Sunday, March 28, 2010

Baksar->Lib->SITC (Bahagian 2)

Ok, jumpe lagi dalam pos seterusnya. Masih lagi berkisar tentang ahad 28hb Mac. Ok, pos dahulu, aku cite ttg hal senamrobik. Dan, aku tinggalkan persoalan bebudak ijau dan event SITC.. jap2.. SITC stand for Sultan Idris Training College... ia bukan kolej tapi adalah dewan yang dinamakan sempena penubuhan awal Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kat dewan ni la bakal guru dilahirkan. jangan risau, xde mesin pembuat cikgu ciptaan TOYOTA, YAMAHA, KAWASAKI mahupun PROTON dalam dewan ni.
Baek, teruskan dengan agenda. Selepas aku senamrobik. Aku, yang membawa 2 beg yang satu berisi LAPTOP dan seangkatan dan satu g berisi pakaian yang formal. Dengan tidak malu, aku jamah air teh yang khas untuk bebudak ijau ini. Haha.. sambil dengan x malu jugak mengambil gambar yang aku rasa enak dipandang, sedap diclick.

Ok, siapakah bebudak berbaju ijau ni?? Mereka adalah pelajar Sekolah Menengah Ulu Kinta. Diorang ni ada program Tautan Mesra yang dianjurkan oleh Biro Akademik dan Kerjaya Kolej Harun Aminurrashid. Dalam tentatif, diorang akan melawat ke Perpustakaan Tuanku Bainun. makanya, disebabkan aku adalah ahli kelab, aku kena turun untuk membantu. Lepas aku mandi2 kat tandas lib, maka, aku pun transform la dari pakaian sukan ke pakaian batik.

Tugas aku adalah baca doa. Last2, lapar2 g turun bawah dulu.. ambil gambar member2 aku melayan adik2 ni.
Pas2, majlis diteruskan. Ada sesi pembentangan. Aku blur2... sbb aku datang event dah mula. tetibe, aku diarah wat montaj sedangkan aku tidak dibekalkan apa2 bahan. Maka, bergesalah diriku serta seluruh tenagaku membanting tulang membuka pintu 4920 mencari Window Movie Maker. Lalu, dihentam keringat mengklik mouse dan bermulalah montaj dibuat.
Haha.. sempat aku jalan2 selepas baca doa.. mencari ilham untuk gambar2 kandid. Yeah, got one. Sempat lagi melayan FB dalam dewan. Memang best kalau layan FB, Blogging mahupun menjalankan xtvt mendownload di dalam lib. Untuk pengetahuan, Perpustakaan kitorang ni punyai capaian internet paling pantas. Sekali click, terus masuk.
Dirasmikan Penasihat Kelab Sahabat (dahulunya Rakan) Pustaka, majlis berjalan lancar walaupun ada masalah dari aspek teknikal.
Sesi tukar hadiah antara Pengarah Program dan Presiden Kelab Rakan
Sesi tukar hadiah antara Pengarah Program dan Pihak Perpustakaan





Sesi bagi hadiah.. aku dah x ingat dah pemenang2..
Makanya, di akhir pertemuan kitorang pun bergambar beramai2 di hadapan perpustakaan. Salam tautan mesra buat SMK Ulu Kinta. Ucapan terima kasih atas kerjasama Biro Akademik dan Kerjaya KHAR yang menjalankan program kerjasama ini buat pertama kalinya bagi pihak Kelab Sahabat Perpustakaan.
Lepas pos mortem sket sebanyak.. makanya kitaorang ke SITC?? kenapa diorang tersenyum?? pos seterusnya menjawab persoalan ini... (jangan mintak no fon diorang kat aku!!!)
bye

No comments: