Sunday, May 30, 2010

Karnival Sure Heboh TV3, Kangar!


Entry sure heboh ini aku buka dengan gambar aku... member aku (nadia n nurul) bersama Estranged! Insiden ni bukan sengaja. Tak sengaja woh! Tiba2 dapat bergambar dengan diorang. Xdela excited sangat, tapi oklah jugak. Dapat bergambar dgn Estranged!

Akhirnya, Karnival SureHeboh TV3 sesi 2010 kini berada di Kangar, Perlis. Aku sempat pergi menjenguk seketika. Entah apa tujuan aku pergi pun tak tahu! Saja aku nk pergi menengok apa yang terjadi kat tapak pesta SureHeboh yang diadakan sempena Hari Keputeraan Raja Perlis. Cukup banyak gerai yang aku sndri tak terpikat! Hahaa.. ya, bukan kaki shopping! Jadi, aku pun berjalan saja dengan kamera aku.

Capture sana! Capture sini!
Cuaca memang teriklah! Apa tidaknya, mentari nun di pucuk kepala. Apapun, orang tetap datang. Makin ramai, ramai dan bertambah ramai.
Jalan2 tetibe terjumpalah si orang emas ini. Sedang berdiri di tengah terik dan dikerumuni para penonton. Aksinya, berdiam diri di atas meja. Huh, itu je?
Di booth studio, waktu aku g nih, ada pertandingan tiru tarian. Kiranya waktu aku g nih, memang aktiviti berkaitan dengan persembahan tradisionallah!
Di booth MyTV3 lak. Tengah rancak pertandingan karaoke yang taklah seberapa karaokenyer.. penuh jugak orang!

Oh.. anda jangan ingat entry ini saja untuk coverage Karnival SureHeboh!
Ini baru permulaan!
Baru permulaan!
Sempat menonton persembahan Sofaz dan Akim di tapak pesta Karnival SureHeboh TV3, Kangar. Persembahan mantap yang aku sempat rakam hanya untuk tatapan pelawat setia ke blog aku ini.

Ape yang aku beli hari itu, dua pasang Croc yang dilelong! Pelbagai kaler woh! Nak dijadikan cite, sepasang kasut tu wat prob lak. Makanya, terpaksa berkejar ke tapak karnival semula! Ditakdirkan jumpe dua member aku, Nurul dan Nadia. Geng form 6 aku nih.
Ter'ajak' pula oleh diorang ni.. sampai aku pun dapatlah bergambar dengan geng ESTRANGED!!

nak tengok persembahan Sofaz? hah, nantikan di entry seterusnya... aku chow dulu!

8 comments:

aqamz said...

rmi la ye org perlis tgk sure heboh. hehe

ezzyra said...

oppssss...jom heboh laaa...hehehehe

FiSh said...

bez nyer sure heboh! ;D

Long Haffiz Long Hassan said...

haha..muka yg pkai tdung koko tu xleh blah..cm trkjut jer..

MISH LOLIPOP said...

hoho..gua xgie pon pdahal dkat jer..

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

aqamz: ramai la jugak

ezzrya: :-)

Fish: best!

LHLH: ahaha

Lolipop: ek?

mahira oya said...

jom heboh salu ramai kan..sesak..
x pnah g..tgk kt tv jer..

iwanttogotojannah said...

wahhh!! rmainya!!
sementare org malaysia tgh sedap2 hidup aman damai..enjoy2, ade org dlm dunia ni tgh menderita, cnthnya org palestin.. alhamdulillah kte duduk kt malaysia, same2lah kita doakan kesejahteraan sedare2 seagama kte kt palestin tu..