Sunday, May 2, 2010

Apa Perlu Aku Buat Selepas Tiba Di Rumah?

Perhatian! Aku jugak sudah berada di rumah. Rumah yang jauh nun di utara. Perlis Indera Kayangan, negeri asal aku. Pulang seawal 1 mei 2010. Tatkala orang lain masih lagi memerah otak untuk nak jawab exam paper u, paper major dan jugak paper2 yang mempunyai soalan yang harus dijawab, aku sudah boleh rilek santai di rumah dan melempar senyuman (cewah!) menanti saat2 aku nk kembali ke UPSI pada bulan Julai nanti. Hmm.. balik2 macam biasa. Al-muvi al-hiburan dan segala entertainment yang aku bawak dijadikan bahan layan.Sempat melayan V3: Samseng Jalanan. Tangkap nangis siot. Best. Xnak review sebab aku pon malas nak review. Asyik2 review, asyik2 review.
Hmm.. ape yang aku nk buat selama dua bulan ni ekh? Perlukah aku duduk dan diam. Diam sehinggakan aku tak buat apa?. Hmm.. cmnepun, i need to do something ataupun two month ni akan jadi boring. Idea2 yang ada dalam otak adalah seperti berikut:
1) aku nak kerja sambilan kat THE STORE. Rindu la plak member2 kat sana. Tapi, malas pun ada. Hish, bila dah malas ni, malaikat mana pon tak bleyh tolong nih. Malas dan malas. Tengah kira2, keputusan lom buat. Tapi, kalau aku kerja, aku akan habis masa lapang aku ada ni sebelum aku wat Rancangan Orientasi Sekolah Jun depan. Huh... lagipun, entry blog akan menjadi jarang sekaaligus mengurangkan trafik blog aku yang popular nih (ekhehehe)...

2) merancang untuk menumpukan sepenuh perhatian aku kepada PayPerClick dan blogging. PayPerClick aku mula nampak hasil. Memang sia2 dan rugi gak kalau aku tinggalkan. Lagipun, if aku pilih (1) aku akan jarang untuk blogwalking dan hal ni akan kurangkan aku punye blog trafik.

3) rancang untuk buat akiviti sendiri. Antara xtvt sendiri termasuklah (2), dan jugak xtvt lain seprti lepak di rumah, aktiviti meronda dan melawat2 kawasan parlimen kangar yang semakin rancak membangun. Selain tu, aku jugak akan jadi driver untuk mak aku g pasar dan tolong nenek aku g sana sini. Yang ni pun perlu gak. Sebab, kalau aku lakukan (1) aku tak dapat buat sume ni. Tapi kalau aku pilih (2) sempat gak.

4) muvi month marathon. Merancang menghabiskan semua hari2 aku dengan menonton muvi. Risau jugak kalau perut membuncit sebab hanya terlantar di depan tv. Ngeh3.

5) jalan2 g Kedah. Yang ni perlu duit. Muvi pon tengah sedap2 ditayang ni. Antara muuvi best, IronMan 2, giler minat ngan Tony Stark. Huh. Money2.. tapi nak dapat duit, kena lakukan (1). Tapi, kalau buat (2) berbulan2 nnt baru dapat duit.

Huh, macam2 nk buat. Each of it ada pro and contra. Pilih2 nanti la. Tgk nasib dan ketetuan. If ditakdirkan aku malas, makanya (1) out. Hehe.. Makanya, yang lain akan terus aku lakukan. Papepon, selamat bercuti gak wat sume. Layan blog aku slalu.!!

P/S: Rumah aku pon krisis air.. huhu.. susah mau mandi maaa...

2 comments:

ain fathihah said...

hg tak mandi? patot busuk sampai ke Penang

CikGu_MaN said...

ceh!... ke situ lak hg.. haha