Saturday, May 8, 2010

Iron Man 2: My Review


Berkesempatan menonton filem terbaru John Favreau di Jitra Mall, Jitra di panggung 3 pada pukul 2 ptg. Dengan harapan bahawa filem dari pengarah Daredevil, dan siri tv Monk nih memberikan impak terhadap diri aku. Tak menjanjikan sesuatu yang hebat dari filem yang meletup2 sekarang ni dengan promosi berganda, aku menonton filem ini untuk mengkaji dan melihat bagaimana filem ini berjaya menarik jutaan peminat. Mungkinkah ia disebabkan kehenseman aktor dan aktres? Storyline? Ataupun promosi yang begitu giat dilancarkan selama berbulan2?

Iron Man sekali lagi diberikan kepada si Sherlock Holmes. Ya, mamat yang dah banyak jadi karakter terkenal seperti Iron Man sendiri, Sherlock Holmes dan suatu ketika dahulu pernah memegang watak Chaplin dalam filem biografi pelawak terkenal itu kembali. Robert Downey aku akui, lakonannya memang bersahaja dan cukup berkesan. Tapi, Tropic Thunder pada aku menampilkan persembahannya yang sederhana mungkin sebab dibayangi Ben Stiller dan pelawak lain.Aku lihat dalam Chaplin dan jugak Sherlock Holmes, memang gayanya rileks dan santai, tetapi maksud yag cuba dibawa oleh karakter memang sampai.

Stark Industries versus Hammer Industries. Bagi yang tak tengok g filem ni kat pawagam, itulah pokok pangkal cerita filem ni. Stark Industries diminta kerajaan Amerika untuk bekerjasama dengan mereka. Namun, kenyataan Tony Stark yang megah menswastakan keselamatan negara dan perangainya yang ego membuatkan syarikat pembekal senjata yang berkepentingan kerajaan, Hammer Industries jeles. Pada masa yang sama, Iron Man kini menghadapi ancaman Ivan Vanko yang berdendam dengan teknologi Tony Stark. Makin rumit apabila Ivan membantu Hammer Industries dan Tony Stark sendiri menjumpai sesuatu yang boleh membawa malapetaka daripada suit lelaki besi rekaannya.

Keseluruhan cerita nampak simple. Biasa bagi filem superhero. Biasa la, bagi sesebuah sequel, masalah akan lebih diberatkan dalam filem kedua ni sebelum masalah yang masih ada sisa diselesaikan dalam Iron Man 3 ataupun apa saja title yang merujuk kepada sequel ke 3 (jika masih ada). Stark Industries versus Hammer Industries adalah tema besar filem ni selain dari Tony Stark sendiri yang sedang berusaha melawan Ivan Vanko. Dua tema ini digabung jalin dengan isu kerajaan Amerika yang nak mengawal harta senjata Tony Stark menjadikan Iron Man 2 sebuah filem yang penuh dengan mesej tersirat dan aksi yang padat.

Rangka cerita sekali lagi nampak biasa. Membandingkan Iron Man pertama dan yang kedua, storyline masih sama dengan tokok tambah isu dan karakter sahaja dalam yang kedua. Dalam Iron Man pertama, karakter antagonis lakonan Jeff Bridges, Obadiah Stane mencipta suit Iron Man dan gunakannya untuk lawan Tony Stark. Lebih kurang sama dengan struktur Iron Man pertama, sequelnya juga ada bumbu yang sama cuma lebih besar. Jika dulu, Obadiah Stane, kini Justin Hammer menggantikan karakter lakonan Jeff Bridges tu.

Amat mengecewakan bila aku melihat karakter Rhodey yang dahulunya dipegang oleh Terrence Howard kini digantikan dengan Don Cheadle. Dua susuk berbeza memegang satu karakter yang sama. Tapi, penonjolan karakter Rhodey oleh dua pelakon ini amatlah ketara berbeza. Rhodey dalam Iron Man pertama lebih gah sebagai seorang Leftenan Colonel, manakala Rhodey dalam Iron Man 2 hanya nampak seperti manusia biasa yang berpangkat Leftenan Colonel. Slain tu, Don Cheadle nampak macam xde karakterisme untuk Rhodey si Leftenan, dia hanya Rhodey si sahabat kepada Tony Stark.

Robert Downey Jr. sekali lagi saya ulang, performance yang baik di samping pelengkapnya Gwyneth Palthrow. Krisis CEO Stark Industries antara mereka berdua cukup baik paparannya. Krisis ni sekaligus mendedahkan sifat Tony Stark yang aku boleh bandingkan seperti Henry Higgins dalam Pygmalion. Ego, dan tak suka diri dikalahkan orang lain even ada lagi yang lagi hebat. Don Cheadle biasa dan nampak kurang menyengat berbanding Terrence Howard. Mickey Rourke adalah bisa baru dalam filem ni. Karakter Ivan Vanko menyerlah sebagai antagonis si Iron Man.

Penulis lakon layar, Justin Theoroux kreatif mengadun karakter dan kerangka cerita. Kemunculan Nick Fury si ketua kepada group The Avenger, membolehkan Iron Man, pada masa akan datang, dikembangkan. Persoalannya, adakah Iron Man akan menjadi sebahagian daripada The Avenger? Even dalam filem ni menjanjikan kejutan kaitan Iron Man dan The Avenger, pada masa akan datang, tiada siapa tahu apa tangan sang penulis lakon layar ni nak lakar mcmne nnt.

John Debney diberi kepercayaan mengadun skor muzik untuk filem ni. Pemuzik yang dikhabarkan akan mengadunkan muzik skor untuk Sin City 2 arahan Robert Rodriguez ni (filem fevret aku nih), dan juga pernah mengadun skor untuk filem drama dan komedi seperti Meet Dave, Old Dogs, Hannah Montana: The Movie dan Valentine's Day ini diberi kepercayaan mengadun skor muzik dilem superhero nih. Keseluruhannya, musik skor biasa. Tiada rima2 muzik yang boleh menjadi siulan. Namun, skornya memang cantik dan sesuai untuk filem ni.

Papepon, Iron Man 2 memang berbaloi untuk sekeping tiket. Memang aku menegharapkan The Avenger lebih besar dalam Iron Man 3 jika ada nnt. Iron Man akan lebih gah kerana dalam filem kedua ni pon, kita dah tau yang Tony Stark bukanlah manusia terhebat di Amerika. Dia hanya gah dalam bercakap besar tanpa mengetahui yang ada lagi manusia lagi hebat daripada diri dia .Akhir skali, sebelum aku tutup bebelan ni, Iron Man 2 memang sesuai buat peminat2 Robert Downey Jr. Dengan promosi yang besar dan rancak, filem ni pasti akan melekat di hati peminat2 karakter yang diangkat dari komik Marvel ni.

original review dari : CIKGUMAN (click untuk trailer)

4 comments:

~C.h.E.n.T.a..L.y.a.A~ said...

waaaah
memang detail la..

Anonymous said...

filem fans

salam,filem daredevil bukan jon favreau yg directornya,mark steven johnson yg direct..jon favreau buat cite zathura,elf,something
gotta give..

dalam cite daredevil,jon favreau brlakon sebagai foggy nelson(bestfren matt murdock)tapi hanya ada dlam versi director cuts..

tapi jon favreau ni bole tahan juga lakonannya sbagai happy hogan dlam iron man 2..

memang marvel merancang untuk buat iron man 3,tapi selepas filem the avengers yg dlam pra produksi..rasanya dlam taun 2012 baru start shoot..dan villainnya mungkin the mandarin..

sebab lepas ni,marvel tumpu pada filem mighty thor & captain america yg both movie untuk tayangan summer 2011,pastu bru filem avengers untuk taun berikutnya 2012..iron man 3 mungkin 2013..lambat giler lah..

dlam filem the avengers,selain nick fury & iron man,akan ada watak seperti thor,captain america,incredible hulk(x confirm)dan ramai lagi..

CikGu_MaN said...

owh...
thanks untuk pembetulan
:-)

Sky0ne said...

singgah sini...review yang menarik...nantikan iron man 3 pulak...:)