Thursday, April 30, 2009

TIMAH



Makanya malam ini cikgu berasa sungguh gembira kerana tercalon dalam AZ100 yg diketuai oleh Timah....

Cikgu telah mendapat idea mempromote tetapi malangnya... terpaksa dibatalkan...

Hari ini cikgu berasa sungguh gembira kerana telah berjaya mendownload sesuatu yg telah membuatkan penyakit Photoholic cikgu menjadi bertambah parah...

PHOTOSCAPE... nama yg hanya cikgu pernah dgr... yg telah menjadi idaman peminat edit gambar di seluruh malaya...

malam ni.. cikgu telah mendownload... dan cikgu berasa kekok seperti orang conggo (tmpt kediaman timah) mencari rusia....
usaha punye usaha... dgn menggunakan model Timah yg telah diambil curik... akhirnya cikgu telah menghasilkan satu editing yg... hmm.. korang fikirkan...


timah yg muda dan comel... cikgu telah jadikan dia seperti seorang nenek... ahahahaks...

sowi timah... cikgu baru belajar....

Wednesday, April 29, 2009

DUNIA KITA BEGINI???

Cikgu dah tinggal lagi dua paper untuk selesaikan.... rini pas falsafah ingt nk blah balik umah jap... hantar barang.. tapi, disebabkan kewangan... mmg x jadik balik...

Cikgu ni maybe ‘mulut masin’ r...

Td cikgu cakap kat mak cikgu...

“Xperla, balik nnt mak mai ni la.. duit xckup.. mana la tau kan kalau x balik.. ada mai beli cd”

Tup tup... hah, rezeki datang...

Amiiinnn...

Malam ni... cikgu dah kering idea nk menulis... tp... selepas cikgu tgk cite SYRIANA.... terpikir lak... ttg satu perkara...

Beberapa hari lepas, ada seorang wanita (comel gileeeer)... dalam Tagged... invite cikgu add dia... wanita ni cantik.... beautiful giler.. tp tua dr cikgu.. ahaks... pas cikgu bukak page dia.. masyaalah.. terkejut... penuh ngn gambar separuh bogel...

Maka cikgu bertanya padanya, inikah gambar dia yg sebenar???? Beberapa hari cikgu menanti.. tiada msj balas dari dia.. pas2, persoalan cikgu terjawab sendiri pabila melihat pelakon Anak Pontianak yg sedang bogel.... bersama seorang lelaki... dan beraksi lucah .. (mujurla dia cencored tmpt 2...) huhu... cikgu ingt nk siarkan di sini... tp.. gambar itu terlalu kontroversi...

Mungkin akan ada label2 yg akan melekat di badan cikgu nnt....

Tapi, untuk jadi pengajaran wat kita sume...

Cikgu sempat la ambik gambar yg boleh kata low-sexy jugak untuk ditampal di blog ni...

Bukan utk hiburan... tetapi sbg teladan....

Cikgu x brani kata ini adalah gambar sebenar artis.. kadangkala penafian dibuat mereka.. dan wallahualam, hanya tuhan saja yang tau...

Artis... mmg sume nk kan.. popular... bergaya.. dikenali... apa ada pada cikgu jika dibandingkan dgn artis... kan???

Namun, mereka juga manusia... ada sisi gelap...

Dan...

Ini adalah sisi sisi gelap mereka....

Terpulang pada anda menilai sendiri....

Dunia artis itu...

Indah atau maksiat????

Bukan ingin cikgu berkata sume artis mcm 2... Cuma renungkan, susah atau tidak menjadi artis... penuh dgn segala dosa... hanya untuk menjadikan seseorang manusia lain berguna...

Ada yg dah lalai dan leka... sampai ada tersiar gambar2 yg x senonoh.. seperti ini...

(kalau nk wat dosa pon.... pandai2 ler cover)

Anda semua mengenali mereka...

...

Roslan Aziz....

mamat yg cikgu terlupe r nama dia (korang namakan ler sndri)

zakiah anas....

alamak.. mamat ni (luper nama) siap wat sign FK


.

nilai la sendiri k...

bagaimanakah ... apekah... perlukah???


inikah dunia yg akan anda miliki jika anda mahu menjadi seorang yg terkenal...

sanggup g menonggeng cmni (walaupun mawi x kata pe...) macam si Ikin ni walaupun bertudung...??? anda sanggupkah??? malu wei.... comel dah comel dah... posing la cara len.. huhu

fasha sndha yg sangat digilai mamat2...

cico..

azizah mahzan yg tua z sedar diri... aduuuh...


...

...

...

ok...

cikgu tinggalkan untuk renungan...

fikirkanlah...

Tuesday, April 28, 2009

LILIN ITU MENERANGI

Cikgu masuk tagged ...

Udah bencinyer membaca Falsafh, Plato n Aristotle pon dah x larat bg minum kopi dah... katanya diorang dah abis duit... huhuhuks..

Cikgu ternampak sebuah karangan.. karangan sorang bekas pensyarah cikgu... yg mungkin leh katakan tidak la terlalu rapat ngn cikgu di luar, tetapi.. dia mengenali dan pernah mengajar cikgu dan rakan2 cikgu.. Mawi Utagha 2 masih lagi sinonim dgn gelaran yg diberi oleh lecturer ni...

Tanpa meminta kebenaran, akhirnya cikgu siarkan.... xnak siarkan nama... kerana bimbang dia berduka... sesungguhnya..

Inilah untungnya menjadi pendidik...

.......................................................................................................

Dahulu..jika dibuka pg frenster dan tagged aku..terlalu sunyi sekali..tiada siapa pun yg mengatur huruf bertanya khabar dan mendoakan kesejahteraanku..Tapi sekarang...Perlahan-lahan aku mula menginsafi betapa menjadi seorang pendidik terlalu banyak hikmahnya dan terlalu banyak pahalanya. Tidak hairan pekerjaan ini betapa mulianya di sisi Allah dan agama. Pahalanya dan amalannya dibawa bukan setakat di dunia tetapi juga di akhirat yang serba baqa.

Saban hari ada sahaja ada anak didik ku yang menghantarkan doa, bertanya khabar lebih2 lagi dalam kondisi kesihatan ku yang tidak berapa memberangsangkan. Mungkin kuatnya aku hari ini untuk menapak di aspal kampus yang serba dingin di bawah banjaran Titiwangsa ini kerana doa-doa mereka kepadaku.

Dahulu, bila aku tidak sihat dan bila aku menerima rawatan panas yang sangat menyakitkan sehingga menyaksikan keguguran rambut dan roma di badanku...doa ini Cuma datang daripada keluarga tercinta, suami terkasih, kawan2 sepejabat dan selebihnya kekuatan daripada diri sendiri dan doa diri sendiri. Namun hari ini, doa-doa itu bertambah, daripada keluarga tercinta, suami terkasih, kawan2 yg bukan sepejabat)sbb kawan2 seprofesi dgnku x tahu ini..syhhh...awk semua jgn ckp pd sape2..hahaaha...) dan yang paling banyak adalah doa daripada anak didikku...ya..anak didikku yang jumlahnya beratus orang itu..

Dahulu, apabila aku diberitahu bahawa aku akan berhadapan dengan 500 pelajar di jabatanku...aku susah hati..mengeluh hiba dan asik memikirkan bagaiamankah agaknya keadaan aku akan berhadapan dengan mereka semua. Ini tidak termasuk pelajar2 bukan daripada jabatanku sendiri yang aku ajar iaitu pelajar2 daripada kursus2 universiti yang bukan dari fakulti dan jabatan yang aku duduki ekarang. Ikut2kan hampir satu kampus ini ada bekas-bekas stdntku yang mengambil kursus universiti dibawah seliaanku..dan ada antara mereka pada hari ini masih terlalu rapat (hingga terlalu rapat..huh!) dgnku dan sering megutusiku, menjengukku di bilik kantor, menghantar makanan kepadaku (ini selalu surprise daripada mereka walaupun bukan ini yg aku minta dari mereka tapi seringnya terjadi..semalam sahaja ada bekas pelajar TITAS yang aku ajar dari program KH menghantar Melon Rock padaku hasil tanaman mereka di belakang kebun kampus !) huhuhu...inilah hikmahnya guru, selain doa bekas pelajar, sering juga diberi itu ini..tidak kira masa..kalau ikut barang-barang perhiasan..bilikku ini boleh sahaja dilabel oleh kawan2 seprofesi dgnku yg sesekali menjenguk bilik “indah’(hehe) di hujung dunia aras 4 malim sajana ini sebagai mini muzium...apa tidaknya..banyak sekali barang-barang warisan dan kesenian yang aku dapat (sebabnya aku mengajar subjek kegemaranku ini) dan kupamerkan sebagai hiasan di bilik ku ini. Sehingga ada yang terpaksa kubawa kerumah sebagai hiasan rumah pula..sebab tidak cukup ruang di bilik kantor ku yang sempit ini(sebab nk letak kotak asgmnt n skrip jwpn jugak! Haha) ...Begitulah..

Namun sekarang...aku tidak gusar lagi untuk berhadapan dengan yang 500 orang itu ditambah dgn yg bukan dr jabatanku... Pasti aku akan menggunakan pendekatanku sendiri bagaimana harus aku mendepani karenah gila2 mereka..pelbagai rupa, pelbagai karenah..pelbagai sikap dan pelbagai doa..malah pelabagai tohmahan juga aku dapati (bg yg x suka cara tegasku mendidik mereka..tapi kubiarkan saja dan kuselitkn doa untuk mereka moga suatu hari nanti mereka akan sedar mengapa aku bersikap tegas begitu kepada mereka...)..aku redha..dan aku pasti kuat untuk berdepan dengan mereka..datanglah walau beribu lagi pelajar baruku..pasti aku sebagai pendidikmu... akan berani berdepan dengan ujian ini..tak akan kugentar berhadapan dengan seluruh jiwa raga dan keikhlasanku untuk kamu semua..agar aku diberkati didunia dan akhirat...

BERSAMBUNG....

..............................................................................

Inilah satu kelebihan seorang pendidik...

Kita... masa depan... anak murid...

Kita... mencorak ... dan akan dicorakkan...

Utk kwan cikgu yg bakal bergelar guru...

Inilah liku seorang pendidik..

SEKIAN..

P/S: kepada guru2ku (walaupun bukan hari guru lagi)... terima kasih atas segalanya...

Thursday, April 23, 2009

SUKA SUKI


Aku xnak cite ttg exam... dah xde mende aku nk cite.... aduh, aku tgh bergelak ketawa bersama diri sendiri dalam melihat comment blog Fatimah yg banyakknya setinggi gunung...

Tapi, semalam, Fatimah dgn selambernye menjawab..

"man..ko try la bukan blog CHE DET..lagi beratus2 komen dalam 1 entry"
- FATIMAH


Fatimah yg berciri ketimuran ni mmg berbudaya ketimuran r... hahaha... bersopan santun dalam menjawab segala pertanyaan...

lupekan...

By da way, aku setuju ngn cik Fatimah da Miss World Wannabe ni ttg aksi rebut merebut di Istana DP... Bukan Din Powell ataupun anak sedara Baden Powell... ok...

Xper, disebabkan aku ni sabar.. lantaklah pe nk jadi.. jgn DP 2 runtuh sudah..

Aku juga respek r kat mamat sorang ni.... yg aku perhatikan dari jauh... sudah tidak sabar menunggu kepulangan da wife wannabe tercinta (isylh)... mundar mandir dirinya seperti ingin menunggu seorang isteri yg sedang melahirkan anak... telepon sana sini, kehulu hilir... mmg seorang lelaki yg sejati dan setia....

hahaha...

KENEGARAAN, EC2... selesai... 4 hari jaraknya nk ke LITERATURE...
hari ni, 23 April... disebabkan rancangan yg dibuat oleh President ELC yg nk jalan2.. maka aku pon meronda...

ni adalah YM aku dengn seorang kawan... namanya dirahsiakan... korang fahamilah sendiri apa yg aku maksudkan.. hahaha ok..

Ms Y: oit, dak study (memerli aku... aku terkejut)
AKU:study per, g melancong td, hehehehe (sambil mem'bongkak'kan diri)
Ms Y: hehehe, wah wah, mane?
AKU: rilek r, rahsia, hahahaha
Ms Y: kalumpang, hhe
AKU: x men r kalumpang, xde claasssssss, hehehe (saja wat bangga.. haha)
Ms Y: FINEE~, ngn ada ar tuu (skandal??? oh tidak.. aku anti skandal)
Ms Y: ada????, ceh, kurang hasam tul ko... hahahha...xde r... g Empangan Kuala Slangor td hehehe
Ms Y: hw come smpi sane??
AKU: hahha biasa r... orang pandaicari jalan sampai r ....ingt nk ke Fraser dah tp takut x smpai jer .....petang dah ni hehehe

lalu.. keadaan internet yg sengal menyebabkan berlakunya kadar pertukaran data yg tidak seragam... Ms Y ...mmbuzz ..
BUZZ!!!
BUZZ!!!

AKU: oit... aloooo
Ms Y: aloooooooooooo

BUZZ!!!


AKU: oi... ko di taliankah atau sudah tido (mmg Ms Y suke tido)
Ms Y: aderlaaaaaaaaaaaaaaaaaa (mungkinkah dia tgh menguap????)
AKU: atau sedang mengkaji THE RETURN
Ms Y: aku rase cm biase laa wireless nh sabotajjjjjjjj
AKU: atau OLD MAN AND DASEA

BUZZ!!
BUZZ!!!

AKU: yeeeeer... masihkah ada di talian
Ms Y: ada encikkk (bangganyaeee.. )
AKU: baiklah... ko watper
Ms Y: tggu ko jwb cmne ko meraban sampi sanee... hehehe...
AKU: laaaaa...tgh tulis dlm blog ... kejap g tgk yeeeer

Maka , kepada Ms Y... tiada apakan daya dapat aku menjawab pertanyaan mu.. kerana naluri yg membawa ku ke sana... bukannya aku ini seorang 'jumper'... aku adalah... MAN... dan aku hanya pergi sbb sahaja aku berjalan2 dari SLIM RIVER ke KKB untuk memakan angin... lalu, aku mengajak Ken ...

AKU: 15 minit dr KKB ni ada empangan weyh.. nk g x??? kejap jer...
KEN: boleh saje.. no problem..

Maka, jawapannya sudah tertera.. tiada lagi teka teki... kepada seorang suka suki (merujuk kpd Ms Y.. jgnlah runsing ttg bagaimanakah aku sampai ke sanaaaa)

Hahaha.. saja g lepak... best gak.. ambik angin Kuala Selangor...


P/S: TO FATIMAH.. KEKALKAN NAMA KO.. FATIMAH DAH SEBATI.. HEHEHE

empangan Kuala Selangor yg luas... mandi pon boleh ni..
lubang pit hole.. ala2 cite 300 cm2... hehe

Tuesday, April 21, 2009

BERPESAN2LAH


------------------------------------------------
Hahahaha.. pape pon.. aku saja nk bg sesape yg tgk ni hilang tensen jer...
good luck aku ucapkan wat sumer mmbr2 aku yg nk ambil exam...
ni pesanan aku... (ceewah.. mcm pesanan Luqmanulhakim ler plak)...

ingt...
sesungguhnyer..
usaha iu tangga kejayaan..
tapi, bayangkan kalau tangga itu x elok...
maka kejayaan itu akan dikecapi hanya sedikit...
dan...
utk elokkan tangga 2...
mesti bermula dari bahan buatannya..
elok bhannya...
elok la tangganya dan ...
tangga itu akan boleh dijadikan sbg...
galur pembentang yg diibaratkan titi utk smpai..
ke tempat bergelar KEJAYAAN...

ingtlah,
kejayaan x datang bergolek.
walaupun batu x rata..
golek sejauh mana pon...
batu tu xkan pergi sejauh bola...
oleh itu...
untuk mengolekkan batu yg x dpt bergolek jauh..
maka..
batu itu perlu diratakan...
bulat sebulat2nyer...
supaya...
walaupun seberat mana pon batu itu...
tetap dpt begolek...

ingtlah...
jawap exam jgn main hentam..
tapi...
kalau hentaman yg dibuat itu persis...
seperti hentaman yg dilakukan penumbuk ke muka..
hentaman itu akan menghasilkan result yg memuaskan...
tapi...
slalunyer..
leh wat ker..
sume itu nasib n nasib x slalu mnyeblahi kita..

sedarlah...
jika anda gagal...
gagal itulah permulaan kejayaan..
tapi, janganlah ingat..
anda gagal skali ...
nnt tiap2 kali exam nak gagal..
maka...
nnt korang x akan berjaya gak...

*kalau x phm... nth ler... aku ni guna bahasa terindah dlm sejarah melayu nih...
------------------------------------------------


Sunday, April 19, 2009

QUEENS OF LANGKASUKA

19 April... beberapa ari sblm exam... Berkesempatan menonton Queens Of Langkasuka di Berjaya Time Square pada pkl 4.30 ptg utk release tensn menanti paper KENEGARAAN.. hmmm... buah tangan Nomzee Nimibutr yg terbaru ni.. pergh... mcm x caya jer yg filem Thai dah berevolusi...

Queen Of Langkasuka sebenarnya sudah mula ditayangkan sejak Oktober 2008 lg di Thailand... ditayangkan di 4 festival filem... sebelum ditayangkan di M’sia.. (lambat tul r nk sampai malaysia)...

Ratu Hijau dan Puteri Biru dalam pakaian perisai...


Citenyer cmni.. lebih kurang da... Ratu Hijau memerintah kerajaan Langkasuka.. semua jajahan takluk Langkasuka, trmasuk negeri2 yg bersahabat spt Pahang dan Johor memberi penghormatan yg tinggi kpd Langkasuka... Even Langkasuka dihormati, mereka mempunyai banyak musuh... Black Raven (lanun Songkla) antara musuh ketat yg sentiasa berusaha menundukkan Langkasuka...

Untuk menguatkan pertahanan, Ratu Hijau ingin satu bijik meriam besar utk pertahanan Langkasuka. Malangnya, meriam 2 x sampai ke tangan dia... Ratu Hijau ni ada adik nama Puteri Ungu dan Puteri Biru...

Ratu Hijau mengarahkan adiknya Puteri Ungu untuk berkahwin dgn Sultan Pahang, Sultan Abdul Gafar Mohaidin... even Puteri Ungu ni mcm nk x nak jer. Puteri Biru dah jatuh ati ngn mamat hulubalang istana yg hensem lagi pandai beraksi bernama Jarang (dilakonkan oleh Dan Chupong.. yg belakon cite Kon Fai Bin)...

Selain itu, Langkasuka bergelut dgn Black Raven yg ingin merebut meriam yg disebut The Great Cannon hadiah dr seorang belanda, Janis Bree untuk Ratu bg menguatkan pertahanan. Meriam itu sebenarnya tertanam di dasar laut selepas Black Raven menyerang kapal Belanda. Black Raven cuba untuk bawa naik meriam 2, tp, meriam 2 tertanam terlalu dalam. Tekanan yg tinggi menyebabkan ramai mati dalam usaha membawa naik meriam itu dari dasar laut. Hanya yg mempunyai kuasa Du Lum saja mampu membawa naik meriam itu.

Pada masa yg sama, di satu kg nelayan, Pari (Ananda Everingham... yg blakon cite Shutter) dilahirkan dgn kemahiran luar biasa... pak ciknya, Ajar sedar bahawa dia adalah pewaris kuasa Du Lum (kuasa mengawal haiwan laut)... dan meminta rakannya, White Ray untuk ajar ilmu Du Lum ngn lebih dalam...

Pari dan Bintang... baru pas nikah... romantiknyeer..


Pari, dan cintanya, Bintang hidup aman sehingga satu hari, seluruh kampungnya diserang Black Raven... Bintang turut terbunuh. Rakannya, Lim Kium, sorang yg terselamat dlm kjadian serangan Black Raven ke atas kapal Belanda, ditahan bersama dgn Puteri Ungu dan Puteri Biru... Kedua2 puteri ni dtg jumpe Lim Kium ni sbb Ratu Hijau nk mintak dia buat satu meriam yg sebijik dgn pe yg Janis Bree wat.. (alaa.. kan dia ni orang Janis Bree)...

Waktu ni la... Pari dan Jarang bersatu... Pari nk selamatkn Lim Kium, Jarang lak nk selamatkan puteri2... namun, memang dah nasib... Puteri Biru jer dpt diselamatkan. Pari dpt selamatkan Puteri Ungu tanpa diketahui Jarang... Puteri Ungu dibawa ke pulau tmpt White Ray tinggal... Lim Kium x dpt diselamatkan.. tp dia x mati.. jadi tahanan...

White Ray dan Puteri Unggu...


Disebabkan meriam itu, Langkasuka mendpt byk ancaman. Black Raven makin kuat... dengan bantuan kerajaan Jawa...

Sewaktu usaha nk selamatkan Lim Kium, ada bibit cinta antara Pari dan Puteri Ungu... akibat nk selamatkan mamat Lim Kium ni jer.. byk hero Langkasuka mati... so, Langkasuka mmg dah lemah.. sedangkan kuasa Black Raven dah jadi kuat.. mereka dh sedia nk serang Langkasuka... ada orang dalam wei.. (x nak dedahkn...)

Akhirnya, setelah Puteri Ungu selamat sampai ke Langkasuka, akhirnya dia setuju untuk berkahwin dgn Sultan Pahang atas alasan pertananan.. Harapan kekuatan Langkasuka terletak di bahu Puteri Ungu... perperangan makin hampir... dan... korang tgk r sendiri.. hehehehe... berjayakah kerajaan Pahang membantu...??? tertunaikah impian Ratu Unggu untk mendapatkan The Great Cannon..??? Siapakah pembelot dalam kerajaan Langkasuka...???

Sultan Pahang ngn gaya machonyer..


Hmm.. mmg citer epik seepik-epiknyer la... lakonan Ananda Everingham.. mmg x nampak terserlah. Tenggelam dengn adanya Dan Chupong yg lebih hebat dalam martial art... lakonan yg len. Biasa jer...

Pe yg paling special, adalah special effect.... mmg superb dan best r bg sinema Thai..

Music score, mantap... mmg x dinafikan.. mmg music menjadi nadi filem epik ni.. mcm tgk LOTR lak...

Lanun Black Raven...


Overall.. Queens Of Langkasuka mmg sebuah fantasi epik dan lagenda.... yg best... even byk subplot dan kekadang memboringkan...

Bangga jugak coz nama2 yg digunakan adalah nama Melayu... mmg satu yg pelik bila Sultan negeri2 Melayu dan Jawa bertutur bahasa Thai.. agak janggal gak bila sultan Melayu tidak bersilat tetapi ber’muay-thai’... tetapi, pujian atas Nomzee Nimibutr sbb berjaya adaptasikan sebuah kerajaan yg pernah rules Semenanjung Tanah Melayu nih...

Pari dalam satu scene aksi...

Nomzee yg terkenal dgn Nang Nak mmg dah beralih angin.. xde horror.. inilah epik yg aku leh katakan terlalu nusantara...filem thai yg ada elemnt budaya luar... Melayu, Jawa, Cina, Jepun even Belanda... semua bersatu dalam satu movie.. mmg diorang kaji btl2 ar ni... respect dude..

Sunday, April 12, 2009

MALAM A.S.M.K (PART 3)

Hah, part seterusnya dalam kisah MALAM A.S.M.K, si Fawez dah cite trivia sekitar majlis, mmg dia lbih tau coz dia yg handle majlis ni... so, aku siarkan gambar sekitar majlis.. yg gempak2 jer... layaannnn
Ketibaan VIP...

juri yg hadir menjalankan tugas...

Mungkinkah...

VIP yg leka menonton...

Gaya killer nih...

Din & Elly....

Yanti n aku...

orang tertinggi program ni, Fawez n Yanti...

Aku, Azlina, Farah, Sanjay, Utu n Yanti

penari yg mendapat tepukan gemuruh...

Kak Lisa, instruktor kumpulan 1

What a wonderful world... persmbahan Sanjay, aku, Kevin n Atul...

hahaha.. mmg aku x luper punyer persmbhn diorang...

gaya seorang profesional

paparazi yg suke posing...


Lagu Untukmu.. pergh..

Hati kama.

Pengacara cover mengcover, Utu n Tikah...

Pengarah program, Fawez bersama En. Anizan

Yanti n Atul...

Technician yg masih praktikal. hahaaha

Ustaz yg slambeer....

juara karaoke kategori solo, Norzyah...

Termenung jauh... (mengapa kau lupakan.. jnji yg kau berikan.. lalalala)

Jidih selaku MC majlis protokol