Friday, May 28, 2010

Croc Itu Hanya Kasut Buaya!

Semenjak dua menjak ni, kecoh (entah lah.. atau aku saja yang perasan kecoh!) tentang benda yang bernama Croc! Bukan buaya Sungai Rejang. Tapi, kasut Croc!. Aku tak pernah pakai, tapi minggu lepas baru beli sepasang. Dah mula pakai dan wah, sedapnya. Cukup selesa dan sesuai kemana saja. Malangnya, disebabkan Croc tu tak original, makanya tali pengikat untuk kejapkan pegangan kaki kat kasut tu dah putus. Maka, hilanglah kenikmatan pakai croc!.

Isu Croc yang paling laris sekarang adalah isu lambang Croc yang dikatakan mempunyai lambang Allah. Alif Lam Lam Ha dikatakan wujud dalam entiti buaya yang menjadi lambang kepada kompani ni yang diasaskan oleh George B. Boedecker, Jr. Idea Boedecker cukup kreatif kerana kasut Croc sebenarnya dimulakan sebagai kasut spa! Model kasut Croc yang pertama muncul pada tahun 2002, dan ia kini laris dan menjadi sangat popular!

Ya!

Popular...

Manakan tidaknya, semua boleh. Kejap boleh jadi selipar, kejap boleh jadi kasut. Kasut yang tahan koyak yang dibuat dari getah! Memang idea kreatif. Dan kalau nak lebih lanjut, baca Wiki. Sebenarnya kalau korang nak tau, memang ada gerakan anti Croc! Tapi bukanlah kerana entiti buaya itu. Hal entiti buaya itu hanya bendasing kecil sahaja yang tidak jejaskan apa apa pun. Ada satu blog membenci Croc atas sebab perubahan budaya memakai kasut. Yela, orang yang wat kasut kulit, sukan dan macam kaler lagi... sah2 la rugi sebab trend Croc yang cukup hebat.
Isu ini amat berat (bagi aku yang rendah agama). Tapi, aku masih ada agama (Islam agamaku!). Disebabkan benda ni sampai terlalu besar sangat dibincang dalam Facebook, aku rasa aku patut berikan pendapat aku tentang hal ini.

Memetik kata-kata seorang ustaz yang telah dipostkan oleh bromin90 menyatakan bahawa sekiranya kita nak boikot kasut Croc, meh kita sama-sama bantu padamkan huruf T daalam mana-mana saja tulisan di dunia. Ya, bukan 'T' tapi "t". Kenapa, ya.. walaupun 't' ada ekor di bawah, kalau korang tutup ekor 't' dengan jari, makanya 't' akan jadi Salib!. hah, pendapat korang? So, jika anda memakai baju yang ada lambang 't", adakah anda menjaja agama Kristian walaupun anda bukan beragama itu?

Ok, fine. Mungkin anda semua tak berapa nak setuju dengan contoh aku di atas, tapi cuba renungkan kembali tentang logo Croc. Diinspirasi dari buaya tersenyum yang mengambarkan keselesaan walaupun nampak menyakitkan mata, jika dilihat dari pandangan kasar, tiada apa2. Hanya ada buaya sebagai logo.

Persoalannya di sini, kenapa manusia terlalu 'gedik' memutar logo itu sehingga terbalik?

Persoalan lagi, kenapa manusia 'gedik' pergi menambah alif yang tidak wujud pada buaya itu?

Persoalan demi persoalan lagi, kenapa 'gedik' sangat menjadikan apa apa yang nampak seperti alif lam lam ha itu adalah Allah?

Maaf, aku tidak menidakkan keajaiban dan kekuasaan Allah s.w.t. tetapi, apabila timbul isu ini... aku rasa kita sendiri yang tidak mahu menerima bahawa kita makin mundur ke belakang dan cuba menjatuhkan orang lain. Ya, pencipta Croc itu kafir, tapi adakah dia cipta kasut yang buatkan kita tak sembahyang? Atau dia mencipta kasut yang boleh buat orang tidak mengucap syahadah?

Sebelum ni, kecoh. Facebook itu adalah Yahudi! Ya, boikot Yahudi. Ternyata, mana2 sudah ada Facebook.

Itu gambar buaya. Tiada sikit pun mirip kalimah Allah. Sape suruh 'gatal' pergi lukis Alif Lam Lam Ha guna perisian Paint kat atas logo tu! Anda perlu ingat, logo itu dilukis di atas getah, makanya akan terjadi pengecutan logo sebab acuan Croc yang dicop di atas kacut.

Manusia hanya nampak apa yang kita mahu lihat! Ingat, pernah tak anda pandang langit, anda nampak bintang yang cukup banyak. Ya, masyaallah. Itu kuasa tuhan. Zaman Greek dulu, menemukan zodiak sebagai petunjuk pelayaran. Kita, umat Islam pula mencari kalimah Allah di langit. Ya, kita akan jumpainya, jika kita tahu mencantum bintang2 seperti kita mencantum ttik-titik di atas kertas.

Kita juga kecoh dengan pokok tunduk. Sekali pokok nampak rukuk, terus fobia taksub. Hello, semua itu Quran sudah jelaskan. Ianya normal. Percaya Quran, makanya pokok itu akan jadi lumrah alam yang biasa yang telah diciptakan tuhan. Dalam tomato ada kalimah Allah pula, dan bagai2 lagi... sekali lagi, percaya Quran, makanya benda itu hanya biasa. Ini sampai nak simpan2 dan kecoh satu Malaya! Apa nak kecoh, anda sembahyang lagi baik dari asyik pandang kalimah Allah pada tomato dan bende2 lain tu.

Kesimpulan, sekali lagi aku katakan bahawa'kita akan nampak apa yang kita mahu kita nampak'.Aku jelaskan di sini, jika anda nampak wajah Siti Nurhaliza, anda tenung-tenung dua tiga kali, tetiba muncul muka sedara korang. Pastu, korang kata 'ha, muka Siti macam muka adik aku la. bla bla bla'. Padahal, gambar itu adalh gambar Siti, bukan adik korang! Itulah kes yang terjadi dalam kes Croc nih. Manusia yang telah melakar kalimah Allah itu di kasut Croc itu nampak kalimah Allah yang orang lain tak nampak.

Tetapi, boleh disangsikan bahawa ianya hanyalah satu rutin untuk kecohkan FB, kerana dahulu pun Coca Cola pun mengalami isu yang sama dan sekarang pun masih orang minum coca-cola! Akhir sekali, ingatlah sejauh mana kafir hendak menghina kita, apa yang penting di dalam hati! bukan yang ada di lambang buaya tu! Jika anda anggap itu hanya buaya, itu hanya buayalah jadinya. Perlukah boikot sampai nak bakar kasut yang anda beli?Terpulang pada anda untuk menilai. Kalau anda boikot Croc pun, lima waktu tak cukup... apa gunanya!

Tetapi pada aku, lambang itu hanyalah buaya. Tidak lebih dari itu!

P/S: dari pandangan diriku yang kerdil disisiNya

30 comments:

MissXYZ said...

ada logik di situ... aku setuju...
byk lagi isu yg lebih penting perlu diambil berat. isu murtad. isu judi & mcm2 lagi....

Nurul_HaWa♥ said...

sy sokong pendapat anda...
terluah ape yg sy nk ckp..heheh

amirah said...

mula2 aku pon susah gak nak terima pasal logo croc ni, yela sebab aku xnmpk kalimah Allah di situ. tapi bila dh kecoh2 pasal ni, rasa mcm perlu boikot w/pon aku xpkai crocs.
betul gak apa yg hg kata, yg pntg iman kita sndiri mcm mn?

Syafiq Kadiran said...

betol2 ape yg dikatakan tu...orang kalo mende2 yg kecik molek ni, senang je dia nampak...yang mmg besar2 depan mate xnmpk lak...1st klua isu ni, aku mmg tak amik taw pon...nampk sgt orang pendek akal...

uncle said...

uncle rasa entry ni perlu dihebahkan kepada semua. tak pasal2 benda kecik nak diperbesarkan apa daaa..

c.i said...

salam..

isu lambang ni pada saya mmg nmpk kecil tapi bagus gak ada yg bangkitkan..sekurang2nya nampak gak sensitiviti kita sebagai umat Islam..kalau kita tak sensitif siapa lagi?at least isu ni bangkitkan kesatuan ummah dari satu segi (yg ni yg pro saya nmpk) yg kontranya pada diri masing2 menilai..

fanadz said...

hai org perlis..saya pon suka crocs..tak fikir ape2 pun masa pakai..lagi pulak, org ckp, logo pada kasut tak ori yg nampak jelas macam kalimah alif lam lam ha. kalau yg ori, mult buaya tu tertutup sikit..so, takla nmpk sgt..tak pelah..tak perlu fikir ape2..buat yg dah beli kasut crocs tu, pakai jelah. :)

p/s:saya pon org perlis..:D

mimi said...

singgah pagi jua disini org perlis...nice blog...

nuriz said...

sy setuju dgn entri ni..sbb saya tak nampak pun kalimah suci di buaya tu. lainlah kalau obvious sgt.

meowwmania said...

kasut buaya xper..

jgn perangai mcm buaya ekk huhuu~

bekok said...

saudara, kamu ni taukey kedai crocs ke. Isu ni sensitif jangan nak pandai pandai cakap kalau tak tahu.

ShazlinaSaad said...

sy pon pakai kasut croc..tp yg tak ori punye..hehe..tah paper..rajin pulak dornag tu terbalikkan logo boya tu..huuhu

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

bekok: itu hanya pandangan saya... anda ada hak untuk bersuara.. pada saya, ianya tiada apa2.. apa yg saya tulis ini berdasarkan pandangan dan pemikiran sy...

shazlina saad: stuju.. kerajinan yang membuatkan isu ini menjadi besar. Padahal, ianya bukan satu isu. Malah, jika ianya nak dijadikan isu pun tak layak.

ain fathihah said...

salam. disebabkan isu crocs ni, saya gagahkan jugak pergi cari kedai crocs ori berhampiran utk tengok seniri..

belek punya belek, memang payah nak nampak. jadi saya rasa pada logo buaya tu memang takda apa2 pun sebenarnya..

orang islam malaysia ni, lebih kecohkan benda2 yg tak penting pun sebenarnya...

isu sejadah berdiri la,
telekung berdiri la,
telinga budak ada Alif Lam Lam Ha,

pada saya, benda2 ni semua remeh saja

banyak lagi yg perlu dirisaukan..

remaja islam kita sekarang ramai taktahu solat, ramai selamba minum arak, gadis islam kita terberanak merata-rata...

kenapa perlu kecohkan benda kecil sedangkan kita ada masalah yg lebih besar yg perlu diambil perhatian?

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

ain fatihah: stuju!

faris_jayz said...

Setuju sgt dgn entry ni...dh pg kedai crocs ritu...sje nk usha lmbang crocs...xnmpk lgsg pon~ he..
pusing2 pon xnmpk gak cam kalimah Allah...mmg trok btol la makhluk yg memandai pg lukis kalimah Allah kt lmbg crocs tu...

kesian kt org yg dh bli kasut crocs...xpsl2 nk kne pg buang dlm longkang la, bakar la...

~peace~ =)

afzan said...

ai..btul aku skng sngt2 pndpt kt ats..yg g gtal tlis alif mmng r nmpk cm2 pdhl tu mlt dia...bengong pnye budak...bnda ckit cmni da nk kcoh2..jgn cpt sngt mlatah nye...tahnih kpda pmlk blog ni ktrngn yg ckp trng..

Anonymous said...

bagus sgt2..x sgke de lg org cm anda sume yg bfkirn bgini..x kolot cm dorg2 kat fb yg duk sbuk mgtuk crocs..pkla baek2..xkn pncpta crocs nk hsilkn prduk yg boley mrugikn diri mrke sndri kn??..btol x??..ish3..entry ini patut dsbrkn..biar celik cket mata mreke..trime kasey..(^__^)

Jaja Shah-Mohen said...

sangat agree. Jaja ingat time orang boikot facabook because kata from Yahudi. alih2 post gak bendealah pasal crocs tu kat fb.

good post!

Diba Chan said...

stuju!
sy pn pakai je crocs.
ape yg penting, hati kita

Purpleroses said...

Ha..menarik pasal kasut Crocs tu. bile kuar je kat FB, mmg terkejutla..tp purpleroses xla amik port sgt sbb bukan skali bende gini blaku., sume tu saje nak kontroversikan bende. camnela boleh di tambah alif, pusing tebalik pulak.. Bile jiran sblh umah ckp psl tu, purpleroses ckpla..xyah caye, saje je tu..cam dulu kes tiang masjid kat sejadah, bila dilipat ade tanda salib..macam2!

Fbi Indonesia said...

I am NOT agree..!!!

Croc must change their LOGO or we will NOT buy it... we will buy OTHERS...out there... a lot of sandals, more cheap & good quality.

croc is NOTHING....!!!

Not ONLY Heart but our act must be, represent as a muslim.

Fbi Indonesia said...

It's better if we use OUR OWN PRODUCTs & try to BOYCOTT ALL israel products..!!!

JOIN at here :
http://www.facebook.com/pages/BOYCOTT-Facebook-profile-who-HUMILIATE-Islam/101478309902423?ref=ts#!/pages/Boycott-Israel-Consumer-Products/102121396506506

Boycott Israel Consumer Products said...

Boycott Israel Consumer Products

Boycott Israel Consumer Products - CLICK Here..!!! said...

Remember GAZA...GAZA.. & GAZA ..!!!

cHiN said...

lama aku tenung lambang tu. kenapa aku tak nampak apa2? yahudi ke yg dah kabur kan mata aku? mesti lah tak kan? kadang2 kita terlalu takut dengan musuh. taksub dengan org lain yg nak jatuhkan kita. sampai kita lupa pandang siapa kita.

kadang2 taksub sangat. sampai jadi kurafat pun ada. waAllahualam. aku tak arif. tak layak bg aku comment byk2.


tepuk dada, tanya iman. kalau rasa ragu2. buanglah. takde sape paksa kau pakai crocs. btol?

boycott brg israel katanya. tapi sembahyang tak jaga. rokok isap hari2 berkaton juga. boycott apa tu?

just my 2cents.

aku dan kehidupan said...

sy sokong jerk...kitorg 1 family pakai crocs sbb selesa...lgpn x nampak pn mn lambang yg dikatakan,..org zaman skrg mmg suka wat spekulasi sendiri pas 2 hebah sana sini x tentu pasal...klo benda betul2 nampak x pe..ni samar2..silap2 blh jd fitnah n fitnah 2 kan 1 dosa..ermm..

md_fit said...

Salam Saudara,
Mmg jika dilihat dari segi fizikal, ianya adalah lambang Buaya sedang tersenyum. Akan tetapi perkara-perkara lain yang anda perlu lihat adalah :-

1. Siapakah pencipta jenama tersebut?
2. Kenapa tangan buaya tersebut diasingkan dan menjadi seolah2 ayat "Sabdu"?
3. Tahukah anda bahawa org2 Yahudi sememangnya mereka cipta sesuatu benda yg boleh menghina agama (dibuat secara direct @ indirect) dan memesongkan diri kita dari ajaran agama kita sendiri?
4. Bukankah skrg dah byk brand lain yang sama rekabentuknya seperti CROCS dan juga SELESA?
5. Tahukah anda setiap sen yg anda laburkan kedlm syarikat Amerika merupakan peluru2 bedilan Israel keatas saudara2 kita di Palestin?
6. Tahukah anda bahawa apabila anda telah mengetahui sesuatu perkara yg salah/was2 anda wajib/harus meninggalkannya?
Saya akui di Malaysia mmg ramai Ustaz, tapi benarkah Ustaz2 itu betul2 mengetahui mengenai agenda tersorok org2 kafir ini?? contoh : diradio IKIM selalu menyebut Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh, mana dtg pulak "Taala" tuh???
Maafkan saya jika dapati ayat ini terlalu kasar, cuma saya amat sedih kerana ramai masih menegakkan benang yg terang2an basahnya. Nabi SAW sendri hanya memakai capal nipis, kita pulak beriya-iya nak pakai yg selesa. Wallahualam.

Bersederhanalah said...

assalamualaikum... benang yang basah ek.. Panjang betol komen yang diberikan oleh saudara kita kat atas nih.. terlalu taksub dengan agama.. kan lebih elok kalau kite nih bersederhana sahaja.. tak perlu exstreme sgt.. nanti ade pulak yang terpesong dari jalan yang lurus... bukan nak ckp yg aku ni perfect.. tp cukup sekadar berkongsi pendapat.. aku bersetuju dengan pendapat penulis blog nih... yang dok gedik menggatal pegi terbalikkan plak logo tuh... siap lukis kalimah ALLAH subahanahu wataala... siapa suruh? kot ye pun dengki sebab orang dah tak nak beli kasut bata ke pallas jazz ke, polo kew,jgn lah buat spekulasi murahan macam nih... satu lagi yg bab bagi salam tuh.."Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh" telinga ko sakit sangat ke dgr kalimah taala tuh?... faham tak maksud kalimah tuh? org bg salam penuh salah... kang bg salam pendek.. "lam" ko nak kew? tulisan skrg asyik menggunakan kalimah allah s.w.t. sehingga ada yang lupa akan maksud s.w.t itu... subahanahu wataala... sehingga ada yang konpius.. lepas tuh bile dah konpius menyusahkan orang... dok tunjuk dier hebat sgt... entah2 mandi junub pun x betul lagi... klu betul saudara nak contohi nabi sallallahu alaiwasalam.. jual kereta saudara.. sila beli unta dan tunggang.. moga2 ianya lebih selesa buat saudara kini.. salam.. selamat beramal..

~^NAIMA MORA AHMAD^~ said...

Ish2..kesian..sdr ke tidak krn perkara ini kita telah bertelagah sesama umat?? Yg memberi pandangan diherdik.yg mendengar tidak tahu menilai.. Bila ilmu tiada,inilah jadinya.. Sedar ataupun tidak,inilah sebenarnya agenda kafir supaya kita bertelagah dlm pendapat..akhirnya berpecah belah.siapa yg untong?? Mrk jgk bkn? Islam bukanlah agama yg perlu dimartabatkan dgn akal fikiran manusia,ttp dengan berpandukan al-Quran & Sunnah..kn0wledge is p0wer!