Monday, May 24, 2010

Wang Kelian: View From My Lense

Bergetar2 hp aku pagi tu. Masih awal, walaupun di UPSI, itu bukanlah waktu yang awal jika aku ada kelas pukul 8 pagi. Jangka sndri waktunye! Pelik, nape kawan aku sorang ni tetiba call aku pagi buta ni. Buta kah pagi? Atau aku sndri yang buta sbb tak nampak pagi tu matahari tengah naik kat depan rumah aku. Bukan naik tangga, tapi... alah.. naik!
Ni Amy Natisya, member aku yang satu sekolah waktu Form 6. Entah cmne, soon aku realise that dia ni pon ada tali2 saudara ngn aku. Owh, jangan ditanya.. Panjang ceritanya!. Long long story to tell. Dia ajak aku g wat field work untuk thesis dia. Xpe, demi kekawan dan menghilangkan rasa boring, aku pun ikut dia sambil ditemani parent dia. Ape lagi, sudah lama tidak ke Wang Kelian yang rasanya dekat je dari rumah. Biasela, selalunya orang tempatan tidak akan suka ke tempat sendiri. Tapi, bukan itu reasonnya sbb aku lama x pergi ke sana. Sebabnya, uhm.. hmm... no komen.

Kiranya aku masa tu membantu dia dari segi gambar la. Kira sambil selam minum air la ni. Tak pun, bahasa omputehnye 'killing two bird with one bullet!", "stone" x main skarang ni. Ngeh3!.

Jom, aku cite each gambar ni. Kita mula.. kira sama2.. 1.... 2.... 3....
Perjalanan aku mula dengan bejalan. Of coz, kalau nak masuk ngan kete pon leyh. Tapi, jalan kaki lagi best! Sedikit info tentang Wang Kelian! Kalau korang pakai GPS, kordinatnye 6°41′45.68″N, 100°10′52.78″E. Sape yang nak g sini, kena siapkan lesen kete dan pastikan cekap mendaki gunung atau bukit menggunakan kereta. Kalau setakat tahu mendaki pakai tali, boleh jugak pergi sini. Perjalanan melalui Kaki Bukit (Hill Feet) akan menemukan korang dengan satu lagi attraction, apabila korang naik atas bukit dan dapat lihat full view of perlis. Ala, yang dalam filem Tentang Bulan arahan Ahmad Idham tu! Tempat budak2 slalu lepak. Cantik sangat Perlis. kalau Optimus nak gaduh dengan Megatron, Perlis sesuai. Lapang, ada petak sawah je, so kurang la sikit damage kalau diorang begaduh. (ok, abaikan!)

Tiap2 ahad, akan ada pasar ahad di sini. Kalau nak tau, Wang Kelian adalah satu attraction negeri Perlis. Speselnya di sini, korang pakai duit Thai (Bhat) pun boleh, nak pakai duit Malaysia (Ringgit) pun boleyh. Hah, tapi duit Australia, Amerika, India, Jepun, China dan seangkatan x bleh k. P jumpa money changer dulu!.
Sebelum nak main aci sembunyi dan lari2 anak kat kawasan sempadan ni, kena lah lintas rumah/pos kawalan ni. Ini adalah kawasan pemeriksaan untuk sebelah Malaysia. Hah, korang lintas je kawasan ni, korang akan rasa macam masuk pintu Stargate, tup! penuh orang cakap Thai. Sawaddi, khrap! Khop Khun bla bla bla. Haha... dan korang akan berada di zon bebas. Satu zon yang mana menjadi pemisah antara pos kawalan Malaysia dan pos kawalan Thailand!
Hah, tengok tu. bahasa pun dah neutral. Ada bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan jugak bahasa Thailand. Teringat pengalaman belajar bahasa Thai! Huh, cukup indah bahasanya tapi, aku sepatah pun sukar nak menyebut. Sedap je bahasa dia. Tp, bahasa melayu pun best jugak. Owh, sekali lagi, memang mcm biasa, korang bawak dadah kat sini memang korang kena say hai to hell lah! Ada lagi barang larangan yang tak boleh dibawa lintas, kalau tak korang kena renjatan eletrik power rangers yang sentiasa bersembunyi! Ok, abaikan frasa lepas tanda comma di ayat tadi!
Ok, lepas korang berada di kawasan neutral, maka tiba masanya anda menjejak ke kawasan Thailand. Di sebelah kanan anda, yang ada minah yang dok tekun ambil gambar tu adalah Malaysia, dan di sebelah yang ada pakcik dan makcik itu, adalah Satun, Thailand. Jangan risau, tak ada sambutan dengan tarian mahupun wanita2 cantik! So, masuk saja. Buat muka tak malu. Yang penting, senyum!
Rehat diri sekejap ambil gambar bunga kertas. Info ttg bunga kertas sket. Dikenali sebagai borugenvilla, so memang bunga tu pun dah nampak macam kerta lah! Pokok ni dapat nama bourgenvilla sempena nama seorang komander laut Perancis bernama Louis Antoine de Bougainville. Pokok ni adalah pokok hiasan yang cukup digemari sebab ia tahan lama dan pnyai pelbagai warna.
Maka, selepas berjalan2... sampailah anda ke wilayah Thailand. Wang Kelian dikenali sebagai Wang Phrachan oleh masyarakat Thailand. Wang Phrachan atau ejaan Thainya วังประจัน adalah satu daerah kecil yang berada dalam kawasan Khuan Don yang terletak dalam wilayah Satun. Lebuhraya Thai 4181 menghubungkan wilayah Satun dengan Wang Kelian di Malaysia. Menurut Wiki, populasi di wilayah ini pada tahun 2007 adalah 2380 orang. So, hayati apa yang ada di dalam daerah sempadan yang unik nih dengan gambar2 di bawah!




Itu baru sikit! Kalau korang pergi sendiri, bawak RM20 ringgit tak cukup! Seribu pun x cukup! Tapi, aku ni.. kalau bawak kamera x bawak duit pun cukup! Ahaha.. ambik gambar free je. So, papepon seronok punya tempat menarik sebegini dalam negeri aku. Wang Kelian mmg satu tanda keamanan walaupun Thailand tengah kecoh dengan macam2 hal. So, jemput datang ke Wang Kelian!!

6 comments:

+akufobia+ said...

bila la nak sampai sini.ada siapasiapa nak bawakan?

ellis suriyani said...

ellis dtg spray shieldtox b4 tido..ekek..

LiNda said...

ecece... siap ada kata-kata aluan .

Apapun , saya dah pernah datang 2-3 kali ( 2-3 tahun yg lepaslah )

Memang besh . Sebab saya banyak bawak duit . well, sebanyak itulah duit saya habis ..

Man , tq sbb n3 awak mengamit saya nak dtg lagi . Kena tunggu December ini . Insyallah ...

ezzyra said...

peanh pegi tmpat ni...msa 2 ada program ank angkat...diorag bw p cni...blik je hstel tros skit kpla...hahah...pnas kot...

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

akufobia: ada rezeki sampaila..

linda: kak, dtg jangan tak dtg

ezzyra: owh, nnt dtg lagi ek!

ShazlinaSaad said...

oh..pernah p juge..seronok jalan2..hehehe