Saturday, February 27, 2010

MIGHALL: Scrabble dan Aku

Yeah.. finally aku berjaya.. berjaya dan berjaya... ape yg berjaya ni...?? aku berjaya menaiki lori dari Tanjung Malim ke Sungai Samak untuk mengambil buluh? atau aku telah berjaya menuruni tangga lalu naik semula untuk mencari kertas yang tertinggal di bilik? Oh... ya... tidak.. ya.. tidak.. haha.. kepeningan sket..

Lupekan introduction yang bengong itu. Sengaja aku mulakan entri ni dengan soalan yang begitu tidak jelas di mata dan juga hati. Permulaan yang baik. Dan... memang baik... apa yang baik 2? adeh..

Macam ni.. cerita bermula atas ajakan rakan aku... Tony ... thanks yeee.. maka, setelah diuruskan oleh Farah yakni rakan aku jugak, maka aku dan Tony pon masuk la perlawanan Sahibba a.k.a Scrabble sekadar suka2...

Hari ni, Februari 27 2010.. bukanlah hari yang biasa.. kelas senamrobik 4 jam.. dan ... huhuhu.. sungguh aktif dan jugak hiperaktif la jugak diri aku semasa kelas tu. Papepon, seronok dapat release tension semasa kelas tu berlangsung.

Berbalik kepada cerita scrabble...

Kolej Harun Aminurrashid menganjurkan Mega Indoor Game yang berlangsung selama 2 hari bermula 27hb sehingga 28hb Februari. Dibawah Biro Sukaan dan Rekreasi, program yang bernama singkat MIGHALL ini dijalankan dengan kerjasama JMK Kolej Harun Aminurrashid. Aku menjadi peserta untuk pertandingan Scrabble..

dan...

inilah perkataan yang berjaya dibuat pada sesi pertama.

dan.. ni plak sesi ke dua..

siapa lawan aku.. sape lagi kalau bukan kawan aku tu jugak. Juaranya.... alhamdulillah.. insan yang menulis ni.. namun, terima kasih dan penghargaan aku ucap buat rakan aku, Tony sbb ajak aku main game ni. Kalau dia x ajak, makanya aku hanya duduk je kat rumah 2-9-12 ni sambil melayan Facebook dan Blog ini...

Bercakapp ttg scrabble ni, sungguh lama jugak x main game ni. Slalunye aku main scrabble versi inggeris, namun.. bila main scrabble versi Bahasa Melayu ni.. fuh, susah gegiler... bukan apa.. Bahasa Melayu ni pembentukan kata yang berlaku dengan dua huruf atau satu huruf je sukar nak dicari. Bengong gak jadinye.. xpe.. freshkan otak.. dan settle...

No comments: