Wednesday, March 3, 2010

Rec 2: debaran tahap tinggi


Perhatian kepada semua peminat PARANORMAL ACTIVITY, QUARANTINE, CLOVERFIELD, REC dan jugak THE BLAIR WITCH PROJECT, kini REC 2 kembali menggemparkan industri filem dengan visual yang setara dengan filem yang aku sebut tadi. Berkesempatan menonton filem REC 2, sebuah filem Spanish yang boleh dikira baru dan sesuai untuk direview. Sebelum kita pergi lebih lanjut, jom... saksikan trailer filem yang mencetuskan fenomena QUARANTINE, sebuah filem bernaratif sama dari pengarah John Erick Dowdle dan dilakonkan Jennifer Carpenter.

Mungkin filem ni dah lama kuar, tapi pedulikkan.. mau review jugak... laalala

Keganasan REC 1 sudah tamat. Namun, apabila sepasang wartawan dan kameraman masuk bersama dengan fireman dalam filem pertama, kita ditinggalkan dengan gambaran'night vision' ngeri pelakon utama ditarik oleh sesuatu ke dalam gelap. Kisah baru bermula lagi apabila dalam REC 2, sepasukan kumpulan SWAT mengetuai misi bersama seorang paderi yang mempunyai misi untuk mencari sesuatu di dalam bangunan yang dikuarantin itu. Adegan yang berlaku dibawa kepada penonton melalui mata kamera di topi pasukan SWAT dan juga kamera amatur. Kemana perginnya wartawan tersebut? Apa sebenarnya yang berlaku dalam bangunan tersebut?

REC 2 memberikan satu fenomena baru dalam karakterisme pelakon. Kalau korang perasan, tiada watak yang dapat dijangka hujung pangkalnya. Even, sometime kita sndri tak dapat mana yang akan mati, mana yang akan hidup, dan apa yang jadik kat ending. Membandingkan REC dan REC 2, pengembangan plot REC 2 nampak seperti memperjelas sedikit persoalan yang masih menjadi tanda tanya dalam REC 1 iaitu, apa sebenarnya virus yang berada dalam bangunan itu....

Kepada yang tidak tahan dengan format ini, diharap balik kampung dan duduk je kat rumah. Filem ini sedikit messy lantaran visual yang lain dari yang lain. Diarah Jaume Balagirio, REC menampilkan tradisi sendiri dalam pembikinan filem Spanish. Visual hebat, seperti melihat sebuah action game dalam satu movi yang sungguh mendebarkan. Papepon, REC 2 sebuah filem yang begitu spesel dari visual. Dengan audio dan visual yang realistik, REC 2 memberi kesan debaran tahap tinggi kepada penonton. Sekian!

p/s: aku terus demam lepas tonton... adakah rec 2 terlalu berbisa? atau aku ni yang nk ditakdirkan utk demam


No comments: