Wednesday, May 26, 2010

Reunion Kecil Geng F6 Di Perlis Bowl!

Boling. Apa yang aku tahu? Bukan ada tempin boling punya tempat pun kat Tanjung Malim tu. Pekan cowboy yang memang x nampak lembu, tapi boy saja yang banyak. Ahah, luckily wujud juga tempat untuk main boling kat perlis ni. Tenpin boling bukan kepakaran aku. Aku bukanlah anak angkat sepupu pemain boling profesional. Aku, aku adalah aku yang hanya tahu apa yang dinamakan tenpin boling. Pertama kali main, sewaktu join Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional di Langkawi. Itu game pertama dan terakhir.

Tenpin boling nih, adalah bahasa omputih. Asalnye dieja 'ten-pin boling' atau dalam bahasa melayunye, boling sepuluh pin. Yolah, dah pin tu ada 10, jadi tenpin boling lah! Bagi alien2 yang mahu belajar bahasa through World Wide Web, lorong boling tersebut berukuran 41.5 inci (105 cm) lebar dan 60 kaki (18.2 m) panjang. Di kiri dan kanan lorong tersebut terdapat 2 buah longkang yang akan mengutip bola yang melencong ke luar. 20 kaki (6 m) kehadapan adalah ruangan untuk pemain bergerak, dan baki 40 kaki (12 m) untuk bola bergolek ke arah 10 pin yang disusun secara segi tiga di hujung lorong. Pemain akan naik ke pelantar lorong tersebut dengan bola yang seberat di antara 6 hingga 17 paun (2.7 - 7.7 kg). (sape yang dah tau, abaikan para ni!)

Kami plan untuk main around pukul 10 pagi. Tapi, nak dijadikan cite, mamat 'hensem' sorang nih (kawan aku), sampai pukul 12 tghari!. Ok, fine.. rilek... cool. Jangan gadoh2! Ni lah wanita yang paling awal sampai..

Aku sampai lewat sket. Memang pelik lah waktu main kitorang, sampai member aku punya mak pun hairan, kenapelaaa awal sangat. Awal giler woh. Orang baru tengah repair2 arked. Datang pukul 10, pukul 11 baru kitorang main 2 game. Hah, papepon, layan je pic2 di bawah nih. Owh, lupa. Tempat ni namanya Perlis Bowl. Baru saja dibuka. Entahlah bila dibukanya, tapi masih baru sangat. Pernah tergendala buat beberapa ketika, akhirnya Perlis Bowl dibuka buat semua peminat boling Perlis dan kawasan yang bermagnet sekitar negeri. Ok, jom layan pic yang dah diedit nih. Malas mau tulis da..

Aku kalah dowh! Xpelah. Sekadar mencuba. Yang penting, dapat juga member2 lama.Lepas bowl, lepak pulak kat arked game token. Tempat lama aku kerja dulu. Memang memori tempat ni tak dapat dilupakan. Tempat aku dapatkan pengalaman bekerja buat pertama kalinya. Memang best sebab dari sinilah, aku kenal kakak-kakak The Store dan juga member2 baru.

Barulah lepas tu, kitorang makan2 dan ditakdirkan jatuh cinta, terjumpa pula member form 6 kitorang. Syafiq Irfat, member form 6 aku dan juga member sekolah rendah. Macam2 dibualkan. Kutuk sana kutuk sini. Kejam x? Hahaha..




Ni dia, sekarang dah jadi pegawai di pejabat KWSP. Baguslah! Kami masih lagi belajar, korang dah mula kerja. Papepon, gud luck wat sume. Sesape member aku yang lama, tak kira member Sekolah Kebangsaan Padang Melangit, mahupun Sekolah Menengah Kebangsaan Abi, dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Suleiman, harap korang berjaya di luar sana dan jadi seorang yang berjaya. Thanks to Amy Natisya, Azimah, Borhan dan Ajai yang memeriahkan party tak seberapa nih (party kah?)

P/S: x lama lagi, reunion geng Form 1-5 lak!

4 comments:

Rara said...

kt tg.malim mg bowling pn xde..wyg lg la haprak..hehe :)

Syafiq Kadiran said...

besok pagi ada reunion ngn dak skola...wihuwihu~~

♥A♥ said...

huhu..saya p0n org perlis..
*agak bangga x btmpat sbb ada org perlis laen yg ada follower yg gila byk!

Nur_Ma"Khairatun Hisan" said...

Salam ziarah,jln2 sini jgk..time ksh sdi singgh trskn p'juangan may Allah bless us:)