Thursday, January 14, 2010

Dari Gopeng Ke Batangkali (Episod 1)

Demi untuk negara dan Manikayu yang aku rasa memang pentng, aku dan rakan2 yang xde kelas ari Rabu (13 Jan 2010) telah jalankan satu survey untuk mencari tapak camping Manikayu yg mungkin (jadi atau x .. entahla) akan diadakan dengan jayanya... meh aku citekan dari setiap inci perjalanan kami yang penuh berliku dan semak dalam mengharungi satu hari yang penuh mencabar ini.. (fuh)...

Entry ni adalah kesinambungan AzizahoooAzizah (part1) dan juga merupakan episod baru dan prequel kepada entry panas ini... click kalau nk tau.. ngeh2

Perjalanan dimulakan dengan bacaan doa (dalam hati) dan kereta dipandu oleh Steph. Bertolak lebih kurang jam 7.30 pagi atas kelewatan aku (sori guyz), Gua Tempurung menjadi destinasi pertama kami...

Sedikit info ttg Gua Tempurung. Gua Tempurung bukanlah gua yang penuh dengan tempurung kelapa. Ia juga bukan gua tempat orang menanam pokok kelapa dan juga tempat membuat catatan Malaysia Book of Records dengan ciptaan Jalur Gemilang terbesar dari tempurung kelapa. Terletak di Gopeng, berhampiran Batu Gajah, Gua Tempurung amat popular buat penggemar aktiviti pengembaraan. Panjang tunnelnyer lebeyh kurang 3 km dan telah dicatatkan sebagai longest caves in Peninsula Malaysia.
Namun, camp site yang dimaksudkan bukanlah terletak di dalam Gua Tempurung, mahupun juga tidak berada di dalam markas Profesor Klon yang telah menjalani penggambaran di sini. Camp site yang dimaksudkan memerlukan perjalanan kedua.
RS Camp Site, Gopeng Perak adalah satu daripada tapak camping yang ada di Gua Tempurung.. meh kita jenguk sket ape ada dalam ni..
Jom terjah... kami masuk ke dalam tapak perkhemahan.. kawasannyer kecik.. cukup selesa dan senang untuk dikawal disebabkan kapasiti peserta yang hanya lebih kureng 40 orang lebeyh.
Ni adalah tapak khemah. Apa yg ada kat sini.. seperti tapak camping la.. camping site... dan tempat2 rehat ala2 pondok2.. kepada sape2 yg nak main kahwin2 ngan masak2 memang seswai tmpt ni.. dan yg paling penting.. sungai Kampar yang cantik.. tingat aku cite Lang Buana dan filem2 klasik yang bercerita mengenai gadis2 yg membasuh kain di pinggir sungai.. (oops).. ook.. back 2 basic... basic yer...
ni bukan unggun api yer.. tapi kayu reput yg aku telah patahkan.. secara tak sengaja.. tapi xpe. at least, aku leyh selamatkan para pelajar yg akan dtg nnt sebab kalau diorang duduk nnt, teringat lak cite Final Destination (ngeri).. hehe.. dah lama sangat kayu tu.. anai2 dah lapar, so ape lagik.. hmm... papepon, keputusan x dapat dicapai. Kami diarah kembali ke Gua Tempurung,, untuk berjumpa ngn tuan punya tempat untuk deal harga.. apa yang terjadi adalah sesuatu diluar dugaan.. tunggu....
Kenapa? Apa semua nih?? nak tau.. tunggu episod seterusnyer... bukan pe.. panjang lagi adventure nih.. x sempat nk tulis.. so.. tunggu dan tunggu..

No comments: