Saturday, February 6, 2010

Semerah Cinta Stilleto: review


Metroweath Movie Production membawakan anda sebuah filem romantik komedi dari pengarah Ahmad Idham, SEMERAH CINTA STILLETO.

Berkesempatan menonton tayangan perdana filem ini di Auditorium Utama UPSI tanggal 5hb Februari jam 8.30. Dengan kehadiran Lisa Surihani selaku heroin, tayangan perdana malam itu dihadiri ribuan penonton yang ingin menonton filem ini buat pertama kalinya. Aku juga antara mata pertama yang menonton filem ini. Dengan harga tiket RM6, aku mendapat sekeping poster gergasi V3, sbuah filem Farid Kamil yang akan ditayangkan 11 Mac 2010, serta peluang mengambil gambar close-up Lisa Surihani. Terima kasih kepada JMK Kolej Kediaman Luar Kampus kerana membawa filem ini untuk tontonan pelajar UPSI.

Impresi pertama, aku mengharapkan stilleto punya kuasa seperti Syurga Cinta. Syurga Cinta, yang merupakan filem drama berat, berjaya menarik hati aku dengan kisah yang simple dan cukup mudah. Selain itu, aku mengharapkan Semerah Cinta Stilleto menjadi sebuah filem yang lain dari filem komedi romantik lain di Malaysia. Ternyata, berbaloi menonton filem ini. Filem ini akan menemui penonton 8 April 2010. So, pergi tengok.

Filem ke 37 MIG ini sekali lagi menggandingkan Farid Kamil dan Lisa Surihani selepas filem pertama gandingan mereka, I'm Not Single di bawah arahan Pierre Andre. Jika I'm Not Single lebih terarah kepada pertengkaran dua orang yang tak sehaluan, lebih kurang begitulah jugak permulaan dua karakter ini dalam filem ini. Hampir sama, tapi memang tak serupa.

Semerah Cinta Stilleto berkisar di sekeliling dua insan berlainan status, Letto (Farid Kamil) dan Stella (Lisa Surihani). Lisa dibesarkan dalam keluarga 'open minded'. Namun, dia bukanlah orang yang mengamalkan hidup bebas seperti ibu bapanya. Letto pula, menjual ikan dan mempunyai ibu bapa yang selalu bergaduh2 nakal. Dua insan ini tidak pernah bertemu sehinggakan satu insiden yang melibatkan kasut Stilleto milik emak Stella tertikam punggung Letto bermula. Maka, dua insan ini mula berkawan, tapi ibu bapa mereka punya minda berbeza tentang cinta mereka.

Ahmad Idham berjaya membawa satu genre baru dalam seni komedi. Ternyata filem ini mempunyai komedi berbeza dengan filem2 lain. Jika sebelum ini komedi filem-filemnya terhasil dari situasi dan dialog lucu, Semerah Cinta Stilleto mempertaruhkan komedi dewasa dan boleh dikatakan sedikit lucah yang masih berlapik. Makanya, kalau penonton tak dapat tangkap bayangan kata-kata karakter2, makanya filem ini hanyalah nampak bias dari segi komedinya.

Kisah ini ringan dan hanya berkisar tentang dua insan dan mak bapak yang bermacam2 perangai. Kisah yang mungkin biasa dilihat, tetapi tabik kepada Metrowealth kerana berjaya membawa kisah ini dalam format yang fresh dan mantap. Persoalan tentang cinta antara darjat dibuka dan diceritakan untuk renungan. Kasut pula dijadikan satu simbol pertemuan antara dua dunia ini... Cantik tu... hanya kerna kasut, semua

Farid Kamil menampilkan persembahan yang biasa namun tetap superb. Dia adalah karakter dia sendiri seperti mana filem2 yang dilakonkannya sebelum ini. Lisa Surihani ok dan baik. Keseluruhan, sume mantap r..

Papepon, buah tangan ahmad idham ni memang satu lagi filem romantik komedi yang perlu ditonton.. dipawagam 8 April, Semerah Cinta Stilleto mungkin satu refreshment bagi genre romantik komedi di malaysia...


No comments: