Thursday, October 29, 2009

Pisau Cukur


Meh cini meh.. selepas aku promo filem LEMBING AWANG PULANG KE DAYANG...yg pada aku, selepas membuat blog walking, dapat disimpulkan bahawa cite 2 kurang sikit la ... huhu xper. papepon, tunggu nnt aku akan buat review filem 2..

papeon, 5 novermber nanti.. dari pengarah GOL DAN GINCU.. sebuah filem baru BERNARD CHAULY... akan muncul..
Aku... yang bertindak sebagai pempromote tidak rasminya, ingin mengajaklah para hadirin skelian.. untuk tgk previewnyer...

Apa yang akan terjadi bila mangsa dan pemburu sama-sama terperangkap di atas kapal percutian mewah? Dua orang gadis pisau cukur, Bella dan Intan, bertembung dengan tiga orang Datuk, tiga orang isteri Datuk, dua orang anak Datuk, seorang detektif dan seorang peminat setia Bella. Siapakah yang memburu dan siapa pula diburu? Dalam pelayaran yang penuh kejutan dan kelucuan, apa pun boleh terjadi! Temui "PISAU CUKUR" di pawagam 2009. - www.pisaucukur.com.my
dan sambil2 tu. layanlah.. lagu E.R.T oleh Farah Asyikin.. lagu tema filem ni..

Kupasan Pemikiran Yasmin Ahmad Dalam Talentime



Baru hari ini sempat aku menonton sebuah filem Yasmin Ahmad. Bukan menjadi satu kebiasaan sebenarnya bagi diri aku untuk menonton filem Yasmin Ahmad. Aku pernah meonton Sepet dan Gubra dan aku yakin, Yasmin punya filem bukan satu filem yang memenuhi selera aku. Begitu juga dengan Talentime, sebuah filem yang penuh dengan kiasan dan sindiran. Dengan jalan cerita yang 'slow pace', aku akan selalu menguap menontonnye.Namun, aku cuba mengupas dan menyelidik apa yang sebenarnya cuba disampaikan oleh Allahyarhamah Yasmin Ahmad melalui filem terakhir ini.

Perlu diingat bahawa entry ini tidak berniat untuk membawa premis2 politikal dan berbaur perkauman. Ianya hanyalah sekadar kupasan aku terhadap filem Talentime.

Talentime mengisahkan tentang percintaan antara sorang gadis melayu dan seorang lelaki bisu India. Pada masa yang sama, seorang lelaki melayu juga turut menaruh hati kepada gadis melayu ini. Sekolah mereka, mengadakan satu Talentime yang menyaksikan 7 orang pelajar akan berentap. Selain itu, premis TALENTIME juga memaparkan tentang konsep sama rata antara kaum yakni layanan yang setimpal ke atas semua bangsa. Mungkin konsep ini sukar diterima, tapi inilah SATU MALAYSIA.. kan3?

Aku melihat bahawa Yasmin bukan mahu memfokuskan kepada persoalan SIAPAKAH JUARA TALENTIME ITU? di dalam filem ini. Mungkin Yasmin hanya mahu menggunakan TALENTIME itu sebagai satu ‘track’ untuk mengupas isu yang ingin dia paparkan. ANTAGONIS? Tidak ada watak antagonis yang jelas dan nyata di dalam diri ini. Malah aku cuba mencari, siapakah yang berat untuk dilabel antagonis.Kesimpulannya di sini, Yasmin cuba membawa satu titik permulaan kepada satu pemikiran bahawa semua orang adalah sekata. Itulah yg aku rasa Yasmin cuba bawa dalam semua filem.

Filem Yasmin yang terakhir ini tidak kurang beratnyer. Aku ingat lagi scene awal bila Hafiz menggunakan dadu untuk menjawab soalan exam. Aku nampak kiasan yang amat berat di situ. Lihat watak orang Cina yang asyik memandang saja sikap Hafiz yang malas. Namun, di tengah2 cite kita tahu yang Hafiz mendapat markah yang lebih baik dari Cina tu dan Cina tu tak puas hati lalu report kat cikgu dia yang juga berbangsa Cina.So, apa simbolnya di sini. Aku melihat bahawa Yasmin cuba menyatakan bahawa ada juga ketidakpuasan hati antara kaum2 lain dan ketidakpuasan hati apabila melihat orang lain lebih baik dari diri sndri.

Tapi, persoalannya di sini, Hafiz memperoleh markah yang tinggi hanya kerana tuah dadunya… dan Cina itu memperoleh kerana usaha. Memang patut dia mereport hal ini kepada guru. Namun, amat jelas membuktikan ada ketidakpuasan antara Cina ni dan Hafiz hanya kerana Hafiz sepatutnya tidak boleh pandai dari Cina tu.Jadi, siapakah yang sebenarnye perlu dipersalahkan.. Apa yg aku boleh simpulkan.. usaha itulah yg perlu.. Karakter Hafiz mempunyai dua side, kadangkala kita tak boleh mengharap tuah datang bergolek. Itu dark side Hafiz eventhough dia adalah seorang yang amat baik dan setiasa menyayangi dan menjaga ibunya yang sakit di hospital. Sisi potitive pulak adalah cara dia menghormati hidup dia.. bagaimana dia hormat kepada gurunya dan kepercayaannya kepada Tuhan.

Mahesh, lelaki bisu yang pada masa yang sama ada hati kat Melor menggambarkan kemelut keluarga yang bimbang tentang penyebaran agama lain ke dalam kaum India. Bukan aku menyatakan bahawa ini berlaku secara reality, namun, melihat dari sudut keseluruhannya, setiap agama mempertahankan penganutnya supaya tidak masuk ke dalam agama lain.

Yasmin juga mengupas konsep salad bowl budaya asing dalam kaum Melayu. Perhatikan keluarga Melor yang makan menggunakan Chop Stik (kaum Cina), bertutur bahasa INGGERIS yang pekat. Perhatikan juga, bagaimana dalam pada masa yang sama budaya asal sesuatu kaum itu tidak dipinggirkan. Mungkin yasmin cuba menegur tentang kelalaian diri kita sndri tentang pentingnya kita menjaga adat budaya kita dan pada masa yang dama menerima dan menghormati budaya lain di Malaysia.

Aku terfikir, APAKAH SIGNIFIKANNYER PENGGUNAAN LAGU “ORE PIYA’” DI DALAM FILEM NI? Ore Piya dipetik dari filem Aaja Nachle dilakonkan oleh Madhuri Dixit dan lagu ini dinyanyikan oleh Rahat Fateh Ali Khan.. sungguh syahdu tika aku mendengar lagu ini sehinggakan aku pergi ke YouTube untuk mendengar versi asal lagu ini. Aku fikir, mungkin lagu ini menjadi pujaan Yasmin sndiri pada masa hidupnya. Mungkin Ore Piya mempunyai impak yang amat dalam di hati Yasmin sehinggakan beliau menerjemahkan Ore Piya ke dalam scene filem ini.

Malah, aku terfikir.. GURU, APAKAH SEWAJARNYA DIORANG BUAT UNTUK MENGHADAPI PELAJAR YANG PELBAGAI KARENAH dan TELAH MENGHADAPI IMPAK SALAD BOWL INI DI SEKOLAH.. mesti cukup sukar bukan? Aku cukup kagum jugak dengan karakter Cikgu Adibah dalam berkonfrontasi ngn para pelajarnya yang pelbagai perangai…

Sekian… ada komen.. x puas hati… comment yer.. ini pandangan sahaja.. tidak lebih dari itu..

Tuesday, October 27, 2009

Belajar Nombor dan Bulan Dalam Thai...

Meh belajar bahasa thai.. best.. aku x la ok sgt dlam bahasa Thai ni. tapi, aku rasa aku perlu curahkan ilmu ni buat semua pelawat2 blog aku yg aku sayang.. sebelum itu...
ni gambar aku bersama khun khru Norizan Che Su.. rasanya sape baja kat UPM kenal dia ni.. pensyarah bahasa Thai yg memang best ni...

Nombor 1 - 10
neng 1
soong 2
saam 3
sii 4
haa 5
hook 6
cet 7
peet 8
kaw 9
sip 10

12 BULAN
January Mokkaraakhom
February Kumphaaphan
March Miinaakhom
April Meesaayon
May Phrutsaphaakhom
June Mithunaayon
July Karakadaakhom
August Singhaakhom
September Kanyaayon
October Tulaakhom
November Phrutsacikaayon
Dicember Thanwaakhom

itu saja hari ni.. papepon.. nanti aku akan ajar GREETING lak.. mungkin boleh menyenangkan korang untuk beli barang di Naratiwat, Padang Besar, Songkhla, Sungai Golok, Bangkok dan len len

anda boleh belajar pelajaran yg lepas di sini (click)
okeyh.. gajah cikgu dah x sabar nk balik.. lew pop kan mai.. bubye..

Monday, October 26, 2009

Hindi Dan Tangisan...

PERHATIAN: POS INI BERTUJUAN UNTUK MENJAWAB PERSOALAN YG TELAH DIKEMUKAKAN OLEH BLOG RAKAN AKU YG LINKNYA DIRAHSIAKAN (Rahsia??).. TIDAK ADA UNSUR PLAGERISM DI SINI.. WALAUPUN IDEA SAMA!!
aku sudah bercakap tentang persaingan muzik India moden dan tradisional dalam filem (click sini)
bukan itu yg aku mau cite..

Orang selalu kaitkan filem hindustan dengan ini..
1) cinta tiga segi
2) percintaan dihalang mak bapak
3) nanyi guling2 dan tukar baju banyak kali dlm satu lagu
4) hero yg kekuatannya melebihi kekuatan jin tanah
5) heroin yang cantik
6) lagu di atas bukit
7) adegan nangis di ending movie
8) happy ending
9) sari nampak pusat
10) pemandangan yang cantik


TUL X?

Hadirnya aku di sini, bukan kerana mahu bercakap tentang filem newcomer aliran baru seperti mana yg kita lihat sekarang.. kalau korang nk tgk aku review dan maki hamun filem hindi sekarang, sila tekan butang ini (click).. skop pos ini meliputi filem romantix kira lama atau baru, formula ini tetap sama...

2000
1999
1998
1997

dan setara ke bawahnyer... adlah zaman mantap untuk filem tangkap nangis sbb 1998, Karan Johar mula melebarkan filem hindi ngn Kuch Kuch Hota Hai, sebelum itu, Dil To Pagal Hai pernah sentap peminat SRK n Madhuri Dixit sampai habis tisu di kedai mamak dan runcit... then, tahun 2000 menyaksikan superhit MOHABBATEIN menyentap hati anak2 muda yang memang memang suka cinta2...

Aku nak menjawab persoalan.. kenapa orang yang menonton filem hindi khususnyer wanita sanggup membeli sekotak tissue PREMIER yang ada lambang NEGARAKU untuk ditarik2 dan diletakkan di mata mereka sewaktu menonton adegan dalam filem hindi..

mari aku jawab persoalan ini.. hindi dan tangisan: kenapa orang akan menangis kalau tgk cite hndi?

kita lihat dari storyline cerita hindi yang cliche dulu...
perasan atau tidak, setiap filem hindi mempunyai dua bahagian.. kalau anda x perasan anda memang bukan peminat setia filem hindi. Bukan filem dahulu jer.. filem sekarang pon macam 2, cume pembahagian dua bahagian itu sedikit berbeza dengan filem aliran lama. INTERVAL atau INTERMISSION adlah nama khas bagi pembahagian dua bahagian ini.

Ambil contoh filem Mohabbatein.. sudah tentu pak cik (ye?) dan makcik2 yang menontonnyer syahdu dan meraikan cinta mereka dengan sejujurnya selepas menonton filem ni. ok.. kita lihat pengembangan plot cite ni.. perasan x pada awal2 cerita ada banyak lagu..?? di sini juga ada banyak adegan komedi.. dan adegan happy2 pasangan kekasih.. dan anda akan lihat karakter Raj Malhotra dan Narayan Shankar mula ada bibit tak puas hati.. tapi, masih dalam keadaan selamat..dan under control.. mesti korang akan geram2 bile pandangan dua orang lelaki berbeza umur ni berbeza tentang cinta...

namun, ingat lagi adegan Raj Malhotra berkonfrontasi ngn Narayan Shankar.. dikala Raj berjanji pada Shankar.. "dikala aku meninggalkan universiti ini, aku akan penuhkan tempat ni dengan cinta yang akan mengambil masa sepuluh keturunan untuk kau buang semula... aku akan penuhkan tempat ini dengan cahaya matahari yang sesiapa pandangnya selama 50 tahun akan buta.. dan apa yg berlaku pada kami (diri Raj dan 3 orang anak muridnya) tak akan berlaku kepada sesiapa lagi.. ini janjiku".. kemudian Raj keluar dari bilik Narayan dan Menga (Aishwarya Rai) dtg dan Amitabh Bachchn tengok je diorang pergi.. dan. lagu theme Mohabbatein makin rancak.. naikkan emosi.. then...ada tulis.. INTERMISSION
hah.. korang x jumpe part ni.memang bukan peminat kaw2 hindi la. bek tgk balik filem Mohabbatein.. ori ke x korang beli 2.. lalala

ini bermakna, masalah utama dalam cite 2 dah mula.. di sini.. selepas INTERMISSION, penonton akan lebih disongokkan dengan adegan tangkap nangis.. mood lagu pon, kalau ada selepas INTERMISSION adalah lagu2 sedih.. kan? dialog selepas INTERMISSION lebih mantap dan berbunga.. bertujuan mewujudkan feeling yang menyentap dan meluruhkan hati penonton..

oleh itu, setiap filem Hindi amat penting mempunyai INTERMISSION.. bahagian ini ibarat peralihan satu dunia yg happy, ceria dan fun kepada bahagian sedih dan penuh konflik.. kesimpulan aku.. menjawab persoalan.. kenapa wanita selalu menangis kalau tgk filem hindi... jika anda perasan, semua filem hindi akan mula menghadapi konflik di tengah storyline, bukan pada awal movie..

filem hindi amat dekat.. adegan sungguh romantik.. bila penonton terperangkap dengan adegan sebelum INTERMISSION, penonton sudah masuk ke dalam filem tersebut.. senang cakapnyer menjiwai setiap karakter... jadi, INTERMISSION ini bertujuan untuk menyentap dan mengejutkan penonton apabila karakter diorang sudah mula berubah dan menghadapi konflik.. konflik ape x kisah la.. yg pasti, konflik ini disulami ngn linangan air mata akan memberi aura kepada penonton juga untuk tumpang menangis.. maka terjawablah kekuatan beberapa filem hebat sekitar 90 an spt MOHABBATEIN, KUCH KUCH HOTA HAI, KABHI KHUSHI KABHIE GHAM dan lain2..

PERHATIAN: kadangkala, kalau korang x jumpe dlm filem hindi 2 de tulis INTERMISSION atau INTERVAL, jangan kata salah aku.. bahagian tu telah dipotong sbb benda 2 untuk pawagam.masa INTERMISSION ni la diorang akan tukar reel.. kan filem hindi panjang... so satu reel dan 1 jam setengah... but, certain DVD masih kekalkan part 2.... dan kalau bagi yg dipotong INTERMISSIONnyer, anda akan perasan sendiri apabila ada sikit sentap dari segi sound dan kejanggalan adegan seperti lagu terberhenti tiba-tiba dan terus masuk adegan lain...apabila sampai babak konflik atau kezutan dlm story di tengah filem.. selalunya pada minit ke 60 hingga minit ke 90.. cube cari... percayelah... anda pasti terkejut...
...
...
..
.
.
.
.
.
.
p/: ARTIKEL INI ADALAH KARYA ORIGINAL.. TIDAK DICIPLAK DARI MANA2 SUMBER.. BUKAN NK BERMEGAH.. CUMA ANDA PERLU TAHU.. MENCURI ITU DOSA.. OLEH ITU, KALAU NK SIARKAN ARTIKEL INI SMADA QUOTATION ATAU FULL ARTICLE, SILA LINK KE BLOG INI YER.. MEKACIH...



Sunday, October 25, 2009

Saw 6


Okeyh.. ni aku nak promo satu cite best ni.. aku memang suke sgt cite ni.. korang pernah tak tgk cite BLAIR WITCH PROJECT?

sedap cite 2.. style berbeza dan memang orang kata, cite 2 memang rakaman video yg sebenar.. dan mangsa dlm cite 2 mmg benar2 mati.. betul ker? xla.. diorang spekulasikan je.. nk lariskan movie.. awal2 aku tgk, aku pon percaye cm2 gak.. tapi, bila aku search dlm internet, baru la aku tau...
(click sini untuk trailer PARANORMAL ACTIVITY)
aku brani guarantee.. ko tgk reramai pon.. cuak tgk... memang seram cite ni.. tapi, sape yg x tahan dengan format cinematography cite ni, yg macam cite cloverfield dan Quarantine.. dinasihat.. tgk jugak!!!
main point pos ni bukan cite ni, tapi.. aku sebenarnyer dah tak sabar nk menunggu sequel terbaru SAW.. sequel ke-6... fuh, mantap beb.. dah 6 dah.. star wars pon x sampai byk ni... boleh lagi di'twist' storyline cite ni..

cite kali ni lebih twist dari dulu.. dan apa lagi... misi utama filem ni adalah trap2 membunuh yng best giler... papepon.. untuk rujukan... pandangan aku tentang sinema horror dan melayu ada di sini (click)

Malam Ni Aku Kenal Dua Orang Akak Hindustan

Malam ni.. sungguh pening tul. Ini kira entry tengah malam sbb aku telah mengalami sakit yg dikenali sbg
TBT..
tbt menyerang orang yg ingin study dan mempunyai metabolisma rendah seperti aku.. dan juga sesiapa saja yg berada dekat dengan exam..
jgn risau.. penyakit ini akn sembuh.. tiada ubat..
sbb penyakit ni hanyalah
penyakit
Tak Boleh Tido

beberapa jam tadi.. sebelum aku nemulis pos ni.. aku sdg YM ngn sorang akak yg baru aku kenal..
rasanya akak ni dah kenal aku lama dah ni.. tapi..
aku jer yg baru kenal akak ni.. my senior.. sem 5 TESL UPSI

tau x apa yg aku dapat tau?
korang tau x?
tau ke x?
HOOOOOOIT.. TAU KEEEEE X?!!

ok.. kalau saper masih blur blur cipan 2.. meh click sini dulu.. (click)

tau x.. video ni dah didownload oleh berjuta orang di seluruh pelusuk dunia.. fuh, cayalah.. aku fofular.. yeah.. pade sape yg upload 2, mekacih yeer.. lalala.. betul x?

HUH.. MEMANG BETUL2 KORANG KENA TIPU!

sbbnyer... video ni aku dgr dah sampai ke other sem je. dgr kata, diorang enjoy sgt.. ini komen diorang..

"*****"-ANONYMOUS

"TWO THUMBS UP!!"-New York Daily

"POWERFUL AND ENERGETIC PERFORMANCE!"
- India Times

"We enjoyed watching the clip"-SEM 5 TESL UPSI

.. ahaha.. habisla aku terkenal di sem 5 ngn sem lain .. uhuhuhu.. malunyer.... tapi, xper.. motivasi 2.. bila lagi nk ada kenangan cmni..

papepon, mekacih la kepada yg menonton video ni.. filem baru sy akan keluar lagi beberapa tahun, insyaalah.. Dia Mirza akan bergandingan dengan Rosyam Noor.. tunggu..


MALAM NI JUGER AKU KENAL DUA ORANG LAGI AKAK HINDUSTAN
hah... dunia dah luas daaaah.. LUV BLOGGING VERY MUCH.. MUAH..
kpd kak liyana n kak suzana .. rerajin follow blog ni (click)

bye..

Saturday, October 24, 2009

Perihal Mamak, Pengakap, Nasi Goreng Ayam, Fifie dan Blog



Pada lebih kurang kul 4 aku telah tido.. aku telah bermimmpi.. orang kata, mimpi 2 mainan tido..dan orang kata, mimpi tu akan dilupakan. Oleh tu, lepas aku bangun, terus aku SIGN IN BLOG dan nk catat apa yg berlaku dalam mimpi tu. Ok..

Pada suatu hari,(entah hari apa) aku tgh g nk makan nasi kat kedai mamak. Sesorang nih(aku kan suka makan sesorang). Muka mamak yg dtg ambik order tu tak tumpah cam mamak BAYAN kat KAMPUS. Tapi, setting kedai mamak ni, bukan macam setting kedai MAMAK BAYAN K. Ada tiang, dan sedikit tertutup. Pastu ada tangga di tepi, macam tertutp. Mungkin bawah tanah sikit kot.Mamak tu tanya nk makan apa.. aku cakap nasi goreng ayam.
Pastu, dtg fifie (eh, cmne leyh enter frame nih).. dia dengan sorang member scout yng aku x kenal. Bukan pe, dia ngn fie sembang ttg scout, tapi dalam kelas kelana xde la plak aku jumpe mamat nih. Tapi, mamat ni ada tnya ttg sorang yg aku kenal. Tak ingt dah sape nama. Dia akan dtg join makan skali jugak. Belakang aku, de jam dinding bulat. (tak ingat waktunyer)
Lepas ambik order, aku pon dah tak hingat aku berbual bual apa, tapi, fifie ngn mamat ni cam kamcing giler la sembang2.. then, makanan diorang sampai..makanan aku x sampai2 lagi . Diorang pon makan, sampai lebih kurang satu jam setengah, diorang nk habis makan dah, makanan aku lom sampai g.
Aku pon pe g. Bengang. Aku bangun dan g ke kaunter.. waktu ni, aku x jumpe la plak orang yg muke cam MAMAK BAYAN 2. Tapi, ada sorang lelaki badan besar di kaunter. Melayu. Aku tengok kat depan ramai orang. Tapi, dapur tak berasap, Dia sorang je yg keje ari tu. Mana g mamak 2, aku pon x tau. Aku tgk orang len tunggu rilek jer.. aku pon p tanya,MANA NASI GORENG AYAM?!" dgn nada marah. Mau tak marah, kat sejam aku menunggunyer.
Lelaki tu terus g ke depan, keluar dari kaunter ke meja yg ada tudung saji besar. .. dan buka tudung saji. Dalam tudung saji 2, ada macam2 makanan yg dah diorder, aku pon heran nape xde orang yg hantar makanan2. Dia kata"JAP G SAYA HANTAR". Aku sabaaar.. Aku pon, terus duduk. Fifie dan member dia lom abis makan g (lama giler.. huhu).. tunggu g setengah jam (fie dan rakannyer lom habis makan)... makanan aku x sampai2, aku bengang dan g ke depan semula...buka tudung saji dan mencari nasi ayam aku. X berjumpe2..
"MANA NASI GORENG AYAM?", aku tanya.. lelaki tu tunjuk.. "ADA DALAM 2" biadap punye pekerja.
Tau apa itu nasi ayam.. nasi putih yg hanya ditengahnya ada ayam yang digoreng dan dikambus dengan nasi. x goreng pon nasi 2...xde pape, cincai giler.. kuah sup ke.. xtra2 xde..Bila aku sengetkan pinggan, maaaak ai, banyak giler minyak.
Aku x suke marah2, aku ambik je nasi ayam 2 dan blah. Sempat gak aku g tuangkan minyak lebeyh tu kat tebi satu tiang besar. Waktu ni dalam diri aku, hangin mula mengutuk2 dan mengkeji mamat tu. Nasib aku malang...
Waktu ni, fifie dan member dia dah nk blah. Sedang aku nk g tempat aku duduk 2, aku sedar yg diorang dah tukar tempat. (huh?) tadi diorang duduk kat tepi dinding depan sikit, sekarang dah ke belakang sikit.
Aku tunjuk la nasi ayam 2 kat diorang, then diorang pon blah. Mamat tu senyum senyum dan blah. X cakap pape pon. Cuma fifie tanya aku"NAPE?".. aku cakap"TUNGGU AKU MASUKKAN DLAM BLOG!!".. fifie pon sengih2 dan blah. Aku makan dengan geram..
pas2, aku pon.. terbangun dari tido..

.. persoalan... BLOG, FIFIE, PENGAKAP, MAMAK, NASI AYAM... kesimpulannya?? ini bukanaku reka.. ini memang benar mimpi aku.. k...
P?S: TETIBE JER TERNAWAITU NK ENTRYKAN MIMPI NI

Friday, October 23, 2009

Pengalaman Paling 'Manis' Hari Ini...



Hari jumaat.. yer.. ada apa dengan hari ni.. sebelum korang baca artikel ini. lebih baik korang (baca artikel ini)... terlebih dahulu...

Hari ni.. seperti biasa.. apa yg lelaki akan buat? pergi ke masjid bukan.. tapi, hari ni sebenarnye bukan hanya sekadar kisah pergi ke masjid. Ianya adalah kisah idup dan mati, malu dan silu.. pergi dan balik.. jatuh dan bangun..buka dan tutup. segalanya..

Seperti biasa.. aku pergi mesjid kul 1. Pas aku makan2.. then, sedang aku berdiri dengan dipenuhi puluhan lagi lelaki.. aku pun turun la.. dari tingkat 9.

... 8

... 7

... 6

... 5

... 4

... 3

... 2

... 1

.. G (tut.. tut.. tut..)

Pintu lif x bukak siot.. then, tetibe je lif naik balik g ke tingkat..

.. G

... 1

... 2

... 3

huh.. pastu turun balik..

... 3

... 2

... 1

.. G

pintu lif x bukak bukak..

tau x ape aku nk cite ni?

AKU TERPERANGKAP DLM LIF!!!!

adeyh.. jenuh dikopek2.. pas2.. lif 2 sentap even ko hanya tergantung di antara G dan Tingkat 1, bila lif 2 sentap cm2, naik gelabah siot.. dah macam dalam cite Resident Evil .. dimana ada scene pompuan 2 cube nk kuar dr lif. then, lif 2 spit kepala dia dan paham2 je apa jadik.. ok.. apa yg aku alammi x sengeri 2 k...

papepon, aku terselamat jugak apabila terperangkap dalam lif selama 15 minit... best jugak.. ahahaha...

Wednesday, October 21, 2009

Tikar "Sembahyang":

Misteri sejadah berdiri

Oleh Betty Subaryati
bhkb@bharian.com.my


PASIR MAS: Misteri 36 helai sejadah yang dikatakan ditemui dalam keadaan 'berdiri' di surau Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Sangkot, Meranti di sini, semalam, menarik perhatian penduduk sekitar.

Kejadian yang mula disedari jam 10.40 pagi itu, dianggap aneh tetapi Kadi Jajahan, Anuar Alsadat Noor, mengingatkan umat Islam supaya tidak membuat tafsiran sehingga boleh memesongkan akidah.

"Saya anggap ini perbuatan kanak-kanak nakal yang sengaja menyusun kedudukan semua sejadah dalam keadaan seperti sedang melakukan solat.

"Ini bukan perkara pelik," katanya yang bergegas ke sekolah itu, kira-kira jam 2.30 petang bersama kakitangan Pejabat Agama Pasir Mas bagi mengambil semua sejadah itu selepas menerima arahan Pejabat Mufti Kelantan. Anuar berkata, pihaknya terpaksa mengambil semua sejadah itu bagi mengelak kejadian berkenaan disalah tafsir umat Islam sehingga boleh menimbulkan khurafat.

Difahamkan, pada Ramadan lalu perkara sama turut berlaku di rumah seorang penduduk kampung berkenaan apabila sehelai sejadahnya berdiri sendiri.

Sementara itu, guru sekolah itu, Adnan Abdullah, berkata kejadian di surau itu disedari seorang murid Tahun Dua, Mohd Khairi Mat Yadin, 8, ketika berada dalam kelas pemulihan pembelajaran.



Beliau berkata, murid itu terpandang susunan sejadah terbabit dalam keadaan mencurigakan menerusi ruang tingkap surau itu dari kelasnya.

Kedudukan sejadah itu dikatakan seperti saf mengerjakan solat dengan semuanya membentuk bonjolan di bahagian tengah.

Sebanyak 16 helai sejadah bersusun di ruang solat lelaki, manakala 19 lagi di ruang solat perempuan, manakala satu di ruang imam di bahagian depan.

Adnan berkata, sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu, beliau bergegas meninjau keadaan dalam surau berkenaan.

"Saya terkejut apabila melihat keadaan susunan sejadah itu sebelum memaklumkan kepada Penolong Kanan sekolah itu, Maimon Hamzah, kerana Guru Besar, Mariam Omar, sedang menghadiri majlis rasmi di Pengkalan Chepa.

"Berikutan itu, kejadian ini dimaklumkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Mas dan diarahkan supaya tidak mengganggu kedudukan semua sejadah terbabit sehingga sehingga ia dirujuk kepada Pejabat Agama Daerah Pasir Mas.

"Kira-kira setengah jam selepas penemuan sejadah ini, orang ramai mula masuk mengerumuni surau ini untuk melihat sendiri apa yang berlaku menyebabkan kami terpaksa memasang pita bagi menghalang mereka masuk ke surau," katanya.

Bagaimanapun, orang ramai mula beredar dari surau itu selepas mendapat arahan Pejabat Agama.


-------------------------------------------------------------

KOMEN AKU:

Isu sejadah sembahyang ini memang bukan perkara luar biasa pon. Malah, dulu pernah video sejadah sembahyang diambil videonya dan dijadikan satu pengajaran. Bukan aku ingin menidakkan kekuasaan Allah, tapi, kejadian pelik ini sebenarnya bukanlah pelik. Pabila minda tu dah terlalu taksud terhadap sesuatu kejadian, maka jadila camni. Sejadah tu x mungkin bergerak sendiri dan membentuk sebegitu rupa. Mesti ada dalang. Sekali lagi, bukan aku menidakkan kuasa Tuhan (kepada sesiapa yg terlalu percaya dan taksub dengan hal ini).. aku tau, pabila tuhan berkata 'kun faya kun'.. maka semua akan terjadi dengan IzinNya.

Membaca artikel di atas, apekah yang sebenarnya aku dapat tafsirkan. Aku melihat betapa orang yg pandai memutar belitkan keadaan menggunakan sejadah hanya untuk memesongkan umat Islam. Ingat, sekali kita mempercayai kuasa lain selain Tuhan, kita sebenarnya sudah terpesong. Cukup bahaya jika ini berlaku. Oleh itu, ingat.. budaya meng'ia'kan mata tak perlu ada.. apa yg mata lihat kadangkala hanya ilusi.. macamni, bukan aku bercakap ttg magik atau ape. cume, jangan terlalu percaya kata2 dari mulut dan mata.. pertama, percaya pada akal.. sebab dari akal turun ke hati.. jangan percaya mata atau mulut.. kerana mulut mengubah persepsi otak dan mengganggu hati.. okla.. xnk bersyarah banyak.. namun, ingat, kuasa tuhan itu luar biasa.. namun, kes tikar sembahyang ni, kadangkala hanya permainan orang yg tak bertanggungjawab...

persoalan ya atau x.. aku serahkan pada korang sndri k.. tapi, kalau tanya aku.. aku akan jawab.. tikar ni sembahyang hanya sebab tak nak bagi orang lain sembahyang kat dalam surau ni.. maksudnyer.. ada ler tu orang yg malas nk solat, x nak solat.. pas2 wat benda ni dan.. makanya satu waktu la diorang tak bleh solat dlm surau tu.. fikirkan.. hal ini terjadi si sekolah.. sekolah rendah.. fikirkan di sini.. betapa makin sukarnya guru, nk handle budak2 sekolah cmni.. ish3.. papepon, xde prejudis k.. ini hanya komen aku.. kritikan diterima.. sila letak dlm COMMENT ..

Tuesday, October 20, 2009

Aku Pulang.. Kisah 4-2+1 Insident




Selang sehari ... hari ni ada dua test.. dah selesai.. rasanya tinggal satu g assignmnt yg perlu dihantar.. jangn kalut.. slow2.. progress slowly... ok.. selepas aku menyelang satu pos.. tiba masanya aku sambung kembali kisah PERGI TAK DIHALAU PULANG TAK DIHALAU.. kepada sesiapa yang belum membaca entry ini.. anda boleh membacanya menggunakan link ini yer.






Selepas habis melawat masjid besi.. maka habis aku berkonvoi bersama2 ngn geng UM yang baru jer aku kenal.. pas2, my fren hantar Shah yang sepatutnya pulang ke Rawang. then, selepas sembang menyembang berlaku, maka.. kami selebrate reunion kami di Restoran haji Samuri, Restoran Jejantas Sungai Buloh.. kalau nama pon Samuri, ape lagi.. Sate kajang lerrr.. makanya, aku makan sampai lahap.. sehinggakan Amy dan Borhan yng leka menonton televisyen tidak sedar yg sate sebesar tangan ayam itu sudah tidak ada lagi di dalam pinggan.. lala..

ni la sate kajang.. jgn tanya aku sejarah sate ni.. tapi, tanyalah sedap ke tak?


ok.. sudah lama sebenarnya x melantak sate.. ni la akibatnyer.. lalala.. papepon.. thanks loor kepada dua orang member lama ni.. diorang ni dah makin vogue dah.. aku, masih 'seperti dulu'.. ahaha.. xpe.. keep on dude.. papepon, nnt next sem kalau xde hal kita wat lagi.. len kali plan kena jadi, ni.. lain yg dirancang len pulak jadinyer..

pos ini bukan ditaja oleh celcom k...pas2.. aku pon pulang.. sepatutnya dalam perancangan.. kami nak naik bas di PUDU jer.. tapi, sebab dah kul 10 lebeyh, maka aku pon g la KL Sentral.. tau x apa itu KL sentral.. KL Sentral itu KL Sentral la.. ades.. ok2.. cite seorang yang x pernah g KL Sntral.. apa jadi sebenarnya kat KL Sentral ni? memule.. aku x tau mana satu nk g beli tiket. komuter x pernah naik.. nk beli tiket lagi la x reti... tapi, akhirnya jumpe gak tmpt jual tiket dan malangnya, tiket ke Tanjung malim sudah abis.. gelabahnyer.. tapi, nasib KTM ada.. jadi, kami pulang dngn Ketapi.. sementara menunggu train datang dalam kul 10.30 cm2.. kami pon berposing2 la sekitar KL Sentral.. ahahaha.. disebabkan mood deepavali, masih ada lagi kolam kat tgh floor KL Sentral.. cantik... nice..

dalam ketapi.. bila aku masuk jer, ada sorang mak cik.. ramah sangat. dia tegur aku.. cakap kata xde orang dlm train.. rupenye kami masuk awal sangat.. kami pon sembang2 la.. cukup ramah.. nk ke butterworth katanya. then, masuk pulak sorang pompuan.. ala2 muka lect EC1 aku, Miss Fairuz. Aku cuak giler.. ingtkan anak dia.. dia perkenalkan diri sbg Kak Jun.. pas2, mak cik tu pon mencelah, "Sape Julainyer?". Pas2, pas kami sembang... then, mula la mak cik tu menyampuk, "Jun dah jumpa Julai la tu".. hehe.. maka, kami bertiga pon berbual2 dalam ketapi.. but, mak cik tu dah tido sebelum sampai Tanjung malim.. jadi, tinggal Aku, Ken dan Kak Jun berbual2. Kak Jun ni seorang pelajar DPLI Upsi.. So, mau x masukkan.. dah satu U.. hehe

Macam2 kami sembang, ttg ROS, ttg menjadi cikgu bla bla bla. itu ini.. then, sekitar 12.30 malam kami sampai di tanjung malim.. nk dijadikan cite, aku, ken dan kak jun saja yang turun kat tanjung malim. maka, kak jun yg baik ati pon ajakla kami tumpang kereta member dia, juga seorang pelajar DPLI.... thanks.. tapi... tuhan mungkin mau menguji.. sedang kereta yg aku naiki keluar dari Stesen Ketetapi, sebiji kereta Proton Wira merempuh tepi kereta yg aku naik...

luckily aku dan ken x jadi pape. cume ken dan aku mengalami kejutan yg amat sangat sehinggakan kami mengalami sakit 'otak' yg mena penyakit ini akan menyebabkan pesakit beria-ia untuk memberitahu tentang kejadian semalam kepada rerakan mahupun siapa saja yang aku kenal.. jangan risau, sakit ni hanya akan berlarutan buat dua tiga hari, pas2 ok la..... dan alhamdulillah jugak.. kami slamat tiba dan sampai ke KHAR.. itulah kisah saya sebagai seorang manusia.. hah? ok.. done... settle....

TAMMAT

P/S; Asalnya 4 orang.. jadi 2 orang balik berjumpa satu insident.. ok..

Sunday, October 18, 2009

Pergi Tak Dijemput, Pulang Tak Dihalau (Bab 5)

Selepas habis mengembara..

dari Shah Alam singgah di Cheras,
dari Cheras singgah ke Putrajaya,
dah sudah habiskan beras,
jom kita p smbahyang pula...

destinasi seterusnye akan menjadi destinasi ketiga terakhir pengembaraan aku sepanjang hari sabtu mengelilingi Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.. fuh, macam pengacara rancangan percutian lak..sempat Maghribkan diri di masjid 'besi' atauupun rasminya dikenali sbg Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin (thanks 2 marina 4 info).. sebelum masuk.. layan pos member aku yg sorang ni bersama rakan-rakannya..masjid ni sangat luas.. aku tak tau la.. kalau malas nk g solat jugak, baik terjun tasik dan tak payah naik naik dah la.. interior dalaman mesjid yang cukup indah dan memang mengkagumkan yer.. berangan-angan jugak nk bawak murid-murid yang 'baloq liat' nk sembahyang nanti ke mesjid ni.. moga ada hidayah sikit.. insyalah.. ceh.. macam dah ada murid-murid.. alala.. ish.. tapi, kalau aku dok kat utan belantara sabah sarawak.. cmne nk bawak budak2 aku dtg sini? hmmm

ni namanya Amy Natisya.. sbnarnye.. dia ni sbnarnyer ada bau bau bacang la sikit ngn aku.. tapi, aku start rapat ngn dia ni sbg kawan la... aku ingt g.. oo. mentang2 aku x tau yg hubungan family ni... boleh jer wat dono.. then, sampai satu ari... bila orang tanya.. baru la ter'reveal' benda ni.. papepon.. okla.. masing2 dah ada haluan masing2... ok2.. amy.. ko jgn nangis syahdu x berlagu rindu.. hehehe
ni pose geng2 Universiti malaya... yang tengah tu jer aku kenal.. yg pakai spek tu.. single n pandai nari lagi tu.. fuh.. ingat dulu kat kampung tak tau lak ttg bakat ni.. by da way, keep up amy.. yeah.. nanti ko nk wat show g ajak aku.. liputan terluas hanya di sini. aahahahaha.. ok.. jom masuk dalam mesjid... kita tengok interior masjid sultan mizan zainal abidin yg jugak orang panggil masjid besi ni..

a... ini bahagian wudhuk lelaki.. ada macam markas PBB tak.. huh? apekah.. ok2.. papepon memang stylo dan terlalu luas. ape yg best ttg tmpat wudhuk ni ialah pili airnya... memang terlalu besar.. kalau ko mandi.. x payah lama2.. cukup besar.. gerenti macam kena simbah ngn baldi sekali. papepon, air cukup banyk.. aku pon bila tgk pili air besar tu, jadi jakun gak la.. soalan pertama, bagaimana nk bagi air keluar dari pili ni.. ahahahah??? ades.. tapi, wahyu datang.. terbukak juga la pili tu dan berjaya ambik air sembayang ngn jayanya...
ni interior kubah masjid ni.. cantik dan sungguh besar.. ni baru gambar.. korang g rasa sndri.. cmne bestnyer brade dlm msjid ni. aku, first skali bila nampak kubah ni trus angkat kamera.. ambik.. tapi mungkin tuhan berbisik, 'man, ko solat dulu.. nak ambik gambar kemudian"... makanya gambar awal tu tak jelas.. pas solat tu baru dpt gmbar yg clear sbegini....
kat tepi kiri dan kanan bahagian solat mesjid ada kolam. kolam ini mimik kepada tasik kat bawah. maknanya korang akan nampak masjid ni seolah berada di atas tasik di sebelahnyer.. fuh, cantik siot.. nampak bridge lagi..huh..
ini interior tempat solat dalam.. semua ni ada unsur logam. pttla mesjid ni orang pgl masjid besi.. interior yang besar siot.. (sambil nganga.. aaaaaaa)
ni bahagian depan dewan solat.. ada ayat suci al quran dan memandangan yg indah.. jam digital tu tv plasma yer.. bukan jam digital kat mesjid tanjung malim tu yer....

dan ni.. bukan imam mesjid tu yer... ni aku... bukti kata aku pergi.. ahahahaha.. ok2.fine.. jangan megah (amy cakap).. tapi self konfident kena lebeyh.. ok2..... kena konfident.. yeah.. go man go... apekah.. (sambil garu kepala).. sedang aku mengamati keindahan mesjid ni.. tetibe.. sorang gadis ni pangil2 aku.. ingtkan dia nk kenalkan aku kepad kawannya... mana la tau.. kalau2 kalau singgle.. ahaha.. ok.. xde maknenyer.. ok..rupenyer, diorang nk wat sesi photoshoot. ok. layan pose amy dan roomatenyer aied (tergeliat nk menyebutnyer).. di pinggir mesjid berlatar belakangkan bridge.. papepon..

amacam.. cantik tak? sape cantik? modelnyer atau orang yg ambiknyer.. sape2 pon sama jer.. k. korang pon cantik.. aku pon tau ambik gambar cantik (konfiden lagi.. ahahaha) papepon, fulamak ko amy.. cantik dan makin kurus ekh.. bagus.. keep on menari.. go go go.. ale ale ale.. adedeedde.. ok2.. aied lak.. cun gak ko ni.. macam member amy sorang dulu.. amira ali.. lantak la even borhan n amy kata muka ko x sama ngn dia.. ok. cukup2.. risau aku kot2 pakwe dia dtg bawak UFO serang tanjung malim.. dot dot dot... x pon jap g kapal maritim meh mendarat kat sungai kolej aku ni.. pip pip pip...ataupun, trup tentera darat masuk kot ladang sawit blakang kolej.. eeei.. jangan.. ok2.. sudah..

hah.. ni pic paling laris dalam facebook.. ece.. konfiden jer jawab ekh.. xper. cantik sbb sudut 2.. sama 90 darjah dan bridge tu dapat dicapture dengan jayanya.. malangnyer.. pic ni kurang cahaya.. 2 masalah pic ni..tapi xpe.. korang tetap cantik.. lalala.. tapi, gadi UPSI pon cantik2 gak.. lalala...then.. pas keluar.. ape lagi snap shoot tepi tasik lak.. malangnye waktu malam.. jadi ini jer yg berjaya aku dapatkan...
k.. apa kaitan aku ngn mamat ni.. dia ni.. adlah kawan lama aku dr form 6.. tapi, si ken pulak, apa kaitannya?? rupenye point aku bawak ken bukan sekadar saja2.. sbb tetibe je ada something keluar dari perut bumi seolah ultraman membenam raksasa.. ha?
haa... ni .. rupenye si borhan ni geng sekolah lama si ken.. kelas sebelah menyebelah.. kira jejak kasih la jugak ni.. ok2..

ok.. awal2 pos ni aku cakap aku kenal nama sorang je.. sekarang dah bertambah ranger pink aku.. ahaha.. sorang amy n sorang g aeid.. ok.. ok. soalan di sini.. jika anda pandai tanda apakah yang tidak kelihatan di atas sana?

aku, Amy n dua orang rakan2 lain.. sowi x ingt nama.. hehe
ok.. ni la reunion pertama kami.. dari SMK Tengku Suleiman, Beseri, Perlis.. borhan, amy and aku.. lama x kuar skali2.. planing awalnyer.. member nurse aku akan turun dari nilai, n9.. tapi sbb exam dia x dpt join.. dalam plan jugak.. member aku dari kolej mara kuala lumpur akan jugak turun, tapi.. alasan malu-malu sipu kucing Benggali menyebabkan dia xnk turun... so, reunion ni aku bertiga jela..


pas tu, semua berangkat pulang.. thank you guyz... best sgt experience ni.. ok.. then... ada agenda lagi selepas ni.... nak tau apa agendanya.. nantikan bab seterusnya.. ok.. berjumpa lagi...

P/S: BAB 1 -5 dalam satu hari.. aargh penat..