Wednesday, January 20, 2010

Ketika Cinta Bertasbih 2: kartarsis akhirnya

"Kau mencintaiku seperti bunga mencintai titah tuhannya, tak pernah lelah menebar mekar aroma bahagia. Tak pernah lelah meneduhkan gelisah nyala. Kau mencintaiku seperti mahatari mencintai titah tuhannya, tak pernah lelah membagi cerah cahaya, tak pernah lelah menghangatkan jiwa"-Ayatul Husna

Akhirnya, penantian untuk melihat kisah hidup Abdullah Khairul Azam tercapai apabila Ketika Cinta Bertasbih 2 bertandang di tangan. Fuh, ending yg agak memberikan aku perasaan katarsis yang selama ini ditunggu2 oleh semua peminat novel Ketika Cinta Bertasbih dan juga karya2 hebat Habiburahman El Shirazi. Jujurnya, KCB berjaya memberikan satu nafas baru dalam filem Indonesia yang bergenre islamic sebegini. Kejayaan KCB yang sebelum ini dimulakan oleh Ayat2 Cinta membuktikan bahawa penonton mahukan kisah cinta yang fresh dan lebih dekat di hati. KCB juga membuktikan yang budaya barat (dari aspek percintaan) bukanlah satu satunya formula yang boleh dibuat acuan untuk membentuk sebuah filem yang baik.

Dibawah arahan Caerul Umam, Ketika Cinta Bertasbih 2 nampak Islamic dari penampilan dan karakterisme pelakon2. Dalam pemerhatian aku, filem ni memberikan satu pandangan yang positif tentang dunia Islam dimana Islam itu sebnarnya agama yang amat indah. Bukan senang mencari jodoh kerana kesempurnaan untuk menjadi pasangan yang sempurna amat dititikberatkan.

Meh aku cite sikit apa yang korang akan dapat dalam filem kedua dari buku tulisan penulis Ayat2 Cinta ni. Penonton tidak akan mendapat satu kisah baru mahupun satu cambahan minor plot yang baru dalam filem ini. Penonton juga tidak akan mendapat satu impak melalui kehadiran karakter2 baru sepertimana yang berlaku dalam filem2 sekuel kebiasaannya. Apa yang penonton boleh dapati dalam filem ini, adalah jawapan kepada semua persoalan yang ditinggalkan dalam episod pertama filem ini.

Ketika Cinta Bertasbih 2 lebih dewasa dan lebih berat kerana konflik yang dimulakan di akhir filem. Pada aku, konflik dalam episod 2 ini lebih fokus kepada Khairul Azam berbanding episod 1 yang lebih menjurus kepada Furqan dan dilema cinta tiga segi dengan Anna. Namun, KCB 2 tidak lari dari konsep asal yang mana menjurus kepada pencarian seorang yang baik untuk seorang yang baik bukanlah sesuatu yang senang. Dalam KCB2, Khairul Azam dilihat lebih menyukai alam bisnes berbanding menjadi seorang kiyai di pesantren. Analisa aku, Khairul Azam merupakan cermin kepada mahasiswa zaman sekarang yang mana lebih berminat untuk bekerja mengikut minat berbanding taraf pelajaran. Pada aku, x salah pon tindakan Khairul Azam. Asalkan ianya masih lagi ada batas.

Merujuk kepada karakter ibu Khairul Azam yang berpandangan bahawa seorang jurusan Al Azhar seharusnya bekerja sebagai seorang guru di pesantren dan menjadi seorang yang lebih baik dari penghantar kurier, itulah pandangan biasa bagi keluarga yang kadangkala hanya berpandangan lurus ke hadapan. Aku tidak menyatakan bahawa keluarga Khairul Azam itu berpandangan sempit, tetapi kadangkala pemikiran mereka disempitkan oleh faktor sekeliling dan akhirnya mempengaruhi keputusan seorang ibu sedangkan, si anak tahu apa yang ingin dilakukan dan tahu arah tuju untuk masa hadapan.

Anna Athafunnisa pula merupakan karakter yang tersepit diantara konflik cinta antara Furqan dan Khairul Azam. Perkahwinan Furqan dan Anna satu kesan dari tindakan Khairul Azam yang terlambat untuk menjelaskan nama penuhnya semasa adegan dalam KCB1. Konflik Anna mencerminkan kesabaran seorang isteri yang sanggup menggadaikan cinta demi agama. Payah wo nak cari wanita sebegini. Namun, dalam dunia realiti aku tak rasa ada wanita sebaik dan seteguh Anna. Kadangkala dalam dunia realiti, ciinta lebih penting dari agama sehinggakan kadangkala sanggup memberikan semuanya atas nama cinta. Kan?

Cukupla kot analisis karakter untuk KCB2. Jom tengok struktur penceritaan plak. Kang nanti aku analisis karakter sebijik2 nanti, x jadi keje nanti. Jujurnya, KCB2 lebih menekankan keadaan yang tegang akibat situasi yang berlaku pada keadaan yang tidak sepatutnya. Hmm.. dalam bahasa senang, bad timing. Dalam KCB2, Khairul Azam selalu berada dalam keadaan ni sampai x kahwen2. Ish3.. namun, akhirnya dugaan berkali2 yang menimpa dibalas dengan kehadiran Anna. Plot yang amat simple kerana tidak ada subplot yang banyak dalam filem ni. Jika dalam KCB1, kisah cinta rakan2 Khairul Azam menjadi suplot yang menyebabkan kisah mainpoint (Khairul Azam vs Anna vs Furqan) seperti tenggelam. So, ringkasnya aku katakan bahawa KCB2 lebih fokus dan straight forward.

Namun, mungkinkah kesimpulan untuk KCB2 seperti something wrong somewhere. Ending KCB2 amat indah dan cukup berkesan. Ini adalah ending yg semua orang mahu tapi... barangkali bagaimana pulak explanation untuk HIV yang dihidapi Furqan nampak seperti ada sesuatu yg tidak kena?... Jom kita lihat kembali dalam KCB1. Dalam KCB1, Ataliana (si pemeras ugut yg menyuntik HIV ke dalam badan Furqan), dipenjara. Selepas itu, Furqan menjalani pemeriksaan kesihatan dan dia disahkan HIV. Namun, mana mungkin dalam KCB2, Furqan menyatakan bahawa pegawai kesihatan telah bersubahat dengan Miss Ataliana dalam hal tersebut? Padahal, kita tahu yang Miss Italiana susah berada di dalam lokap polis... (kalau aku tersilap, betulkan ye..)

Kesimpulannya, KCB membawa kita untuk sedar bahawa jodoh yang sempurna bukanlah sesuatu yang amat senang sekali untuk dicari. Papepon, KCB2 memang satu kelegaan. Sama seperti Ayat2 Cinta, Habiburahman memang seorang penulis yang amat baik dalam membentuk novel dan karya Islami. Aku tinggin gak nk tngok kalau2 Pudarnya Persona Zulaikha dan Dalam Mihrab Cinta difilemkan. Ok.. 2 je..


2 comments:

Pemadam Baru said...

alu dah tgok dah KCB 2 ..i like~~ :)

CikGu_MaN said...

~i like it 2~.. hehe