Sunday, April 11, 2010

Clash Of The Titans: Review


Berkesempatan menonton filem terbaru Louis Letterier, Clash Of The Titans di Berjaya Time Square, pada 10hb April jam 5.10 petang sementara menunggu laptop aku yang tgh meragam. Aku bertolak sekitar jam 2 ptg ke Puduraya dan pulang sekitar jam 10 malam. Letih dol, tapi papepon luckily kerja selesai.

COTT... Mesti gempak punye. First impression aku. Tidak aku nafikan, karya Louis Laterrier akan penuh dengan aksi yang high impact, komedi bersahaja yang ringan namun ada impak seperti mana filem dahulunya Transporter 1 n 2 (bersama Jason Statham) dan juga Unleashed (bersama Jet Li). COTT mungkin karya angin baru pengarah dari France ni. Melihat kejayaan Transporter dan juga Unleashed, aura filem itu kini diperbaharui dengan buah tangan terbarunya, Clash Of The Titans.

Sepertimana yang anda tahu, (atau korang memang x tau)... Clash Of The Titans adalah filem remak dari filem dengan judul yang sama yang diterbitkan sekitar tahun 1981. Clash of The Titans versi 1981 mempunyai jalan cerita yang sama dan penuh dengan persoalan yang sama dengan filem ini. Namun, filem asal arahan Desmon Davis yang pernah hit suatu ketika dulu direfresh kembali dengan versi baru ini.

Berkisar tentang anak tuhan Zeus yang menentang Hades, persoalan dalam Clash Of The Titans amat berat. Besesuaian dengan masa, Clash Of The Titans juga ada satira kiasan kepada manusia yang tidak mempercayai tuhan. Saat filem bermula, persoalan ttg tuhan diutarakan dengan ringan. Namun, dalam aspek fiksyen yang penuh dengan CGI dan aksi, Clash Of The Titans juga menyedarkan kita bahawa bila kita diciptakanNya (tidak kira apa agama sekalipun), seharusnya kita harus menyembah Pencipta kita.

Aspek mekanik filem ini pula aku perhatikan dari beberapa sudut. Pertama, pergerakan cerita. Nampak sederhana dan juga biasa. Cerita bergerak lambat, namun masih berjaya mengekalkan mata penonton untuk tidak berpaling dari skrin. Sedikit demi sedikit, flashback digunakan untuk menarik perhatian. Cantik digarap, adegan pertarungan scorpion nampak digarap tegang, sekaligus menaikkan derap jantung tatkala menonton. Adegan akhir nampak ok. Adegan medussa juga ok, namun elemen komedi lebih mendominasi adegan ini.

Namun, ada satu perkara yang pening jika difikirkan. Meh aku bawak. Kalau anda perhatikan, Zeus tinggal di satu aras yang dia boleh memijak dunia. Ya, nampak tak logik. Tapi, boleh diterima akal. Zeus mencipta manusia. Saat matahari mula gerhana, Perseus memandang ke langit, tapi, perlu ke Zeus mendongak ke atas, sedangkan dia terlalu besar dan bulan sepatutnya hanya ada di depan matanya je.???

Muzik score filem ni buat aku teringat Transformers 2. Muzik yang digarap Ramin Drawaji ada impak kepada visual. Mula2 aku ingatkan Hans Zimmer punya skor. Namun, best2.. kena cari muzik skor ni. Berbaloi. Papepon, Clash Of The Titans adalah sebuah filem yang menarik untuk ditonton.

2 comments:

miss LoLy iEka said...

xsuke ending citer ni..
senang je lwn ngn kraken..
punyalah susah payah kraken nk kua dr perut bumi
camtu je lawan..
huh
xbest lgsung

CikGu_MaN said...

secara logiknya, melawan kraken adalah fasa kedua dalam klimak. perlu difahami bahawa, hanya medusa yang boleh melawan kraken, oleh itu, babak pertarungan medusa itu adalah klimaks yang sebenar... apabila kepala medusa dah ada di tangan Perseus, maka ... kerja jadi senang...

kesimpulan, mmg senang melawan kraken sebab susah nk lawan medusa...

jelas???