Saturday, May 22, 2010

Setenang Cahaya Hati: Review

Lagi lagi novel. Lagi2 novel. Itu rutin kedua aku selain membuat lawatan ala-ala YB dalam internet. Setakat sekarang, barisan novel Salina Ibrahim sudah selesai dibaca. Hah, itu saja yang aku sempat dan seronok. Masih ada 1 novel Melayu untuk dihabiskan dan dua novel bahasa Inggeris untuk dikhatam. Apa yang aku dapat daripada membaca novel ini? Adakah aku dapat duit sepertimana aku membuat entry separa lucah dan juga tidak berkaitan dengan kelucahan dalam blog famous aku ini? Adakah aku mendapat ayam KFC dan jugak pizza Pizza Hut selepas menghabisi bacaan novel?

Tidak tidak tidak! Aku baca sebab minat.

Nak review kisah Setenang Cahaya Hati yang baru aku selesai baca semalam. Sekali lagi, ini adalah karya Salina Ibrahim yang menurut penulis sendiri,

"Cerita ini bermula awal tahun 2006. Saya amat terinpirasi daripada pengalaman bertandang ke sebuah rumah perlindungan wanita dan berbual (temu bual) dengan seorang pekerja sosial bertauliah di sana sekitar tahun 2005. Dan kemudian berpeluang pula berkawan dengan... (click untuk sambungan)"

Kisah SCH berkisar ttg Aida Nurani, kakak kepada Aida Marina. Kepulangan Aida dari Boldak selepas menjalankan misi kemanusiaan mula memberi satu kebahagian buat Baitul Sakinah. Aida kini membantu menguruskan Baitul Sakinah dengan bantuan ibunya. Kedatangan Aisyah, anak kandung walidnya yang tidak diketahui membuka satu ruang masalah. Tapi, ia bukan satu kisah besar pun.

Aida dihurung rasa 'cinta lama' suami Aida Marina. Kenapa? Korang tengok.

Ish3.. skip skip skip..!!! (sila buat bunyi tape rewind)

Point yang penting dalam cerita ni adalah kisah menambat hati. Dr. Budi versus Aliff Hussein. Macam2 pergolakan antara keduanya. Aliff punya kisah lama yang tidak diketahui Aida Nurani. Kisah lama yang penuh dengan janji dan 'darah muda'. Biasalah, orang janji janji ni. Ish3 (geleng2 kepala jap).. Masalah timbul apabila Aida mengetahui rahsia hitam Aliff, dan dalam pada masa yang sama, Dr. Budi memendam rasa cinta terhadap Aida Nurani.
Karakter?

Ada tiga karakter besar. Pertama, wanita tabah kita, Aida Nurani. Digambarkan sebagai seorang yang happy go lucky melalui dialog dan bahasa yang agak normal bagi orang2 muda, dia adalah orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga Baitul Sakinah. Komen aku, memang karakter wanita muda yang cukup realistik. Tak nampak unsur cliche sebab Aida Nurani lengkap dengan komedi dan tindak tanduk remaja.

Aliff Hussein plak, memang lelaki yang turut kata. Dia ni kira orang yang tak banyak cakap. Arahan mak ayah selalu diikut. Hal ini yang sebabkan dia terpaksa tanggung masalah apabila umi dia minta dia dijodohkan dengan Aida Nurani. Setenang air di dalam kolam, ada naga yang dok nyala mancis rupanya dalam tu. Ish3

Dr. Budi adalah karakter ke 3. Tak jelas sangat siapa Dr Budi ni. Yang pasti, dia adalah yatim piatu dan jarang muncul dalam cerita ini. Kira macam chipsmore. Tapi, mungkin melalui ala2 chipsmore punye style ni, penulis sendiri nk gambarkan yang dia memang ada tetapi sentiasa diam sehinggakan pembaca sendiri tidak sedar tentang kewujudannya. Watak yang karakternya sekepala dengan Aida Nurani.
Plot?

Awal aku baca cerita ni, aku sendiri tak tahu apa sebenarnya yang nak dikisahkan dalam cerita ni. Awal mula berkisar ttg misi keamanan. Persoalan terus bermain di sini, adakah cerita ini tentang perang di Afganistan? Kalau cerita begitu, covernya tak la pulak tunjukkan hint sebegitu. Next round, aku paham yang fokus novel ini adalah Aida Nurani. So, nampak ok la. Aku rasa dah boleh agak ending macam mana bila dah sampai tengah. Tapi, kreatifnya, dalam bab 54 ending yang aku agak tu belum sampai. Padahal, bab 55 adalah bab last. Adakah agakan korang juga akan silap?

Tema?

SCH nampak mengungkap lebih dalam tentang emosi wanita yang tersepit diantara masalah yang sukar dalam kehidupan. Poligami adalah satu daripada masalah ini. Cinta adalah satu perkara yang cukup besar dalam kisah ini. Namun, masih ada bumbu ketuhanan menjadikan ia bukanlah satu novel yang hanya sekadar hiburan.

Janji.. satu perkara yang besar. Adakah lelaki suka menabur janji sehingga memakan diri? Itu juga diungkap dalam cerita ni. Aku sendiri pernah mengalami keadaan ini, tapi taklah sampai apa yang terjadi benar2 seperti yang berlaku dalam novel ni. Tapi, janji adalah satu perkara yang perlu diambil berat. Bukan boleh main2 woo..Itulah penegasan yang aku rasa cuba ditonjolkan dalam novel ni.

Papepon, novel ni tak tebal. So, kalau yang suka berkurung dalam rumah, sehari atau dua boleh habiskan. Aku ni, ambil masa 2 minggu kot nak habiskan. Bukan apa, byk hal nak dilakukan.

P/S: next novel.. KARIPAP KARIPAP CINTA.. tunggu


No comments: