Sunday, January 24, 2010

Lu Pikirlah Sendiri



Mengisahkan tentang mengejar impian, kerjaya dan cinta. Nabil (Nabil Raja Lawak) dan Natasya (Puteri Sarah) merupakan pasangan yang berbeza dari semua perkara. Mereka seperti dua garisan yang tidak mungkin bertemu di dalam kehidupan ini untuk melayakkan mereka bercinta. Mereka mempunyai pandangan hidup yang berbeza kerana seorang di universiti dan seorang lagi terpaksa bekerja menyara diri dan keluarga. Walaupun mereka berdua ibarat garisan yang tidak mungkin bertemu, tetapi takdir menentukan segalanya.

Pada pertemuan yang pertama sahaja mereka sudah tidak sefahaman, bertengkar dan bergaduh. Cinta yang tidak diungkapkan menimbulkan salah faham yang berterusan dan berpanjangan. Apakah kesudahan mereka? Siapakah dahulu yang melafazkan kata cinta? Siapakah Kumpulan Meet Uncle Hussein di dalam cerita ini? Apakah kelainan pada watak-watak yang dibawa oleh pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Amy Search, Vanida Imran, Faizal Tahir, Mila AF5, Aziz M. Osman dan lain-lain yang turut terlibat di dalam filem ini? Untuk mengetahui selanjutnya, nantikan kemunculan filem ini di pawagam berhampiran anda.....Jangan ketinggalan..... !!! - sinemaonline


Sebuah filem Aminah Rapor... seorang pengarah kelahiran Tanjung Malim, Perak yang juga seorang pensyarah di bidang Teater, Drama dan Filem di UiTM, Shah Alam. Bertindak selaku penolong pengarah filem Wayang dan filem Baginda dan juga pengarah teater Wajah Lumpur, Bertangga Naik, Berjinjang Turun, Siti Di Alam Fantasi (cite ni best.. zaman aku mude2) dan lain2.. (info-sinemaonline)

Dengan kehadiran istimewa artis2 seperti Amy Searh, Faizal Tahir, dan Meet Uncle Hussein

Tayangan di Pawagam 11 Feb 09.. (www.lupikirlahsendiri.com)


2 comments:

black_mel said...

nampak mcm best....kalau ader duit lebih skit baru nk tgk...sbb pelakon dia x berapa best..

Zahidah said...

thanks for the review! :)