Sunday, March 28, 2010

Baksar->Lib->SITC (Bahagian 1)

Hari Ahad 28 Mac 2010, ada dua event yang aku perlu join... jangan cakap event ini adalah paksaan, sume ni sukarela tau. Entah, best lak aktif2 ni. Event satu.... TAUTANSEMARAK anjuran BAKSAR adalah event pertama yang aku sertai pada pagi tu. Tetibe gedik nak ngajar senamrobik padahal diri pon lom abis blaja g. Hahaha.. Namun, baru aku tau, mengajar senamrobik bukan semudah yang disangka.. tapi, aktiviti pagi tadi memang best r...

Aku tiba di padang UPSI sekitar jam 7.45 selepas diingatkan beberapa kali oleh member aku, Stef. On da way, sempat singgah mamak, namun... niat nak pekena roti canai ditangguhkan sebab makanan yang sebegitu tidak sesuai dimakan kurang dari setengah jam sebelum menjalankan aktiviti senaman. Boleh wat sembelit.

Sementara tunggu legasi2 anak murid yang nak diajar ni datang, terlihat olehku (ceewah ayat) segerombolan bebudak berbaju hijau berjalan menyusuri jalan di hadapan bangunan canselori. Aku perhatikan, diorang jugak berhenti sekejap kat Bangunan Suluh Budiman yang sedang enak dibaik pulih sang pemaku2 dan juga pembina2 yang berkenaan. Di sebelah Bangunan Suluh Budiman gak, ada satu event besar. Event yang melibatkan RTM. Sungguh besar sehinggakan gema gendang yang dipalu membingitkan suasana pagi di UPSI.

Beberapa ketika, pentas diuji. Ni ha, Tony selaku koreografer untuk 'high impact' dan 'love' selaku koreografer untuk 'med impact' uji pentas. Last2, yoga jugak jadinya. Makanya, kerja aku mengambil gambar.. ambil gambar... bil gambar... gambar... bar... bar... ar... r...r.r.r

Hah, nak mula dah ni, penat2 aku mengarang.. sampai gak ke pucuk utama. Kitorang briefing sket b4 aktiviti bermula. Semua berpinar2.. mungkin diorang mcm excited nak berjoget beraerobik kot. Papepon, jom bersenam. Makanya, tiadalah dapat dipapar gambar aku dan instruktor lain menari. Sebabnya, kamera aku pegang. Xkan nk bagi orang lain... hehe..

Persoalan di sini??? Siapa segerombolan bebudak baju ijau 2? Event ape yang besar sangat di SITC 2?? Ape kaitan gambar yang satu2nya gambar yang diambil dalam dewan di dalam pos ni??

Ok, bye... tunggu episode seterusnye

No comments: