Tuesday, February 2, 2010

Lu Pikirlah Sendiri: My Personal Review & Komen


Bicara Awal

Berkesempatan menonton tayangan perdana Lu Pikirlah Sendiri di Auditorium UPSI tanggal 31hb Jan yang lalu. Review ini berdasarkan pemerhatian aku dari aspek2 peribadi aku.

My Review

First impression sebelum menonton filem ini, aku menggambarkan bahawa Nabil akan tidak akan memberikan satu persembahan yang lebih baik berbanding Sifu dan Tongga dan juga Momok. Dua filem Nabil sebelumnya amatlah kurang menyengat. Aku juga membandingkan filem ini dengan kerya A Razak Mohaideen yang terlalu simple. Selain tu, aku gak harap bahawa filem ini menjanjikan satu komedi baru yang fresh dan tidak terikat pada genre slapstik yang selalu dibawa oleh Nabil. Impresi aku amatlah sederhana, tidak meletakkan filem ini sebaris dengan filem2 hebat kita mahupun filem lain.

Sebelum aku review dan komen, filem ni mengisahkan ttg perjalanan hidup Nabil yang amat sukar apabila dia asyik berhenti kerja. Pekerjaannya sebagai Mat Despatch di sebuah syarikat menyebabkan dia bertemu dengan seorang gadis, Natasha (Puteri Sarah) yang punyai ego yang amat tinggi. Tiada bibit cinta dimulakan, tapi mereka mula menjadi seperti anjing dan kucing. Pergaduhan ini menjadi asas kepada pembentukan plot cerita ini sehinggakan lagit akhirnya bertemu dengan bumi.

Jujurnya, Lu Pikirlah Sendiri adalah sebuah buah tangan yang berbeza dari filem slapstik komedi yang lain. Dengan meletakkan sedikit muzikal komedi, Aminah Raphor berjaya menghidupkan situasi komedi yang berbeza. Aku perhatikan, ramai penonton akan berasa lucu bila Meet Uncle Hussein muncul setiap kali adegan penting. Aku lihat, faktor ini yang menyebabkan penonton berminat dan ingin terus tonton sampai akhir. Antara faktor lain yang menarik adalah kehadiran Faizal Tahir, Amy Search dan Aziz M Osman.

JOm kita tengok 3 aspek utama dalam pembentukan filem ini. Sepertimana yang diketahui, sebuah filem terbentuk dari 3 bhagian. Pertama setup. Kedua konflik. Ketiga, Penyelesaian. Untuk memastikan penonton melekat di kerusi, Setup amatlah penting. Sebagai seorang pensyarah, Aminah Raphor memanfaatkan Setup dengan baik. Nabil dalam Hujan, rebah dan FADE OUT. Permulaan yang ok dan membuatkan orang tertanya2 kenapa hal itu terjadi. Aku suke setup nih. Best.

Bahagian tengah, pada aku.. nampak sedikit kucar kacir. Penambahan plot cinta antara pengawa; (Ebbi Yus) dan lecturer (Vanida Imran) bukan satu kerugian dan pembaziran. tetapi, minor plot itu macam menyebabkan kisah Nabil dan Natasha ni tenggelam. Kisah Zizan dngn Adik Angkat (aku x ingt nama).. dan lain2 macam menyebabkan kisah Nabil dan Natasha sedikit tenggelam. Tetapi, aku rasa, kisah Nabil dan Natasha naik kembali di saat akhir dan mencapai konklusi yang baik.

Dari 'twist yang diberikan dalam filem, aku rasa Lu Pikirlah Sendiri bukanlah satu filem yang hanya fokus kepada Nabil dan Natasha. Ia sebuah filem yang cuba memberitahu bahawa cinta itu boleh datang dalam pelbagai bentuk. Siapa2 pon tak akan menyangka siapa jodoh kita. So, itulah yang cuba diberikan dalam filem ini.

Aku cuba mengesan mistake, namun 'tabik spring kat diri aku' sebab aku terjumpa satu. Dalam scene Natasha pergi ke pasar malam dan ajak Nabil teman Natasha, Natasha memandu keretanya sebelum dia tinggalkan Nabil di satu tempat. Dari P.O.V Natasha (sewaktu dia memandu), dia sedang kunyah 'chewing gum'. Tapi, dari P.O.V Nabil, mulut Natasha tidak mengunyah apa apa. Shot bertukar beberapa kali dari P.O.V Nabil ke P.O.V Natasha. Kejap kunyah, diam, kunyah, diam.. xpe.. kecik je tu. Mungkin x sedar.. namun, mistake ini x menjelaskan flow cerita.

Nabil sememangnya menjanjikan persembahan yang baik berbanding filemnya sebelum ni. Malah, lawaknya tidak terlalu skeptikal macam Sifu dan Tongga dan juga Momok The Movie. Nabil dalam filem ini lebih mempunyai perasaan dan penonton kadangkala dapat menyerap feel itu dari lakonannya. Ada saat komedi dan romantik yang tidak terlalu overdose. Papepon, ini adalah filem Nabil yang paling perfect setakat ini.

Lu Pikirlah Sendiri mungkin sesuai dijadikan siri TV. Ia bernaratif panjang lantaran ada banyak subplot yang ingin dirungkai. Scene nabil tahu yang secretary bos dia nk kahwin itu ... yang tetibe membuatkan Nabil berada di rumah Natasha, amat pelik dan janggal. Saat bila Nabil diajak Natasha ke rumahnya dan atas alasan apa Nabil ke rumahnya??? Lu Pikirlah Sndri ye... (atau aku sndri yang tertinggal line2 penting...huhu)

Jujurnya, Lu Pikirlah Sendiri bukanlah filem yang berat. Ianya sebuah filem yang santai. Namun, dalam gelak, ada mesej yang ingin disampaikan. So, naratif Lu Pikirlah Sendiri mungkin slapstik. Genre anjing dan kucing ada di mana mana tak kira Hollywood, Kollywood, Bollywood dan Wood Wood yang lain sentiasa membina naratif ni. Namun, pendekatan Lu Pikirlah Sendiri berbeza kerana konsep yang lebih fantasi, santai dan tidak terlalu berpijak di alam nyata. Memang ia sebuah filem yang menarik dengan kreativiti yang setanding dengan filem luar. Papepon, filem ni sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

P/S: aku support filem malaysia.. harap2 dapat g tengok "semerah cinta stiletto" lak pas ni

No comments: