaksa berhenti jugak, sbb byk lagi keje lain). Namun, karakter Sarah yang berkelulusan Al-Azhar membuatkan KKC mempunyai ciri-ciri yang cuba menjadi parodi kepada Ayat-ayat Cinta

Oh, satu lagi. Kisah KKC ini juga penuh dengan sindiran. Memang cukup banyak sindiran di sana sini. Tetapi mungkin bagi yang tidak memahaminya, ianya mungkin hanya sekadar ayat-ayat saja. Pelbagai sindiran yang aku perasan lebih terarah kepada kegilaan novel2 cinta bumbukan agama pada zaman sekarang. Korang patut baca page 67-68, memang korang akan tau penceritaan di paragraf muka surat itu seperti terarah kepada apa. Tersenyum saja aku membacanya kerana aku juga membaca buku Habiburrahman El-Shirazy. :-)

Aku tidak dapat membandingkan karya KKC ini dengan mana-mana karya Nazri M. Annuar yang lain seperti Opera Angkasa. Namun, aku rasa, KKC adalah komedi yang cukup selamba, simple dan punyai mesej.

Ura-ura (entah2 benar atau tak) mengatakan bahawa KKC akan difilemkan. Menurut sumber dari laman Web PTS sendiri, Othman Hafsham yang pernah memenangi anugerah Pengarah Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia kali ke-4, 1983 dan kali ke-7, 1987 sudah datang ke PTS untuk berbincang. Wah, best kalau difilemkan. Tak dapat bayangkan siapa akan jadi Sarah, siapa pula akan menjadi Ali, siapa Rambai, dan siapa akan jadiBart Rasta. Ish, tak dapat bayangkan lagi siapa akan jadi silent lover Ali, Asha.

Apapon, bagi yg lom baca, g cari. Memang harga murah dan berpatutan. Cerita pun best. Jangan pinjam! Ianya sesuai untuk jadi bahan koleksi. Kiranya ini macam modern hit la. Kalau dulu, fenomena Lagenda Budak Setan, kini Karipap Karipap Cinta is the next phenomenon.
P/S: memang berbaloi. Masih teringat bagaimana aku sangka ianya adalah sebuah filem yang diubah menjadi novel apabila tertenung DOLAH DIGITAL... dan BUKAN DVD.. ahaha..

Tuesday, June 1, 2010

Penjelasan Dari Meja Penulis!

Beberapa jam tadi, penulis menyedari tentang dua komen yang cukup pedas melekat di bahagian komen dua pos panas yang cukup panas!

Penjelasan ini diharap dapat memuaskan hati semua pihak. Ada ketidakpuasan hati lagi, sila luahkan, dan saya akan jawab lagi.

Penulis bukan mahu membuat blog yang gebu, suci dan juga penuh dengan cahaya dan tidak pernah berdebu ini dicemari dengan pelbagai gambar separuh bogel dan seangkatan dengannya. Apa yang mahu penulis sampaikan adalah mengikut pemikiran penulis yang ingin menyatakan prinsip penulis dalam melakukan proses pengeluaran pos, dan juga kaedah blogwalking menurut penulis.
Sejujurnya di sini, tidak ada niat untuk penulis menarik orang gila seks di luar sana untuk melihat blog yang hanya kecil dan tidak ada apa-apa ini. Tetapi, kalau diorang nak masuk, takkan penulis mahu halang. Blog ini umum dan tidak dikhususkan kepada siapa2!

Saya ingin menjawab komen yang diberikan di entry ini, yang menyatakan bahawa...

"salam, saudara ni nama cikgu tulis merapu meraban, letak gambar tak senonoh nak tarik trafik cara kotor ke, insaflah sikit cikgu, bagi contoh yang baik sikit dekat umum."

Kepada encik/ puan/ datin/ datuk/ dan pangkat seangkatan, penulis bukan seorang guru. Lain kali, periksa terlebih dahulu latar belakang. Entry itu hanya sekadar seronok-seronok. Tidak perlu untuk mendajalkan penulis. Selama hampir sebulan entry itu berada di dalam blog ini, penulis rasa semua pelawat memahami apa yang penulis mahu sampaikan. Jadi, kenapa disebabkan sekeping gambar, anda mahu memberikan satu perspektif tidak baik kepada bidang perguruan.

Fikirkan sendiri, adakah anda guru?
Fikirkan sendiri, adakah anda tahu apa yang perlu ada pada guru?
Fikirkan sendiri, guru itu manusia biasa ataupun alien yang boleh buat macam2?

Penulis berjalan2 di blog bekok dan menjumpai entry ini, anda tentukan sendiri, adakah ia sama dengan kaedah entry kamasutra yang telah penulis buat?

Anda tentukan. Namun, kepada bekok, yang merasakan gambar kamasutra itu adalah tidak senonoh bagi seseorang yang bakal bergelar guru, fikirkan bagaimana seorang guru sains nanti akan mengajar perihal organ pembiakan wanita dan lelaki (seingat penulis, zaman penulis diajar pada tingkatan 3). Namun, terima kasih kepada rakan blog aku... atas nasihat dia, aku buangkan gambar itu buat selamanya. Haruskah kita belajar dimana skrotum, ovari bla bla bla dengan hanya tulisan?

Namun, atas dasar saling hormat menghormati, penulis mohon maaf jika ada yang merasa tidak selesa semasa melayari blog ini disebabkan gambar itu.

Perihal kasut Croc yang pada saat ini mendapt pelbagai respon, saudara bekok, menyatakan,

"saudara, kamu ni taukey kedai crocs ke. Isu ni sensitif jangan nak pandai pandai cakap kalau tak tahu."

oh, plez... tidak bolehkah penulis menyampaikan satu pandangan mengenai isu sensitif. Sensitifkah sangat isu ini? Atau isu ini sengaja disensitifkan? Namun, pandangan orang tidak sama. Perlu diingatkan bahawa penulis hanya menegaskan pendapat penulis berkenaan isu ini. Isu ini tidak ada apa-apa pun. Hanya ilusi pemikiran sahaja. Contoh, anda berjalan pulang dari surau melalui satu lorong gelap. Perasaan anda pada masa itu amat takut sekali. Minda mula berfikir tentang hantu. Dan, tatkala bulan memancar ke pokok pisang, pokok itu anda akan nampak seperti hantu. Kaitkan dengan isu ini dengan mata hati anda sendiri.

Apapun, pihak penulis memohon maaf jika ada keterlanjuran dari segi entry pos. Penulis pun masih belajar. Nasihat dan ilmu dari blogger lain amat bermakna.

Terima kasih!