Tuesday, May 25, 2010

10 Posisi Kamasutra Dalam Dunia Blogging!

Kamasutra, dalam bahasa Sanskritnya कामसूत्र (juga dieja Kamasutram) sepertimana korang tau, adalah Indian Hidu text yang byk berkisar tentang cinta dan tingkah laku seks yang ditulis Mallanaga Vatsyayana. Sape tak tau angkat tangan?! Menurut wiki, 'kama' bermaksud keinginan, hasrat, cinta atau nafsu, manakala 'sutra' pula bermaksud benang atau rangkaian. Teks Kamasutra ini adalah sebahagiannya membincangkan mengenai kelakuan seks manusia.

Ok, kalau korang nak tau tentang Kamasutra malam pertama itu, hah di sinilah tempatnya korang takkan menjumpai apa yang korang nak. Aku sebenarnya nak cite teknik aku yang telah aku cuba beberapa minggu lepas. Kira aku namakan ia sebagai kamasutra dalam berbloglah!

Anda masih ingat entry ini???

Jika anda ingat, ya aku buat entry ini untuk mencuba sama ada blog aku ini kuat di dalam Google search. Setelah beberapa experimentasi, makanya sudah tiba masa untuk aku tunjukkan kejayaan teknik kamasutra aku ini kepada umum. (ceeewah, macam cerita polis suruh pompuan bogel yang dulu kecoh la plak!)

Bagi new comer dalam bidang blogging (yang baru berkahwin dengan blog anda), anda harus tahu beberapa perkara yang orang suka dalam berblog. Baru blog anda akan dilawati dan punya peminat tersendiri. Oleh itu, cuba tips kamasutra aku ini.

1) tentukan niat anda, mahu berblog kerana duit? atau minat...


Ini adalah perkara yang penting sebelum anda berblog. Ada orang hanya main 'copy-paste' berita dari news online. Apa yang kita dapat, hanyalah entry 'copy-paste' yang tidak menggambarkan diri blogger. Oleh itu, jika anda berblog kerana duit, entry 'copy-paste' adalah terbaik sebab orang yang berniat hanya untuk gunakan blog untuk cari duit, kebanyakannya (bukan semua!) malas untuk update blog diorang. Blogwalking lebih, update jarang (tak semua k)! Orang yang minat berblog sntiasa pilih info dan perkara hidupnya yang terbaik dan diterjemah dalam penulisannya yang tersendiri. Jadi, tanya diri, anda berblog untuk duit, atau kerana minat?

2) pentingkan apa yang anda mahu tulis, sebelum anda tulis apa yang orang mahu...

Penulisan blog ada macam2. Ada yang suka tulis life story, ada yang cerita macam diari, ada yang informatif, ada blog mendownload dan macam-macam. Namun, apa yang anda tulis tu biarlah bertapak dari hati. Jangan terlalu menulis tanpa arah tuju. Menulis perlu datang dari inspirasi, baru karya entry itu akan cantik dan telus, jujur dan disukai. Penulisan yang bagus akan buat orang baca entry dua tiga kali malah berjuta kali. Hasilnya, barulah orang akan komen dan selalu melawat blog anda.

3) kreativiti adalah hak anda, tapi kadangkala ambil kisah pendapat orang...

Entry dibina dan digubah mengikut anda punya kreativiti. Anda nak cite penari bogel dirogol kah, atau adegan ustazah buat seks di asrama kah, dan apekah apekah yang lain, itu adalah hak anda. Kreativiti anda akan menentukan sama ada entry anda itu boring atau tidak. Entry yang boring akan mendapat komen yang kurang (tapi kurang komen tak semestinya bermaksud entry anda boring!... mungkin blog anda lom diketahui ramai). Oleh itu, sntiasa alert dengan minat dan pendapat orang lain ttg blog anda.

4) alert dengan komen, jangan dibiarkan saja macam sayur dalam peti ais...

Sayur, tau? Kalau rasa nak masak baru keluarkan. Sentiasa tenung dan rujuk komen. Abaikan komen mengarut yang tulis "saya dah follow awak, follow me back!". Jawab soalan mahupun komen2 yang boleh buatkan entry anda hangat dibincang. Semakin hangat perbincangan dalam komen, itu tandanya entry anda adalah entry yang 'laris di pasaran'.

5) falsafah 'i follow u, u follow me', itu bukan blogger sejati!


Suara ni, yang macam iklan DG tu jangan ikut! Itu bukan blogger sejati!. Sebagai blogger, anda follow seseorang kerana anda berminat untuk membaca entry blogger tu. Follower bukan penting dalam berblog, tapi follower boleh buat anda rasa dihormati dan disanjungi. Follower ni macam lencana Usaha, Maju, dan Jaya dalam Pengakap. Kalau anda meminta minta mintak jadi follower blog anda, mana pergi kepentingan dalam menjadi follower? Puh leeeezzzzzz (panjang sket, kalah Fawez), follow jika anda berminat. Kalau tak ada follower, tak rosak pun blog tu!

6) entry biar panas, tapi jangan sampai hangus...

Untuk jana trafik yang banyak, fikirkan entry yang berkaitan dengan isu semasa. Biarkan blog anda panas dengan isu-isu terkni. Tapi, kalau yang suke menulis tentang agama, janganlah sampai menghina Nabi, dan agama-agama lain. Kalau yang suke menulis tentang politik, jaga2 jangan sampai polis datang rumah. Bagi yang menyediakan blog mendownload, jangan upload video lucah, BDSM, hentai, seks & anal dan seangkatan. Entry sebegini memang panas, tapi memang akan membuatkan anda tak dapat kawal api yang marak. Ingat, tak ada bomba dalam dunia blogging!

7) blogwalking, tanda tali silaturrahim dan hormat menghormati...

Blog walking! Tiada definisi yang mantap dapat diberikan. Merriam Webster Online Dictionary pon menerjemahkan 'blog' sebagai "a website that contains an online personal journall with reflections, comments and often hyperlinks provided by the writer". 'Walking' pula didefinisi sebgai "the action of walk". Senang cite, kira jalan2 lawat blog orang. Jangan tau tulis saja. Anda harus melawat blog orang lain, sebagai tanda hormat. Balasannya nanti, mereka akan datang dan melawat anda. Dari sinilah akan terhasil follower sejati. Bukannya paksa2 suruh follow. Anda akan kenal banyak blogger seangkatan. Mungkin akan ketemu jodoh, insyaalah. Kalau ada. Mungkin akan ketemu the next yuna ataupun siapa saja.

8) jangan sombong dan angkuh dalam berblog, kita bukan adik Mawi atau Shahir!

Penulisan harus berada di tahap sederhana. Anda perlu tahu bahawa blog bukan satu rujukan yang baik. Jadi, dalam menulis blog, jangan cakap pandai jika anda tak tahu tentang sesuatu perkara. Jika anda tersilap cakap, ambil endah dan betulkan kesilapan. Jika ada orang membetulkan kesilapan dan memberitahu masalah, itu tandanya mereka alert dengan blog kita. Itu tandanya yang blog kita sudah ada 'silent reader'. Silent reader ni, event diorang tak jadi follower, mereka jugak menyumbang trafik untuk blog. Mereka jugak macam majalah Magga dan Mama Juwie yang sntiasa beri gosip2 dunia blog tanpa kita ketahui.

9) nak tayang kisah cinta dalam blog tak pe, jangan terlebih sudah...


Selalunya, blog wanita banyak kaler2 pinky (x semua), dan banyak bercerita ttg diri. Banyak juga diorang cite tentang pakwe/makwe dan kisah cinta. Anda perlu tahu bahawa dalam dunia blog ni, jangan menulis sampai mengaibkan diri. Ingat, entry anda boleh dicari walaupun ia telah di'delete'. Macam kertas buruk dalam tong sampah, korang tak akan jumpa kembali kertas tu, tapi mungkin kertas yang korang beli di kedai nanti, adalah kertas dalam tong sampah korang yang korang buang haritu (dah direcycle!). Hebohkan siapa boyfrend/girlfriend dalam blog tidak diharamkan pun. Takpe, selalunya nilah attraction yang blogger pompuan guna untuk tarik perhatian. Bayangkan kalau korang break-up, tiba2 gambar korang yang korang delete dalam blog dijumpai seseorang yang tak berperikemanusiaan. Gambar pegang2, kiss sana sini, bertemu pipi, dalam pelukan bla bla bla, baik tak payahlah!. Nak letak jugak tak pe. Tapi, jangan terlebeyh sudah!

10) jadikan blog anda mesra google, kalau nak jadi popular...

Sekali lagi aku tegaskan, popular bukan niat untuk berblog. Kita berblog sebab niat, minat dan keghairahan menulis. Oleh itu, kalau dah terasa diri mahu popular, jadikan blog anda mesra google. Tulis dengan ayat yang senang dicari di enjin carian (search engine) google. Jaga-jaga dengan bahasa. Lidah yang ditutur menggunakan jari jemari amat bahaya sebab jari bukan ada bibir untuk dizip. Mesrakan blog anda dengan entry yang mudah dicapai di google, dan pastikan entry anda satu yang istimewa diantara berjuta blog.

Makanya, tulah 10 teknik kamasutra dalam berblog yg aku jumpa setelah bereksperimen selama 2 tahun. Jadi, kalau anda mahu cuba, jangan cari pasangan anda yang sedang buat tak tahu semasa baca entry ni, lepas tu ajak masuk bilik tutup lampu! Teknik ni bukan diaplikasi di ranjang, ni kena diaplikasi dalam blog! Cuba tanya pasangan, tau tak teknik ni?. Mereka tak tahu teknik ini!. Confirm! Bagi blogger baru, harap teknik kamasutra ini menghangatkan lagi malam pertama anda bersama blog tersayang. Dan moga malam2 hangat anda bersama blog anda menjadikan tontonan peminat blog anda. Tak perlu malu untuk bersama blog anda, kerana blog kita adalah apa yang datang dari hati kita!

Sekian!

12 comments:

ain fathihah said...

tajuk takleh blah! haha

amboi quote header...mengata kat sapa tu? aku ka? haha

tulisan ini dari hati, kalau hangpa tak terkesan dengan entry blog ini, aku pon takbleh watpa!

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

ish! xdak masa aku nk mengata.. hg terasa ka.. ahaha

qellissa said...

salam, nice post and tips...thumbs up for u..=)

perondajaketbiru74 said...

pergghhhhh tk bole tahan tgk visual kama sutra tu hehe.......

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

qellisa: thanks!

perondajaketbiru74: sabar.. ehehe

+akufobia+ said...

sep sikit.papp.

bekok said...

salam,
saudara ni nama cikgu tulis merapu meraban, letak gambar tak senonoh nak tarik trafik cara kotor ke, insaflah sikit cikgu, bagi contoh yang baik sikit dekat umum.

ain fathihah said...

erm, man..gambar tu aku pun rasa tak elok letak la weh..

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

atas nasihat dari rakan2... gambar paling dasyat di blog ini sudah dipadamkan... :-)

amir07_johor said...

ptut la ada org kondem.. tapi apapun tenik tu ok jugak kalo nak diamalkan

sEpaSanG keRusI© said...

first tyme bacer post pasal topik intro to blogging yg aku paham n rase cam nk tiru le menda2 dalam ni.. hehehehehe....XD

MaYa MustWany said...

setuju3