Wednesday, July 29, 2009

H1N1: BAHAGIAN 2

29hb Julai.. tarikh yg menjadi satu titik rasmi bermulanya kisah H1N1 di UPSI.. ya.. ia telah melanda UPSI setelah artis ini menjalani road-tour di sekitar Universiti lain...

Hari ini juga, para peminat2 VC UPSI, mahupun peminat lecturer masing masing.. tidak berkesempatan lagi untuk meluangkan masa bersama mereka... alangkah rindunya para pelajar ini melihat telatah lecturer diorng..

Kupon, menjadi satu cara utk agihkan makanan.. tapi...
kupon ini...
... menyebabkan pelajar yg' lapar' jadi seperti ini.. macam x cukup makanan daaa...

... lalu menyerbu port cafe yg penuh dgn lauk dan masakan yg 'sedap'...

yg tidak dpt menerobosi dinding manusia, terpaksa lepak tunggu turn.. huhuhu

... dan yg ambik nasik, seolah, nasi itu sebiji sahaja adanya..


beli... bli... bli... betapa 'laris' jualan hari ni.. untung akak cafe... hehe

.. ni sorang perebut nasi.. yg pernah menyanyikan versi baru Lagu Jiwa Lagu Cinta semasa malam ASMK.. cube teka siapa dia....lalalala



.. disebabkan lauk ayam dan ikan tidak dpt disiapkan kerana resepi telah terjatuh ke dalam minyak panas, para pelajar sanggup makan sayur sahaja yg berharga RM3.50..


.. dan... mmg betul... kalau masak dging tikus pon diorang santap jugak ni... sah.. kalau letak rumput pon ... dikatakan salad.. ahahahaks..

..



..



..



..



..




..



..
Smntara itu, keadaan di koperasi KHAR.. juga macam goreng pisang panas.. maggie, air tin n kotak, roti.. sume habis.. kecuali sabun cuci .. dan peralatan tandas yg len..


roti sume habis dibeli...


student beratur panjang semata2 kerna roti... dan aku.. beratur hanya kerna sabun cuci .. sbb seluar yg aku sidai di ampaian, dianiaya sang burung..

Hari ini juga, pada pukul 3 petang.. para pelajar diarah balik... menjadikan ini pertama kalinya cuti semester diawalkan(ye ker).. dan semester ini menjadi semester yg kucar kacir...

tunggu H1N1 episode 3.. akan ada lebih report dan gambar....

skian dulu... utk laporan hari ni.....





H1N1

AMARAN!!! INI BUKAN FILEM QUARANTINE...

INI MEMANG KUARANTIN... KOLEJ UPSI (KHAR) TELAH DIKUARANTIN... H1N1.... 29 Julai, tarikhnyer...

Moga Kau jauhkan penyakit ini dari orang yg selalu mendekatiMU.. Amin...

Sunday, July 26, 2009

YASMIN DAN JACKO: DALAM KENANGAN

Dua orang aktivis seni yang giat menyampaikan mesej yang penuh tersirat meninggalkan kita.. dalam dua waktu berbeza... dan mungkin akan diingati selamanya...

aku sebenarnya xdela terlalu meminati mereka.. tidak terlalu obses.. tetapi, aku rasa, pemergian Jacko dan Yasmin Ahmad.. seolah menarik perhatian aku untuk menulis...


Michael Jackson a.k.a Jacko...
Seorang yg penuh dgn lagu penyatuan kaum.. dan mesej keamanan beliau masih diingati sehingga kini...

Yasmin Ahmad


satu nadi penyatu keamanan masyarakat malaysia... penuh dengan filem kontroversi.. dan kreatif dalam menyampaikan mesej penyatuan kaum di malaysia..

mereka tiada.. namun, mereka akan dikenang... selamanya...

mesej mereka.. sebenarnya ramai yg tidak memahami..
sehinggalah mereka pergi meninggalkan kita...
dgn hasil usaha mereka..

sbg seorang yang selalu memerhati filem (secara amatur).. filem Yasmin Ahmad sebenarnya adalah realiti hidup... dan tiada lagi pembikin seperti dia yang berani membawa isu kontroversi.. malangnya, tiada lagi filem spt Mualaf, Sepet, Rabun akan dibawanya lagi...


WHY DIS HAPPEN 2 ME..

Aku cinta dia… aku sayang dia… dia selalu bukakan pintu untukku.. dia adalah segalanya… pengikat hati, jiwa dan segalanya buat diriku ini…

Tiap hari aku bersamanya.. namun, mungkin kepentingannya tidak aku rasa… selama 3 semester… dia ku bawa ke bilik, ke kuliah mahupun study di library…

Aku hanya mencarinya ketika susah.. dan hari ni, aku mmg susah.. dan tidak terdaya berkata apa apa.. mungkin tuhan ada rancangan buat aku dan dia…

Tapi??

Kenapa semalam??? Kenapa semalam Dia pisahkan aku dan cintaku itu???

Kenapa???… aku kusut memikirkannya… namun, terpaksa aku positifkan diri.. mungkin dia tidak lagi mahu disentuh tanganku… lalu membawa diri.. menyembunyikan diri di dalam syurga yang diciptanya.

Aku…

Aku… tidak boleh berkata apa apa… mungkin kerana takdir tuhan ada hikmahnya… namun, ku harap dia kembali… bila mentari isnin meninggi…

Sayang… kembalilaaaa…..

Tanpa dia ku kehilangan hidupku yg penuh dengan kemewahan.. tanpa dia aku miskin.. tanpa dia aku merana…

Kembalilaaaaaa..

Kerna aku yakin, dia tiada yang lain selain menjadi milikku… jauh mana dia lari, aku akan mencari… menggali dan menanti…

Jika dia ketemu yang kedua, ku yakin hanya sekadar kawan sahaja. Kerna seorang kawan, akan tahu, dia bukan miliknya… kerana jelas tertera… dalam kamar hatinya, dia adalah milik aku… aku dan aku sahaja…

Dan suatu hari…

Jika dia pergi selamanya.. mungkinkah yang kedua akan bahagia????

Thursday, July 23, 2009

TRANSFORMERS 3: OPTIMUS YANG TERPERANGKAP

“Optimus Prime berjaya hapuskan The Fallen, aku mesti memerangkap kembali dirinya”, kata Megatron yang berhasrat untuk menjejaki kembali ‘the last prime’ itu.

“Jangan risau, master.. saya ada idea”, Starscream menjejaki kemahuan ketuanya itu. “Optimus akan berasa malu… dan pastinya akan mencalarkan statusnya sebagai seorang Prime”

Megatron hanya mendengar.. dia tahu, pengikut setianya itu tahu apa yang ingin dilakukan.

----------

Suatu hari, Optimus bersama rakan-rakannya Jazz, Bumblebee dan Archee pergi ke kelas belajar bahasa Prime. Kelas ini hanya dijalankan untuk memulihkan kembali pemikiran Autobot yang sudah rosak lantaran perperangan di Mesir ketika menghapuskan The Fallen.

Setelah naik ke kelas, Optimus terasa minyak petrolnya melebihi had. Dia perlu untuk membuang sedikit minyak patrolnya supaya dia tidak akan mengalami kerosakan enjin ketika berada di kelas itu. Maka, Optimus pun bergerak ke tandas.

----------

Megatron dan Starscream sampai ke bumi. Dia tahu, Optimus sudah masuk ke perangkapnya. Minyak petrol yang diminum oleh Optimus tadi mengandungi cecair yang boleh merosakkan enjin jika tidak dibuang.

“Dia sudah masuk perangkap kita, master” Starcream memberitahu tuannya.

Megatron Cuma diam. Dengan lebihan kuasa All Spark yang tidak digunakan, dia meletakkan All Spark di pintu tandas sekaligus mengunci Optimus yang leka membuang minyak patrolnya.

“Dah, jom blah”, Megatron menukar dirinya menjadi jet.

“Kamu, Starcream.. perhatikan mereka. Bila Autobot datang menyelamatkan Starscream, kamu masuk dan bertukar jadi main power box. Ingat, setiap 15 minit, kamu matikan screen putih di depan.. Ingat, jangan gagal”, Starscream mendengar arahan Megatron dengan teliti.

----------

Optimus yang selesai mengeluarkan minyak petrol itu memulas tombol pintu.

“Aik, terkunci..”, Optimus terkejut.

Dia tenangkan diri dan mencuba berkali-kali. Memang benar, kunci itu sudah tidak dapat dibuka lagi. Memang benar-benar terjadi, Optimus terperangkap dalam tandas.

Maka, dengan tenang, dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan memanggil Bumblebee yang tengah khusyuk membaca surat khabar.

Bumblebee yang terkejut dengan suara Optimus yang seakan-akan diculik berasa hairan. Kenapakah rakannya itu memanggilnya sedangkan dia berada di dalam tandas?? Tanpa banyak tanya, dia pergi ke belakang bilik kuliah dan melihat tombol pintu itu bergerak-gerak menahan pintu daripada terbuka.

Tombol pintu itu menembak Bumblebee. Bumblebee mengelak lalu jatuh dan rebah. Optimus yang berada di dalam masih bingung. Kedengaran seperti pintu itu dihempas berkali-kali.

Rakan-rakan Autobot seperti Jazz dan wanita-wanitanya datang member sokongan padu kepada Bumblebee yang cuba berusaha mengalahkan tombol pintu itu.

----------

Semasa kejadian itu, semua Autobot tiada dalam bilik kuliah kerana memerhatikan Bumblebee yang cuba menyelamatkan Optimus.

“Hah, peluang… “

Starscream masuk dan menukar dirinya menjadi main power box.

BAAMMM!!! Terdengar bunyi kuat dari belakang bilik kuliah. Starscream yang terkejut serta merta menyebabkan main powernya rosak.

“Oh, tidak… aku gagal lagi.. Xper. Tengokla .. cmne laa kuliah Autobot. Kalau kuliah best, aku akan matikan projector tiap 15 minit, kalau tak best, tiap 5 minit aku matikan. Tapi, aku mesti menyusahkan lecturer untuk menghidupkan imager itu”

Akhirnya, tombol itu berjaya dikalahkan dan Optimus pun terselamat.

Semua masuk ke dalam bilik kuliah dan bergelak ketawa dengan insiden tadi.

Sekian..


Idea asal: MAN

Olahan cerita: Din n Ken..

Diinspirasikan daripada kisah benar…

Wednesday, July 22, 2009

SUARA SISWA: YEEE.. AKU MASUK TV...





Selasa, mmg hari yg amat pack… dahla isolated ttg wacana, pas2 kelas direct lak 2… hari ni, 21hb Julai, RTM dtg wat siaran langsung dan rakaman.. asalnyer x nak g.. sbb cikgu pon balik dr kelas jam 7.30ptg.

On laptop..

Tetibe jer tgk shoutout si Chip (pemadam baru) dan Fifie ttg diorang nk g SITC tgk siaran langsung Suara Siswa… aku.. dngn belum makan satu nasi pon (hanya makan roti jer pg td) trus gegas beli nasi lemak RM1 kat sebelah rumah, gegas makan n solat dan mandi..

Then

Terus berkejar ke SITC. Dgn bergaya batiknyer..

Yeayyyyy.. aku dapat masuk TV..

Si chip tanya, serius ker aku nk masuk tv… Hahaha.. ade ker patut si Yanti soh aku sntiasa senyum… haha.. excited nih… dgn batiknyer. Lapo pon aku x kisah.. jnji dpt tgk show live..

Dpt tgk produksi handle live show.. mmg impian aku la 2.. huhu..

Dapat masuk live show.. heppy coz tetibe sume family kumpul tgk rancangan yg x pernah ditonton pon sblm ni.. bukan nk tgk Dr Fazley.. tapi nk tgk aku.. huhuhu..


ni gambr Dr Fazley tgh briefing sblm memulakan siaran langsung. Yg duduk di sebelah 2, VC UPSI, Dato' Dr Aminah Ayob..


Penerbit tgh setup stage...

Main kamera 1 dan 2. mamat 2 kaco line aku jer nk ambik gambo..

Cenderahatilah konon.. promosi BESTA..

Para hadirin yg hadir...

Sunday, July 19, 2009

SETEM: APA ADA PADA FILEM NI


Berkesempatan menonton tayangan perdana filem terbaru Kabir Bhatia, SETEM, di Auditorium Utama UPSI pada tanggal 18 Julai jam 10 mlm. First view aku, dari trailer yg aku download kat YouTube (korang leh rujuk post SETEM: PREVIEW), filem kali ni bukan membawa angin2 Sepi mahupun Cinta. Tidak pada genre mahupun plot2 even masih mengekalkan beberapa pelakon yg pernah belakon dlm filem2 sblm ni.

Apa ada pada SETEM??

SETEM mengisahkan ttg setem Barring yang mempnyai nilai RM4 juta… kenapekah?? Tgk sndri … Ada dua orang anak yatim (Rashidi Ishak n Afdlin Shauki) diarah oleh tuan punya rumah anak yatim (Aziz Satar) untuk pegi rompak setem itu untuk bantu dptkan kembali rumah anak yatim yg tengah nazak.

Pada masa yang sama, seorang India, baru dibebaskan dari penjara merancang untuk merompak setem untuk mulakan hidup baru bersama anak bini yg dah x sukakan dia sambil dibantu saudaranya (Sathiya) yg akan membawa setem itu untuk dipamerkan di Melaka.

Slain itu, geng Piranha, dengan bantuan anak yatim tadi, merancang satu rompakan setem tersebut sewaktu setem itu hendak dibawa ke Melaka. Namun, rompakan itu gagal apabila setem itu terlepas ke tangan sorang mat indon.. dan, game kejar mengejar pon bermula.. hanya kerana sekeping setem.

Komen aku ttg cite ni??

SETEM mmg sebuah filem yg len dri yg len. Pertama kali aku tgk sebuah filem yg menggabung jalin karakter2 yg xde kaitan antara satu sama lain dalam membentuk satu plot yg kucar kacir dan membina naratif yg padat dan sarat ngn aksi dan komedi.

Mengenepikan norma filem Malaysia yg bergerak pada landasan cinta mahupun komedi slapstik dan pengakhiran yg cliche .. SETEM cuba mengolah sebuah filem bertema ala2 Hollywood-Malaysia dgn mengenengahkan plan merompak dan insiden2 yg terjadi akibat dari insident tu...

Kabir Bhatia mmg awesome dr cinematography. Sejak SEPI, CINTA mahupun MANJALARA, KASiHKU SERU dan terkini NUR KASIH, drama bersiri mahupun filem.. mmg standard la … gerakan kamera yg slow dan artistic berjaya hidupkan suasana, mahupun bangkitkan emosi… huhu.

Lakonan pelakon bersahaja. Ditunjangi dialog mantap dan bersahaja. Mmg mood filem stabil dan tidak tergesa2… dialog even kekadang lawak, tp penuh mesej.

Aksi, stunt mahupun letupan.. aku puji sbb aku x pernah g tgk sebuah aksi letupan rumah yg stylo dan perfect seperti dalam filem ni. Aksi2 ala2 hollywood, ‘slow-motion bullet’ yg mmg realistic.. mmg ini filem Malaysia yg hebat. Adegan van sekuriti langgar kete waktu rompakan 2 mmg best.. mcm aku tgk cite Italian Job je..

Overall, filem ni aku bg 4/5 sbb ada certain poin’t yg aku rasa x kemas… ni antaranya…

1) Bront Palare tembak Afdlin waktu dia dalam bumper kete. Waktu scene 2, kita lihat mmg bullet-hole byk kat bumper. Then, bila nk sampai scene last, waktu Afdlin bukak bumper, tiada sebarang bullet-hole.

2) Posemen g pejabat hantar surat waktu mlm??? Adeh.. ade ker??

3) Afdlin buang minyak kete geng Piranha. Korang dpt tgk minyak 2 mengalir dr side kete blah kanan kemudian masuk bawah kete dan sampai hampir ke kete Afdlin (yg warna kuning) yg letaknyer di sebelah kiri. Kemudian, bila Bront Palare kuar, then Afdlin cakap ttg ‘Tak Nak’ merokok, dan throw lighter kat atas minyak petrol, api 2 just sampai ke Bront Palare dan tidak la pulak terbakar kete2 yg dibuang minyak 2.. huhu

4) Penggunaan mekanik toolbox untuk elakkan Afdlin dr mati ditembak Bront.. logikkah?? Cmne lak dia tau Bront nk tembak kat ne dan dia tau nk letak kat ne toolbox 2 supaya peluru 2 x kena dia.. huhu..

5) Sewaktu scene letupan, bila mamat Indo lari kuar ikut tingkap belakang dan rumah 2 meletup. Then, korang akan perasan yg bila rumah 2 meletup, ada orang spt sembur asap extra.. aku tau, sbb asap 2 lebih putih dan pekat dari asap yg keluar hasil letupan.. yg akhirnya mengurangkan realistic scene 2…

6) Bila Afdlin lawan ngn Bront … Bront akhirnya kalah sbb kena renjatan eletrik dr kapal terbang yg x pernah dihidupkan enjin.. aik?? Boleh ker ada eletrik kalau x hidupkan enjin.. huhu

(sesape leyh explain balik.. silakan.. )

2 jer yg aku dpt kesan.. huhu.. overall .. x sume filem perfect dan SETEM adalah satu filem Malaysia yg mmg aku bngga..