Monday, May 10, 2010

Bukan Yang Pertama: Kritikan Seorang Amatur




Novel review, aduh, lama x wat ekh. Okeh, tradisi aku mula kembali. kali ni dengan novel yg direkod dalam Cikguman's House Record, iaitu The Thickest Novel I Had Read, Salina Ibrahim's Bukan Yang Pertama. Jom, review seorang amatur dimulakan...

Karya Salina Ibrahim yang pernah disiarkan dalam ruangan Bicara Agama di akhbar Utusan Malaysia sekitar 1 January 2007 hingga 26 Disember 2007 ini akhirnya aku baca 2 tahun selepas tu. Karya yang tebal, disertakan dengan cover yang cukup menarik dan cantik, membuatkan aku teringin merasakan satu impak karya Malaysia yang penuh nilai moral dan adab budaya Islam dalam novel ini. Ternyata, karya penulis berijazah Sarjana Muda Syariah dengan Pengkhususan Undang-undang dari Akademi Pengajian Islam di Universiti Malaya ini tidak mengecewakan. Namun, dalam usaha menghabiskan buku setebal hampir 800 mukasurat ni, ia mengambil masa hampir satu tahun sebab aku mengambil literature, dan ada banyak novel perlu dikaji dan diselidiki.

Yasmin Zulaika Basri, itulah nama yang diciptakan penulis dalam BYP. Dia, seorang wanita tabah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah tidak bernasib baik seperti yang lain. Tinggi pada pendidikan, tapi dunia tidak menerima seadanya dia. Atas ketekunan, dia menyertai projek homestay. Projek itu akhirnya menemukan dia dengan Jason, seorang warga asing yang menjadi anak angkat. Jason yang minat terhadap islam umpana benih yang perlu Yasmin Zulaika semai. Pada masa yang sama, karakter utama ini juga terperangkap dalam kisah cinta dan lingkaran kehidupan yang sentiasa membelenggu.


Yasmin Zulaikha digambarkan seorang yang suka bekerja, gigih berusaha dan memang penuh adap. Dia juga seorang yang penyabar dan sentiasa menjaga kepentingan keluarga. Anis dijaga seperti adiknya walaupun dia bukan adik kandung. Jason juga, di bawah didikannya, memilih Islam sebagai jalan hidup.

Dalam baca2 buku ni, ada banyak pengalaman dan pendidikan yang aku dapat. Seronok dan memang berilmu. Memang kalau aku baca buku pendidikan, sah2 mengantuk. Tapi, baca novel yang berselang seli diselit dengan ilmu, at least buat aku terbuai dengan kisah dan pengajaran yang tersirat. Memang ini kali pertama membaca sebuah karya Malaysia yang cukup berpengajaran sebegini. Entahla, ada lagi yang tak dijumpai aku, tapi ini memang satu batu loncatan buat aku terus mengikuti novel novelis ni dan jugak mencari novel lain yang selari dengan genre sebegini.

Tema yang cukup mudah. Diangkat dari isu pengangguran graduan u di Malaysia, BYP memberikan satu pengajaran bahawa pendidikan bukan satu2nya jalan memilih kerjaya. Kadangkala, kita ditakdirkan untuk menjadi apa yang tuhan mahu daripada apa yang kita mahu. Itu yang terjadi pada Yasmin Zulaika. Belajar tinggi2, last join homestay dan bukak produk Warisan Desa dengan Hasniah. Memang tak dinafikan, memang banyak orang cakap, masuk u kena kerja tinggi2. Itu mulut orang. Pada aku, bagi yang tak berjaya, jadi diri sndri sebab tuhan dah tentukan apa yang kita nak jadi pada masa hadapan. Jangan risau, lakaran hidup kita sudah tertulis, kita je yang tak tau.

Sampingan daripada tu, BYP menyelongkar konflik dalaman seorang wanita. Yasmin yang terlalu obes dengan kerjaya sehinggakan dia sendiri ditegur suaminya memberi pengajaran bahaw dalam pekerjaan, blajar la percayakan orang. Seharusnya mungkin orang lain tak dapat buat setanding dengan kita, tapi kita kena sedar yang kita bukan octopus. Wah, apekah? Octopus kan banyak tangan. Hehe..

papepon, story cite ni memang best. Ada 47 bab. Pada aku, bab bab awal nampak biasa. Aku pun masih tercari2 apa kekuatan novel ni. Aku sendiri pun jadi macam kura, satu bab rehat, satu bab rehat dan seterusnya. Namun, bab yang paling membuatkan aku terlekat apabila watak adik Yasmin dimatikan. Aku memang terkejut karakter tu jadi macam tu. Memang bila sampai saat tu, memang satu hari habis baca bab Lan tu je. Tu antara kekuatan BYP yang aku lihat terkesan pada diri aku. Lepas dari tu, barulah konflik lain muncul. Makanya, tengah2 hingga akhir menjadi satu bab yang tegang. Buku yang tebal, sekejap je habis aku baca.

Kekuatan cite ni ada jugak pada Pak Isa. Aku memang gegiler anti-Pak Isa. Jom2 mari kita boikot Pak Isa meh meh! haha.. Geram tol. tapi, memang Pak Isa ni simbol orang kampung yang tak suka tengok kejayaan orang lain. Geram giler. Aaargh! (jap2.. tarik nafaas, hembusss)

Memang best r cite ni. Memang salute to Puan Salina kerana berjaya memberi impak yang besar. Papepon, kalau ditakdirkan si penulis novel membaca kritikan ni, harap diperjelaskan bahawa ini hanyalah kritikan seorang pembaca amatur yang hanya menilai sesebuah novel berdasarkan minat, ilmu yang sikit dan jugak pandangan diri sendiri. Sekarang ni, on da way baca next novel, Setenang Cahaya Hati, makanya dijumpai karakter bernama Aida Nurani, siapa dia?, habis baca nnt aku review keyh.. chow.

Ni page last Tu la penulisnye kalau korang tak kenal. Wah, memang novel ni berbaloi ar dengan harga RM34. Full color kulit depan blakang, siap dengan penanda buku lagi. Tapi, sayang mau carik, buku mahal. Hehe..Owh, satu g. Tumbesaran disediakan. Sila klik gambar untuk besarkan gambar. Aku scan sendiri. hehe.. Printer 3 in 1 baru beli.. hehe.. memudahkan lagi keje mengupdate blog.

1 comment:

DjManje said...

salam..
manje pn ade Novel keluaran PTS nie...
manje beli masa expo buku kt pwtc ..
cite dia mmg sedih..
sedih tentang kehilangan...
mengesahakan ketabahan seorang gadis