Monday, February 22, 2010

UPSI ke UTP: Bab 1

Aku pulang dari kampung ke Tanjung Malim sekitar jam 6petang hari ahad, 21 Februari dan tiba di Tanjung Malim pukul 5.30pagi keesokannye. Isnin tu, aku dijemput (ahaha.. macam VIP...) mengikuti satu rombongan dibawah kelolaan Kelab Rakan Pustaka Tuanku Bainun UPSI ke Universiti Teknologi Petronas. Mesej yang aku dapat semasa di dalam trainmenyatakan bahawa aku mesti berkumpul di hadapan Auditorium UPSI yang berada bersebelahan dengan perpeustakaan pada jam 7.30 pagi.

Makanya, tiadalah tidur buat diriku dan juga mataku.Menunggu sejam berlalu, aku mandi dan uruskan apa yang patut ku urus. Selepas tu, bertolak ke Audi sekitar jam 7.15. Rupenye, bas akan bergerak jam 8.30 pagi. Maka, tidaklah aku mahu memaki2 sesiapa kerana aku memahami, itu adalah biasa. Namun, kejutan juga kerana aku juga dapat tahu yang Kem Manikayu yang mana sebelum ini diwar2kan akan menjadi hangat dengan kehadiran penari2 kabaret terbatal dek karenah yangaku sendiri tidak dapat explain. Mungkinkah ada kewujudan UFO dalam hal ini?

Sesudah bas sampai di tempat yang dijanjikan, maka kami pun bertolak.Dalam kehangatan bahang2 excited nak ke UTP, aku pula hanya mampu tidur. Tidur untuk menggantikan ketidakcukupan tidur aku semasa berada di dalam train. Manakala, si presiden sibuk melayan karenah2 yang tidak dapat dielakkan di dalam hpnya dari masa ke semasa... lalala

Sekitar jam 11pagi, bas pun sampai di Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, Perak. Bahang panasnya bukanlah disebabkan excited, tapi disebabkan oleh terik matahari yang memang terlalu terik. Selepas sesi beramah mesra, maka dijemputlah kami memasuki bangunan 'state of the art' milikUniversiti Teknologi Petronas... Bangunan Canselor.

Dan di bawah ni, adalah library. Begitu gahnya rekaan sehinggakan aku sendiri akan berasa amat malu untuk meminjam buku. Tambahan lagi, lagilah malu jika detector di hadapan pintu itu berbunyi 'tet tet'... hahaha

tapi, kami x masuk ke library dulu. Di sebelah hadapan library adalah dewan auditorium yang maha luas.. dihadiri oleh kanak2 dari sekolah rendah dan sekolah menengah, majlis motivasi sedang berlangsung di auditorium itu....

tapi, biasa ler.. kalau dah nama motivasi... kami pun melepaskan segala kegeraman emosi dalaman di tandas yang juga boleh dikatakan 'state of the art' design'.. laluan ke tandas ni memungkinkan seseorang itu tidak akan dapat mengeluarkan emosi dalamannya kerana terpesona dengan rekabentuk tangga yang begitu indah.

selesai segala macam hal, kami pon bergerak ke auditorium. Dapat mendengar sesi soal jawab antara penonton dan angkasawan negara kita, Dato Dr Sheikh Muzafar dan ... aku hanya dapat lihat dari skrin lantaran tempat yang terlalu luas... hmmm

Selepas itu, barulah dibawa masuk ke library... kat luar tu, macam2 booth ada.. dari MPH Bookstore, Ayamas, Pizza Hut.. dan.. yg melepasnye.. malam selasa ada tayangan perdana filem Evolusi: KL Drift 2.. sebuah filem shamsul yusof. Tiket berharga RM12.. mahal loh... tapi, tempat menonton memang gempak..

apa ada dalam lib... akan bersambung...

1 comment:

fndrocka said...

aku tak pnah ke utp..tapi....wow!hebatnya seni bina