Thursday, April 29, 2010

Dara


Aku nk review satu filem lagi before aku berangkat balik rumah pada 1 Mei ni. Yeah, hari pekerja tu. Aku gigih gak nk dapatkan filem ni melalui pautan web namun x dapat2 sebab keadaan yang tidak sesuai. Last2, ada sorang member blog aku, Ain Fatihah namanyer, memberikan respon yang dia sudah berjaya mendownload dari pautan sebab dia dah xde exam. Atas kejelesan kerana dia telah menonton dahulu, dan telah membocorkan endingnya yang x seberapa (geram sket kat c2.. ahaha) Malam 28hb, aku ambik muvi ni dari dia. Haha.. kena tengok gak, x bleh2.. aku peminat watak Dara ni gak. Eventhough aku xnk orang macam Dara ni wujud dalam dunia. Baek, balik kepada point of discussion kita. Aku nk review sket ttg filem Rumah Dara ni. Jangan fikir blue2 sebab rumah dara tiada kaitan dengan 'dara' yang lain.

Rumah Dara, atau dikenali dengan title Macabre (title international) dan jugak Darah (title di Singapura) ni adalah sebuah filem Mo Brothers yang telah dibawak pusing satu dunia dan mendapat tmpat kat hati peminat filem genre slasher. Genre slasher ni lebih ganas dari hantu sbb menggambarkan manusia yang dah berperangai macam hantu. Namun, keganasan dalam genre slasher sebenarnya adalah pengembangan pemikiran pemikir filem tentang dunia yang makin ganas. Huh, bayangkan kalau minah cantik macam Dara ni wujud kat Malaysia, huh... akan berkurang jugak manusia gatal2 dan gedik2. Kan3??

Watak Dara dalam filem ni sebenarnya ditonjolkan dari sebuah filem antologi seram thriller bertajuk Takut: Faces of Fear. Dalam filem tersebut, Dara adalah satu dari short-story seram yang ditonjolkan. Kalau x silap, filem ke enam dan last sekali dalam filem. Dalam Takut: Faces of Fear, naratif Dara tenang dan santai namun disulami adegan ganas dan darah yang begitu ganas. Penciptaan setting rumah di mana Dara memerangkap mangsa yang eksklusif dan mewah mewujudkan elemen rileks dan santai kepada penonton even ada babak2 ganas yang budak2 atau orang yang makan nasi lemak basi muntah.

Dalam Dara, watak Dara lakonan Shareefa Danish digambarkan sebagai seorang tukang masak yang masak daging manusia untuk hidangan di restorannya tanpa pengetahuan para pelanggan. Iko (Dendil Subangil) adalah mangsa yang menggerakkan naratif. Senang cite, Dara adalah kisah Iko yang nak lepaskan diri dari jadi daging masakan di restoran Dara. Simple, easy dan ngeri kan? Tapi, kalau dah tengok Dara dalam Takut: Faces of Fear, jangan bandingkan dan anggap bahawa Rumah Dara ni adalah sequal kepada short filem tersebut. Tiada pengembangan plot dalam filem ni. Malah, tiada satu ayat pon yang bersangkut paut dengan short filem yang memperkenalkan Dara di layar perak.

Selepas menyerabaikan paragraph2 ngn kisah Dara yang terpesong tu, meh aku bawak korang ke dalam Rumah Dara. Sebelum 2, bagi sape2 yang berkenan nk tgk cite ni, leh g download kat sini. Sebelum aku review dan komen, jom kita layan trailernya.

Terror Has A Mother - hah! Yea.. kali ni, watak Dara direfresh. Umpama korang refresh laptop atau Mozilla dengan tekan f5. Macam tula yang terjadi. Iko kembali, Dara pun kembali, dan ditambah dengan karakter2 lain yang akan menghidupkan filem selama 1 jam 30 minit ni. Rumah Dara ditambah dengan pelakon Julie Estelle, watak prontagonis yang bangkit melawan Dara. Antagonis kita, Dara dikembangkan dengan kewujudan 3 orang anaknya iaitu Maya, Adam dan Arman. Iko, bukan mangsa berseorangan lagi setelah digabungkan bersama dengan beberapa orang rakan karib. Maka, storyline berubah. Setting jugak berubah. Tiada restoran lagi, malah isu lebih besar disuapkan supaya kisah ini lebih ganas dan mencapai tahap internasional.

Sekumpulan teman2 karib Eko, Astrid, Adjie, Ladya, Jimmy dan Alam, menumpangkan Maya (Imelda Therinne) ke rumahnya dalam hujan. Saat di rumah, ketibaan mereka disambut Dara. Maka, tak ada siapa2 lagi yang mampu menolong mereka saat mereka sudah dilabel sebagai daging yang akan menunggu proses penyembelihan. Huh, makanya satu jam 30 ini akan berkisar tentang struggle diorang ni untuk lepaskan diri dari jadi bahan makanan untuk mengekalkan awet muda. Siapa Dara, dan motifnya akan dibongkar lebih luas dan jelas dalam filem ni.

Shareefa Danish umpama magnet. Yeah, dia adalah Dara yang berjaya menarik jutaan peminat meminati wajahnya yang jelita tanpa menilai karakter yang cukup berbeza dan pelik. Tarikan Shareefa Danish amat kuat sehinggakan leh aku katakan yang Dara adalah satu ikon seram Indo yang akan menjadi kegilaan dan sebutan. Lakonan mantap, ditambah mimik wajah yang cukup membuatkan penonton resah. Gerakan mata yang begitu misteri membuatkan Dara hidup sebagai satu karakter slasher yang boleh menjadi kebanggaan. Iko, lebih menjurus kepada sisi komedi. Walaupun dia bukan prontagonis yang survive, tapi dia adalah ikon yang memulakan kisah Dara. Refresh pun, Iko tetap karakter yang menonjol.

Maya, Adam dan Arman adalah orang2 yang membantu Dara. Mereka adalah anak2 Dara. Maya dintonjolkan seduktif dan sensual namun boleh melebihi batas dengan hanya sebilah pisau. Adam, digambarkan gentlemen namun gagah dan mempunyai kekuatan pemburu. Arman pula pendiam dan hanya melakukan kerja memotong manusia2 di kamar sembelihan. Ketiga2 karakter ini akhirnya melengkapkan Rumah Dara dimana akhirnya sebuah famili bertemu dengan sekumpulan rakan2 yang membawa kepada finale yang cukup menarik.

Naratif Dara pada aku, tidak dapat dijangka. Saat sahabat2 ni lak larikan diri, diwujudkan satu entiti asing yang tak bersangkut paut yang menjadikan perkembangan plot Rumah Dara lebih daripada satu kisah survival. Adegan dibina cantik dan begitu sesuai. Tertarik jugak melihat adegan pertama pembunuhan dalam Rumah Dara yang diringi muzik keroncong. Huh, ngeri diadun dengan muzik santai. Feeling yang pelik tatpi menarik. Cukup kreatif kisah digerakkan, Rumah Dara adalah kisah bagaimana manusia boleh wat apa saja untuk mendapat apa yang dimahukan.

Papepon, bagi yang tak meminati genre slasher sebegini, baik hentikan niat nk tengok. Ini bukan kisah hantu, tetapi kisah manusia yang berprangai hantu. Bagimana seorang manusia sanggup melakukan manusia lain sebegini. Jujurnya, menonton Rumah Dara memberikan harapan suatu hari nanti, akan ada juga lahir karakter2 slasher Nusantara selepas lahirnya karakter superhero dan animasi Nusantara. Satu g, kalau berani, makan nasi lemak sambil tengok filem ni. Best. Ngeh3.

P/S: waiting for a sequel..

3 comments:

ain fathihah said...

yeahh TQ sbb kredit kat aku jugak.

hehe

CikGu_MaN said...

yeah.... xde ko.. xjumpe Dara ni...

BaBy said...

mcm best jer..kena dwnload ni..heheheh.. :)