Sunday, May 23, 2010

Akademi Fantasia 8: Tinjauan



Sekali lagi, satu musim Akademi Fantasia telah berakhir. Akademi Fantasia 8 yang diketuai Norman Abdul Halim melabuh tirai semalam dengan kemenangan Shahir.

Tinjauan aku:

1) Semakin hari aku nampak AF lebih popular pada lagu, bukan pada penyanyi. Nampaknya kilang akademi ini tidak seperti yang diimpikan kerana lagu lagi popular dari penyanyi. Setiap musim, aku nampak lagu memainkan peranan yang penting dalam mencapai kejuaraan. Persoalan di sini, adakah orang mengundi kerana lagu? Atau adakah undian yang diberikan kerana peserta sendiri?

2) Ada cliche dalam persembahan tiap2 peserta. Peserta nampak cuba menampakkan pelbagai perkara yang boleh menambat hati penonton, pengundi dan juri. Tapi, perlukah sampai ter'over' sampai mengumpan juri dengan 'godaan' yang tak patut?

3) Nampaknya, produksi bijak mengatur strategi lagu dalam musim ini. Semua lagu adalah lagu yang sezaman dengannya. Penuh dengan melodi indah dan lirik yang cukup fantastik dan KRU-style, aku jangka lagu-lagu 5 finalis mampu menjatuhkan lagu-lagu peserta AF musim yang lepas.

4) Penganjuran AF sudah lapuk? Persoalan ini, adakah AF patut dihentikan buat seketika? Mungkin tidak. AF pada aku adalah satu-satunya program realiti ala-ala persekolahan. Matlamatnya nampak untuk mendidik orang-orang baru menjadi penyanyi. Jika bisa sudah tiada, masih boleh diteruskan. AF adalah akademi, jadinya akademi tidak perlu peminat kerana matlamat bukan untuk hiburan semata mata. Tapi, kalau semua dah dididik nak jadi penyanyi, sape nak jadi penonton?

5) Persoalan yang selalu diutarakan, adakah proses dalam akademi selama 3 bulan mampu melahirkan penyanyi yang berbakat. Siti Nurhaliza pun dahulunya tidak dikuarantin untuk menjadi apa yang dia jadi sekarang. Even, bakat Bintang RTM yang menyinar tidak pernah mengalami proses kuarantin untuk belajar. Jadi, persoalan itu anda semua jawab.

6) Musim ni, peserta dibenarkan buat video klip dahulu. Satu idea bisnes yang kreatif dari Astro Management dan KRU Studios. Sudah pasti bakat muda ini akan diserap masuk dalam menyanyikan runut bunyi filem2 terbaru KRU. Namun, bersama KRU aku rasa ok. KRU adalah satu company yang kuat. Tapi kuatkah kumpulan musim ini untuk menandingi Adam, Stacy dan lain-lain?

Apapun, tahniah buat pemenang. Jom aku tunjukkan video muzik juara musim ini., Shahir - Kebahagiaan Dalam Perpisahan. Klip video menarik dan lagu yang cukup sedap. Shahir menang atas tiket lagu atau bakat, anda tentukan sendiri.

Lagu Daus pon best. Kenapa.. layan! Adakah mereka semua akan naik sepertimana pelajar2 AF lepas? Itu, masa akan menentukan!

No comments: