Akan Datang!

Tuesday, June 30, 2009

TRANSFORMERS 2 : MY REVIEW

Berkesempatan menonton Transformers 2: Revenge Of The Fallen pada 28 hb Jun di Hall 1 LFS Cinema, City Mall Kedah pada jam 12.15 bersama adik aku.. huhu..

Mmg superb.. dan memang betul kata kawan aku yg sorang ni… This movie made for cinema fans…

Megatron & Starscream


N aku sbg sorang dari peminat yg sentiasa mengikuti perkembangan filem ni dari desas desus storyline sampai la ke last touch beserta gosip2nyer, mmg akan menjadi satu perkara yg aku nntikan. N… penantian dah berakhir daa… n I’m here to review it… with my own opinion ‘bout dis movie…

Alkisah Transformers kali ni bertitik tolak dari ending filem terdahulu. Megatron sudah tiada. Namun, sisa Decepticon masih lagi bertaburan di seluruh dunia. Autobots di bawah pimpinan Optimus Prime bergabung tenaga ngan manusia utk hapuskan baki2 Decepticons di bumi melalui satu kumpulan yg dikenali ngan nama NEST.

Amaran ttg kedatangan sesuatu yg dikenali sbg ‘The Fallen’ meresahkan Autobots. Pada masa yg sama, ada juga kalangan pemerintah yg menyalah anggap kehadiran makhluk2 asing ini. Sam Witchwicky yg kini berada di kolej, mula nampak simbol2 pelik. Lagi meresahkan, Megatron dihidupkan kembali dari perut laut. Decepticons sekali g memburu Sam Witchwicky kerana simbol2 itu.

Pengembaraan Sam menemukannya dgn bekas anggota Sector 7, Agent Simmons serta dibantu leh Mikaela n roommate Sam yg gila techno, Leo.

Megan Fox sbg Mikaela


Kesimpulan, storyline mmg straight 2 da point. Gaya yg mudah, ditambah dengan scene yg lebih mantap dan tak kucar kacir.

Pada aku, kali ni Michael Bay mmg lebih hebat dalam memantapkan Transformersnye ngan mengaitkan Transformers dan kewujudan Piramid. Satu bende yg pada aku, aaarggh.. mengarut dan x masuk akal. Tapi, dalam skop fiksi, ia satu storyline yg ‘hmmm… logik gak’. Transformers kali ni lebih dibayangi genre superhero daripada genre biasa. Adegan aksi yang dramatik dan penuh explosion menampakkan yang filem ini mmg mahal dari aspek CGI dan kesan khas.

Pada aku, lakonan karakter, mmg nampak bersahaja…

Optimus

Scene Mikaela n Sam

Lakonan Shia LaBeouf, lebih licin dan real. Shia berjaya hidupkan karakternye ngn berkesan. Aku suke sgt moment bila Sam merebut Matrix Of Leadership utk slamatkan Optimus Prime. Pas2, Sam dibom leh Megatron. Mmg scene 2 idup sangat. Mmg aku feel abis la… hahaha.. Satu g, aku suke scene bila dia cakap kat ayah dia supaya tinggalkan dia sbb ayah dia suruh ikut cakap dia kat scene Gulf Aqaba. Karakter Sam juga pada aku, dah lebih menyerlahkan ke’macho’an yg sebelum ni lebih diselubungi perasaan malu dan prangai mak bapak dia yg suke kawal dia. Overall, Sam Witchwicky dilihat lebih dewasa dalam filem ni.

Mikaela hmm… lebih feel.. aku dapat rasa betapa dia menyintai Sam n (ceh, mcm aku lak dilamun cinta.. ahahahahaks)… bila dia x dapat nk wat Sam ucap ‘I luv u’, mmg dia frust sgt. Aku suke scene 2. Manja tapi masih ada ego dlm diri sbg sorang pompuan. Aku x nampak sgt karakter tomboy dia dlm filem ni. Namun, aku suke perubahan karakter dia. Megan Fox delived her best effort. She’s awesome dude!!!!

Lennox, Epps… karakter yg kadangkala komedi, tapi tahap sederhana. Komedi banyak diletakkan pada Agent Simmons n Leo.. yg menjadi penyeri…

The Twins


Aku suke karakter The Twins, dahla muke cam tikus.. funny lak 2… hehe

Menyentuh ttg cinematography, masih jugak spt filem terdahulu.. mmg angle2 yg x boleh dipisahkan dr Michael Bay menjadi penyeri filem ni. Korang bandingkan siri Transformers dgn filem Michael Bay yg lain. Mesti ada persamaan ni..:

1) Shoot helicopter/jet yang dibelakangnya ada matahari sedang jatuh. Helikopter/jet dalam formasi V. dan Slow Motion mood.

..korang dpt tgk dalam The Rock, Transformers , The Island

2) Karakter bangun, pusing ke belakang, angle kamera berpusing 360 darjah

.. korang leh tgk dlm Bad Boys, Bad Boys 2, Transformers, The Rock

3) Close-up karakter yang berlambak (mmg aku suke close-up)

.. ni sume film dia ada.

4) Scne karakter beratur dalam satu line/bentuk V menghala ke kamera dalam mood ‘slow motion’

.. korang tgk dalam filem The Rock, Transformers

5) Angle kamera dari helicopter yang berpusing 360 darjah

.. scene last filem the Island, n scene Sam n dag eng sembang ngn Jetfire di Egypt.


Music Steve Jablonsky x lari dari theme filem pertama. Namun, filem ini ttp awesome dgn music score yg mantap. Tapi, aku rasakan, theme utk Transformers: Revenge Of The Fallen kureng menyengat r.. entah kenapa aku x tau. Namun, musicnyer mmg sesuai r ngn storyline. Gabungan Linkin Park with their hit single ‘New Divide’ memang best.

Breath-taking scene...

Animasi mmg superb. CGI Industrial Light & Magic berjaya idupkan karakter ngn berkesan. N scene yg sukar nampak macam petik jari jer. Aku suke sgt tgk lincahnya The Twins, Archee n Bumble Bee.. menyengat beeeb… Aku respect r scene prologue, scene Jetfire kat atas bukit tinggi slpas teleport Sam n dag eng, n scene Decepticons jatuh ke bumi… mmg huge scale punye style.. n it looks like real..

Namun, aku mmg x brape suke bila tengah aku asyik jer tenung wayang ni, tetibe mata aku memandang bende2 yg skali gus melayakkan aku kata filem ni x kemas dan Michael Bay sorang yg cuai. Kenapa??? Ni sebabnyer:

1) Scene wktu Sam cakap nk tinggalkan Bumblebee, pas2 Sam kuar… Mikaela ada bagi bunga.. waktu 2, Mikaela nak dengar sgt Sam cakap I luv u kat dia. Angle camera waktu ni, 360 darjah berpusing mengelilingi dua karakter ni (steadycam kot rasanyer). Yang aku x puas atinyer, ada satu masa 2, bebayang kameraman ni terlekat kat atas baju Sam.. aaaargh..

2) Fakta… ni pertikaian paling besar aku. Even ni hanya fiksi.. lantakla… peduli apa. Waktu awal2, ada diberitahu yg All Spark disimpan kat tempat selamat (paling selamaaaat oooo!!) dan bangkai Megatron disimpan dalam laut dan dikawal tentera laut setiap masa. Tapi, bila Decepticon masuk nk idupkan Megatron, senang la plak dia masuk. Xde kelibat tentera laut pon… kalau nak kata Decepticons masuk dari tempat lain, x la plak. Sbb dia masuk menegak. aaaaagh.. somebody explained it baaack 2 meee…. I need explanation.

AAAAAAARGH!!!! WHY UR SO CARELESS BAAAAAAY!!!! I’M YOUR BIGGEST MUVI FAN……. PLEASE STOP THIS…

Overall.. ada la mistake kecik dr segi editing. Aku x prasan. Tapi, bila aku rujuk Internet Movie Database (IMDb) punyer website, baru aku sedar. Tapi yg 2 aku x perasan waktu tonton. Maybe bila dah kuar DvD nnt baru aku leh cari mistake kat c2… tunggu.. hehehe.... kesimpulannyer, xde movie yg perfect.. kan???

2 jer kot review aku… hehehe… daaa….

*KALAU DE KOMEN... sila komen.. chow

Saturday, June 27, 2009

RRAMA


Rrama, sebuah novel yg diterbitkan oleh KRU Studios ni menampilkan sebuah kisah thriller yang lain dr yang lain. My first impression bout dis novel, ini adalah something that tell us bout the beginning of Rrama yang ada dalam filem Cicakman.

Lagipun, KRU Studios banyak juga menerbitkan novel berkonsep ‘movie tie-in’ spt Duyung, dan Cicakman sndri.

Rrama mengisahkan ttg sorang pembunuh upahan, cintanya dan konflik yang dihadapi. Siapa Rrama? Mungkin korang kenal dia dalam Cicakman 2: Planet Hitam sbg penjahat baru yg menjadi kuncu kepada Profesor Klon.

Tamara dibesarkan Tok Aki, selepas ibu bapanya dibunuh oleh seorang yang tidak diketahui. Kini, Tamara adalah sorang pengurus di agensi yang memberikan perkhidmatan ‘bodyguard’ dan pembunuh upahan. Tamara pada malam harinya akan menjadi Rrama, sorang pembunuh yang membunuh penjenayah yang dikehendaki polis. Hal ini meresahkan Insp. Yusry yang menjejaki pembunuh2 ini. Dia juga masih mencari siapakah sebenarnya pembunuh yang membunuh penjenayah ini dan sering meninggalkan tanda rama-rama di tempat kejadian.

Dalam pada masa yang sama, Tamara mencari pembunuh mak ayahnya. Dia juga berhadapan dengan cinta Firdaus, pekerja bawahan di syarikatnya. Lama kelamaan, Tamara sedar yang Rrama bukanlah satu saja kupu-kupu malam yang turun membunuh.

Awang Komando, seorang taiko yang mengepalai banyak aktiviti jenayah semakin resah dengan kehadiran Rrama. Rrama sudah banyak menghapuskan rakan2 kongsinya. Dia bimbang kalau2 Rrama akan mencari dia dan melumpuhkan aktivitinya. Oleh itu, dia menawarkan wang yg banyk kepada sesiapa yang mampu menghapuskan Rrama sebelum kegiatannya terancam.

Lalu, muncul Azura.. seorang pembunuh yang berani mengambil cabaran membunuh Rrama, kakaknya sendiri. Kenapakah Azura berdendam dengan Tamara?? Berjayakah cinta Firdaus???

Rrama menekankan kepada plot yang bergerak pantas. Aku lebih rasa yang aku bukan membaca novel tetapi aku membaca skrip. Hal ini sbb gaya bahasanya yang serba ringkas.. bukan saja ringkas, malah terlalu ringkas.

Penceritaan thriller Rrama, aku leh katakan ada penerapan unsure agama even aku rasa elemen itu menyebabkan aku kekok membaca sebuah novel thriller ala2 filem Hollywood ni. Namun, mungkin ppenulis mahu menerapkan even agama menjadi sndaran, manusia sanggup menggunakan agama hanya sebagai paksi kepercayaan, bukannya paksi kehidupan.

Gaya bahasa biasa.. dan kadangkala terlalu simple. Banyaka struktur bahasa yang ‘kureng’… n aku simpulkan… aku x kisah ngn sume 2 sbb kisah dia yang mmg superb.

Korang jangan membandingkan kisah Rrama ini dengan kisah Rrama, Cicakman dan Metrofulus… xde kaitan… ok.. pada aku, sronok baca novel ni.

Friday, June 26, 2009

MATINYA SEORANG RAJA POP



I cannot believe by wat i've already saw.. something that not come through my mind 2day. something that surely shocked the world..

Macam x percaya apa yg terjadi bila aku melihat tetingkap Yahoo memaparkan ini...

Raja pop, Michael Jackson mati di usia 50 tahun tanpa punca yang diketahui. Menurut ASP, punca kematian x dapat disahkan. Dia didapati x bernafas bila Unit Bomba Los Angeles menerima panggilan dari rumahnya lebih kurang 12.30PM, kelmarin.
- sumber ASP

Thursday, June 25, 2009

I WANT IT THAT WAY

Novel, mmg satu g hobi yg aku suka wat bila aku…
1) Berada di dalam keretapi sewaktu ingin pulang dari Tanjung Malim
2) Merasakan ‘jemu’ dengan movie

Berkesempatan melawat Pesta Buku Perlis yg diadakan di Dewan SJK(C) Khoon Aik, aku dah putih mata melihat pelbagai jenis novel. Tapi, ada dua tajuk yg aku dekat sangat di hati..
Pertama, LASKAR PELANGI…
Kedua, BUKAN YG TERAKHIR..
Mmg terpaksa memilih, sbb mmg x smpat nk baca. Lalu, aku pilih…

...

...

...

...

...

...




entah bila aku leh abiskan baca novel yg tebal giler ni.. 782 pages.. tebal oo..
pape pon... pada sesape yg ingin tau kisahnyer, ini preview plot BUKAN YANG PERTAMA.

... Yasmin Zulaikha Basri pulang ke kampung setelah gagal mendapat peluang pekerjaan di ibu kota. Dia adalah anak muda yang menggalas tanggungjawab sebagai usahawan, anak kepada ibu yang telah uzur dan dalam masa yang sama dia perlu menjadi contoh dan tauladan yang baik kepada dua adik angkatnya. Sudah menjadi lumrah kehidupan, antara hal peribadi dengan urusan kerjaya pasti ada yang bercanggah.

Kehadiran Anis, remaja perempuan yang memberontak; Jason, tetamu homestay yang tertarik untuk memeluk Islam dan kemelut cinta Ustaz Mustakim yelah mencabar kewibawaan Yasmin Zulaikha. Dalam konflik yang rusuh, resah dan kecewa, keakraban Yasmin Zulaikha dengan Umar Khalil pula disalahertikan sehingga mencetuskan fitnah. Namun, dia tetap merani menongkah arus, tidak mahu ketinggalan dalam aspek kepimpinan dan pada masa yang sama berusaha sedaya uppaya untuk terus kekal di landasan syarak...

P/S: LAMA G NK LEH REVIEW NOVEL NI.. hmmm

Saturday, June 20, 2009

REVENGE OF THE FALLEN

Aku x dapat r nk tgk Transformer spt yg aku rancangkan. Namun, apa leh wat, dah nak jadi.. masa aku dok kat umah aku ni gak laaaaaa cite 2 nak tayang…

Tak tahukah Michael Bay yg ianya menyusahkan aku…??? (macamla dia 2 neighbour aku.. hahaha)... Aku mmg fanatik ngn director nih... each film even dia just produced pon aku tgk...

Whatever..

Transformers menjadi satu filem da most da boom film 4 me sampai Nookia 5300 2 pon aku namakan Autobot… ACER Aspire 4920 aku ni pon pernah mendapat sentuhan stiker Transformers. Betapa gilanye aku ngn robot2 ni… tapi xdela sampai kumpul model2 sampai penuh rumah…

But, luckily.. sewaktu aku g ke penang dan jalan2 di Queensbay yg memenatkan.. aaargh.. beso beb Queensbay. X larat den.. namun, ketidak laratan 2 terbalas bila aku jalan2 dan berjumpa dgn POPULAR.. apa itu POPULAR???

Kedai buku laaa…

Aku mmg nk sgt beli novel Inggeris.. tapi mahaaal daaa.. nak baca pon just dalam train jer… tapi, ada something yg wat aku beli novel inggeris pertama aku.. tajuknyeeer…

TRANSFORMERS: REVENGE OF THE FALLEN

Ditulis oleh Alan Dean Foster dari lakonlayar asal filem tersebut… maka, aku rasa satu peluang dapat membaca kisah sequel ni sebelum aku tgk di pawagam.. namun, mmg aku rasa x la rugi baca buku sbb mmg tidak kesampaian nak ke pawagam atas sebab2 tertentu….

Kisah Transformers ke2 ni lebih menjurus kepada Sam.. citenye, lebih kurang camni..

Sam skarang masih ngn Mikaela.. Mikaela ni keje ngn bapak dia kat kedai repair kete.. si Sam lak melanjutkan plajaran ke kolej… Bumblebee masih jadi teman Sam..

Di kolej, Sam ada roommate nama Leo.. Leo ni orang gila computer.. entah camne, waktu kuliah pertama, Sam mula nampak symbol… symbol pelik sampai Leo ni naik pelik..ada sorang Minah ni, nama Alice, cube ngorat si Sam.. tapi, Alice ni ada udang balik mee.. korang g tgk sndri kalau nk tau Alice ni saper…

Optimus Prime n kuncu2 masih di bumi, bagi warning ttg Decepticon yg menyerang.. even ketuanyer, Megatron dah tertanam dalam laut, ada geng baru datang dan idupkan.. tapi ketua geng manusia (sapa nth, lupa nama) x percaya.Kedatangan Autobot masih x diterima penduduk bumi. Maka, Optimus pon carik la Sam, nk mintak tolong. Tp, Sam dah x nak. Dia kata ni bukan perperangan dia…

Dalam satu pergaduhan antara geng Decepticon dan Optimus, Optimus cedera.. maka, mula laaaaa pengembaraan Sam dan Mikaela bersama Leo mencari Simmons dan menyelesaikan misi. Mereka bertiga, dibantu leh Bumblebee dan Twin, akan g cari Jetfire. Jetfire ni bengong skit, nyanyuk pon ada.. nape?? G tgk kk…

Dgn bantuan Jetfire, Bumblebee, Twin, Sam, Mikaela bersama Leo dan Simmons, mengembara ke Timur Tengah.. mencari bahasa Prime yg dilihat Sam… Decepticon, dalam pada masa yg sama, mencari Sam kerana bahasa Prime itu ada something yg berguna bagi Decepticon… Lennox dan Epps, tumpang tolong dari sgi military even ketua diorang xnak bertanggungjawab atas perang alien ni… Megatron kembali dihidupkan… dan dia nak hidupkan The Fallen yg akan beri kuasa Prime utk menakluki dunia..

yang paling best... bila Optimus Prime leh gabung ngn Jetfire.. so... Optimus ada kuasa n leh terbang... The Fallen, Decepticon, Megatron.. perebutan.. hmm... mmg kaw punye cite ni...

Kali ni, macam lebih hardcore skit cite dia sbb geng2 Transformers ni dikaitkan ngn asal usul tulisan manusia dan peradaban kita..hmm.. pelik skit tapi logic dalam skop fiksi…

pape pon, nk tau kisahnyeer.. korang tgk… aku yg baca novelnyer pon dah leh bayang dah kisahnyer dalam filem…

Pape pon... *TRANSFORMERS 2 akan bersambung pada tahun Jun 2012.. dimana sequel ke-3.. menjanjikan finale terhebat utk filem ni... ada rumours kata filem Transformers 3 akan kuar pada Jun 2011.. tp.. menurut sumber.. Michael Bay kata...

"jika Transformers 3 mau direlease pada Jun 2011, saya perlu bersedia dr september ni... x mungkin saya akan lakukan sbb saya perlu rehat.. "... MICHAEL BAY dr WIKIPEDIA...

*WIKIPEDIA.ORG


Tuesday, June 16, 2009

ADA APA DALAM KENANGAN???

Pernah x korang alami zaman dimana kita terlalu menyanjung seseorang… x kira la artis kee… sesiapa saja… sehinggakan diorang 2 la yg menjadi seolah2 diri kita.. dan kita mahu mereka dekat dgn kita sbb kita terlalu sanjung dia sehingga naik kering poket sbb lakukan pe saje utk dia…

Pernah x ??? mungkin ada yg pernah kot..

Hmm.. aku pernah skali alami .. kekadang, fikir balik zaman2, hmm.. kemudian pandang balik diri ni yg dah nk jadi cikgu.. huhu.. dah macam train yg nak ke Kuala Lumpur tapi sampai ke Tanjung Malim je..

Pape pon, sume 2 jalan that has been given 2 me by God.. so…

Hah.. xde kaitan pon dgn pe yg aku nk cite…

Aku nk cite something yg maybe I can say that once in a lifetime la kalau utk sesorang yg bakal jadi cikgu ni.. insyaalah.. ada 3 barang yg aku rasa bertuah sgt memilikinya… sbb mungkin bg orang len, ala.. mende kecik jeee… ok.. ape barang 2.. meh aku story kat korang satu persatu….

1) Gambar


Gambar atas sblah kanan 2, Atie AF.. sebelah lagi entah, lupe nama.. tapi mmg pelakon terkenal la.. betapa aku terpaksa memecahkan tembok malu aku utk ambik gambo ni… sanggup tunggu sampai diorang sume wrap up utk ambik gambar ni..

Diorang ni dtg skolah aku wat shooting drama. Aku ingt g tajuk cite 2.. SIAPA AKU DI HATIMU… aku pon jadi extra.. tapi, kecik giler.. pe aku perlu wat, kuar dewan exam.. haram tgk tv muka aku x jelas pon.. cmne aku nk tunjuk aku jadi extra.. xpela. Kenangan 2…

Yg gambar bawah 2, Waheeda… zaman yg aku menjadi fanatic giler ngn dia.. nnt aku cite g….

2) Surat


Surat pe yg spesel sangt… bukan surat cinta ekh.. bukan juga surat tawaran masuk u.. ni adalah surat yg aku terima masa beberapa hari sblum raya… (taun bila aku x ingt)… ingt g.. kisahnyer camni..

Aku mmg giler sgt kat Waheeda ni.. fan no 1 la katakan… gila tahap gaban, mcm aku ni rapat la sgt ngn aku.. padahal, dia kenal aku pon x… siap hantar surat lagi kat dia.. pas2.. dah lama hantar.. satu malam,. Aku ingt g, baru balik dr kangar wak2 2 .. adik aku bg surat ni kat aku.. heppyynyer macam nak kahwin dah oo…. Hehehehe… namun, aku tau surat 2 semua fan dia dpt… sbb dia Photostat jer.. xper.. janji aku satu dr seribu yg dpt…

Beserta surat 2 aku dpt ni…

Poster 7 perhentian


Poster Waheeda Wassini


Dan dah ilang… calendar poket.. kecik je.. sbb 2 dah ilang…

3) Skrip


Menulis skrip mmg cita2 aku.. tapi lama kelamaan aku sedar yg cerita aku xde faktor x .. yg nk wat orang ikut.. ada la aku tulis satu 2, tp terperuk jer dlm laptop.. saper pon aku x tau nk mintak tolong upgrade skit cite 2 supaye jadi boom.. lupekan.. aku fail… mmg aku ada idea tp x reti nak kembangkan… maka, sgalanya turn 2 be dust jeeer.

Speselnyer… ada senior last sem dr UiTM dtg wat aktiviti kat skolah aku wktu form 6… aku kenal kak sorang ni.. sbb dia ni ketua group aku.. diorang ni dr MASCOM.. so, peeergh, pasang angan r nk ke c2.. tup2, ke UPSI..

Skrip yg aku dpt ni, dia bg sbb aku slalu mintak dia skrip wat ilham dan nk tgk format.. tak terpikir lak yang keje tulis skrip ni susah… huhu… lalu, skrip yg dia bagi ni, aku simpan laaaa wat kenangan, n maybe berguna di masa hadapan.. who knows..

Skian..