Monday, February 1, 2010

Lu Pikirlah Sendiri: Bengkel Teater & Drama

Berpeluang menyertai Bengkel Teater dan Drama yang dianjurkan oleh Persatuan Persuratan Melayu.. aku bukanlah student Bahasa Melayu, malah aku juga bukan orang yang sepatutnya masuk dan join bengkel ni. Tapi, dengan muka tak malunyer, aku dengan berbaju TESL Club menyertai bengkel ini atas dasar minat dan keinginan untuk mengetahui teknik2 asas teater, drama dan juga pengarahan.

Papepon, bengkel 2 jam ini bukanlah satu bengkel yang cukup untuk belajar segala jenis ilmu teater, tapi cukup rasanya sebagai starting point dan introduction buat aku yang kosong dengan dunia ini. BUkan aku tahu pon nk blakon, selepas tengok balik video yang dirakam oleh member aku, aku gelak sorang2 melihat diri aku beraksi di atas pentas. Pelik, huduh.. hahaha..


"Masih banyak yg perlu dibentuk", 2 yg Puan Amy gtau aku dan semua..

Namun, pelajaran asas itu sudah dapat ditangkap.. at least, ada la aplikasinyer ... insyaallah... Papepon, thanks la to Fawez yang gtau ttg bengkel ni dan beria-ia inform aku ttg tertundanya majlis ni dari pukul 8.30 pagi di Sri Tanjung kepada 2 ptg di Audi.

Pas2, maka, datanglah kru2 untuk setup untuk tayangan perdana ke3 selepas menjelajah ke beberapa universiti seblm ni. (UiTM dan USM)..


projector yang akan digunakan untuk tayangan filem ni.. pertama kali.. selalunyer, kalau wat tayangan, diorang just tunjuk kat layar biasa dan guna DVDplayer je..


Skrin khas.. yang dipasang selepas tamat bengkel.

Ni ha.. reel yg mengandungi filem Lu Pikirlah Sendiri...

P/S: Selepas ni.. review.. tunggu

No comments: