Tuesday, February 23, 2010

UPSI ke UTP: Bab 2

Selepas menggantikan tido selepas menghabiskan penceritaan bab 1, aku masih lagi merasakan penat kelmarin lantaran tido yang masih tidak cukup. Perlukah aku tidur selama 24jam tanpa bangun? Perlukah juga aku makan sebanyak2nya untuk meningkatkan kadar kecergasan otak dan minda sekaligus menghilangkan daya ngantuk intelek dan mata yang dialami oleh aku ini?... pape pon, even aku masih lagi mengantuk, aku nk update gak bab ke-2 dalam chapter ini.

Selepas selesai mendengar ceramah motivasi dari Sheikh Muzafar, kami pon dibawa ke dalam library yang memang sekali lagi aku cakap 'state of the art'.. dan memang indah. Namun, aku tidak menafikan bahawa perpustakaan Tuanku Bainun juga adalah satu perpustakaan yang indah dan mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri. Ok...

So, layan je gambar2 ni..

kelihatan si Steph teruja dengan saiz library. Aku pon teruja gak. Hahaha.. memang besar dan sungguh unik design rak bukunye... even bukunye xla byk mana. Namun, aku bertanya pada diri.. bila laaaa rak2 ni nk dipenuhi buku2..


Diberi penerangan oleh Setiausaha DIRC sendiri, Cik Hana... penerangan diberi dengan jelas sehinggakan ke setiap inci library kami dibawa.

Nilah pandangan karnival yang sedang berlangsung di luar library dari tingkat empat library ni.

Dalam sibuk2 mendengar penerngan, sempat lagi si presiden memikirkan tentang xtvt rakan pustaka yang akan datang..... memang ternyata, lawatan ke UTP membuka idea dan minda tentang pengurusan library yang lebih matang dan efisyen.

Mesin Pinjaman Buku sepertimana yang sedia ada di mana2 perpustakaan. Cume kuantiti di UTP lebih banyak dari di Perpustakaan Bainun.

Dengan lawatan ke UTP ini, diharap dapat memberi inspirasi buat semua Rakan Pustaka.

Sekian... habis daa..



2 comments:

Rich said...

motif mak posing ayu??

fndrocka said...

boleh jadi jakun klau aku pi sana