Sunday, May 16, 2010

Raptai Konsert Diraja Orkestra RTM Perlis 2010

Post ini mengandungi gambar dan video raptai Konsert Diraja Perlis Orkestra RTM 2010. Video ini adalah hasil rakaman sendiri dan bukan diambil dari mana2 pihak. RTM tidak terlibat langsung dalam proses penghasilan pos ni. Oleh itu, kualiti suara dan video amat sederhana. Namun, ia sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Kanak2 tidak perlu bimbingan ibu bapa untuk menonton video ini.



Berkesempatan menonton Raptai Konsert Diraja Perlis Orkestra RTM 2010 sempena Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis. Huih, konsert khas untuk para VIP jer 2. Aku ni VIP ker? Lebih kurang la. Tak la. Sebenarnya, konsert ni dibuka untuk rakyat jelata negeri perlis pada malam raptai penuh, 15 Mei 2010. Ha, jadi ape lagi.. dengan barisan artis yang gah2 dan best, aku pon g la ngn ayah aku. Saja nak hilangkan boring dan menyaksikan kerja belakang tabir. Papepon, pada masa orang2 RTM sibuk dengan kamera diorang, aku jugak sibuk dengan kamera aku yang x seberapa canggih ni.


Oleh tu, dengan azam yang jitu (ceewah), i proudly presenting... Raptai Konsert Diraja Perlis Orkestra RTM di bawah pimpinan Jimmy Ali sempena Keputeraan Duli Yang maha Mulia Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Persembahan pembukaan
Persembahan malam tu dimulakan dengan lagu pembukaan sebelum diacarakan dengan formal buat seketika. Kemudian, persembahan pentas dimulakan dengan persembahan Sarah Raisudin.
Persembahan Sarah Raisuddin
diikuti Nur Fatin
yang kemudiannya bergandingan dengan Ismail Harun
nyanyian solo Ismail Harun
hah, Jefry Din.. yang ni aku sempat rakam video. Kepada peminat 60an, ini dia... persembahan Jefry Din bersama Orkestra RTM sempena Konsert Diraja Perlis 2010. Jeng2 Jeng..

amacam, gempak x..?? sah2 geleng2 kepala je mendengar lagu Seruling Anak Gembala nih. Ternyata bisa 60an masih segar sampai sekarang.

lepas tu, sape lagi, kalau bukan Alyah. Orang baru yang makin meningkat naik. Ok. Layan lagu Tak Mungkin Kerna Sayang versi Konsert Diraja kali ni. Sedap.

kemudian, penyanyi terakhir.. sape lagi kalau bukan Misha Omar. Lagu Nafas Cahaya n Cinta Adam dan Hawa didendang. So, hayati rakaman yang aku telah wat ni.



Lenguh aku merakam 2 lagu. Kamera tu pun dah x menfokus. Tangan lenguh beb. Stand xde. Papepon, mmg satu kepuasan.

Akhir sekali, trio Misha Omar, Sarah Raisuddin dan Aaliyah bergabung. Dalam kul 11 lebih kurang, persembahan tamat. Memang puas walaupun hanya sekadar raptai. Salute buat RTM yang mempunyai orkestra yang mantap. Dan sempena Ulangtahun Keputeraan ni, selaku rakyat Perlis, selama sedekat pemerintahan memang berbangga dengan Perlis yang semakin membangun. DAULAT TUANKU!