Akan Datang!

Wednesday, November 25, 2009

Tensen Tapi Kena Happy


Aku berduka cita?
Berkecil hati?
Berbesar kepala?
Oh tidak..
Kepeningan di kala ini..

Time of time... wash away my problem... aaargh...

ok... lupekan intro yang takde makne di atas.. k..

Alkisah hari ini... abaikan muka aku yang hensem itu. Perhatikan hanphone aku yang kiut lagi bergaya itu. Anda nampak satu lembaga hitam di atas handphone itu? Anda nampak?

Nampak?

Nampak?


Okeh... aku tau.. lembaga paling besar dalam itu hanyalah aku... oleh itu.. mari aku zoom kan lembaga itu untuk lebih jelas...
Ha.. nampak? skrin aku.... aaargh... sungguh ke'mangkuk'kan.. seperti mahu dipijak-pijak hanphone ini... malang sungguh...

BERSABAAAAR...

P/S: tengah merancang untuk tukar handphone... ngeh3....

Sunday, November 22, 2009

2012: antara fiksyen dan kesedaran sejagat


Sejak pulang ke rumah ni.. event yang pertama aku buat adalah menonton wayang. Berkesempatan menonton sebuah 'most-waited film' karya pengarah 'Independence Day' yang pernah hit, juga penggarap 'The Day After Tomorrow'. Ya, sudah tentu Rolland Emmerich. Pengalaman menonton 2012 di Jitra Mall pada tanggal 22 November bersama famili pada jam 12.10 tengahari adalah pertama kali dilalui selepas aku pulang ke kampung halaman.

Pertama kali melihat trailer 2012, filem ini pada pandangan aku mempunyai rencah filem bencana alam yang pernah popular digarap sekitar tahun 90an. VOLCANO, DEEP IMPACT , HARD RAIN dan ARMAGEDDON antara filem yang terlintas tatkala menonton filem ini. Karya terbaru Rolland Emmerich ini mengabungkan semua elemen filem bencananya yang lepas seperti DAY AFTER TOMORROW dan INDEPENDENCE DAY. Satu pendekatan yang biasa dilakukan pengarah ini.

Siapa tak kenal Rolland yang selalu hadir dengan filem-filem bencana yang menggunakan CGI tahap 'gaban' yang membuatkan penonton terpukau. Dalam INDEPENDENCE DAY, USA digegarkan dengan kekacauan yang diakibatkan oleh makhluk asing yang cuba menakluk bumi. Dalam filem seterusnya, THE DAY AFTER TOMORROW, global warming menjadi scaffolders yang membentuk kerangka cerita. Sekali lagi, 2012 mengulangi kejayaan THE DAY AFTER TOMORROW dalam naratif yang lebih berani dan bencana yang lebih dasyat.

Sedikit 'brief-synopsis' untuk 2012. Bumi dijangka akan tamat hayatnya tanggal 21 Disember 2012. Pada tahun 2009, seorang pekerja lombong menyedari kesan panas bahang matahari yang makin kuat. Isu ini disampaikan rakannya ke orang tinggi di White House. Tanggal tarikh yang dijangka, bencana berlaku. California, Las Vegas dan seluruh dunia musnah. Tatkala dunia sedang musnah, USA dan beberapa negara lain telah melaburkan satu projek mega yang boleh meneruskan hidup manusia.

Plot 2012 penuh dengan elemen kemanusiaan, agama dan pelbagai sikap manusia dalam menghadapi bencana. Garapan 2012 pada aku amat berani. Di sebalik hiburan yang penuh dengan CGI, Rolland Emmerich cuba memaparkan sikap USA yang pentingkan diri sendiri dalam saat genting. Mesej sinis ini digambar saat bila singkap bongkak pihak USA yang tidak mahu membuka pintu The Arc untuk menyelamatkan diri daripada Tsunami. Mungkin anda melihat saat ini hanya sebagai satu saat cemas, namun.. jika diteliti, 2012 bukan saja hiburan biasa tapi gambaran satu keadaan yang mungkin terjadi saat kejadian cemas sebegini menimpa negara. Saat-saat beginilah, mula timbul bongkak dan pentingkan diri. Saat ini jugak, semua orang akan mula menggunakan kuasa mereka untuk mendapatkan apa saja aspek keselamatan.

Rolland bijak mengadun unsur keagamaan dalam filem ini. Aku cuba menyelak apa significant filem ini di samping ramalan Kaum Maya yang dijadikan satu filem fiksyen. Unsur penyatuan kaum menjadi satu tunjang penggerak kepada filem ini. Kita jelas lihat saat Islam, Buddha, Kristian mula mengabdikan diri pada tuhan saat dunia makin kiamat. Namun, mungkin sudah lewat kerana sebelum ini kita selalu melupakanNya. Tidak kira apa agama pun, aku lihat 2012 juga seperti menyedarkan kita bahawa kita hanya akan menyerah diri pada Tuhan hanya di saat akhir ajal kita bukan?

Aku membandingkan scaffolding cerita ini dengan filem THE DAY AFTER TOMORROW. Pada aku, 2012 adalah cermin THE DAY AFTER TOMORROW. Ya, mungkin ada yang mengatakan bahawa THE DAY AFTER TOMORROW adalah kisah global warming, dan 2012 adalah kisah 'kiamat'. Makanya, dua filem dari pengarah yang sama ini mempunyai premis cerita yang berbeza. Bukan itu yang aku maksudkan. Apa yang aku cakap ini adalah tentang kerangka dan binaan jalan cerita yang hampir sama. Idea global warming bukan satu perkara biasa. Semua orang tahu tentang itu. Sebab itu, Rolland menggarap adegan bencana di awal-awal filem menjadikan filem THE DAY AFTER TOMORROW sebuah filem tentang kemanusiaan dan kekeluargaan pabila mereka yang terselamat terpaksa survive keadaan bumi yang dah berubah.

2012 juga bertitik tolak dari idea yang sama. Walaupun tarikh 2012 bukanlah amat popular di kalangan semua penduduk dunia. Filem ini cuba membangun dari tarikh ini. Walaupun Rolland menggunakan premis ramalan kaum Mayan dan Nortradamus, apa yang ada hanyalah satu lagi THE DAY AFTER TOMORROW. Namun, versi THE DAY AFTER TOMORROW kali ini lebih banyak bencana dan kerosakan. Perhatikan pergerakan cerita THE DAY AFTER TOMORROW dengan 2012. Dalam THE DAY AFTER TOMORROW, seorang lelaki menemui satu berita yang kesan global warming akan dirasai terlalu cepat. Dalam 2012, seorang lelaki menemui yang dunia akan kiamat tahun 2012. Filem kemudian bergerak ke hadapan apabila hero kita ni cuba meyakinkan hal ini kepada pihak tertinggi.

Namun, apa yang sedikit berbeza dalam 2012 adalah kerangka 2012 yang dibantu watak Jack Curtis dan familinya yang cuba survive bencana. Walaupun Jack Curtis menjadi satu kerangka yang membina aksi-aksi cemas dalam filem ini, filem ini masih lagi bergerak selari dengan usaha manusia-manusia lain untuk survive keadaan ini dengan menaiki The Arc. Ada persamaan antara 2012 adalah ibarat THE DAY AFTER TOMORROW yang telah mekar menjadi pokok yang penuh cabang dan di cabang-cabang itu pula ada pelbagai kisah yang akhirnya bergerak akibat dari bencana yang berlaku.

Melihat visual efek 2012, garapan sungguh besar dan 'fulamak'. Aku sendiri terpinga melihat lurah besar di California dan Las Vegas. CGI 2012 lebih banyak berbanding THE DAY AFTER TOMORROW. Itu yang membuatkan 2012 menjadi sebuah filem yang padat dengan aksi cemas setiap karakter. Adegan California saat Jack menyelamatkan isterinya dari gempa amat menakjubkan.

Aku mengharapkan 2012 adalah sebuah filem yang sedikit berpijak di alam nyata sebab Rolland Emmerich cuba menggambarkan tragedi yang diramal pada 2012 ini. Namun, pabila dia meletakkan kisah pembinaan The Arc yang dipersetujui oleh 48 buah negara, filem ini sudah menjadi satu filem fiksi yang hanya sesuai untuk ditonton sambil makan popcorn. THE DAY AFTER TOMORROW tidak wujud atas kerangka fiksyen. Ia hanya kisah survival watak Dennis Quaid dan sekitarnya menghadapi cuaca yang sudaah berubah. Justeru, THE DAY AFTER TOMORROW aku lihat jelas menggambarkan kesan global warming yang mungkin akan berlaku.

pada 2012, The Arc itu nampak menjejaskan survival Jack Curtis kerana mungkin The Arc sebesar itu dibina dalam masa yang singkat (2 tahun). Malah, adegan babak last amat memberansangkan. Namun, kisah Arc yang sedikit mempunyai kisah ala Nabi Nuh (Noah Of Arc) menyebabkan kisah ini mempunyai pengakhiran yang cukup janggal. Aku mengharapkan pengakhiran 2012 seperti filem DEEP IMPACT. Pengakhiran yang ceria mungkin menggembirakan penonton. Tapi, berkesankah 2012 dalam memupuk kesedaran kepada semua manusia jika ada yang mempercayai tanggal 21 Disember 2012?

Aku masih ingat babak pengakhiran DEEP IMPACT, saat wartawan lakonan Tea Leoni memutikkan cinta terhadap ayahnya yang sudah lama dibenci kemudian, tsunami melanda dan mereka mati. Adegan yang sungguh menyentuh hati. Bukan aku nak mempertikai ending filem ni, tapi, filem yang berkisar tentang apocalypse, susah nak digambarkan dengan pembinaan The Arc. Aku yakin, jika pengakhiran 2012 lebih tragis tanpa ada kisah kejayaan The Arc, kisah 2012 boleh menyedarkan manusia untuk mendekatkan diri kepada Tuhan. Selain itu, 2012 mungkin akan menjadi sebuah filem yang boleh mengajar remaja dan kanak-kanak tentang kepentingan menja alam sekitar dan cinta terhadap bumi.

Kesimpulannya, 2012 bukan satu filem 'kiamat' yang selalu digembar gemburkan. Filem ini hanya menggunakan premis itu hanya untuk menggerakkan imaginasi Rolland yang hendak berkarya. Pada aku, mungkin filem ini amat baik dari binaan cerita. Kisah Jack Curtis dan The Arc bergerak selari dan membina kerangka. Amat baik. Namun, filem ini mungkin bukan satu filem yang baik untuk menyedarkan manusia untuk bangkit dan sedar yang dunia (walaupun jika takdirnya bukan pada 2012) akan kiamat jugak satu hari nanti. Papepon, 2012 adalah satu filem yang sesuai dengan nilai sehelai tiket untuk menonton filem. Berbaloi.

P/S: Ayat skema.. best sangat filem ni.. tapi, ini yang lahir dari analisis aku So, ada komen dan pandangan... silalah.

Saturday, November 21, 2009

Mengaku Rasul

Apa aku buat cuti2 ni. Aku sekarang tengah mengarang satu skrip. Entah, kejap skrip ni jadi thriller, kejap2 jadi horror, kejap2 jadi aksi. Masih tidak utuh lagi kerangkanya. Namun, aku yakin, INSYAALAH.. aku akan selesaikan skrip ini. Papepon, di samping aku buat keje yang risikonya 50-30-20.. ya, 50% akan jadi hanya skrip syok sndri.. 30% pulak peratusan boleh dijual, hah..20% lagi kemungkinan tidak siap.. ngehehe... satu g aku sempat menonton sebuah filem Indo yang pada aku cukup berani dalam menghujahkan isu RASUL PALSU. Sudah ada mungkin yang menonton filem ini di bioskop(sinema), sbb filem ini sudah ditayang di pawagam tahun 2008 lagi. Agak lama ya..

MENGAKU RASUL, sebuah filem terbitan STARVISION yang pernah juga mengeluarkan sebuah filem religious bertajuk PEREMPUAN BERKALONG SORBAN. Aku tak nak review filem ni sbb beberapa blog rakan aku jugak bertindak mereview filem yang sama. Satu filem yang cukup hebat dalam mengangkat kredibiliti wanita dalam agama Islam.

Dah lari dah dari topik. Baik.. aku cuma ingin mengangkat tentang isu yang diutarakan dalam filem MENGAKU RASUL. ISU ajaran sesat yang berlaku di sebuah pesantren. Hmm... sungguh bijak kisah ini dikarang. Sungguh berani ayat dicipta.

Papepon, sape2 yang x tengok g cite ni, boleh la tgknyer.. boleh mengajar erti kehidupan dan kejahatan syaitan yang sentiasa menyesatkan umatnya.


Sebuah filem yang boleh menjadi inspirasi buat masyarakat, khususnya generasi muda

Thursday, November 19, 2009

Korang Hadapilah Dengan Senyuman

Aku akan pulang ke kampung aku di PERLIS.. malam ni.. train 9.30 di koach r3 yer..sesape nak mintak autograph atau nk ambek gambar sila ke sana yer... intro ala perasan macho..dan fofular.. haha..

semua orang dah mula balik kampung. Aku akan pulang malam ni. 24 jam sebelum aku pulang, inilah yg aku buat..

1) tengok movie

2) tengok movie

3) tgok konsert tango

4) settle tempahan

5) dtg lib sbb nk update blog even internet KHAR tengah laju giler...

mesti ada yang ternanti nanti tentang pos konsert tanggo.. malangnya, sewaktu aku datang nk update ni, aku lupa bawak kamera. So, gambarnye x dptla nk diupload.. nnt yer...

papepon, entry ni hanyalah bertujuan untuk mengucapkan kata2 penghargaan dan terima kasih terhadap para pembaca, juga teman2 seperjuangan di UPSI terutama my TESLmate. Tak kira sem berapa pon, thanks sbb terima aku.. 3 sem di sini.. ada lagi masa untuk aku maju ke hadapan..

okeyh..

sepuluh jari aku susun untuk aku taipkan pos ni dengan cepat dan pantas... balik 2 elok2... jaga diri dan jumpe lagi next sem...

maaf if ada salah kata mahupun tari pena yang kadangkala kasar mengurai kata kata. kata2 kadangkala lahir dari hati. Hati aku kadangkala kasar seprti tar jalan dan kadangkala lembut seprti span.

Ni aku tujukan lagu ni khas buat semua..

papepon, hadapilah dengan senyuman sbb senyuman itulah.. pengubat segala duka.. (aaargh.. terlalu sedih di situ).. tidak.. tidak.. (cooolll!!!)

k.. bye..


Tuesday, November 17, 2009

Skrip 7707: komen ikhlas dari hati



Beberapa hari lalu, aku sempat mencuri masa untuk menonton sebuah filem Malaysia yang diarahkan oleh pengarah A Razak Mohaideen, SKRIP 7707. Tak berkesempatan untuk menonton di pawagam, aku cuba menontonnya di lappy dengan harapan, filem ini mampu memberikan satu anjakan paradigma terhadap filem seram Malaysia yang semakin penuh dan berlambak di pasaran. Bukan tidak mahu 'tabik spring' dengan lambakan filem tersebut, namun kualiti harus dijaga. Sepanjang aku menonton filem seram tahun ini, hanya satu saja filem yang berjaya memenuhi citarasa aku.. tajuknyer... HISTERIA.

Aku cuba menganalisis kekuatan SKRIP 7707 yang dikatakan menjadi sebuah filem seram trbaik Razak selepas RASUKAN ABLASA. Sebelum tu, maaf sebab aku tidak akan membandingkan filem ini dengan RASUKAN ABLASA kerana aku tidak tertarik sikit pon untuk menonton filem tersebut. Sebelum itu, ini trailer SKRIP 77o7
Disebabkan filem ini mempunyai 9 cerita pendek. Aku akan bercakap ttg each of it piece by piece. Tak perlu aku menghuraikan secara overall sbb filem ini tidak bergantung dengan struktur cerita yang tidak saling berkait.

1) Kisah hantu pompuan kat asrama (Pekin dan Kenchana Devi)

Kisah ini terlalu biasa. Sering diperturun melalui mulut2 siswa siswi. Kisah ini, pada aku tidak la terlalu seram. Menyaksikan Indian Lady yang berjalan mengganggu dan tidak ada kisah tentang siapa Pekin yang sebenarnya, membuatkan aku fikir, ape motifnyer story ni? Takde palang untuk didaki, tetibe terus je berada di kemuncak. Huh? Lakonan Pekin teruk dan short story ni, adalah short story yang terlalu biasa. Mungkin, sbg seorang yang mahir dalam perfileman, story ni lebih diperkembangkan dengan babak2 yang lebih seram.

Pada aku, short story ni tak jelas. Sepatutnya, sebelum Pekin masuk bilik dan berkonfrontasi dengan hantu tu, at least, adakan sikit dialog pekin dengan sesiapa yang berkenaan. Mungkin, hantu tu mengganggu dia sbb ada perkara yang tak baik yg telah dia lakukan hari tu ke... baru storyline tu menjadi short story bermaruah. Ada naratif. Ini hanyalah scene je.. tapi, adakah scene sahaja udah dikira short story? hmmm..

2) Hantu lif (Que Haidar)

Yang ni pon teruk jugak. Apekah? Bila buka lif terus nampak kubur.. pakai logik pon x leyh trima. Huhuhu..

xnk komen.. sbb aku pon x tau nk comment.

3) Hantu pompuan beranak (Ruminah Sidek & Haryanto Hassan)

Yang ni punya naratif. Selepas melalui dua story yang tak tau ujung pangkal, kisah no 3 ni bleh la sengat sikit. Sebuah kisah yang pada aku sungguh popular di kalangan orang2 Melayu. Lakonan Haryanto dan Ruminah ok.. cukup membantu perkembangan cerita ni. Overal, kisah no 3 ini baik dan tidak ada komen. ngeee..

4) Hantu lelaki kat hospital

Kisah ni, memang best. Hah.. permulaan yang cukup membuatkan orang fikir, hantu ini nk datang dari mana ekh? Hantu ape? Then, bila pak cik tu tegur diorang supaya duduk diam2 dan jangan bising, aku pon still clueless ape sbnarnye motif cerita ni. Then, baru la selepas itu, kemuncaknya bila diorang tau yang mereka duduk di tingkat tinggi dan.. siapa pak cik tu..

Keseluruhan, ini juga antara short story yang ok dalam SKRIP 7707.

5) Hantu mak datang jenguk mayat anak.

Yang ni.. cukup skema. Persoalan di sini? Mubarak Majid sebagai orang yg bekerja di rumah sakit, perlu ke dia soal panjang lebar macam dia tak tau pape ttg agama? Hmm.. at least, dia yang patut bagi nasihat kat mak cik tu.. baru la nampak kredibiliti .. hmm..

6) Hantu bayi (Fasha Sandha)

Kisah yang pada aku terbaik dalam story ni. Namun, malang sungguh tidak dibantu dengan pelakon yang cukup sesuai. Fasha Sandha, dalam adegan kat tepi sungai tu, cukup mengecewakan. Apetah lagi bila adegan k gugurkan anak tu. Hmm...

Aku jadi nak tergelak jugak bila bayi Fasha yang digugurkan tu, merangkak cam robot.. hahaha. pas2.. satu lagi, bila Fasha sebut Anak Mak! Anak Mak!... apekah? Skrip short story ni, sederhana dan malangnya lakonan teknik yang kurang menyengat dibantu pelakon yang tidak sesuai membuatkan short story ni hampeh.

7) Hantu kereta (Jehan Miskin)

Yang ni amat tidak logik. Storyline tu ok.. tapi kena letak dalam filem lain la. Kenapa? Ini jawapannya.

Semua orang tau SKRIP 7707 adalah berbentuk frame in frame atau cerita dalam cerita. Jika filem berkonsep sebegini, seharusnya, pencerita harus mempunyai pertalian dalam setiap babak yang diceritakan. Tak pun, at least, oranglain yang melalui pengalaman itu mempunyai talian dengan pencerita supaya pencerita boleh menceritakan pengalaman tersebut. Ya kan?

Namun, dalam kisah ni, Jehan mengalami peristiwa membelasah seorang lelaki di sebatang jalan. Ya, adegan ini disaksikan oleh aweknya, pencerita kisah ni.Tetapi, bagaimana pencerita tau tentang Jehan dibunuh oleh hantu lelaki tadi sedngkan dia tak ada di tempat kejadian. Lagipun, jalan tu sunyi. Takde saksi.

Lagipun, bila si gadis ni cite, last2 last.. leh lak kata tak sure dan mayat si Jehan ni tak berjumpe2. Padahal, si penonton ni disongok dah dengan ending yang dia dibunuh leh hantu tu. Dialog tak bersangkut dan cukup janggal. Namun, pada aku, kisah ni boleh dibaiki kalau ada penambahan Voice Over awek yang tengah cerita. At least, boleh aku buat assumption yang gadis ni mengagak dari pengalaman dia. Sungguh mengecewakan.

8) Hantu putus jari (M Rajoli)

Hmm... sederhana je cite ni. Namun, cerita ttg hak.. dan ape hak yang sebenarnya hantu tu nak amat bagus. Aku suke. Aku membandingkan ini dengan filem Rashid Sibir. Terdapat sedikit unsur2 pengarah itu di sini. Tapi, kenapa huh.. kenapa perlu M Rajoli tidak mempercayai kata kanak2 itu sedangkan sepatutnya, bila budak tu dah asyik nampak je kelibat abangnya, dia patut rasa sangsi dan pelik. Huhu..

Hantu cukup lawak. Adegan yang tak bleh blah adalah adegan waktu orang tgh baca yassin. Then hantu tu masuk. Lekat pulak bebayang kat atas tikar dan daun pintu. Hantu de ke bayang..???? at lest erase la sikit bebayang tu. Sedangkan efek macam api2 leh ditambah.. inikan nk padam bayang je.. ngeee


ni ha.. korang tgk dan gelak sndri yer

9) Hantu hospital

Kisah seorang lelaki yang konon nak tunjuk berani, last2 kena kacau sndri ngn hantu. Pelakon dah overdos gegiler lakonannyer.. dan.. hantu pon huh, apekah motifnyer.. macam bukan hantu.

X banyak komen ttg storyline. Namun, komen ttg set dan prop ada. Nama pon hospital lama, pesal bantal nambak baru? Persoalan ini, jawabla sndri.. hehe.. okeyh..

Keseluruhannya, filem SKRIP 7707 punyai idea yang cukup baik. Tetapi, 9 cerita ingin disampaikan dalam masa kurang dari 1 jam setengah membuatkan filem ini mengecewakan. Sepatutnya short story pada2 la.. mood filem slalunye 30 minit baru baik. Ni x sampai 10 minit, dah tutup cerita, mana orang nk dapat feel. Dalam 30 minit, at least ada permulaan yang membuatkan orang berteka teki, introduction kepada karakter dengan jelas. Pas2, naikkan mood sedikit demi sedikit. Durasi yang tak sampai 10 minit amat tak sesuai... filem ni dah jadi macam sketsa kat kem-kem motivasi dah..

Aku pernah menonton filem berformat sama. BANGKOK HAUNTED, sebuah filem thai yang punyai struktur sebegini. 1 jam setengah, 3 short story disampaikan oleh 3 orang yang sedang minum2 di sebuah kafe. Bayangkan adegan kafe itu, yang hanya menjadi landasan untuk penonton rileks akhirnya, diakhir cerita bertukar menjadi sebuah kejutan yang sama kita lihat di dalam SKRIP 7707. Kejutan dimana pencerita itu sendiri adalah HANTU. SKRIP 7707 mempunyai struktur yang sama, tapi, ending itu tak cukup menyentap.

Setnya hanya di sebuah kafe. Cukup sesuai sbb orang tak akan bercerita di sebuah tempat yang tidak sesuai. KUBUR CINA, tidak la membangkitkan sangat 'horror' cite ni. Perlukah KUBUR CINA? Kalau dibuat di sebuah kedai makan ke.. yang ditempah khas, kemudian, last2 dia realise yang kedai tu sndiri x wujud, itu lagi menambahkan horrornya kan? Hmm...

Last.. Burn dan Fouziah Gous.. sederhana. Skrip ini nampak seperti rilek dan seperti nk penonton ikut dan lihat saja. Sepatutnya, pada aku, skrip yang baik adalah skrip yang membuatkan penonton berfikir dan bermain dengan filem. Perhatikan HISTERIA yang pada aku cukup baik.

Satu lagi, adegan penyambung between each story. Amat skema dan mengecewakan. Skrip yang nampak cam 'mals' je.. Dialog yng cukup meluat dan kurang sentap. Burn yang nk temu bual diorang. Semua pencerita tu hadir sbb diorang ada cerita hantu masng2. Tapi, boleh la plak Burn tanya macam dia sndri tak tahu yang dia dtg situ nk temubual tentang kisah hantu. Hmmm..

Papepon, SKRIP 7707 bukan filem terbaik Razak. Hanya yang mahu horror tanpa kejutan, tgk hantu pakai jubah dan tengok karakter menjerit tapi penonton hanya wat deeek.. sesuaila tgk.. ngee..

ok.. 2 je..

Sunday, November 15, 2009

Exam Tu Seronok .. Kan? (Part 3)








Aku boring... boring dan boring.. dengan internet yang macam sengal dan sungguh mendukicatakan, menjadikan blog ini sentiasa bersawang dan susah nk disapu..

lalang tumbuh merata
singga masuk berkata
kenapa x buka cerita
beta mahu membuta

maka, aku pon.. hmm.. merenung jauh meminta hopefully dapat gak mengupdate.. luckily, nasibla internet malam ni ok.. x tau la nk sembang ttg pe.. my life is empty...

sungguh kosong mengarang dunia
amat bohong kalau tiada ria

kan?

i thought about everything.. everything that i can imagine.. everything.. hmm.. x nak imagine markah exam.. tapi.. sesungguhnya.. menanti markah itu ibarat menanti hari dikhatan masa kecik2 kan.. sungguh menyakitkan kadangkala.. sbb nak x nak.. kita kena lalu...

Ok.. kepada ssiapa yg dah meluat.. udah.. ada satu g paper nk kena lalu.. 18hb ni.. sume paper major dan minor sudah habis lalu.. it's like passing a hell inside a heaven.. cold meets hot.. campur, bahagi tolak..

xnk cite ttg major dan minor 2.. sesungguhnya.. diam itu lebih bermakna ....
hah.. nk kona jap...

hmm.. okeyh...

papepon.. saje nk tunjuk ttg bangunan baru yg sedang dibina di UPSI ni.. abaikan jika anda xnk ambik tau yer

kembali.. hahaha.. ok.. mood nk kona jugak.. jangan risau.. bukan aku sedih ke pape.. saje nk feel jer.. biasela.. feel Azam meresap... malah Anna pon termasuk2 jugak dlm dunia imaginary aku...

kona.. kona .. kona..

k..

hah.. jom masuk ke dalam suasana exam... ni exam kat SITC... exam BIR2183 LITERARY CRITICISM..

tapi.. sebelum 2.. ada exam BIL1063 ENGLISH PHONETIC AND PHONOLOGY..

(ape yg aku nk cite ni sebenarnyer?)

xdepe pon.. ahaha.. there is no point k..

saja melepaskan tensein boring di rumah kesayangan aku ni.. orang lepas tensen macam2 cara kan. satu cara adalah mengambil gambar.. ada yg suka tgk kamera bila ambik gambar.. ada yg suka ambik curi.. dan aku, tergolong dalam golongan pencuri photo.. kenapa?

ini sbbnyer..

haha.. comey tol gambo ni.. pos yg susah nk dicapture..

pape pon..

gud luck 4 semua member seUPSI.. terutama sem 3.. gud luck untuk exam 3P nanti..




Friday, November 13, 2009

Ketika Cinta Bertasbih


Berpeluang menonton sebuah lagi karya Habiburrahman El Shirazy yang diangkat dari novel tulisannya. KETIKA CINTA BERTASBIH, sebuah karya yang mengangkat darjat wanita dalam kehidupan. Kisah tentang pergolakan cinta, kehidupan, pilihan dan agama. KCB mengungkap pelbagai kisah sosial dalam satu skop yang amat luas. Sebuah kisah yang agak berat jika dibandingkan dengan AYAT AYAT CINTA.



Abdullah Khairul Azam (Kholidi Asadi Alam), seorang pelajar Indonesia di Universiti Al Azhar yang menjual tempe, adalah seorang yang amat gigih menghabiskan pelajarannya di sana. Pak Ali, seorang kenalannya di sana, ingin menjodohkan Azam dengan seorang gadis benama Anna Altharunnisa (Oki Setiana Dewi). Azam, yang tidak pernah mengenali Anna, dengan yakinnya meminta Ustad Mujab (Habiburrahman El-Shirazy) untuk merisik Anna. Malangnya, Ustad Mujab membawa perkhabaran bahawaAnna sudah dirisik Furqan (Andi Arsyu Rahman Putra), sahabat seperjuangan Azam yang kaya dan lebih berharta.

Azam kemudian mengetahui siapa Anna sebenarnya. Cinta mula berputik dalam diam. Cantik. Namun, apakan daya, Furqan yang punya. Furqan dianiaya seorang gadis Mesir dan telah menghidap AIDS. Selesai mempertahankan tesisnya, dia pulang ke Indonesia dengan merahsiakan penyakitnya. Furqan melamar Anna. Anna dalam diam, membumbu cinta terhadap Azam.

Selepas tu.. tengok sndri yer...

KCB merupakan kisah yang amat luas skopnya berbanding AAC. Jika AAC lebih fokus kepada Fahri yang terjerat di antara kasih Aisya dan sayang Maria, KCB lebih bergolak lantaran kisahnya yang lebih luas dan tidak hanya fokus kepada Azam. Sedang Azam berkonflik dengan dirinya, muncul pelbagai masalah di kalangan rakan-rakannya yang memerlukan bantuannya. Dalam KCB, setiap karakter minor seperti rakan-rakan Azam juga mempunyai konflik tersendiri. Namun, konflik-konflik ini berpusat kepada tema yang satu, yakni CINTA.

Jika Fahri digambarkan sebagai seorang mahasiswa yang lurus dan bingung dalam memilih cinta. Azam dilakar sebaliknya. Dia digambarkan sebagai seorang yang pandai mengurus hidup. Malah, dia juga selalu menyelesaikan masalah rakan-rakan serumahnya.

Binaan plot yang cukup padat, dan memang penuh dengan nilai keagamaan dan nasihat, KCB adalah satu filem yang cukup menyentap hati buat pembaca-pembaca novel HABIBURRAHMAN EL ZHIRAZY.

Sebuah masterpiece Habiburrahman lagi untuk ditonton. Ditayangkan di Indonesia sekitar Jun. KCB 2, juga berlandaskan novel kedua siri ini, sudah ditayangkan di pawagam September lalu.

Melihat dari pembinaan cerita karya HABIBURRAHMAN, penulis ini lebih menumpukan kepada kekuatan wanita-wanita islam dalam menjaga kehormatan dan kesucian. Melihat kepada karakter Gadis Mesir yang menipu Furqan, Habiburrahman mencarikkan secebis lukisan tentang gadis Mesir yang hanya cantik pada rupa namun tidak pada hati. Mengingati PUDARNYA CINTA ZULAIKHA yang juga karya penulis yang sama, KCB cuba memberitahu kita bahawa secantik--cantik wanita adalah wanita yang mempunyai nilai agama yang tinggi dan menjaga kelebihannya.

Melly Goeslow tampil dengan lagu temanya, mengingatkan kepada kuasa lagu AYAT AYAT CINTA nyanyian ROSSA untuk filem AC..


Papepun, KETIKA CINTA BERTASBIH adalah sebuah filem yang mempunyai nilai moral yang tinggi dan sungguh hebat. Menyaksikan KCB seumpana mengharungi satu proses menilai diri sendiri dalam satu cara yang berbeza.

--------------------------------------

Sekalipun cinta telah ku uraikan dan ku jelaskan panjang lebar, namun jika cinta ku datangi, aku jadi malu pada keterangan ku sendiri. Meskipun lidah ku telah mampu menguraikan. Namun, tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang, sementara pena tergesa-gesa begitu menuliskannya. Kata-kata pecah berkeping-keping, begitu sampai kepada cinta. Dalam menghuraikan cinta, akal terbaring tak berdaya bagaikan keldai berbaring dalam lumpur

-Anna Athafunnisa

Saya hanya ingin seperti fatimah, puteri kandung Nabi, yang seumur hidupnya tidak pernah dimadu oleh Saidina Ali bin Abi Tallib, suaminya. Saya ingin seperti Siti Khadijah, yang selama berumahtangga dengan Rasulullah S.A.W juga tidak pernah dimadu.

-Anna Athafunnisa

Cinta ada kekuatan yang mampu mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur, mengubah malang jadi untung,, mengubah sedih jadi riang, mengubah setan jadi nabi, mengubah iblis jadi malaikat, mengubah sakit jadi sihat, mengubah bakhil jadi dermawan, mengubah kandang jadi taman, mengubah penjara jadi istana, mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi muhibah.

--Ayyatul Husna




P/S: Aaargh.. kena cari juga KCB 2 nih.. huhu..

Wednesday, November 11, 2009

Exam tu Seronok .. Kan? (Part 2)

Dah selsai satu lagi paper.. paper yg agak berat jugak.. selepas mengalami satu aktiviti pertapaan yang agak berat selama seminggu, penantian untuk paper BIL1023 SECOND LANGUAGE ACQUISITION pon berakhir...

final touch.. konon.. then, siap leyh blogwalking lagi.. internet cam hampeh... otak dah mampat dan tepu... namun, masih lagi berkata.. nak info nak info.. aku cakap.. sudah.. otak cakap nak jgk nak jugak...

pas2, mau x bangang jadinyer.. siap kol 2 .. konon sampai terus leyh muntahkan sumenyer la kat atas kertas.. padahal lain pulak jadinyer..

berlari berkejaran..
aku terlewat.. but nasib... exam lom lagi mula.. ngeee..

marathon siot.. sampai mak cik2 cleaner yg sedang berehat di kaki lima memberi sokongan... siap felo KHAR lagi memerhati..

papepon.. macam biasa.. lepas exam, xde perbincangan. aku terus blah balik... sedikit masalah otak di situ.. sbb aku terlalu banyak muntahkan idea selama 2 jam.. aku ppon dah tak tau nk cakap dan berboak2..


balik makan2 dan terus tido... menunggu malamnya... untuk study paper esok.. satu hari yg memenatkan lagi.. hmmm...

Tuesday, November 10, 2009

Genie


Kepada semua TESL student.. tentu anda pernah pelajar SLA.. ataupun anything regarding teori2 learning and acquisition.. anda kenal STEPHEN KRASHEN, ROD ELLIS... dan NOAM CHOMSKY?.. of coz la kenal kan.. sape yg ambik bahasa.. x kenal ni jom g terjun sungai mandi manda sekarang jom..

Dalam belajar2 ttg proses acquire language ni... banyak contoh2 yg akan kita dengar.. mungkin korang pernah diceritakan leyh lecturer korang ttg sorang budak bernama GENIE .. sebuah kisah yang membuktikan tentang critical period hypothesis yg mana menyatakan bahawa bebudak bawah 12 boleh menyerap knowledge bahasa dengan mudah.. hmm. xnk explain ttg 2.. namun, apekah yg aku nk cite ni?? meh kita tgk video ni... jangan sedih2 yer... inilah realiti...



inilah genie(gambar di atas), seorang gadis yang menjadi satu topic hangat sekitar 70an.. apa yg spesel sgt budak comel ni.. ini kisahnya buat sesiapa yg tidak pernah mengetahui...

Genie adalah seorang gadis yang telah dikurung di dalam biliknya selama 12 tahun. Menurut Wikipedia, mak Genie ni ada rabun katarak, leyh nampak sikit2.. bapak si Genie ni pulak separuh gila sbb maknye dulu ni mati eksiden... jadi, sudah jelas di situ ketidakseimbangan keluarga nih yer..

Makanya.. bila umur Genie ni lebih kurang 14 hingga 20 tahun, zaman dia nk mula acquire speech, doktor gtau bapak dia nih yg Genie akan mentally develop dalam jangka masa yg lambat.. so, si bapak ni... sbb berfikir ttg anaknya yg mungkin akan jadi cacat dan abnormal bila dewasa.. mengurung Genie di dalam bilik dan tidak dibenarkan keluar pon selama 12 tahun...

Tragiknya, sepanjang 12 tahun Genie dikurung dalam bilik.. pada siangnya dia akan diikat di atas kerusi.. dan sebelah malamnya, dia akn diikat di atas katil.. so, ini macam ritual supaya Genie ni akan jadi normal.. according 2 kepercayaan bapak dia.. Genie juga dilarang bercakap.. bapak dia akan dog barking her kalau dia bercakap.. sungguh tragis...

Genie dijumpai slpas mak Genie berpisah ngn bapak Genie dan membawa Genie sekali. Genie tidak dapat bercakap seperti normal.. dan tidak juga dapat berjalan dan melakukan seperti manusia normal... bayangkan 13 tahun dilarang melakukan apa saja..



ni adalah muvinyer.. MOCKINGBIRD DON'T SING.. filem yg akhirnya membawa Genie ke layar perak...

sebuah kisah eksploitasi.. sbb Genie ini adlah subjek kajian yg digunakan dalam mengkaji proses pemerolehan bahasa.. bagaimana pakar2 mengeksploitasi kelemahan Genie dan menggunakan dia sbg bahan kajian..

papepon, kisah Genie hanya satu contoh untuk membuktikan bahawa proses pemerolehan (acquire) bahasa bukan mudah jika kita mencapai tahap dewasa...

Monday, November 9, 2009

Akhirnya.. Penantian Berakhir


Selepas mendaftar NUFFNANGER sejak August.. FINALLY.. earning NUFF aku berjaya melepasi RM50... aku berfikir dua kali jugak untuk cashout NUFF nih.. sbb kalau aku kumpul.. aku dpt byk g.. leh cashout banyak2 terus... (ada riak di c2... x bek x bek)

TAPI...

ini first EARNING aku..

KALAU X CASH OUT... x dapat nk tgk.. cmne proses CASHOUT 2.. kang kumpul beribu.. dapat satu habuk pon x..

HMM...

PAPEPON.. MEKACIH LA KPD SUME PENGUNJUNG BLOG2 AKU... K..

SBG BLOGER SUKA2.. nk dapat duit camne...??? jawapannya.. KERJASAMA.. kan?

yeyeah..

pelawat RULUCKY2BUY, ADDICTED2BOLLY, CIKGUMANSTATION, dan CIKGUMANSTATION 2.. jemput2 dtg la yer... kedatangan anda sume... insyalah akan mantapkan lagi penulisan blog2 ni..

sape yg lom daftar sbg NUFFNANGERS.. anda leyh rujuk tutorial NUFFNANG ni.. k.. jom wat duit dgn NUFF...

P/S; sape2 tolong explain jap.. 30 hari selepas hujung bulan 2 means?.. kalau dah CASHOUT sekarang... 8 nov.. maknanya 30 hari selepas 8 nov atau 30 hari selepas 30 nov?...

Saturday, November 7, 2009

Exam tu Seronok .. Kan? (Part 1)

Dah selesai satu paper.. ada lagi 4 untuk diselesaikan.. sesungguhnyer..exam 2 seronok..kan? meh aku bawak korang ke dalam situasi yg telah aku lalui pada hari tersebut...

Exam SELECTED NOVELS AND SHORT STORIES bermula jam 3.. so, disebabkan hari jumaat, aku pon g solat jumaat dan terus lepak kat lib....

then, 30 minit b4 exam.. aku pon lepak la di depan SITC...tmpt aku nk ambik exam...

ni member2 aku... :-)

semua orang tgh tekun study last minit.. aku, tekun capture gambar.. hehe

then.. exam pon bermula .... hmm.. xnk comment bebanyak ttg soalan dan jawapan.. tunggu jer..



pas2.. 5.30 ... aku pon balik.. (nape naratif cite ni cam bodooo jer...?).. hmmm...
kesimpulannyer... exam 2 seronok kan?

pape pon.. next paper rabu ni..
:-)



Thursday, November 5, 2009

Gatsby

Buat pertama kalinya dalam sejarah..
aku persembahkan buat sume yg nk ambik exam SELECTED NOVELS and SHORT STORIES esok...
THE GREAT GATSBY..

PART 1.. an introduction 2 Nick, tom, Jordan and Daisy...



then.. alahai. x berjumpe lak sambungannyer...

tapi, bawah ni.. scene party rumah Gatsby..
eventhough xde Gatsby dlm scene ni, dpt la tgk gambaran party 2..... dptla gambarannyer..
dpt jugak tgk ape kebendenyer Eyes of Dr TJ Eklenburg..dan gambaran sebenar Valley Of Ashes...

scene bawah ni.. ada babak ttg Tom bawak Nick g jumpe affair dia, si Myrtle.. dan bawak g New York..


ok guyz...

penutup...
aku embedkan Interview dgn Anita Desai.. writer of Village By The Sea

Gud Luck sume....

Tuesday, November 3, 2009

Kaitan Dr Asri dan Tikar Sembahyang

Baru sbntar tadi, aku baru pas call mak aku.. saja aku ingin tanya ape kes sbnrnyer yang jadi ngn Dr Asri.. bekas Mufti Negeri Perlis ni.. negeri aku yer.. my beloved hommy.. my beloved perlis.. remember.. i'm a perlisian but not a persian k..

saja aku tanya ttg hal ni.. katanya xde papepon... xnk la sembang dan panaskan hal ni dlm blog.. cume, berita baru smlm.. dia dah dibebaskan ngn bon jaminan sbb mahkamah xde bukti yg dia menjalankan ceramah tanpa permit..

malangnye.. beliau kena menunggu slama 3 jam coz masalah ketidakhadiran someone yg amat penting untuk melengkapkan sesi perbicaraan..

papepon, waktu jadi mufti dulu, memang Dr, Asri ni memang aku salute dan tabik r.. aku ingt g .. dulu, waktu aku keje sambilan kat pasaraya The Store.. ari jumaat je aku akan g ke Masjid Alwi Kangar, coz Dr Asri ni yg akan beri khutbah ari 2.. sekali dia beri khutbah.. korang jangan harap masjid 2 lengang... sampai penuh masjid dibuatnyer.. aku pon, kadang2 x smpt nk ambik tempat kalau punch card keluar rehat lewat... suke tgk cara bercakap dan berkhutbah tanpa teks dan keyakinan beliau dalm menyebarkan dakwah...

keberanian dia ni, yg wat sume orang berkata.. memang betul.. tapi, nape semua kebenaran ni susah nk nampak.. bahtera perubahan yg dia kendali kat Astro 2.. memang satu program yg memang pedas dan hangat... aku x nafikan kadangkala kita sndri x dapat terima kebenaran.. orang akan cop orang yg memberitahu 2 saja memberi alasan untuk membuatkan kita x melakukan apa perkara yg kita suka....

"matlamat halalkan cara".. kalau ada yg tgk ni.. sah teringat hal kontroversi aku dalam mengungkap hal2 yg terjadi pada Pesta Konvo UPSI.. (kontroversilah sangat.. hahaha)hehe.. aku saja ngin bercakap ttg ni sbb aku rasa, memang byk orang melakukan ini.. aku pon kadangkala menghalalkan cara jugak..

hehehe...

tadi, waktu aku call mak aku.. aku mendengar dari jauh suara adik aku menjerit something.. dan.. mak aku tolong jelaskan yang...

"TIKAR SEMBAHYANG/SEJADAH BERDIRI PULAK DI MESJID PADANG BESAR"

adeyh.. tempat mampir ngn aku punye area 2... sape x tahu ape itu Padang Besar, meh aku ketuk kepala..hmm.. aku cakap kat mak aku...

sblm ni pon aku de wat pos ttg tikar sembahyang

(rujuk ni)
"ala, bebudak je 2.. diorang malas nk sembahyang.. g dirikan tikar 2.. last2 diorang.. masuk skali ngn imam2 tak dpt nk solat dlm surau/mesjid 2"

pas2..

mak aku ckp.. "kadangkala, betul jugak.. tapi, akhir zaman ni sume leyh jadi"

aku balas..

"biasela, bebudak skarang.. pandai sgt.. cmne cikgu nk mengajar nih.. x katakan semuanya tipu.. tp, kena bezakan yg mana betul atau salah.."


hehe.. sronok kaco2 mak aku.. beloved mummy.. hehe.. pas2.. ok.. sebenarnya, dialog itu bukan betol ya.. aku bertutur loghat perlis yer.. bukan diorang2 cm2.. saja di alihbahasa buat semua peminat blog ini.. yeyeah..

perlu ditekankan di sini.. bukan aku tidak mempercayai berkenaan tikar sembahyang berdiri ni.. tapi, bila ada ketaksuban dalam petanda tuhan ini.. itu boleh bawak kepada syirik.. oleh itu, ingt yang kalau kita sndri pon x solat.. malu r kita kalau tikar 2 tolong solatkan untuk kita... 2 pon kalau ada orang tolong dirikan tikar 2 untuk mimik orang bersolat...

namun, aku tahu.. dari byk2 2 mungkin ada yang betul.. mungkin kita sbg sorang melayu ni suke sgt kisah mistik2.. ingt.. SEMBAHYANGLAH KAMU SBLM KAMU DISEMBAHYANGKAN.. aku mengingatkan diri aku.. yg kadangkala tertinggal jugak solat 5 waktu ni.. huuhuhu...

P/S: XDE KAITAN PON.. JANGAN TANYA LAGI...

Monday, November 2, 2009

Ntah pape Ntah....

Bertemankan nota yang setinggu gunung Everest dan buku setebal kereta kebal yang mengebom.. aku lalu bertandang ke library.. tau x kol brape aku dtg nih? hah.. keje 'skema'.. kol 9.30.. dikala orang masih nyenyak tidur diulit sayang awek mereka di dalam mimpi.. okeyh...
berbekalkan keazaman dan semangat yang membara (ayat2 semangat di situ).. aku melangkah pergi ke lib.. huh.. dengan berteman juga sebotol botol air cap KELUARGA yang aku bawak ke hulu hilir x kira kemana saja.. aku berjalan ke lib selepas naik bas dari kolej ke kampus.. (okeyh.. napekah aku terlalu skema ni.. argh!)
Aku berkhemah di lib berteman lampu bulat yang comel di atas bumbung tingkat 3 lib juga bersama sorang member aku.. BitComet menemani aku .. thanks coz muvi yg aku dpt rini best2 blaka.. tapi, bila la dpt tgknyer nih...
pulang sekitar kul 8 mlm... setelah bertapa hampir 12 jam... fuh.. world record.. aku balik la.. dan menulis entri ini..

sebenarnyer.. bukan ni mainpoint cite ni...

hari ni, UPSI dah start exam week... aku exam 6hb nih.. ada beberpa ari g....

papepon... gud luck ler pada sume..

2je..

okeyh..


Sunday, November 1, 2009

Malcom X dan Islam

Pernah x korang tgk cite ni, sebuah filem sekitar 90'an berkenaan seorang pejuang kulit hitam yg mati ditembak. Lakonan mantap Denzel Washington dan diarahkan oleh Spike Lee...


bukan ini main point cite nih k...

Beberapa hari yang lepas, aku sempat meluangkan masa utk tengok sebuah dokumentari 50 eipsode.. secara rawak jer.. yang telah diberi leh sorang member aku ni.. dokumntari ni very panas dan meletop shinggakan member aku menyatakan.. "aku dapat bayangkan ko terlopong menonton dokumentari 2"..thanks 2 her.. but, aku x bleyh nk cite ttg dokumentari 2 lebih lebih had sbb ini bukan blog membongkar propaganda dan kisah2 yang di luar jangkaan .. korang bleh search sndri di You Tube dengan taip THE ARRIVAL ataupun korang pergi sndri ke wakeupproject.com.. dan lihat sndri propaganda besar dibongkar..

POS INI HANYA UNTUK RENUNGAN.. BUKAN UNTUK MENAKUTKAN DAN MENYEBARKAN INFO SARAF YANG NEGATIF.. HANYA UNTUK BERPESAN PESAN KEPADA KEBENARAN.. ITU SAJA

Namun, dari semua isi2 yang disiarkan dlm cite 2, satu point yg paling menarik (antaranya) adalah tentang Malcom X.. sumpah, sebelum ni aku hanya rasakan Malcom X ni siri tv tentang orang dari bulan.. tembak2 punye siri tv.. betapa tidak berdaulatnyer otak aku tentang Malcom X ini...

..

..
..

..

jangan gelak...

Okeyh.. malam 2 .. aku dpt tau ttg siapa dia Malcom X nih.. sekali lagi aku terlopong... padanya ya, tiada apa2 yg best pon kalau cakap malcom X ni adalah sorang pejuang kulit hitam.. pada aku, aku mengenali dia sama seperti martin luther king.. korang kenal kan? tapi, huh.. bila aku tau kisah islam dia dan perjuangan dia membawa islam di kalangan kulit hitam. Huh, terkebil2 sbb info ini aku x pernah tau... huhuh

..

...
....

...

okeyh.. jangan gelak lagi...

Xpe.. kalau x reti, orang cakap berguru la kan..? so, menggunakan internet aku menyelongkar beberapa info berkenaan Malcom X..

(info bersumberkan WikiPedia)
Malcom X atau nama asalnyer Malcom Little juga dikenali dgn nama islam El-Hajj Malik El Shabazz atau Malcom X... seorang muslim dan merupakan pejuang kulit hitam yang memang kaw2 menentang. Dilahirkan di Omaha, Nebraska, ayahnya meninggal semasa usianya 13 lagi.. maknye lak dihantar ke mental hospital. Pada 1946, Malcom X dipenjara 8 hingga 10 tahun sbb jenayah.. dalam penjara tulah.. dia memeluk Islam.

Dikeluarkan dari penjara tahun 1952, Malcom X menjadi simbol Islam bagi orang kulit itam apabila dia join Nation of Islam di dalam penjara.. ada sikit salah paham antara Malcom dgn sorang bernama Elijah Muhammad singgakan dia menjadi Muslim Sunni dan berhijrah ke Makkah. Kat sana, dia jumpe satu oraganisasi sekular yang menggunakan agama untuk memperjuangkan hak mereka...

5 taun slpas Malcom X tinggalkan Nation of Islam.. dia dibunuh ketika sedang memberikan ucapannya di New York.. dan ini.. adalah rakaman selepas kejadian pembunuhan Malcom X berlaku...



ini adlah saksi kejadian.. satu testimoni.. tentang apa yg berlaku pada masa kejadian


papepon, satu persoalan.. kenapa Malcom memilih Islam sebagai jalan hidup dia.. ini jawapannya..


kalau sape2 yg x paham aku cite. ni adalah petikan satu dokumentari tentang Malcom X dari history channel.. yang menyelongkar diari pejuang kulit itam tersebut...


SEKIAN...

Align Center