Thursday, February 18, 2010

The Wolfman: Average

Berkesempatan menonton filem THE WOLFMAN yang ditayangkan sejak 11 Februari lalu di Jitra Mall Cineplex pada jam 4.45petang 18 Februari. Perancangan awalnya, PERCY JACKSONS AND THE OLYMPIANS: THE LIGHTNING THIEF menjadi sasaran. Namun, atas dasar masa yang tidak mencukupi, aku memilih THE WOLFMAN berbanding filem2 yang lain yang sama bertanding seperti LITTLE BIG SOLDIER (JACKIE CHAN), LU PIKIRLAH SENDIRI (NABIL) dan jugak 14 BLADES.

THE WOLFMAN adalah sebuah filem Joe Johnston yang sebelum ini pernah mengarahkan filem yang diterbitkan Steven Spielberg, Jurassic Park 3. Mungkinkah penangan Jurassic Park masih melekat dalam filem terbarunya ini? Pengarah ini juga pernah mengarahkan filem Hidalgo yang mana dilakonkan oleh Viggo Mortensen.

Pertama kali memikirkan THE WOLFMAN, aku ingin melihatnya seperti mana filem serigala jadian yang lain. Ya, aku tahu ianya cliche bila kita berfikir tentang transformasi dari manusia biasa ke serigala jadian. Tapi, aku mengharapkan satu kreativiti. Aku juga mengharapkan filem sehebat Van Helsing dan jugak bibit2 filem Underworld. Namun, ternyata tiada apa dari filem2 yang aku sebutkan itu boleh didapati di dalam filem ini.

Berkisar pada kisah yang berlaku pada sekitar 1880an, THE WOLFMAN mengisahkan Talbot (Benicio Del Toro) yang dipanggil pulang dari New York ke London untuk menyiasat kematian adiknya. Dia menghadapi satu berita mengejutkan apabila dia mengetahui sesuatu yang hitam mengenai ayahnya, John Talbot (Antony Hopkins) dan kaitan antara kematian yang berlaku di sekitar kawasan estet. Talbot mula menyelongkar misteri werewolf dan kaitan antara dirinya, ayahnya dan juga kematian emaknya dan juga adiknya.

Sepertimana filem asal yang diterbitkan tahun 1941. Mengekalkan jalan cerita yang hampir sama, aku yakin bahawa THE WOLFMAN versi 2010 lebih advanced dari segi visual dan lebih mantap. (of coz la...) Aku belum berkesempatan menonton filem asal arahan George Waggner ini, namun, aku yakin fenomena Wolfman sekitar tahun 1941 mencetuskan idea bagi penerbit, Benicio Del Toro untuk menerbitkan kembali lagenda ini dalam versi yang lebih mantap dan sempurna.

Jujurnya, THE WOLFMAN adalah filem yang sederhana. Perkembangan plot yang bukan menjadi idaman aku. Setup yang biasa dan tidak menyerlah dan tidak berjaya menarik penonton untuk mengetahui adegan seterusnya. Selain itu, permulaan yang slow, dan juga climax yang sederhana menjadikan filem ini amat berat untuk ditonton dengan mata terbukak. Namun, filem ini bergerak pantas setelah hampir 30 minit dan mood filem menjadi sedikit kurang lancar. Entah, aku rasa filem ini tidak dapat mengekalkan mood cemas kerana banyak kejutan yang tak penting digunakan untuk memancing ketakutan penonton.

Adegan transformasi manusia ke werewolf adalah biasa dan seperti mana filem2 werewolf lain. Namun, werewolf dalam filem ini lebih mirip kepada werewolf dalam filem asal dimana visual effect lebih banyak digunakan berbanding special effect dalam membentuk paras rupa werewolf. Mungkin penerbit dan pengarah mahu mengekalkan keaslian filem asal dalam filem ini. Namun, kadangkala werewolf yang berbentuk manusia berbulu nampak seperti filem bajet murah dan kurang meyakinkan penonton. Walau begitu, tahniah kepada team CGI kerana membantu pergerakan wolfman yang lebih lancar dan luar biasa.

Papepon, THE WOLFMAN adalah filem werewolf yang average je. Tak perlu mengharap sesuatu yang baru dari filem ini. Namun, THE WOLFMAN mungkin satu filem yang mengorek kembali filem asal yang menjadi cambahan idea kepada filem2 werewolf masa sekarang.

2 comments:

hans said...

owh,dah tgok film ni
okay la
tapi awal2 bosan
ada buat review dkt blog

insan misteri said...

mmg ngantok crite nie...
huuuuuuuu~