Thursday, December 17, 2009

Momok: Wahai Pengarah, Jujurla Pada Penonton

Beberapa hari lalu, sempat aku wat maraton cite melayu. Saja aku nak khatamkan beberapa filem yang aku beli beberapa bulan dan minggu lalu, tapi belum berkesempatan aku tengok. Aku selesai je tengok papadom. Tapi, xnak review banyak filem Afdlin Shauki ni sbb dah memang perfect dan sempoi pon. Selesai aku tengok PAPADOM, aku continue dengan tengok sebuah filem yang pada aku boleh dikatakan teruk, MOMOK. Aku bukan merendahkan kredibiliti M Jamil selaku pengarah, tapi beberapa persoalan timbul selepas aku tengok filem ni.

Wajarkah filem ni diberi nama MOMOK?

Seram sangat ke kalau nama filem ni MOMOK?

Momok pernah dihasilkan dalam format DVD, MOMOK versi wayang ni apa kes plak?

Apa ada pada casting, mampu ke si Faizal AF tu menjadikan MOMOK satu naskah seram?

Perlu ke MOMOK berbaju putih?

Mana improvement MOMOK?

Kenapa filem sebegini pon leh masuk panggung?

dan banyak lagi soalan bangang yang aku nak lemparkan...

Persoalan ini aku letak tepi. Momok memang mengecewakan. Aku mengabaikan hantu yang tipikal dalam filem VCD seperti berjubah putih, dan terbang mengilai. Ya, aku cuba tahan gelak meelihat hal ini, tapi apakah point sebenar MOMOK? Nak bagi orang takut atau nak bagi orang gelak? Apa motif momok memulakan filem ini dengan serangkap pantun yang berbunyi..

Kalau cinta dikatakan sayang
Kalau sayang di mana letaknya
Kalau Momok dikatakan bayang
Kalau bayang dimana jasadnya

Apa semua ni? Ok.. apa yang nak dijelaskan? Adakah pantun ini satu grip yang kuat untuk membuatkan orang tertanya-tanya isi seram yang akan dipersembahkan dalam masa satu jam 30 minit mendatang? Mampu? Mampukah? Aku yakin pantun ini mampu memerangkap penonton, tapi... sebenarnya di akhir filem, mengecewakan. Seram hampeh, nak lawak pon hampeh. Oleh itu, meh aku ulas pandangan aku terhadap filem ni satu persatu.

1) Kisah hantu bawak anak

Ni kisah yang familiar kalau kita dengar orang tumpangkan pompuan di tengah jalan yang sunyi. Langkah memfilemkan urban legend ni amat bagus. Ya, walaupun ending semua story hampir sama iaitu bayi yang dikendong tu adalah batu nesan, n before diorang tau, si driver sedar yang dia telah hantar pompuan tu ke tanah perkuburan. Ya, itu semua familiar. Dan pada aku, tak salah pon nak filemkan sesuatu yang dah sebati dengan masyarakat, tapi biarlah imaginatif sikit.

Lebihkan kreativiti dalam penghasilan, kisah ini akan lebih sedap. Mungkin persoalan tentang asal usul hantu ini diperjelaskan, akan lebih mewarnai short story ni. Malangnya, skrip dibina cetek, even endingnya sedikit lain tapi, tetap tak menyentap. Penonton malah leh cakap "alah, dah agak dah". So, kalau ada kisah kenapa hantu ni berpelakuan sebegitu, mungkin akan wujud emosi dalam diri penonton.

Maka, resultnyer, cite hantu ni akan lebih punyai mood. Takdela asyik menjerit dan gelak seram je.

2) Kisah hantu mati rempit

Ok.. pertama, jom kita tengok setup untuk short story ni. Watak lakonan Leez ni tunggang moto, dalam perjalanan dia nampak mat rempit. Terkejut bila ada sorang lelaki yang sedang angkat topi keledar berada di tengah jalan dan hampir dilanggar. Fine. Pas2, lelaki tu tetiba hilang. Dan kemudian, korang lihat seekor hantu pompuan tumpang belakang moto. Balik rumah, leez dirasuk.

Setup ini, buat aku tertanya2. Ok. Dia dirasuk hantu rempit, kenapa hantu pompuan tunggang belakang moto? Bukankah sepatutnya hantu lelaki tadi yang tunggang. Apa kaitan hantu pompuan yang dok jalan2 macam ape ntah dalam rumah? Seram ke hape? Celarunyer storyline.

Dibantu lakonan Mama Rina yang teruk, juga watak bomoh yang komedi, mana pergi main grip "kalau momok dikatakan bayang, kalau bayang di mana jasadnya" dalam story ni? Hilang.. hilang. Bahkan, tetiba je, story ni jadi komedi. Ape kes beb, aku nak seram. Semua orang mahu seram. Seram. Mana point? Mana? Tak seram la.. lawak pon, macam buat2.

Bleh blah!

3) mayat kena lintas kucing hitam

familiar jugak story ni. Tapi, jujurnya kisah ni la aku rasa paling bagus diolah oleh M Jamil. Even kemana pergi seramnyer filem ni, tapi bila dah jadi komedi, terpaksa la ubah mood review. Dah jadi komedi seram even awal tadi siap pantun seram yang tak lawak. Sebenarnya grip untuk orang stay sebab seram dah berbubah dari kisah nombor 2. Tapi, komedi makin lama makin menjadi dalam kisah no 3 dan seterusnya.

Persoalannyer, MOMOK ni filem seram ke komedi?

Mayat kena lintas kucing hitam, satu urban legend melayu jugak. Ending cite ni buat aku tergelak jugak.

Ok, no komen. Kisah ni amat baik.

4) pocong

Ni pon dah jadi lawak. Lawak. Lawak. Lawak. Ape kes ni. Wei, mana seramnyer. Tak jadi MOMOK la dah ni wei. Aaargh malas nak komen. Skip.

5) bunian

Ni lagi la.. aaargh

Gandingan Faizal, Abon dan Aziz Satar tak kaw. Tak best.

Tagline filem ni 6 seram, 6 keriau, 6 ketakutan. Sungguh tak berasas. Mana seramnyer, mana keriaunyer, mata ketakutan. Penonton tak takut la. Malah gelak ada. Mungkin M Jamil cuba nak ubah pandangan Momok dari seram ke komedi. Tapi, jujurnya aku katakan ia tidak menjadi. Tagline menipu penonton. Kalau nak cakap filem ni seram komedi, cakap jela! Tak payah nak umpan penonton dengan tagline yang "macam la seram sangat"

Ok.. bengang ni bengang!

Chow dulu!

5 comments:

The Pink Berry said...

ni momok yg tak seram...seram lagi game PS2 saya :)

sonata anak kancil said...

bila dah ade komentar tak yah gi tengok....dan-dan-dan sy tak suke tengok wayang!

CikGu_MaN said...

THE PINK BERRY: haha... tol

SONATA ANAK KANCIL: xleyh camtu. tak semestinya sebab satu movie, semua muvi dikatakan tak berkualiti.

Xkan sebab momok sekor, rosak satu industri...

tol x sonata?

taqie said...

tau tkpe..
momok 2 cte lawak aku ase..
hahahah

Bungakopi said...

solekan mata heroinnya sama dgn tiz zaqyah. yalah, dah khabir bhatia kan..