Sunday, April 25, 2010

Niyang Rapik: Sekadar Komen Ringan

Introduction

Sementara study2, sempat menonton sebuah filem yang terlintas di fikiran aku untuk nak review. Filem yang bernaratif horror yang dibina daripada sebuah kisah layar kaca yang pernah menjadi ikutan. Aku pun pernah mengikut kisah ni, tapi tak la selalu. Namun, entah tergerak nak komen ttg muvi ni yang dah dua bulan lepas ditayangkan di seluruh Malaysia. Xpe, penting untuk aku jelaskan bahawa ini adalah komen aku tanpa ada apa2 anasir luar yang mempengaruhi proses penulisan review aku ni.

Puaka Niyang Rapik, sebuah siri tv yang pernah disiarkan di kaca TV tak lama dulu. Sebuah drama tv seram yang berjaya membawa rating TV3 yang memberansangkan. Maka, atas dasar itu, Niyang Rapik dibawa ke layar perak dengan harapan mampu membawa aura asal Puaka Niyang Rapik yang menjadi kegilaan. Dibawah arahan Ahmad Idham, Niyang Rapik versi filem memberi impak baru dalam pengarahan. Secara peribadi, Ahmad Idham berjaya lari daripada cliche2 yang dilakukannya dalam mana2 filemnya yang sebelum ini.

Tiada adegan drift yang mula ditonjolkan selepas dia mengarahkan sebuah filem racing, Impak Maksima. Aku ingat lagi, mana2 filem selepas itu mesti ada adegan drift dan rempit walaupun x semua. Ok. Berbalik kepada Niyang Rapik.

First Impression

Niyang Rapik diharap membawa satu plot baru yang lebih fresh. Aku berharap Niyang Rapik menjadi sebuah filem yang mempunyai ending cliché seperti dalam Jangan Pandang Belakang, Jangan Tegur dan Congkak. Asyik2, kena rasuk dan kena santau dan diganggu makhluk halus dan last2, tok bomoh datang dan lawan ngan syaitan dan iblis. Maka, ending pon tamat macam 2 je. Tiada kaitan satu sama lain dan ending yang begitu sukar untuk diterima kerana bomoh tidak diwujudkan sebagai satu karakter yang hidup dan mempunyai kaitan dengan karakter utama.

Xpe, pedulikan itu semua. Pada aku, dalam menghasilkan filem yang bermutu. Ending seharusnya punya impak yang terbaik. Aku tidak mengatakan bahawa ending2 filem Ahmad Idham semuanya ‘malas’,namun, dalam menggarap sesuatu muvi, idea untuk penamat mesti jelas dan mempunyai matlamat serta meninggalkan kesan kepada penonton. Ending yang santai hanya buang tiket. Sebab tu banyak orang jarang tgk cite melayu kat panggung. Secara amnya, filem Ahmad Idham lebih ok berbanding Prof Razak kerana filem Ahmad Idham ada jugak pemikiran berbanding filem Prof Razak yang kosong, serabut dan terlalu rilek. Baik tgk drama tv lagi bagus.

Niyang Rapik: Another Histeria?

Aku membandingkan Niyang Rapik daripada Ahmad Idham dengan filem James Lee, Histeria. Dua filem ini adalah nafas baru dalam industri filem kita. Pada aku, Niyang Rapik satu2nya filem Ahmad Idham dalam genre seram yang punyai kaitan antara karakter2. Dalam filem ni, Tok Salleh adalah orang yang punya peranan untuk membantu pergerakan 4 orang shabat yang berada di Niyang Rapik yang diganggu oleh Tok Neram. Ada gabung jalin antara Pak Salleh dengan 4 orang sahabat dari masa ke masa, sekaligus menunjukkan bahawa dia akan menjadi helper dalam menyelesaikan masalah 4 orang sahabat ni.

Niyang Rapik: Struktur

Kisah simple, digerakkan dalam mood flashback. Namun, pergerakan flashback-masa kini tidak diberitahu secara telus. Penonton secara sendiri mampu menilai yang mana flashback dan yang mana masa kini. Struktur simple dan dilihat menyerupai Long Khong. Namun, kisah ini fresh dan tiada kaitan dengan Long Khong. Tapi, mungkinkah Niyang Rapik diinsipirasikan dari filem Thai tersebut? Nobody knows.

Permulaan cerita nampak mantap. Zack sedang terbaring dirawat seorang bomoh. Lalu perutnya pecah dan terus meninggal dunia. Sekaligus, adegan ini membuatkan penonton ingin mengetahui apa sebenarnya yang terjadi sebelum Zack mati. Struktur cerita dikembangkan sedikit demi sedikit, tanpa ada ruang yang cukup untuk penonton berada dalam zon selesa. Hal ni sebab, setiap masa ke masa, penonton akan dibawa ke depan dan kebelakang untuk mengimbau kembali apa yang terjadi.

Tengah plot, nampak lancar. Twist cerita ok dan tidak dapat diagak. Cukup mencabar untuk menduga ending cerita jika anda menontonnya di pawagam.

Ending a.k.a klimaks yang mana berlaku di satu gaung yang mana tempat Laila mati cukup best. Twist cerita dirungkai kemas dengan dialog2 mantap yang memberikan ruang untuk penonton berfikir apa sebenarnya yang membuatkan Tok Neram busuk hati menyantau 4 orang sahabat ni. Namun, adegan batu nesan yang membawa kepada flashback pembunuhan Laila nampak janggal dan tidak sesuai. Mungkin ada satu medium lain yang boleh dibentuk supaya kisah pembunuhan Laila dapat diketahui penonton.

Jujurnya, Niyang Rapik boleh hidup dengan adanya setting yang lebih moden. Pada aku, tak semestinya kampung yang tidak mempunyai talian eletrik boleh membuatkan mood seram meningkat. Sebab pe, dalam filem ni, semua adegan rumah digambarkan bercahaya. Ya, mungkin itu adalah teknik lightning. Sebab, kalau xde pencahayaan, manakan penonton bleh tengok filem ni. Kan3? Seting moden sket boleh memberikan impak. Santau tidak berlaku hanya dalam masyarakat yang tak de eletrik. Dan tak semestinya, eletrik melambangkan kemodenan. Ia hanya cahaya. Namun, kalau dalam cahaya pun, minda masih gelap, akan wujudlah Niyang Rapik.

Dialog: Pentingkah Ayat Ini?

“Peristiwa niyang rapik menjadi iktibar kepada aku dan sahabat2ku. Ibarat kegembiraan di siang hari, menjadi musibah yang menakutkan di kala senja dan di malam seterusnya. . . . . . . . . . Inilah permainan dunia, kerana tidak mengenal diri, seorang yang mulia menjadi durja . . . . . . . . .

Ok, ayat atas memang fine walaupun aku rasa lebih baik dan menyentap penonton jika adegan kesudahan Tok Neram diceritakan dalam bentuk tulisan. Tak perlu narration berjela sebab penonton bukan mahu sangat dengar sume 2. Baik tulis dan letak jer before kredit muncul. Tapi, xpela. Ni bukan filem aku, yang x bleh blah. Ayat ni…

“Walaubagaimanapun, aku menadah tangan kesyukuran terhadap Allah S.W.T untuk aku meneruskan kehidupan di hari muka”

Perlukah narration berbunga2 ni. Sedangkan tiada aspek agama pun ditonjolkan dalam ni, perlukah ayat2 ketuhanan sebegini disuap kepada penonton? Niyang Rapik filem seram, bukan filem yang perlu dihunus dengan ayat2 agama. Ya, seharusnya benar kita harus “menadah kesyukuran terhadap Allah S.W.T”… tapi, tak relevan ayat2 ni dengan filem yang penuh dengan dialog santai. Aiseyh, ending dah sedap, tiba2 bunga2 lak ayat.

Niyang Rapik Atau Niyang Rafip

Sebelum aku habis membebel, aku tertanya2, kenapakah tulisan jawi di jeti Niyang Rapik tersebut membawa bunyi “Niyang Rafip”? Huruf ‘fa’ telah mengantikan ‘pa’ yang sepatutnya membawa bunyi /p/ dan huruf ‘kaf’ diganti dengan ‘pa’ yang sepatutnya membawa bunyi /k/. Sepatutnya, huruf ‘pa’ diganti dengan ‘kaf’ untuk membentuk kata ‘rafik’. Huruf ‘fa’ boleh dimaafkan sebab masih hampir dengan huruf ‘pa’ dalam jawi. Adeyh, eja jawi biar tol sket. Hehe.. Tapi, kalau Rapik menjadi Rafiq atau Rafik, masih sedap dan sesuai. Tapi, dah jadi Rafip, memang jauh bezala dol. Hati2 ketika menulis jawi.

Final Impression

Secara amnnya, Niyang Rapik filem yang berbeza. Satu kelainan dari Ahmad Idham. Tidak mengecewakan dan sesuai ditonton buat penggemar filem seram. Walaupun Niyang Rapik versi filem tidak mengangkat kisah Puaka Niyang Rapik, ianya masih selari dengan tema asal Niyang Rapik iaitu aktiviti2 khurafat dan tahyul dicampur dengan dendam kesumat yang dilakukan menggunakan ilmu hitam.



No comments: