Wednesday, March 31, 2010

Hikayat Merong Mahawangsa


Jom, aku bawak korang tengok sebuah epik terhebat Kerajaan Merong Mahawangsa. Sebuah filem epik yang akan menggegarkan dunia filem Malaysia. Daripada pengarah Cicakman, KRU mempersembahkan sebuah epik Hikayat Merong Mahawangsa. Sebuah kisah dari catatan lama.

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?

(sinemamalaysia.com)


Dibintangi Stephen Rahman Hughes, Dato' Rahim Razali, Jehan Miskin, Ummi Nazira, Umi Aida dan ramai lagi, filem ini bakal memecahkan tradisi epik Malaysia buat pertama kalinya.






1 comment:

vida la rasta said...

wahhhh bestnyer....biler nak ade neyhhhh...nak tengokkkk.....