Tuesday, May 4, 2010

Genre Slasher Di Nusantara: Satu Keperluan?

Sejak beberapa kurun lamanya, industri nusantara (termasuk malaysia) berkembang dengan filem yang lain dari yang lain. Hollywood sndri pon bangga dengan filem nusantara dan pelusuk asia sampaikan diorang sendiri pun main cilok idea kita dan buat filem diorang. Genre filem Nusantara sememangnya unik dan lain daripada yang lain. Dalam post ini, skop perbincangan aku adalah meliputi karya2 dari Indonesia dan jugak Malaysia. Aku tidak menyentuh industri2 Korea, Jepun mahupun Thailand.

Malaysia, sebagaimana yang kita tahu ada Histeria (genre slasher yang pernah aku tgk), dan dahulu, pernah kuar dalam bentuk VCD, lambakan slasher film arahan Silver Chong. Genre slasher dalam bentuk VCD akhirnya terhenti (rasanya) selepas cetak rompak yang menjalankan copy-copy filem dan edar dengan harga lebeyh murah. Yang terbaru, aku rasa Histeria jela kot. Sebuah filem berani yang jauh lebih kreatif dari filem2 seram thriller lain di Malaysia.

Indonesia plak, sudah berlumba2 mengeluarkan ikon slasher mereka. Memang kita tahu, Indonesia memang banyak filem seram dan ganas. Namun, sejak akhir2 ni, karakter2 diwujudkan sebagai ikon yang memang nampak baik dan hebat. Ikon pembunuh bertopeng dalam Air Terjun Pengantin dan jugak Dara dalam Rumah Dara bakal mencetuskan fenomena bila ikon ini dibawa ke seluruh dunia. Tidak seperti Histeria yang berselindung di sebalik hantu raya, Dara dan pembunuh bertopeng ini lebih gah.

Namun, perlu atau tidak ikon2 slasher di Nusantara. Sebagaimana yang kita tahu, genre yang sudah sebati di Indonesia yang kerapkali hit di Malaysia, dan jugak sebaliknya (Malaysia ke Indonesia) adalah genre seram hantu, dan jugak romantik (Love Is Cinta, Heart dll) dan jugak filem drama yang disulam bumbu agama (Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih). Slain 2, genre filem yang familiar ngan dua negara ni jugak adalah komedi. Filem Malaysia yang laris di indo juga sama (Geng: Pengembaraan Bermula dll).

Genre slasher adalah sangat baru. Aku rasa genre ini mungkin revolusi terhadap struktur filem2 seram di Nusantara. Jujurnya, aku sendiri pon dah tak takot tengok filem seram. Sebabnya, hantu sudah popular dan tidak lagi nampak macam hantu. Everytime same same and same. Sebab tu, jika filem seram itu tidak mempunyai refreshment, filem tersebut akan fail dan membazir masa untuk hantu pakai make-up.

Pusing p pusing mai, kembali kita kepada perlu atau tak genre sebegini. Aku hanya ingin memberikan pendapat. Sekali lagi dinyatakan bahawa pendapat aku tidak bersangkut paut dengan mana-mana entiti berkepentingan. Ianya adalah pendapat peribadi yang terdetik untuk dikongsi dan sama2 difikirkan oleh pembaca sekelian.

Pertama, aku tidak menyatakan bahawa kewujudan genre ini di Nusantara adalah tidak wajar. Seorang penerbit filem seharusnya membawakan sesuatu yang baru kepada penonton. Baru korang untung, dan kitorang bergembira membeli tiket wayang. Kalau tak, baik download dari internet. Oleh itu, genre slasher adalah sesuatu yang bagus dan baik untuk dibangunkan atas dasar keuntungan. Sebuah kisah yang benar2 simple, hanya fikir bagaimana each karakter perlu mati, dan at the end, twist a lil bit before penonton tau siapa killer. Slain 2, ada gak yang terus tau sape killer dan penonton disuap bagaimana killer membunuh.

Papejelah. Yang pasti genre sebegini memberikan keuntungan. Tapi, kalau sudah membawa keuntungan, si penerbit x bleh la fikir duit je. Fikir plak apa reaksi genre sebegini terhadap umat manusia yang dok tonton2 ni. Kapak sana, belah sini, terburai itu ini, darah sana sini.. fikirkan kesan terhadap penonton.

Aku terkesan terhadap filem yang membawa karakter Dara sebagai ikon slasher di Indonesia. Rumah Dara nama filem tu. Even filem ni nampak bagus dan kreatif, tindakan Malaysia mengharamkan tayangan filem ni di Malaysia amat wajar. Fikirkan bebudak Malaysia yang suke sangat cuba benda pelik. Sebab tu macam2 jadik, rempit sana sini, tak tau halal haram dan lain2.

Aku menggemari genre ini, dan aku punya minda terbuka dan hanya menganggap slasher sebagai stu genre muvi. Ianya hanya dibina sepertimana mekanik membina motorsikal. Jika kita tahu cara pembinaannya, tentu kita tak terkinja2 nak bawak masuk karakter slasher ke dlam real-life kita. Kita akan meninggalkannya selepas selesai tonton. Tapi, bagaimana dengan orang yang tidak tahu cara membina kereta dan mula menganggap kereta itu adalah satu benda yang ajaib dan terlalu bernilai? Khususnya bebudak kecik. Diorang anggap karakter2 cm2 wujud di dalam real life. Bagaimana pandangan anda??

Fikirkan akibat jika filem slasher ini dibawa ke malaysia:
1) Dara akan menjadi satu ikon yang cukup popular. Ya, sebab yang paling utama, karakter ini bertutur dalam bahasa Melayu. Tidak seperti Jason dan jugak Freddy Kruger. Kalau budak2 tgk watak Freddy, hanya yang paham English jer yang akan paham. Setidak-tidaknya, ketidakfahaman ini yang menyekat anasir2 negatif dari sampai. Hanya aksi tanpa dialog yang difahami, tidak kisah.

2) Budak2 ni bukan tau ape. Diorang ingat main tetak2, kerat2 sume tu macam makan epal ke? Kang tak pasal2 parang, gergaji, pemotong rumput n mesin padi dijadikan bahan nak buat stik daging manusia. Sudahlah skarang ni sibuk dengan buang anak sana sini dan anak buang mak bapak, nanti2 sibuk ngan buang badan orang yang bersepah.

Namun, ada jugak positif filem sebegini, antaranya:
1) Penonton muda harus diberitahu bahawa dunia ni bukan aman. Aman tu just a word. Definisi aman yang betul2 aman bukan dapat dicari dengan mudah. Pergi duduk bawah pokok kelapa, aman kan? Sekejap je amanye. Kalau kelapa jatuh atas kepala, masihkah ia dikira aman? Didik anak2 supaya berhati2 bila berjalan di luar rumah kerana manusia seperti Dara dan jugak karakter dalam Histeria mungkin ada di mana2. Elok kat luar, otak macam bengong.

2) Dengan ada filem macam ni, leh wat kita mempersoalkan manusia di sekeliling. Minda manusia memang tak dapat dijangka. Kadangkala buah yang elok pun ada ulat. Filem sebegini boleh ajak masyarakat supaya sedar bahawa manusia adalah bervariasi dari aspek minda. Berhati2 dengan siapa saja.

Kesimpulannya, genre ni ada pro and cont. Terpulang pada peminat nak nengok atau tak. Industri filem ni dah macam2 ada kalau kita selongkar. Tu belum masuk ke underground punya video porno yang makin berani sana sini. Luckily tapisan masih ada di pihak kerajaan. Namun, apa leyh wat, torrent dan segala fail dimuat turun dari internet. Papepon, bila dunia dah makin moden dan luas, perkara negatif akan lebih mudah menyerap dari yang positif. Hati2 dan fikir2kan. Produser, fikirkan pro and cont jugak k untuk wat duit. Sejauh mana filem di banned pon, tetap leh lepas sebab teknologi dah kembang jauh dan moden.



No comments: