Friday, May 21, 2010

Pembetulan Buat Pembaca Review Iron Man 2

Jon Favreau

Thanks untuk pembetulan dari seorang anonymous. Umum (umumkah?) mengetahui aku suke goreng review yang tak seberapa nk review tu dalam blog aku. Memang dah jadi adat aku, bila tengok movie, aku akan komen. Selalunya bukan bertindak memaki atau ape2, tapi sekadar hanya nak melepaskan apa yang aku rasa selepas menonton film.

Aku guna pelbagai rujukan untuk mengulas. Sumber2 dari internet. Dri stu aku belajar siapa pengarah dia, siapa pelakon dan apa yang menarik di belakang sesuatu film. Tapi, tiba2 tersalah info. Adeyh.

Sekali lagi memang thanks alot untuk pembetulan ini. Aku hargai. Tersilap fakta ttg John Favreau membuatkan seorang movie fans agak panas lalu komen di blog aku. Thanks jugak untuk info berkenaan filem akan datang keluaran marvel. Korang leh lihat di sini, dan skrol ke review oleh Anonymous.

Sebenarnya aku tersilap tengok data untuk John Favreau. Daredevil adalah filem lakonannya, dan Zathura adalah filem arahannya.

Thanks again. Rupenye ada yang menghargai artikel aku yang sebegitu. Memang tak sia-sia aku mencari. Keep on reading ekh!

No comments: